Itulah pesan orang tua-tua dahulu... "Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya".
Kata-kata ni memberi banyak pedoman untuk diri Bidadari. Membuatkan diri ini lebih peka dan fikir dahulu dan tidak tergesa-gesa dalam membuat keputusan mahupun memberi instruction kepada anak-anak.
Diri ni tak mau lagi jadi berdebar-debar, rasa bersalah, kesal, resah ... sambil terngiang-ngiang dalam kepala ni "I Should" "If" " What If something happen" oh tidak.. rasa macam nak luruh hati bila rasa tak dapat lagi mengawal keadaan atas sesuatu perkara yang telah berlaku.
Dari pengalaman yang berlaku pada 30 Januari 2013 memberi banyak panduan dan memberi pedoman pada diri ni sebagai ibu untuk memperbaiki diri dalam mendidik anak-anak dan dalam mengambil sebarang tindakan atau menyatakan sesuatu.
Sama juga bila sesuatu itu berlaku ianya merupakan Lesson Learned. jangan kita pandang remeh malah perlu beringat-ingat. Jika sesuatu itu tidak berlaku... kadang-kadang kita ambil mudah atau tidak terfikir langsung "what if"...malah that things for granted. Sesungguhnya sesuatu yang berlaku itu jika ianya masih tidak memudaratkan, masih boleh buat ada rasa lega dan ada ukiran senyum itu ...itulah kasih Allah kepada kita atas doa kita kepadaNya.
Please parents... jika anak-anak ada perjumpaan dengan rakan-rakan... tak kiralah anak kita lelaki atau perempuan (terutamanya bawah umur) ambil lah sedikit masa kita untuk hantar anak kita hingga ke tempat perjumpaan itu dan bertemu dengan rakan-rakan serta ibubapa mereka jika ada. Jika sesuatu event tersebut belum bermula adalah sebaiknya kita tunggu atau berada di sekitar tempat tersebut hingga ianya bermula. Jika kita was-was ambil lah tindakan yang sewajarnya bagi memastikan anak kita selamat..
Selepas tindakan sebegitu Bidadari lakukan untuk pastikan keselamatan anak dara sulong selamat dan diri ini tidak akan ada lagi berkataan "I should"..diri ini rasa puas hati sangat. Perjumpaan yang sepatutnya bermula jam 2:00 petang di satu restauran ... sebagai ibubapa kami menghantar hingga ke tempat tersebut. Opss... Tengok-tengok tiada yang sampai lagi. huh... pertama nasib baik kami jemput dulu kawan baiknya... dan nasib baik tak hantar kat luar kompleks sahaja. Kami tunggu dulu sampai acara bermula. Perancangan awal nak hantar dah settle nak pergi buat grocery lepas tu datang ambil semula selepas 2 jam. Bila tengok acara tidak begitu mengikut rancangan mereka, maka kami berada di kawasan sekitar. Walaupun hati rasa ishh patutnya boleh buat grocery dan perut ni dah kembung makan laksa, rasa meehoon sup suami ... pekena salad Subway... tapi demi anak yang disayangi dan tidak puas hati dengan event tersebut maka kami tunggu sampai habis. Seperti yang dijanjikan, 4:30 petang, Time's Up!
Biasalah ... anak-anak bila jumpa kawan-kawan.. nak minta extension of time. malah nak sambung dengan satu lagi acara tengok wayang. Oh No!! Rasa agak tegas... tapi anak-anak mesti kena tahu disiplin dan pegang pada janji.
Semuanya selamat sampai di rumah. Petang kena layang si anak kecil bawa ke padang... itulah masanya untuk bersama si kecil.. kalau boleh tak nak langsung terlepas dalam melihat dia membesar. Grocery ? kena ditangguh dan dibuat malam hari lepas maghrib.
Malam ni... dapat tidur dengan lena..
Jangan lupa, zikir mudah sebelum tidur (ikut amalan sendiri)
1- Isgtifar
2- Selawat atas Nabi s.a.w
3- Al-Fatihah
4- Ayat Qursi
5- Al Ikhlas x 3
6- 3-Qul
7- pesan Rasullullah - Subhanallah x33 + Alhamdulillah x33 + Allahu Akhbar x33
8- Bismillah x21
~Bidadari
No comments:
Post a Comment