Thursday, October 2, 2014

Bila Bukit Jelutong Dilanda Ribut

Bila ia berlaku, tidak sampai pun 15 minit, habis semua tumbang dan runtuh.
Itulah yang berlaku di Bukit Jelutong Shah Alam Isnin 29/9/2014. 

Masa waktu berlaku kami di TTDI Jaya, sebelah Bukit Jelutong. Baru sampai di kedai basikal, angin kuat sangat. Adik di kedai dah pesan supaya kami ubah kereta yang di parking bawah pokok. "kak pokok krismas tu dah patah, baik kak ubah kereta." Kami pun ubah. 
Masa daddy keluar kereta setelah park semula ditepi kedai, satu plywood sebesar 1' x 2' melayang hinggap bahu daddy. Terkejut. Wow kuatnya angin.

Balik je kedai, masa nak balik rumah, kenapa jem di bahagian persimpangan nak naik ke Bukit Jelutong? rupanya habis pokok, tiang letrik dah tumbang cross jalan. 

Risau dah, depan rumah pokok besar bila tengok keliling habis dinding contruction runtuh, pokok tumbang dan pokok-pokok patah cepat-cepat nak balik. Jiran pula whatsapp pokok sebelah rumah jiran dah patah ke arah rumah dia...lagi lah bertambah risau. Bila nak balik, jalan terhalang dengan pokok patah. Nasib baik ramai yang berhenti dan tolong tarik ranting yang mana mampu supaya kereta boleh lalu. Alhamdulillah pokok depan rumah ok. Dah jadi gini,  nak kena contact MBSA untuk potong bahagian yang masuk ke dalam kawasan rumah.


 Jalan terhalang dengan pokok patah.

Bila rumah ok, terus ke rumah kakak, dekat saja ruah kami. teruk sungguh lorong rumah dia. Rumah dia mengadap padang, habis pokok tumbang. Pokok cempedak, nangka, pisang, mengkudu dll habis tumbang. Apa pun syukur semuanya ok. Anak-anak dia di dalam rumah selamat. Mereka duduk diam-diam di dalam rumah. 


 






Dewan Guthrie Bukit Jelutong



Kantin Sekolah SKBJ.

Terima kasih kepada pihak PBT/MBSA/BOMBA/AMBULAN yang bertindak pantas. 


~bidadari

Tuesday, September 23, 2014

Oil Pulling Therapy for Oral Care

My testimonial day 6:
Sekarang makin semangat buat oil pulling dengan minyak kelapa dara (vco). Pagi pun buat. So malam sekali, pagi sekali. 
Boleh rasa lain pads bibir. Dulu kering je bibir. Sekarang bibir dah kedut berkerut lagi. Lebih lembab. Tak perlu lagi lip bumbs sebelum pakai lipstick. ;)

Betel kata Dr Azmi, masa melawat Klinik Menara. Bila dia tahu saya ambil vco, terus dia kata "Amal vco kulit jadi lembut." Saya bukan sahaja amal 2 sudu minum vco, sebelum tidur sapu pada muka. Sejak dah masuk penghujung 30an kulit muka makin kering. Di Barat, budak remaja pun amal sapu coconut oil untuk kulit fresh dan lembut. Malam her kulit muka saya kering dan "berbulu". Keras tegang her rasa. Sejak duk sapu vco, Tak ada dah. Ambil Dlm 1 atau 2  titik jer. Leaps 3 hari sealing selang amalkan pun tak kisah. Cuba la. Boleh rasa perubahannya. 

My testimonial day 5:
Jika plaque anda tak banyan, sure hair ke 5 alhamdulillah clear terus. 
Target "1" berjaya ;)

Tapi melange boleh perasan gusi bahagian belakang dekat gigi bongsu (wisdom tooth) dah TAK macam dulu selalu aje sahaja bengkak atau sakit. Rasa sihat gusi. Malay Daddy dan Kakak Tasha pun tegur "Gigi mummy nampak bersih, gusi pink cantik." Maknanya sihat la tu. 

Sekarang, daddy dan Kakak Tasha pun dah muka believe dan amalkan. 2-3minit jer. Awal -awal tak perlu buat lama, 2 minit pun cukup. Dah lama -lama boleh la up to 5 minutes.

Saya cadangkan  kepada yang rasa mulut mudah berbau dan kalau pada lidah dah mula ada bintik-bintik hitam. Amallah vco.

My testimonial day 3:


Sekarang ni memang saya sebuk menyahut cabaran untuk kesihatan mulut dan gigi. Lepas banyak membaca dan mendengar youtube berkenaan oil pulling therapy, membuak-buak nak cuba dan nak tengok macam mana hasilnya.

Selepas 3 hari, berkumur 2 - 3 minit vco (virgin coconut oil) setiap malam sebelum tidur,  wow.. hari ni sebahagian kecil plaque gigi dah tiada, mungkin tertanggal masa saya gosok gigi. it works!!

Setiap tahun sekurang-kurangnya sekali (selalunya 6 bulan sekali) mesti kena jumpa dentist untuk check dan cuci gigi. Tapi kali ni nak guna cara at-home oral care. 

 Antara target saya kali ni ialah 
1- tanggalkan plaque
2- hilangkan karat gigi

Target tak boleh lebih, dengan harapan gigi akan putih. Sebab salah satu kelebihan oil pulling adalah boleh memutihkan gigi. hmmmm... best,best.

Masa saya kecil (bermula umur 12 tahun hingga ke sekolah menengah) saya memang jaga gigi dengan cara tradisional. Antara adik-beradik memang saya seorang jer yang ikut. Sebab Atok saya masa tu 80 tahun giginya masih penuh dan kuat. Malah ayah saya hingga ke akhir hayatnya, 79 tahun, giginya masih penuh dan kuat. 

Dulu kami amalkan arang dan garam. Arang kayu ditumbuk bersama garam. Tiap-tiap pagi guna jari jer .. gosok gigi.memang hitam ler. lepas tu kumur dan gosok gigi. 

Keluar study, dah tak amalkan, Bila dah tua ni memang tak rajin sangat nak buat gitu. 

Sekarang ni ada alternative baru guna vco, lebih mudah. Malah Anje memang ikut , minah kenit tu ikon sihat kami di rumah. Untuk cantik sanggup buat apa sahaja. 

Saya suka nak kongsi maklumat untuk kesihatan bersama. 

How dental professionals can respond to 'oil pulling' patients
Patient education
If patients embrace oil pulling as part of their daily teeth cleaning regimen, they should adhere to few guidelines:
  • Swish gently. If your jaw starts aching after five minutes, slow down. You’re working too hard!
  • Do not swallow the oil while swishing. if you find it hard not to, you likely have too much oil in your mouth. Spit it out and try again with a smaller amount.
  • Once you have finished pulling, spit the solution into the trash. Do not discard the oil in the sink or down the toilet because over time the oil may build up and clog the pipes.
  • Do not drink anything before rinsing your mouth. Rinse with water first before consuming a beverage.
read more : How dental professionals can respond to 'oil pulling' patients

Friday, September 19, 2014

Jom Makan Stew Kambing - MZ Cafe Sup Power


 Lawatan ke MNZ Cafe di Batu 10, Teluk Panglima Garang, Klang atas jemputan baru buka kedai tersebut tidak sia-sia.  Kami pergi satu keluarga tanpa Abang Jimo. Mamashun bersama anaknya Hafiz Dino tak nak melepaskan peluang untuk sama-sama rasa Sup Power.


Kehadiran kami disambut oleh tuan kedai dengan penuh mesra. Beliau macam tak sabar nak kami menikmati resepi tersendiri tanpa perasa.

30 minit dari Shah Alam ke Teluk Panglima Garang. Kami guna waze kerana pertama kali ke sana, Melalui SKVE cepat smooth  dan terus sampai dengan coordinate GPS yang diberikan. Memang tujuan nak gi makan petang dan nak hirup sup. Tambahan pulak bila dengar cerita Stew Kambing sedap.


MZ Cafe baru buka tapi nampaknya stew kambingnya berjaya memikat hati Anje dan semua. Tengok mereka makan tak pandang dah orang keliling. Stew set bersama Roti Perancis yang lembut tu yang lagi syok. Ada juga pilihan disediakan bersama nasi, mee, meehoon dan  kuey teow. 

Selama ni Bidadari hanya makan lamb chop atau kambing golek. Kali ni first time saya makan stew kambing, sedap! Tu yang masukkan ke dalam entry ni.

Anje habis semangkuk stew, makan sup tulang pulak. Kakak Tasha dan Daddy suka betul dengan Sup Kambing.. Oppsss sedap makan lupa nak ambil gambar. Ni, kakak Tasha dah ajak gi sekali lagi, nanti saya akan update gambar sup kambing dan sup tulang.

Harga yang ditawarkan pun berpatutan, sup dalam RM6.00 dan lamb stew RM8.00.  Menu dan harga minum yang lain kena hadir sendiri, tengok sendiri baru syok.

Alamat: 
MZ Cafe
No. 190, Jalan Sekolah, Batu 10, Teluk Panglima Garang, Klang, Selangor.
Boleh ikut SKVE atau KESAS Highway.
GPS Coordinate: 2.915556, 101.488031

Kalau nak rasa stew kambing , sup kambing, sup daging dan sup tulang yang sedap boleh singgah di MZ Cafe, Sup Power.

Thursday, September 18, 2014

Doa Amalan Terang Mata Ustaz Amin


Amalan yang baik ingin dikongsi bersama. 
Diamalkan selepas setiap solat fardhu. 

right-click and save

Ikut cerita Ustaz Amin, hamba Allah yang mengamalkannya diterangkan mata dan tidak perlu pakai kaca mata lagi. 
Boleh dengar sendiri di youtube. seronok dengar cerita ustaz.


Sementara nak menghafal, saya save dalam hp senang nak buka nak amal. 

~Bidadari

Monday, July 14, 2014

Anje Berinai Untuk Raya


Kenapa masam... itu sebab abang tak layan dia nak main game hehehehe biasa lah Abang nak main game bola. Anje nak main game Godzilla.. Adush! lepas abang layan senyum balik. Manja, manja. 

Semua orang akan sebuk berinai di dekat dengan raya.
Selalunya ada dekat Semua House, Jln TAR, KL tu siap ada orang ambil upah kat tepi-tepi eskelator.

Tapi anak manja sorang ni sangat berbakat.
Tengok tu, design sendiri inai di tangan untuk raya.. 
Terkejut !!! Cantik.. apa lagi mummy nak cakap.. Anje lukis sendiri kan.. mestilah cantik. 

Mummy cuma lukiskan sikit je di tangan kanan.. 
Sekali balik dari kedai.. tu dia.... dua-dua belah depan belakang.. 
Dengan bangganya "Mummy, Anje lukis sendiri :)"

"Anje lukis gambar bunga rose, anje letak di kuku... cantikkan?"

Mummy yang bawa balik inai kawan ofis bagi dia balik dari umrah. Tak sangka pula kreatif betul anak manja sorang ni.. sangat berani.. yakin betul.

Asalkan Anje suka ... mummy ok with it. Jangan minta nak cuci cukup.. jenuh!

Tahun ni jom kita raya berinai... :) 

Anje nak buatkan untuk mummy? Oh tidak!!!!
Bila cakap Anje "Nanti orang ingat mummy kawin."
Anje, "Tak payah lah".
Takut dia mummy kawin lagi.. hahahaha.

~Bidadari

Sunday, July 13, 2014

Gaya Mereka


Tiga beradik yang seperti satu kumpulan rappers  Ini mood pakai hood. Yang paling gombira mestilah adik yang sentiasa  nak geng dengan abang-abang.

Bila dua tiga kali tengok... wow besarnya Anje. Dah tinggi.. :) berbanding dengan abang Ajeem darjah 4 dan abang Jimo darjah 6.

Semalam Anje ada tunjuk youtube Upin Ipin. Tiap-tiap hari dia suka lah layan youtube UpinIpin ni. Sebab banyak cerita baru. Salah satu adengan yang sangat menyentu hati adalah masa Kak Rose jahitkan baju raya untuk Upin Ipin (cerita lama).

Anje: Mummy, cuba tengok ni.
Kak Rose tunjukkan baju raya baru untuk Upin Ipin. "Baju untuk adik-adik kesayangan akak."
Kak Rose terus peluk Upin Ipin. "Sayang adik-adik akak".
(Lebih kurang gitulah skripnya)
Anje: Mummy, kenapa kakak (Tasha) tak peluk Anje macam ni?
Dengan wajah yang sgt frust.
Anje: Anje nak la macam ni. Kakak kena la buat dulu.
Mummy: Ok, nanti mummy akan cakap dengan kakak.
terharu juga dengar permintaan anak bongsu sorang ni.

Terkejut kakak bila Anje cakap macam tu. Hmm.. biasa lah anak remaja yang stay macho...harap-harap kakak akan lebih emahami adik. Kalau dengan Jimo yang penyayang tu memang akan dipujuk abang, dipeluk... Nasib baik ada abang Jimo yang berjiwa sentimental. :)

Seronok melihat kerenah anak-anak membesar. Memang ada pelbagai ragam, tapi elaklah kita melepaskan geram, marah pada mereka. Jangan kita menyesal bila besar mereka tidak mesra dengan kita. Mereka membesar dan belajar dari persekitaran.

Cerita pasal ni, tak payah lah kita nak tunjuk yang kita ni tegas sampai tengking-tengking anak, tinggikan suara depan orang. Walaupun mereka kecil tapi mereka tau akan perasaan malu. Mana adap kita sebagai ibu bapa yang menjadi contoh buat mereka. Kalau mereka salah ckp dengan baik. Setiap anak mesti ada soft-spotnya.

Let's enjoy our weekend...

~Bidadari

Thursday, July 10, 2014

Resepi Sambal Nasi Berlauk


Tak kena la kalau makan nasi berlauk kelantan dengan sambalnya. Tapi anak-anak tak tahan pedas jadi kita jer lah yang makan.



Bahan-bahannya:
4 biji - Cili merah - dibuang biji
3 biji - Cili padi 
1 sudu - cuka
1 sudu - gula
1/4 sudu kecil - garam
sedikit air

Caranya:
1. Blend semua bahan di atas.

Tips: Imbangi rasa garam dan gula secukup rasa dan selera masing-masing. Air hanya sekadar untuk blend jer, air banyak tak sedap. kalau suka pedas tambah cili padi.

Cuba lah, insyaAllah jadi. Rasanya resepi ni juga untuk sambal cili nasi kerabu... hmm kalau ada resepi yang lain boleh kita kongsi.

~Bidadari

Wednesday, July 9, 2014

Resepi Nasi Berlauk Kelantan


Kalau zaman bujang mana lah pernah makan ikan ayor (ikan tongkol). Sekarang bukan setakat pandai makan, boleh untuk sediakan juadah untuk anak-anak agar tidak lari dari menu kegemaran daddy. 

Nasi Berlauk Kelantan ni kalau di negeri asal mesti makan untuk waktu sarapan. Di sini, hehehehe KL style makan bila aje. Macam kes nasi lemak, kalau dulu nasi lemak mana ada se-kemersial sekarang. Dulu untuk sarapan jer. Sekarang, makan tengahari , minum petang, makan malam sampai ke tengah malam dan sahur. 

Kalau kena dengan resepinya mesti suka. sambil nak cari pahala masak untuk keluarga. 

RESEPI NASI BERLAUK KELANTAN

Bahan-bahan dan caranyanya:

SET A



Bahan A :

1 ekor Ikan Tongkol - Dikerat
2 inci lengkuas - dipotong nipis
4 ulas bawang merah
3 keping - asam keping
sebesar ibu jari - asam jawa (diambil airnya)
1 sudu - garam 
Air hampir terendam ikan

Caranya:
1. Masukkan semua sekali dan masak di atas api yang sederhana
2. Sekali sekala dibalikkan ikan supaya serata masak.
3. Apabila air makin sedikit dan ikan dah masak. Tutup Api.


SET 2



Bahan B:

6 ulas - bawang merah
2 ulas - bawang putih
1 inci - halia
1/2 inci - kunyit hidup
1/2 sudu kecil - serbuk kunyit
1 sudu Cili Bo (anggaran 4 biji cili kering)

Caranya:
Blend semua sekali Bahan B

Bahan C (Santan & Sayur):

Santan 
1/4 @ 1/2 biji - Nanas (optional)
1 biji - timun
4 batang - Kacang panjang
1/2 sudu kecil garam (secukup rasa)
1/2 sudu gula (secukup rasa)

Caranya :


1. Masukkan Bahan B dalam bekas rebusan ikan tadi.  
2. Masukkan santan (seperti gambar di bawah). 
3. Masukkan garam dan gula. Kacau sekali sekala. 
4. Bila dah mendidih, masukkan sayur - Nanas & timun dahulu. 
5. Bila timun agak empuk masukkan kacang panjang. Kacau sebentar, bila kacang panjang dah masak terus tutup api.

Tips: kepekatan santan ikut masing-masing sebab ada yang suka pekat dan ada yang suka cair.
Kacang panjang dimasukkan kemudian supaya tidak lecur.


Santan biar ikan agak terendam sebab nanti nak masukkan sayur.


Cara potongan dan penyedian sayur.


Bila mendidih. Memasukkan nanas dan timun dahulu.

Dah masak dan sedia untuk tutup api.


Selamat mencuba. resepi ni dah banyak kali saya cuba macam-macam style.
Rasanya yang ini saya puas hati. Apapun semua ikut air tangan. 

Nanti kita belajar macam mana nak sediakan cili nasi berlauk. Tak ada cili tak kick!

~Bidadari

Simpan Blender Dengan Kemas

Saya memang suka sangat blender yang ada cukup untuk menjadi pembantu di dapur dan meringankan kerja. Selama ni duk guna, pusing la wayar dia untuk simpan... rupa-rupanya baru jumpa teknik nak simpan ibu blender dengan kemas.. hehehehe tu la tak baca manual habis-habis..

Pusing anti-clockwise lepas tu selitkan pada tempat untuk lock wayar. 


Tengok! kemaskan? senang nak simpan dalam almari.

~Bidadari

Monday, July 7, 2014

Resepi Ketam Masak Bercili

Ketam Masak Bercili memang kesukaan anak-anak kat rumah. Mereka kalau dapat makan tu... yang best part sebelum makan baru letak dalam pinggan dah cakap... "Mmmmm sedapnye." Aik! belum makan pun dah sedap... over. Memang pandai mereka bodek mummy. :)

Dulu-dolu masa belum dapat resepi dan diajar, memang selalu makan di kedai masakan Chinese Muslim. Sekarang ni adik ipar ajar kita macam mana nak masakkannya.. apa lagi, cuba sekali jadi.. mesti mau cuba lagi.

Ketam Masak Bercili


Bahan dan caranya

Bahan A (diblend):
1 biji buah tomato
1/2 inch lengkuas
1 inch halia
1 ulas bawang putih

 
Bahan B (dibancuh):
Setelah Bahan A di-blend, masukkan
2 sudu cili bo (cili giling/cili mesin)

Letakkan sebelah, kita nak sediakan ketam.

(Tips: kalau nak pedas dan sangat suka pedas, boleh letak hingga 6 sudu cili bo hehehe)

5 ekor ketam yang dibasuh bersih

(Tips: tangan ketam yang keras tu diketuk sedikit supaya senang nak makan nanti)


Bahan C:
2 - 3 cawan air (1/3 daripada ketinggian ketam dalam periuk.)
1/2 sudu kecil Garam

Rebuskan ketam untuk 5 to 10 minit,

(Tips: kalau masuk banyak rugi air ketam nak guna sedikit jer, dalam 2 cawan sahaja.
Rebus ketam sekejap jer, bila dah merah kulit ketam tutup api)


 Kita guna kuali besar Tok Ani belikan.

Bahan C:
3 sudu Minyak
3 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
garam secukup rasa
gula secukup rasa
1 biji telur

 Masukkan minyak untuk tumis.
Tuangkan Bahan B.
Tumis sampai agak kering dan naik minyak.

(oppsss, saya guna minyak kurang tu kurang nampak naik minyak, jaga kolestrol hehehehe)



Dah naik minyak, masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram.
Masukkan 1 cawan air ketam, garam, gula dan kacau rata.
Masukkan ketam dan kacau rata.
Masukkan 1 cawan air ketam (ikut banyak mana kuah yang kita suka)
bila mendidih, masukkan telur dan kacau.
Mendidih, tutup api.

Selamat mencuba.
Tq pada my SIL atas tunjuk ajar. 
~Bidadari

Thursday, July 3, 2014

Bersahur Dengan Anje


Sebelum buka puasa Anje dah pesan siap-siap "Esok, Anje nak puasa penuh." Wah bagus semangat anak mummy. Tiap-tiap malam memang semua akan tidur awal. Lepas terawikh diimamkan Daddy, turun lepak sembang ramai-ramai untuk Nite Munchy & Hot Drink.... terus tidur.

Bila sahur ishk.. tengok macam letih jer Anje ni. Tapi sebab dah dipesan kejut, ok lah. Bangun sahur memang senang, sekali je kejut terus bangun turun bawah. Alhamdulillah kat situ memang mummy puji semua anak-anak senang bangun tidur dan sahur. 


Cuba tengok muka budak ngantuk bersahur. Kalau tengok nasi di pinggan memang kita yang tengok pun kurang selera. Tapi Anje memang jenis makan simple. Kicap wajib! Tapi makan sampai habis juga tinggal sikit jer dah tak tahan mengantuk, terus naik atas tidur. :) 

Ini la gambar kenangan untuk Anje besar nanti.. sure gelak tengok mata yang macam ada batu tergantung tak boleh angkat naik.


 ~Bidadari

Wednesday, July 2, 2014

Sekeluarga Sambut Ramadhan 2014

Perancangan untuk sambut Ramadhan tahun ni sangat berkobar-kobar, kerana niat nak meraikan Ramadhan dikalangan anak-anak. Alhamdulillah dah masuk hari ke 4 Ramadhan, semua masih teguh dan semangat berpuasa. Tiada dengar lagi keluhan si abang-abang. Katanya anak lelaki ni yang akan banyak pe'el tapi Bidadari sangat bersyukur Abang Ajeem dan Abang Jimo steady dan memang semangat nak puasa penuh.

Di ambang Ramadhan sempat ke Mozers, Kompleks D'Bayu, Bukit Jelutong [03-77341783] untuk makan favorite sekeluarga. Mesti la Nasi Makhloba Lamb, Zahra (Bunga Kobis Bakar), Chicken Wings dan air Vimto.
 Zahra & Chicken Wings


Vimto air minuman favorite sekeluarga.. kena pula waktu cuaca panas

Memandangkan kemeriah di masjid-masjid dan surau , anak-anak pilih nak Terawikh di rumah. Jemaah Isyak dan sambung terawikh. Rasa sangat Ramadhan dan mula.

Anje siap pesan jangan lupa kejut dia untuk bangun sahur. Macam biasa orang yang kecoh nak bercerita tak hingat pulak dia ni jam 4:45pagi semua tak larat nak layan.. hehehehe

Yang tak disangka Anje, Anje puasa penuh untuk hari yang pertama. Siang hari duk nyanyi lagu frozen dan menari.... bila masuk jam 6:00pm tuptup terbongkang.. hehehehe.. Alhamdulillah bila buka puasa seronok dia sebab ada sambal petai, terus terjah tu jer...

 
Menu Pertama

 Menu Kedua

Menu memang sempoi.. hampir sama jer menu.. apa nak buat, atas permintaan.. Ayam Goreng Bertepung oleh abang-abang, petai mesti dari Anje.

Masa ini macam-macam cerita ada kesah didikan anak-anak untuk berpuasa. Ada yang tegas. Kami pilih yang moderate. Biar anak-anak rasa nikmat dan memahami bulan puasa. Masa mereka kecil kalau boleh puasa penuh teruskan, tapi mesti kena sahur. Kalau tak dapat puasa penuh, separuh atau 3/4 hari pun mesti kena sahur/makan sedikit sebelum mula puasa.

Masa anak-anak sekolah tadika, mereka akan makan di sekolah atau lepas balik sekolah, lepas tu mula puasa. Masa sekolah petang (Darjah 1-3) makan lepas bangun pagi, lepas tu mula puasa. Dengan galakan dan keseronokan ni , macam abang Ajeem, darjah 3 dah puasa penuh dengan sendiri. Sebab tu kali ni bila Anje puasa penuh wow.. rasa suka sangat. Mesti dia malu dengan abang hahahaha.. Abang mesti akan usik kalau dia berbuka.

Seronoknya bila berpuasa dengan anak-anak yang macam-macam kerenah dan cara mereka sendiri.


Resepi Ayam Goreng Bertepung

Sejak duk buat ayam goreng bertepung ni, kurang laku pulak ayam goreng kunyit. Tapi makan sedap bila masih panas/suam. Di bulan ramadhan ni, dalam jam 6:45petang baru mula nak menggoreng. 

Ayam Goreng Bertepung

 (ignore percubaan pertama - letak kunyit)



Bahan A:
4 ketul ayam - bahagian yang disukai
1 sudu kecil lada hitam biji - ditumbuk
1 sudu kecil serbuk cili (saya guna cayenne) - kalau suka pedas masukkan lebih
1 sudu kecil garam - ikut rasa

Bahan B:
1 biji telur - diasingkang bekas dan dipukul
1 cup tepung beras - diasingkan bekas
Minyak masak - untuk menggoreng.

Caranya:
1. Gaulkan sebati Bahan A dan perapkan sekejap. 
2. Pastikan minyak masak dah cukup panas, jangan terlalu panas nanti bahagian ayam di dalam kurang masak. Api jangan terlalu kuat.
3. Gunakan pengepit (supaya mudah untuk tepung bersalut pada ayam)
4. Kepitkan seketul ayam (no.1) dan celupkan ayam  ke dalam bekas berisi telur. Golekkan biar semua bahagian disalut telur. 
5.  Kemudian, kepitkan dan masukkan dalam bekas tepung beras. Golek dan pastikan semua bahagian disalut tepung dan goreng.

Tips: 
1-Sebaiknya buat satu persatu ketul ayam. Jika digaulkan semua sekali, tepung akan lebih berketul. 
2-Tepung yang basah susah melekat. Saya akan guna tepung sedikit demi sedikit disudukan pada ketul ayam.


~Bidadari



Wednesday, May 28, 2014

Kacang Pool Haji di Larkin Sedap

Memang syok dapat makan kacang pool. Selalunya buat sendiri...  Resepi temurun Keluarga Haji Noor, keluarga mertua....

Kali dapat makan Kacang Pool Haji do Larkin JB yang glamour tu... Tq kepada rakan-rakan JB yang bawakan.

Sedap.... Yang syok tu roti classic. Merah telur yg 1/2 cook ...meleleh bila dipecahkan...yummy... Kena pulak A is Kacang special...perghh... Memang syok dengan ais-krim vanilla + collar sirap....Fuh...

Aik..tertiba teringat Kat ubi kemili org utara makan ubi direbus dengan nyok (kelapa muda parut yang digaul garam dan gula).  Mana nak Cari ubi kemili Kat Shah Alam ni....:b

Seluar Pelikat Ajeem

Ajeem memang suka benar dengan seluar pelikat... Ajeem pakai aje pergi Jalan-Jalan...Subang parade, vacation. .tgk wayang...

Pakai masa mengaji Quran. Tidur Malam... Siap dengan gaya...