Thursday, December 6, 2012

Resepi Burger!!!! I love my Burger!


Rezeki, Rezeki. Itulah yang dikatakan rezeki Allah bagi pada kita cukup murah. Kadang-kadang tu jenis makanan tu sama.. tapi rasa..gaya, presentation berbeza-beza ikut citarasa dan selera. yummy.. 

Masakan yang dihidangkan untuk makan malam.. nak rasa lain sikit. Tapi tak nak makan nasi jadi pikir punya pikir, terasa pulak nak makan burger yang ada banyak sayurrrr.... ada cheese.... ada bawang....dengan roti yg sedap.

Kenapa bawang? bawang tu bagus untuk kesihatan... hehehehe, semua makanan baik untuk kesihatan. kan? kan? Actually ia bagus katanya dapat kurangkan gula dlm badan.. tapi jangan makan banyak-banyak nanti "bau badan" berlebihan pulak.

Bidadari dah cipta resepi burger sendiri dengan menggunakan Roti Multiseed (Multiseed Bread). \
Rasanya memang sedap dan lain dari biasa sebab bila dalam roti tu ada pelbagai rasa kekecang / seeds jadi sangat berperisa. Dengan satu gigitan yang penuh perisa... cheese, salad, bawang, tomato dan daging burger memang sedap. Cuba la. cukup untuk satu pun dah kenyang sebab really fulfilling. Hmmm... untuk yang nak diet sangat bagus.



Burger yang enak. 
Tengok gambar ni jer rasa macam nak buat lagi. Ayoyo makan burger la hari-hari hahaha

Pekena pulak masa tu dengan Cream Of Mushroom  masak sendiri.. lagi la sedap. Resepi untuk cream of mushroom lain entry ye.


Resepi Burger Bidadari



1 Bantal Roti Multiseeds ~ dipotong lebar 2cm
4 keping burger ~ burger daging/ayam dibakar
1 Biji Buah Tomato ~ dipotong nipis bulat
1 Biji Bawang Besar - dipotong nipis bulat
1 Biji Capsicum ~ dipotong panjang-panjang
1 jambak (sejambak) Daun Salad 
4 keping /1 Paket Cheese

Cara-Caranya:

Roti diletakkan atasnya  
salad + tomato +  Burger + cheese + capsicum + tomato + bawang + salad
dan roti .

Senangkan? cuba la.. memang puas. 
Roti burger masih sedap tapi kalau beli lebih tak best nak makan sahaja kan.. 
Kalau suka sos tomato + soso cili + mayo .. boleh aje, ikut selera masing-masing. tapi jangan lupa nanti lari topik.. makanan sihat. 
 Apa? Cheese?! itu menambah selera kena pulak cheese tu cair sikit bila kena burger yang baru diangkat panas-panas huih!!!! memang yummy. 


Monday, November 19, 2012

Tahniah Tahniah & Tahniah

1/2 juta pelajar ambil UPSR tahun 2012.. Wow!!! Daripada 517,139 pelajar yang menduduki 45,054 calon mendapat 5A. can you imagine? 45K! pegh!! 
Walaupun kurang sedikit dari percentage dari tahun 2011 tapi Wow!! Tahniah, Tahniah, Tahniah!

 *****************

Nampaknya satu kelegaan buat Kakak Tasha. Semangat dan usaha beliau terubat jua.
Tapi ini hanyalah satu permulaan.. bukan segalanya. Kepada rakan-rakan seangkatan yang memperolehi keputusan cemerlang ... TAHNIAH!!!!

Tahniah kepada 6 Angsana satu kelas dapat 5A.. Tahniah buat guru kelas Puan Azlida dan guru-guru kelas tersebut dan Penolong-Penolong Kanan serta Pengetua Sekolah. Puan Azlida salah seorang yang paling happy sekali... Ibubapa juga tidak lupa memberi dorongan dan sokongan kepada pihak sekolah jua.

For those with A's or no A's... Aunty tahu ada yg happy tadi.. mana tidak.. tak sangka betul kan tup tup boleh dpt beberapa A tu... macam sedara Aunty juga.. happy betul bila anak dia ada beberapa A... mama dia kata as long as B sahaja pun ok.. sekali ada banyak A.. suka betul mak dan ayah dia.. Empunya diri lagi lah kan.. Alhamdulillah... itulah dinamakan REZEKI.

For those yang tak mendapat seperti yg diharapkan.. Aunty harap semuanya akan bersyukur dengan keputusan masing-masing. Cikgu pun cakap tadi.. ramai B untuk Sains.. hmmm kenapa ye? apa pun perjuangan perlu diteruskan. Nangis untuk melepaskan kehampaan tapi ingat.. PMR usaha lagi tau.
Nampaknya sikap ibubapa yang positif memberi semangat dan memujuk anak yang sedih sangat saya bangga sekali.


*****************


Kakak Tasha .. betul lah keputusan ini cemerlang sama dengan keputusan Percubaan yang lalu.. sebagai mummy dan daddy... usaha yang ditunjukkan oleh kakak itu adalah sebuah kejayaan buat kami. Keputusan itu adalah bonus buat semua. Cuma satu perkara yang perlu diingat bukan untuk Kakak Tasha sahaja tapi juga anak-anak yang lain... study last minute memang tak bagus.. meletakkan diri di dalam tekanan yang sangat tinggi. Betul tak?

Usaha guru-guru yang menekankan para pelajar masa 3 bulan pertama adalah sangat berkesan.. lepas tu tone down. Mungkin ini sesuai utk anak-anak yang masih kecil macam Tahun 6. Tapi kepada para pelajar PMR dan SPM.. kena lah mula dengan lebih awal. Belajar biar consistent... you guys boleh buat lebih baik.

***************************
 
Kata-kata Daddy tadi " this is the fruits that you gonna have for what u have planted."
Apa lagi... kecut perut lah tadi sebelum diberitahu oleh kawan-kawan kata Kelas 6 Angsana satu kelas 5A... hilang terus suspend kakak. 
Apakah hadiah istimewa buat Kakak Tasha? 
Kakak Tasha nampaknya paham apa itu hadiah istimewa yang dimaksudkan oleh Daddy. Bila keputusan diumumkan .. dan cemerlang 5A itu... "perasaan itu..kepuasan itu..kegembiraan itu" ... Itulah hadiah yang paling istimewa. Mummy dan Daddy memang tak dapat belinya walau macam mana pun. 
:)

Kepada Aunties dan Uncles yang memberi semangat kepada Tasha... Tasha sangat la bangga dengan u all semua sebab ucapan tersebut sangat bermakna. 

Aunty Asnida ... terima kasih atas kata-kata peransang dan janji Cupcakes... Tasha dah siap call choose Chocolate Cupcakes yang moist special made by aunty... Tunggu.......

Anje balik je sampai rumah terus jerit pada Abang Jimo dan Abang Ajeem.. yeah!!!! 
Macam mana pulak dengan Abang Jimo dengan Abang Ajeem?
Abang Jimo dan Ajeem yang sempoi mempoi... jawapanya .. kita org, English tak boleh dapat A... Hahahahaha... so you know the answer Daddy. 

Budak lelaki.. macam biasa.. cool.. kenapa ye? pelik juga? kenapa budak perempuan selalu kecoh?
*****************
Sekolah mana lepas ni? Tadi dah ke Sekolah Menengah Bukit Jelutong (SMBJ)untuk daftar. Surat penempatan dah diterima pada 8hb Nov 2012 yang lepas. Dah daftar semalam. Memandangkan kakak dah pilih SMBJ.. insyaAllah kakak akan terus kekal semangat belajar bersama rakan-rakan lama dan baru nanti di SMBJ. Sekolah mana pun sama sahaja. yang penting diri sendiri.  


 Pendaftaran Tingkatan 1 bermula 17 Nov 2012. Rasanya dalam 10 hari untuk daftarkan diri ke sekolah yang dinyatakan melalui surat Jabatan Pelajaran Selangor. 

Anak-anak, jangan lupa remind mak dan ayah. Perlu bawa sekali 
1) Surat Penempatan tersebut
2) Slip menduduki UPSR (salinan photocopy)
3) Surat Beranak (salinan photocopy)
4) Keputusan UPSR (salinan photocopy)

Lebih baik photocopy siap-siap.. jangan lupa!  
Bagi sekali photocopy keputusan UPSR walaupun tidak dinyatakan dalam surat tersebut sebab nanti kena hadir sekali lagi untuk diberi kepada pihak sekolah menengah. 
Bidadari siap bagi juga salinan kad pengenalan.. 
Jangan lupa ambil Surat Sesi Orientasi Sekolah Menengah tersebut yang memberitahu tarikh untuk Tingkatan 1 , 2013 lapor diri.
Sesi Orientasi Sekolah Menengah Bukit Jelutong pada 28 Disember 2012.

Kita jumpa di sana.

Sunday, November 18, 2012

Keputusan UPSR 2012 19 Nov 2012 bermula 10am

Nampak mulai jam 10 pagi esok. 19 November 2012... Ibu bapa dan anak-anak Tahun 6 akan mula bersesak ke sekolah untuk mengetahui keputusan.
Debuk debak..debuk debak....jantung tu. InsyaAllah semua anak berjaya.... Amin
Kepada ibu bapa yg ingin mendapat keputusan melalui SMS.... Taip UPSR ANGKA GILIRAN dan
SMS ke 15888
Sumber
http://m.facebook.com/pages/Official-Kementerian-Pelajaran-Malaysia/255373811139668?id=255373811139668&_rdr#!/photo.php?fbid=513544485322598&id=255373811139668&set=a.259212710755778.75401.255373811139668&__user=631252648

Friday, November 9, 2012

Cuti Sekolah 2012 - Tips Keselamatan Cuti Sekolah

Seronok la semua budak sekolah Rendah dan Menengah ...Hooorayyyyy!!!!


Aktiviti harian baru akan bermula.. actually dah bermula pun selepas peperiksaan akhir tahun.
Terutamanya main-main-main... makan + tidur... --> main + makan + tidur. Memang enjoy sangat kah duduk dirumah? Kadang-kadang sampai rasa agak pelik budak-budak ni lebih suka main games dan tengok tv di rumah dari pergi sekolah main di sekolah. Sah -sah di akhir tahun cikgu -cikgi yang tengah sibuk kemaskan laporan dan update sistem PBS tak kesah kalau anak-anak murid bermain dengan baik di dalam kelas.

Kawan Baik Jimo, Najmie dah 1 minggu message Bidadari merisik nak datang rumah weekend ni... hmmmmm (dengan gaya dan lenggok Pn.Na*AT) ... nak minta izin nak tidur dan stay bermain dengan Jimo untuk beberapa hari... Dalam hati ni rasa seronok sangat bila anak-anak yang baik suka datang rumah kita... maknanya beliau selesa berada di rumah kita. Hati budak kan ikh;as. Kalau suka tu memang suka.. kalau tak suka tu.. tak suka lah tu.

Jimo pun dah tak sabar nak bercuti sebab mengharapkan Najmie datang seawal petang ni.. atau esok pagi. Tapi nampaknya agak hampa sedikit sebab kena tunggu minggu depan... Minggu ni akan ada tetamu, mereka akan tidur di bilik Jimo yang agak luas compare bilik-bilik yang lain, mesti Najmie tak akan selesa.. Alhamdulillah dia bersetuju. Jimo mesti tak puas hati.. tapi nak buat macam mana kan?

Apa agaknya rancangan yang terbaik untuk aktiviti anak-anak dengan cuaca yang sangat lembab?
Buat masa ni aktiviti mingguan/bulanan - Swimming,  Bowling, Tengok wayang, makan-makan dan  Saidina.
Jika vacation dalam Semenanjung selalunya mesti tak ada perancangan yang lama dan terperinci.. pakai redah.., cuma kena pasti tempat makan + tempat tidur + tandas yang selesa.

Kepada kawan-kawan yang bakal merentas benua dan yang akan merentas Selat Melaka ... have fun.. bila agaknya Bidadari akan memenuhi hasrat tersebut untuk bawa anak-anak kesayangku bersama..
InsyaAllah ada rezeki, betul tak?

Nasihat Bidadari buat kawan-kawan semua /visitors... percutian panjang sekolah ini memang menyeronokkan buat anak-anak... Harap sama-sama kita memantau pergerakkan anak-anak dan anak-anak jiran kita memastikan keselamatan mereka terjamin.

Tips Keselamatan Cuti Sekolah

Anak-anak akan mendengar nasihat dan mengingati kata-kata ibubapa yang disampaikan dengan penuh kasih sayang:

1- anak-anak tidak bermain di kawasan air tadahan
2- anak-anak tidak bermain dalam hujan lebat dan kawasan dinaiki air/banjir ("bah" kata orang Utara)
3- anak-anak tidak layan orang yang tidak dikenali
4- anak-anak tidak bermain di kawasan atau bangunan yang ditinggalkan
5- anak-anak tidak bermain di kawasan semak
6- anak-anak mengelakkan diri dan berwaspada dengan orang yang tidak dikenali / berkelakuan pelik
7- memperingati anak-anak apa perlu dilakukan jika mereka terpisah atau hilang di tempat orang ramai (contohnya: mencari information counter atau memaklumkan mereka terpisah kepada guard/pekedai)
8- memperingati anak-anak kunci pintu dan pagar semasa berada di rumah.

Sambil itu berwaspadalah kita sama-sama:

1- berwaspada jika rakan lelaki kepada anak-anak lelaki yang bertandang ke rumah jika ada anak perempuan di rumah. Sebolehnya elak dari budak-budak lelaki itu masuk ke dalam rumah.
2- anak-anak perempuan tidak digalakkan untuk bertandang ke rumah kawan yang ada anak lelaki remaja atau dewasa
3- kenali kawan-kawan anak-anak kita
4- elak anak-anak berjalan atau keluar sendirian.
5- pastikan anak-anak berdekatan dengan kita, tidak meninggalkan anak-anak di tempat awam.
6- be very choosy when you want to leave your kids with others.
7- dilekatkan senarai nombor untuk membuat panggilan jika berlaku kecemasan seperti
    a- nombor ibu dan ayah
    b- nombor telefon keluarga yang dekat
    c- nombor jiran
    d- nombor Polis Gerakan /999
 (Polis Gerakan lebih cepat sampai sebab mereka kereta ronda yang selalu meronda...)

Semoga kita semua akan bercuti dengan penuh cerita-cerita gembira dan kebahagiaan.
Ingat!!! cerita -cerita gembira atau bahagia itu adalah bila sekeluarga bersama.

Thursday, November 8, 2012

Keputusan UPSR 2012 pada ISNIN 19 November 2012

Kepada anak-anak yang tidak sabar nak terima keputusan UPSR mereka kenalah bersabar ye... sebab TPM merangkap Menteri Pendidikan telah pun membuat pengumuman bahawa Keputusan UPSR 2012 yang dijadualkan pada 8 November 2012 hari Khamis ni akan keluar pada ISNIN, 19 NOVEMBER 2012.

BERITA TERKINI Keputusan peperiksaan UPSR diumum 19 November KUALA LUMPUR 6 Nov. - Keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2012 akan dikeluarkan pada Isnin, 19 November ini.Kenyataan Kementerian Pelajaran berkata, majlis pengumuman analisis keputusan UPSR itu akan diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya."Semua calon yang menduduki peperiksaan itu boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi, pada hari yang sama," kata kenyataan itu hari ini.Seramai 517,139 orang calon menduduki UPSR di 8,284 pusat peperiksaan di seluruh negara yang diadakan pada 11 hingga 13 September lalu. - UTUSANArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121106/dn_23/Keputusan-peperiksaan-UPSR-diumum-19-November#ixzz2BSMsarSZ © Utusan Melayu (M) Bhd

**************************
Semalam jangkaan 21 Nov 2012.. Untik elakkan kekeliruan...berita 5 Nov 2012 dipadamkan. 
**************************
Kepada adik-adik... anak-anak ... khususnya kepada pelajar Tahun 6 SKBJ ... semoga semuanya mendapat berjaya dengan baik sekali... Jangan risau... ini hanyalah satu permulaan.

Bidadari sendiri buat masa ini rasa puas hati dengan pencapaian anak dara sulong.....berpuas hati dengan usaha dan semangat yang ditunjukkan serta sujud dan doa kepada Ilahi.. sesungguhnya keputusan itu hakNya. Sama-sama doakan yang terbaik buat kakak dan kawan-kawan.


Tuesday, November 6, 2012

Format Baru UPSR, PMR 2016

Format Baru UPSR, PMR
penerangan.gov.my

Format baru Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diganti penilaian sekolah, akan diperkenalkan mulai sessi persekolahan 2016, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
.....
Tapi kohort (kumpulan)yang baru mungkin akan masuk 2011 dan ujian pertama (diadakan) pada 2016. Pada waktu itu, kita akan adakan UPSR baru dan PMR dalam bentuk penilaian sekolah.

~sumber maklumat: Berita Harian


PMR, UPSR To Have New Format From 2016 - Muhyiddin
Bernama Education News Update - 9 Okt 2012

"If we want to improve the UPSR and PMR, it will have to be as early as 2016. It will be for pupils and students who enter the systems in 2011; the first examinations will be in 2016," Muhyiddin, who is on a visit to Australia, told reporters here.

He said the third and final roundtable on improvement of the systems had been completed and the ministry's views and proposals were well-received.

"Generally, I can say that many agree that the UPSR should be retained but with improvements while the PMR should be replaced with a school-based assessment.




********************* 

Inilah bacaan saya hari sejak pengumuman keputusan UPSR 2012 ditangguhkan. Berita yang tak baru dan dah lama diperkatakan perlu juga dikongsi dengan ibubapa diluar sana.. jangan jadi terkejut pulak bila pengumuman dibuat nanti kan?  :)

Jadi untuk Abang Ajeem... akan melalui rentak baru UPSR... rasanya budak-budak tak ada masalah sebab mereka cepat terima sesuatu yang baru. 

Dengan ini juga Kakak Tasha dan kawan-kawan Tahun 6 tahun ni akan mengambil PMR terakhir. Selepas tu Abang Jimo tak sempat dan akan melalui penilaian sekolah dengan format baru. 

Adalah terbaik juga rasanya jika anak-anak pihak yang terlibat dalam membuat keputusan ini... yang akan melaluinya dan bersama-sama dengan rakyat jelata. (it's just a small thot of me)

Apa pun yang diumumkan nanti sesungguhnya yang terbaik telah diteliti dan dikaji untuk anak-anak masa hadapan.

Friday, November 2, 2012

Majlis Graduasi Murid Prasekolah dan Tahun 6 SKBJ Tahun 2012

Congratulation Kakak Tasha.

Tahniah juga untuk kawan-kawan kakak... semoga you all semua akan menjadi anak yang solehah dan mulia di sisi agama dan keluarga. Tahu kah anda ini hanyalah satu permulaan... jangan lupa banyak lagi liku-liku yang perlu diredah... semoga kepada NYA kamu semua memohon dan bergantung harap.. ibu dan ayah insyaAllah akan sentiasa mendoakan kamu semua.

Kepada para guru... yang mendidik anak-anak ini dari tadika... hingga lah ke Tahun 6, terima kasih banyak-banyak jasa mu sangat dikenang. Bidadari masih ingat, perjuangan cikgu-cikgu ... dari Pengetua, guru-guru Penolong Kanan, guru Kelas hinggalah guru sokongan... semangat, tunjuk ajar memang membanggakan. Terima kasih cikgu.

Majlis Graduasi Murid Prasekolah dan Tahun 6 SKBJ tahun 2012 berjalan dengan lancar. Sokongan PIBG boleh diberi pujian. Harap tahun depan PIBG sekolah dapatlah sponsor untuk setiap pelajar untuk majlis ini ....(sempat lagi tu :) hehehehe )

Rasanya semua pelajar tadika dan tahun 6 hadir semalam... seramai 399 Tahun 6 + 50 prasekolah mengambil sijil ...persembahan yang dirancang sendiri oleh para pelajar pun berjalan dengan lancar. Not bad u all ye.  Semoga semua terus berjaya.

Majlis diadakan di Bluewave Hotel, Shah Alam. Persiapan dan susun atur memang memuaskan. Sambutan dari guru-guru yang penuh mesra pun seronok melangkah masuk.


Rupa-rupanya Bidadari dan Suami ibubapa pertama untuk Kelas 6 Angsana yang hadir. Huhu...


Kad Jemputan dan Pamplet beserta nama pelajar (399 + 50)


Para Penggerak Utama... Pengetua, Guru & PIBG SKBJ
 
 
 Para Graduasi Kanak-Kanak Tadika SKBJ 


Persembahan oleh Kanak-Kanak Tadika SKBJ yang menang peringkat Negeri Selangor.



Para Graduan Tadika dan Tahun 6 SKBJ


 Para Graduan Tahun 6 SKBJ


Dari Kiri Atas: Kakak dengan rakan sembang petang, Zainina  dan Kawan-kawan baiknya.
Dari Kiri Bawah: Kakak terima sijil dari Pengetua disaksi oleh Guru Kelas , Pn Azlida. dan Persembahan Flashmob oleh Tahun 6.


Bidadari yang mesra dengan anak-anak ini... sempat juga bermesra dengan mereka. 


p/s:
Gambar yang di input tak banyak sebab kakak Tasha terkenal dengan low profilenya... so cukup lah untuk tatapan tok dan wan di kampung.... bila kita jumpa boleh la tunjuk gambar-gambar lain lagi ye tok.

Tuesday, October 30, 2012

Masa Kecil.....Zaman dulu-dulu

Ada tak sesiapa terima emel ni... hmm dah lama dah terima ... tapi rasa nak share.. especially dengan anak-anak mummy yang membesar cara contemporary... agak-agak mesti mereka gelak besar bila tengok gambar dan baca kerenah budak-budak dulu dengan GADGET sedia ada...

tapi betul la.. 90% rasanya Bidadari sendiri melaluinya dan buat macam tu.. tu yang rasa best sangat nak share dengan u all. Kepada tuan punya emel asal.. terima kasih sangat :) dapat lah kami yang zaman generasi X mengimbau kembali. Terima kasih guna buat kartunis yang memang pandai melukis tu...


**************


Terkenang semasa dulu................
memang amat terkenang zaman dulu-dulu... enjoy sangat rasanya... 

Adakah semasa kecil dulu anda pernah buat perkara perkara berikut?

 1. Buka kipas meja , cakap dengan kipas sebab nak dengar suara bertukar.  



2. Naik kereta dan tengok bulan. Ingat bulan tu ikut kita.  

 

3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari "handle", rasa hebat.
4. Masa sekolah, ade orang bagi milo percuma, lepas ambil sekali menyamar jadi orang lain, 
ambil milo lagi sekali.
5. Masa sekolah, ade orang dtg jual vitagen/susu/buku/barang, bawak balik list, mintak duit nak beli kat mak bapak.
6. Lukis burung guna huruf M atau V
7. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit 
8. Masa kecil fikir bentuk hati yang sebenar macam ni ---> ♥
9. Tutup pintu peti ais perlahan lahan, sebab hendak tengok lampu peti ais padam. 
  
 
10. Kalau tak siap kerja sekolah , sengaja tinggalkan buku latihan di rumah.

11. Pergi dekat peti ais tempat freezer atas tu dan bubuh muka kasi sejuk.



12. Main game Pacman atau Mario

13. Main lubang tikus
 
14. Mintak biodata kawan2

15. Kalau pergi shopping mesti pergi tempat TOY dulu.
 
16. Buat jet kertas
 

17. Tengok Power Rangers, Flashman, Maskman, etc.
 
18. Lawan pemadam
 
19. Penggal/Tuju selipar
 
20. Main bubble wrap 


21. Minum air panas dlm piring
 


**************

Budak zaman sekarang generasi Y ada cara tersendiri.. tapi terkenangkan kembali zaman ni.. agak-agak kakak-kakak di era umur 60 ke atas pun macam ni la juga kan? hehehehehe
Ini menunjukkan budak-budak amatlah nak ambil tahu, kreatif dan adventurous. Ia agak turun temurun. 

Terkenang betul zaman dulu.. yg paling rasa tak akan lupa.. bawa basikal lepas tangan dua-dua.. Ceeee... kira terror habis la tu...  yang kira lagi terror bila ada juga yang turun GON.. (turun bukit, bahasa org utara) siap kayuh lagi... nak laju la tu.. sekali terpeleot sikit terus terjun masuk longkang.. hahahaha

Baru-baru ni masa balik raya puasa.. semasa ziarah atok saudara di kampung... dijamunya air teh panas-panas.. memandangkan Abang Ajeem dan Anje nak minum sangat .... Daddy pun tidak tinggalkan amalan lama, tuangkan air teh panas dalam piring dan hembus.. tercengang bebudak tu... siap tanya lagi "daddy buat apa tu" .. hahahahaha... lepas tu bila mereka dah tahu... pandai pulak Abang Ajeem buat sendiri dan hembus sendiri dlm piring... 

seronok kalau ada pulak geng kalau nak sembang sepetang cerita zaman dolu-dolu.