Wednesday, January 29, 2014

Sarapan Bersama Premium Chicken Burger

Sarapan apa hari ni? Rasa standard tak soalan tu? Soalan standard untuk lelaki dan perempuan... 
Kali ni Bidadari ada diperkenalkan dengan Premium Chicken /Beef Burger. Kepingan yang tebal sedap dan terasa dagingnya. 


Burger Ayam Roti Sandwich

Kepingan Burger Ayam Premium 1 Keping
Daun Salad 2 Keping
Buah Tomato 1 Keping
Timun 1 Keping
Roti Sandwich 2 keping(dibakar)
Cheese 1 Keping (Optional)


Kepingan burger ayam yang lazat.


Bidadari bakar/panaskan atas kuali yang tak letak minyak. Bakar macam tu api sederhana, diterbalikkan sekali sekala.. tapi jangan ditekan tau nanti hilang moist-nya.

Bila jumpa produk baru yang menarik dan boleh dikongsi rasa tak sabar nak kongsi dengan kawan-kawan. Tambahan pun dalam rasa rindu dengan officemates group Shorumate.  Kalau ada benda baru boleh la nak rasa merasa...kongsi-kongsi.. tapi jauh di mata.. tetap di hati. Sebab tu nak share di sini. 

Pada kekawan Shorumate  you guys must try. Mesti nak tukar selera, kan? Harga RM20.00 untuk 1 kotak. 1 Kotak 4 keping. Prepare untuk sarapan, Bidadari makan 1/2 je, separuh lagi makan masa lunch break. 

Semua anak-anak memang suka, tapi mereka makan mesti kena share. Anyway share tu yang jadi sedap lebih.

Beeee... Mayanggggg... you guys must try and sure love it... pandai je kan saya ni... I know, Beeee kalau dia start suka.. nanti mesti borong balik Bntulu. :P

Sarapan kali ni guna kepingan ayam burger Victoria Crest. Ada juga daging. Masa diperkenalkan oleh promoter adik manis di Jaya Grocer BJ, memang sedap. Ajeem, Jimo dan Anje yang test pun cakap sedap. Walaupun potongan yang diberikan tidak besar tapi boleh terasa daging. Lepas rasa terus amil satu kotak. 

Premium Chicken Burger.


Wow...Boleh goreng, bbq dan bakar.

Nampaknya lepas ni boleh cuba bbq? bila la nak bbq :(

Love u all...

~Bidadari

Friday, January 24, 2014

Anje Ke Sekolah Kembali


Tahun 2014 genap Anje 6 tahun. Hampir 3 minggu ke sekolah Alhamdulillah semakin hari semakin seronok nak ke sekolah. Muka pun cerah dan nak ke sekolah sendiri tanpa perlu diteman. 


 Anje dengan uniform Junior Cambridge. 
(crown-princess not included)


Happy face ke sekolah


Mesti ramai yang bertanya, kenapa tukar sekolah? 
Tahun lepas Anje pergi sekolah setakat 4 hari jer. Sebab itu sahaja Bidadari mampu cuti teman ke sekolah. Anje pun tak bersedia sebenarnya. Lebih suka nak berkawan dari nak belajar di sekolah. 
Bila nak pergi, tak mau ke sekolah. Tak nak masuk kelas Mandarin, tak nak baca buku, tak nak buat homework, nak mummy teman. 

Itu lah, Anje belum bersedia. Sebagai ibu dan ayah nak hantar sebab nak anak cepat pandai dan tak ketinggalan. Ada pulak suara-suara penasihat yang membauatkan hati gerun dan resah anak tak pandai baca, anak dah besar, masuk 5 tahun bla..bla...bla...

Tahun ni, Anje lebih semangat nak ke sekolah. Tak nangis langsung. Satu kelebihan, Anje dia malu tapi agak berani. Memang Anje tak pandai membaca dan menulis perkataan tak kira BM atau BI. Tapi sebab Anje boleh berbahasa Inggeris dengan agak baik, jadi dia lebih bersedia untuk menjawab bila cikgu bertanya.

Kalau nak tahu, Anje memang FAIL eja atau tulis nama sendiri. Entah apa kelebihan guru anugerah yang diberikan Allah, balik sekolah hari ke 2, Anje dah pandai tulis YASMEEN. Alhamdulillah. 
Jika anak bersedia memang apa saya boleh. Bila mereka tak nak, memang apa cara pun tak boleh.

Masuk minggu ke 2, Anje dengan semangatnya nak dengar Bidadari baca buku Rapunzel. Siap buka tap dengar cerita dari Story Book App. Sebelum tidur, "mummy dengar ni, Anje nak practice. Once apon a time......" sampai habis lah dia cerita dengan cara tersendiri dari apa yang dipaham. Untuk apa? Rupanya Anje nak cerita depan kelas untuk Storytelling Session. WOW... bangga ..muah muah muah. 
Bila ditanya pada teacher, Storytelling session adalah untuk time teacher  baca buku cerita, bila students dah mula bosan dan letih belajar. Harap teacher akan beri peluang pada Anje nanti untuk dia cerita depan kelas. 

Kesimpulannya untuk Bidadari sendiri, kita ni sebagai ibu-ayah suka sangat nak ikut org. Risau lebih takut anak kita ketinggalan.. sampai agak selfish .Ada pulak suara-suara yang merisaukan.. menambahkan kita buat sesuatu sebab takut. Bukan sebab anak tu sendiri.. ye ye.. kita buat untuk yang terbaik untuk anak. Tapi bila dia tak nak ke sekolah, siap marah, rotan, pukul. Apa ke hal.. 

Anak masih kecil, betul kita buat yang terbaik untuk masa depan mereka, tapi bukan dengan mengikut cara orang lain. Satu anak ke satu anak pun berbeza. Satu perkara yang Bidadari setuju dengan Daddy, kita beri galakkan. Bagi motivasi, berbual, beri semangat. Tapi bukan cara paksa anak ke sekolah (anak masih tadika) sampai nak jerit satu lorong rumah depan belakang boleh dengar. Rotan anak, marah, pukul. Hello!!!!! cuba la orang buat yang sama kat kita. mesti kita akan lebih melawan. 

Bila perkara positive, kata-kata positive bercerita, diberitahunya apa itu sekolah, mesti anak akan ke sekolah. Setiap anak berbeza. Ada yang ambil masa. kita perlu sabar. Kita nak hari ni tegur, hari ni suruh, terus jadi. itulah yang naik hangin jer kan. 

Lagi satu Abang Jimo dan Abang Ajeem ada buka rahsia mereka kenapa mereka menangis bila ke sekolah? kenapa ye? Abang-abang kata mereka dulu duduk di rumah tak pernah tau pasal "Apa Itu Sekolah". Cikgu? "Mummy dan Daddy tinggalka kita orang dengan orang yang kita tak kenal' Uniform? "pakai baju yang tak pernah dipakai" "Kawasan sekolah duduk dalam kelas yang tak pernah tau". 
Tapi Abang kata Anje dia dah biasa dengar pasal sekolah, dah tau apa itu cikgu, uniform, jadi dia lebih bersedia. 

Apa kata lepas ni sebelum anak ke sekolah/tadika, perkenalkan lah mereka dengan alam persekolahan. 

Betul juga kata-kata abang, ramai budak sekarang dah tak nangis ke sekolah. Malah first day lagi dah jadi Taiko... hehehehe

Lagi satu perkara, apa yang kita kalut sangat nak hantar seawal 2 - 3 tahun. Lepas tu, tinggalkan anak dalam kelas menangis panggil mummy/ daddy. Boleh pulak mummy / daddy diluar kelas menyorok tersenyum. Macam main game. Sebab tu anak akan mengamuk dan belajar mengamuk. Tanyalah diri... sebab nak cerita tak pandai sebab Bidadari tak sampai hati ..nak cerita pun rasa sedih.

Anyway semua orang ada cara dan pandangan masing-masing... ini hanya pandangan Bidadari, jangan ada yang upset ye.. cerita sahaja. Bila mereka dah mula bersekolah, macam Anje, dia akan mula bangun awal seawal pagi untuk mula harinya ... sehingga masuk sekolah rendah, sekolah menengah, kolej/universiti... dah ke alam kerja. Jadi, biarlah anak-anak kecil yang sepatutnya enjoy their sleeping time... terus diulik mimpi mereka yang indah. Tiba masanya mereka akan mulakan hari mereka. 

Semoga alam persekolahan anak-anak merupakan kenangan manis buat sekeluarga.

~Bidadari. 

Monday, January 6, 2014

2 Nombor 1 Rumah

Nampaknya... keperluan untuk 2 nombor telefon rumah... 2 NOMBOR 1 RUMAH...
Satu nombor Unifi dan 1 nombor TM.

Tadi ke Pejabat TM, Shah Alam. Layanan sangat memuaskan dan perkhidmatan cepat dengan penuh senyuman. Tujuan untuk tamatkan nombor telefon TM dan cukup untuk 1 nombor Unifi.  Selepas serahkan borang kepada pegawai yang bertugas, beliau menyatakn keperluan to retain  nombor TM.

Sekarang ni dengan yuran RM1/sebulan.. dan bil semasa -RM80 (negative) jadi kalau betul tak guna telefon tu 7tahun tak payah bayar bil.

Kenapa kena retain? Sebab, kalau rumah tiada elektrik, telefon unifi tidak boleh digunakan. Jadi, untuk emergency call tak boleh dibuat. Jadi perlu untuk retain nombor TM juga sebab telefon tu guna talian analog, talian telefon tidak terjejas walaupun tak ada elektrik..

Terima kasih sangat-sangat pada pegawai khidmat pelanggan tersebut. Banyak membantu tu. Terus cancelled niat nak tamatkan talian telefon. Dengan budak-budak dan pembantu rumah di rumah memang sangat perlu talian yang boleh diharapkan (reliable). Maintain jer 2 nombor 1 rumah.

Mungkin ada sesetengah yang bersikap buat sahaja berdasarkan permintaan pelanggan. Tapi pegawai khidmat pelanggan ni, sangat prihatin dan sedia berkongsi. Syabas! Bangga sangat dengan sikap dia.
Bidadari sangat happy. Terima kasih, puan.

Setiap sikap itu adalah dari diri kita.Pertama murahlah  melemparkan senyuman, bersapa/memberi salam, compliment dengan ikhlas. Semua ini tidak kena duit dan tidak akan meletakkan diri kita ditaraf yang rendah. Sama-sama kita mulakan.


~bidadari

Friday, January 3, 2014

Unifi HyppTv Homeplug

Bila pasang Unifi mesti dapat HyppTV.

Tapi leceh bila kena tarik wayar teruuuusssss ke tv supaya modem duduk dekat dengan tv.

Lepas jer pasang Unifi, terus gi cari Homeplug pasang.. yahooo now modem boleh pasang dekat dengan area yang lebih strategik. HyppTV pasang kat TV mana-mana jer dengan capaian melalui Wifi Homeplug Adapter. Lagi satu, mestilah nak pasang kat TV besar sebab sedappppp bila dpt tengok Youtube.. Boleh lah nak pilih kat TV atas ke bawah ke nak pasang.

Homeplug- Powerline Adapter. 
(Info lebih? Google please)
Brand: antara yang jumpa D-Link and TP-Link.
Produk: Ada single (satu adapter) dan double (satu set adapter).
Speed: 200mbps / 500mbps (lagi tinggi speed lebih transfer rate)
Harga (double, bergantung kepada speed): RM140 - RM200++


HOMEPLUG -POWERLINE ADAPTER

Speed 500mbps


Satu Set Homeplug.  Inilah rupanya. :)


Accessories yang diberikan bersama. Manual, kabel dan CD. 


Manual pun ada untuk berkenalan dengan indicator. Nak tau connection OK ke tak.


Bidadari beli TP-Link 500mbps, design terkini yang lebih kecil dan menarik. Senang sangat nak dipasang, macam plug & play gitu..

Bidadari guna internet cables Unifi je. TP-Link internet cables (UTP cables)  warna kuning tak guna sebab sama jer.

A: Sambung UTP cable  pada Homeplug adapter dan Wifi Router



B: Sambung UTP cable  pada Homeplug adapter dan HyppTv.

Hujung UTP Cable dipasang pada Homeplug Adapter. Plug in pada soket. Lampu biru yang penuh menyala menunjukka signal diterima dengan baik.


Hujung UTP Cable dipasang pada HyppTv (belakang).


Jom layan..... 

TV Xbox dah jadi TV-Youtube... :) jangan marah ye abang. Tumpang sekejap.
Lepas ni boleh lah letak TV di bilik macam kat hotel, tv besar depan katil...angan-angan 


Bidadari beli dengan harga RM160.00 di Digital Mall Seksyen 14, Petaling Jaya. Sebelum beli, ronda-ronda kedai untuk dapat produk dan harga yang terbaik. 



~Bidadari~
maklumat bertujuan untuk perkongsian sahaja.

Wednesday, January 1, 2014

Bila Anak Hilang Di Shopping Mall

Ajeem Hilang!!!!!

Berderau darah Daddy dan Bidadari ;(

Tadi ada lagi, macam mana boleh hilang.... dah lah orang ramai betul di Sunway Pyramid.. Hari Christmas memang ramai gila... Sunway Pyramid pulak banyak wing. Huh!!!

Anje dah mula nak mengangis bila dia sebut "Abang Ajeem Hilang"...MamaShun jaga AbgJimo, Tasha & Anje. Abang Hafiz, Daddy & Bidadari gi cari.. lepas 15min cari.. semua tak ada.. laluan yang sama, dan tempat makan tadi, kawasan-kawasan sekitar...

Daddy dah stress, anak tak jumpa lagi.... Bidadari mencari sambil berdoa jer... baca Ayat Kursi banyak-banyak semoga dipermudahkan. (Masa Bidadari kecil dulu, sekolah rendah masa tu, Tok Ani akan pesan, kalau kita sesat baca Ayat Kursi x7, insyaAllah akan jumpa jalan pulang atau orang yang boleh bantu). Dengan kekuatan yang ada.... keyakinan pada doa yang diamal.... Mommy rasa agak tenang sambil mencari lagi.

Bidadari ke Information Counter.. Mereka bantu buat announcement. Tapi memang susah kalau nak dengar dengan terang sebab orang ramai, agak bising. Apapun mereka sangat membantu. Semua Security pun mula beroperasi membantu mencari dengan clues yang diterima.

Selepas 30min... Abang Hafiz telefon, dia dah jumpa Ajeem di kawasan Ice Skating. Alhamdulillah....
Abang Hafiz cakap masa ke Kem Rakan Muda, tenaga pengajar tu beritahuBil kalau budak hilang cari tempat yang mereka suka... Bagus juga... sebab dah 2 minggu yang lalu berturut-turut weekend main Ice Skating... jadi Ajeem ada di situ.

Thank you to Sunway Pyramid Support Team --> Info Counter, Staffs and Security.

Semua berkumpul dan jumpa Abang Hafiz & Ajeem di Starbuck. Sukanya Anje bila dapat jumpa Abang Ajeem.. Siap peluk-peluk lagi... Air mata pun dah nak meleleh... rasa lega dapat jumpa abang. Masa nampak Ajeem... member diam jer...senyap tunduk sebelah daddy yang sampai lebih awal. Bila Bidadari pegang dan peluk dia.. terus Ajeem nangis teresak-esak. lama juga nak tenangkan dia.. tapi tak apa .. Ajeem nangis lah puas-puas..

Apa yang risau, Ajeem ni pendiam.. memang agak blur... tu yang risau tu.. susah nak bercakap. nak bertanya. Bila tanya, Ajeem kata masa dia hilang tu dia tak rasa takut tapi terkejut.. tiba-tiba semua orang tak ada.

Macam mana boleh hilang dari group? So far bila berjalan, anak-anak memang sentiasa berada di tengah. Yang dewasa akan ada di bahagian depan dan belakang. Sebelum turun escalator  Bidadari baru je cakap dengan Ajeem, lepas tu turun.. yang lain belok... Ajeem straight ke ICe Skating area.. Sabar jer lah..


Tengok Ajeem tak ada mood nak Starbucker!!..Stress, sian anak mommy. 
Daddy belanja semua org sebab semua berusaha cari Ajeem. 


Pesanan Untuk Anak-Anak Di Shopping Mall

Jadi, beringatlah... selain kita sentiasa pegang / perhatikan mereka, pesanan buat anak-anak sebelum kita mula shopping mahupun window shopping.

Tak kisah lah apa yang terbaik kita rasa atau daripada info tindakan yang patut diambil oleh anak-anak kita.

yang paling baik anak kita ingat nombor telefon rumah/ ibu/ ayah - kalau mereka boleh hafal lagi bagus. terbaik!

Pesanan buat anak-anak Bidadari... "Jika jumpa security atau information counter yang terdekat. go there and tell them you are lost." Kalau tak jumpa, just stay there .. kalau gerak nanti lagi susah nak cari.

Rupanya bila dengar cerita di ofis ramai yang pernah berpengalaman anak hilang ... pengalaman diri sendiri yang hilang masa zaman kecil dulu pun ada!.

Kawan Bidadari, dia pesan anaknya kalau hilang, berdiri setempat, nangis kuat-kuat.
Kebetulan masa anak dia hilang di IKEA, dia dengar suara anak dia nangis kuat masa mencari.

Macam-macam boleh kita kongsi.. kongsilah jika ada yang berguna.

Sekarang ni Bidadari dapat satu idea... insyaAllah akan buat ... nak order tag nama besi (military tag) rantai besi.  Bagus tu... semua orang pakai rantai tu dalam baju sebelum keluar rumah. Bagus tak idea tu..
Selalunya bikers pakai sebab jika apa-apa terjadi pengenalan diri ada pada diri mereka.

Ini Name Tag besi kawan saya, biker.

Bidadari rasa info ni dah bagus sangat.
Nama:
Agama:
Bangsa:
No. K/P:
Jenis Darah:
No. Telefon (In Case of Emergency, ICE)

www.malaysiamilitarytag.com
(order online)

Senang kalau online sampai ke depan pintu rumah.
So far warna original adalah silver. Kalau full hitam nanti lama-lama akan terhakis juga hitam tu. Ini hanya panduan... tak nak terima pun tak apa. :P (pissyooo!!)

Bidadari belum order lagi.. dalam plannning nak order untuk satu keluarga. Sekarang ni boleh guna bila nak keluar rumah.. kena pitam kat mana -mana ker.. anak tak tau nak beritahu ke... kalau tak hilang boleh pakai sampai bila-bila. Boleh dibuat kenangan dari Mommy & Daddy!!!! (belum apa -apa dah berangan).

Sama-sama kita berkongsi...love u all..

~Bidadari~