Friday, July 31, 2009

My First Teeth

Semenjak Baby Anje cukup 1 tahun 2 bulan pada 27 April 2009, tiap-tiap hari mummy akan check mulut baby kut-kut dah ada rasa kasar nak naik gigi. Kenapa 1 tahun 2 bulan? sebab mengikut sejarah kakak Tasha, abang Jimo dan abang Ajeem semua cukup je 1 tahun 2 bulan dah rasa kasar dah nak naik gigi...

Doktor dan orang tua-tua cakap bagus kalau lambat naik gigi, lambat rosak dan lambat rongak. Apa pun berbalik kepada amalan suka memberus gigi.. betul tak? Kadang-kadang kesian juga kat baby.. bebudak lain dah belasah macam-macam ... dia masih duk menjilat.. habis-habis lenyek la dengan gusi dia. tapi kalau dia gigit guna gusi boleh tahan sakit juga.. Jangan main-main.

Setiap kali suruh buka mulut mesti baby akan tutup rapat-rapat mulut dia (macam gambar tu) atau.. dia akan jelirkan lidah dia panjang-panjang.




Kalau habis tak puas hati... nangis le..




Apa pun... tepat 15 Julai 2009 (1 tahun 4 bulan 18 hari), tiba-tiba rasa teruja sangat mummy bila dapat rasa kasar je kat gusi baby. Happy-nya. tapi aduh!!!!! Susah sungguh nak suruh tunjuk gigi... sebab selama ni kalau dengan akak dan abang duk suruh baby tunjuk lidah panjang... (lidah baby dah originally panjang.. sampai ke dagu). Bila disuruh tunjuk gigi.. lidah yang keluar... dah tak pandai... hahahaha... susah nak ambik gambar. Biasa la mummy... mesti nak juga ambik gambar..

Time yang boleh ambik gambar gigi Baby Anje... time tidur le... Itulah buktinya.. :)



Sambil-sambil tu ambil tahu pasal pembentukan gigi bayi.

Antara website berkenaan gigi bayi:
http://www.diyfather.com/content/sequence-of-how-baby-teeth-come-out
http://www.adandental.com.au/tooth_eruption_dates.htm
http://www.gatorgripper.com/babyTeeth.asp

Tuesday, July 28, 2009

Pengalaman 8 hari

Inilah pertama kali tinggalkan Baby Yasmeen yang masih menyusu. Marah habis tok dan wan.. kenapa nak pergi tinggalkan anak yang sedang menyusu. Macam mana dia nanti.. susah hati sungguh. Husband memang tension juga sebab dia yang nak tengok keadaan baby yang tak boleh nak menyusu di sebelah malam.

3 malam sebelum terbang ke Semporna, dah cuba bagi susu botol disebelah malam.. Baby memang tolak 100%. Dengan berat hati pergi juga dan tinggalkan pesan pada daddy jaga anak-anak dan give more attention to baby. Masa pergi ke airport, tak bawa baby sebab tak sampai hati nanti kalau dia nangis nak ikut. Ajim, Jimo dan Tasha asyik lari-lari di airport so tak perasan sangat nak ditinggalkan.

Jumpa kawan-kawan yang nak ke sana so jalan masuk sambil borak so rasa pilu dapat terubat sedikit. Ramai juga jumpa di KLIA dalam 9 orang. Dari KLIA turun ke KK, tukar flight ke Tawau. Di sini jumpa lagi dalam 3 orang, destinasi ke Semporna. First time ke Borneo.. hehehe selama ni asyik teringat kalau ke Sabah mesti sejuk macam Cameron Highland. Apa la saya ni. tup tup sampai di Tawau naik limo ke Seafest Hotel. Rupa-rupanya yang sejuk tu di Gunung Kinabalu .. Tawau dan Semporna panas sangat... tambahan Semporna tu tepi laut.. huh!!!! pedih la kulit-kulit. Ada kawan sorang tu... baru 2 hari di sana dah tukar warna kulit.. hehehehe

Bila sampai.. dah teringat nak balik.. dah teringat kat anak-anak.. terutamanya baby... macam mana dia malam nanti.. Daddy called dia sebuk duk layan baby. Yang lain biasa la sebuk dengan games, Tasha ambil kesempatan untuk ke rumah kawan praktis menari Talent Nite tajaan sekolah.

Esok tu daddy call dia cakap satu malam tak tidur sebab baby asyik bangun nangis cari mummy. sedihnya.. setiap kali dengar suara baby mesti terisak juga la mummy tak dapat tahan sedih... selama ni kalau baby dengar suara dari telefon mesti dia diam je.. paling tidak "..Ahh...hmm..." itu sekali sekala. Tapi kali ni bila baby dengar suara mummy... banyak betul cakap baby.. macam nak ekspress mana mummy.. bila nak balik.. dia keep on cakap je (dalam bahasa dia le). sedih ..sedih.. mengalir air mata tak terhenti.

Daddy cakap mulai malam tu baby akan tidur dengan bibik. Mula mummy memang tak setuju. Tak pernah anak-anak tidur dengan bibik kecuali masa mummy masuk labour room. Bila tidur dengan bibik pandai dia behave. Kurang nangis dan minum aje susu botol. Tapi she behave like a person that in lost.

Lama sungguh nak tunggu last day.. di Semporna, tidur tak cukup lebih kurang 3 jam je sehari ada satu malam tu tak tidur langsung siapkan paperwork dan esoknya pulak terus ke Pulau Bum Bum untuk CSR (Corporate Social Responsibility). Pagi-pagi 6 pagi kami dah tunggu bot di jeti untuk ke Pulau Bum Bum. Di sini 6 pagi macam 8 pagi dah cerah. Tugasan untuk mummy dan kumpulan 2, cat masjid. Kumpulan 1 bersihkan kawasan dan kutip sampah di sekitar masjid, balai rakyat dan kubur Islam. Kumpulan 3 pula masak nasi dan lauk bersama-sama penduduk kampung untuk dijamu kepada semua.

Kami dipesan kena siapkan kerja dan siap makan sebelum 12:00 tengahari. Ini sebab air laut akan surut jadi bot tak boleh lalu untuk balik ke hotel. Malam ada Dinner Talk so kena balik untuk preparation dan finalize the proposal paper.

Bukan saja tak cukup tidur dan rehat, malah makan pun takat 3 sudu nasi je yang dapat masuk. So bila balik sini, memang nampak cengkung habis... so daddy suruh makan byk sikit tak nampak macam org sakit. So biasa la BP slow le nak naik. Harap hari ini dah ok sikit.. itu pun doktor kasi multivitamin dan minta monitor untuk the next 24 jam.

Hingga sekarang duk terngiang-ngiang di kepala bila daddy cakap dia minta baby tidur dengan bibik sebab tak sampai hati tengok baby bila tengah malam bangun duk tunjuk-tunjuk cari mummy kemudian bila baby letak kepala di bahu daddy waktu tidur, baby akan hisap bahu daddy... daddy cakap tak sampai hati nak cerita masa mummy kat Semporna takut nanti rebah sedih.... Bila sampai di airport... baby nampak mummy... terus dia terpinga.. tak tau nak sua tangan ke tidak....

Monday, July 27, 2009

TSAZAIC G8 @ Semporna

Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Di sana kami sekumpulan TSAZAIC G8 (Group 8th) diberi pendedahan berkenaan dengan Integrity dan kehidupan yang sebenar disebalik tabir. Selama ini kita hanya nampak anak-anak yang ke sekolah, mewah dengan duit saku untuk berbelanja di sekolah. Kita berharap semua nya sama..

Bila di Semporna memang tidak tahan air mata daripada terus mengalir... kehidupan mereka amat daif.. lihat lah sendiri...




Begini la kesibukan untuk mencari sesuap makanan.. tak kira usia tak kira keadaan.




Lihatlah 2 beradik ini. Begini la mereka, tidak ke sekolah. Meneman ibu bapa yang bertungkus lumus bekerja untuk memastikan anak-anak tidak kelaparan. Kehidupan mereka kais pagi makan pagi... begitu le seterusnya..





Bila anak-anak lain sedang sibuk bersekolah dan bermain, mereka bangun pagi memikirkan apa yang boleh dibuat untuk menampung perut yang lapar.





Inilah gambar yang amat sedih dilihat. Anak kecil yang berkeliaran, disuap oleh abang dengan penuh tanggungjawab.


Bila kami mendekati anak-anak ini ada yang lari, ada yang bila ditanya umur berapa.. dijawabnya "7" , "20".. sedangkan bukan itu umur mereka sebenar. Yang mereka tahu, belilah "plastik hitam" plastik untuk kita masukkan barang beli di kedai.. satu "20 sen". ada yang sanggup minta untuk gilap kasut. Kalau sebelum ini kita hanya mendengar cerita -cerita ini di negara Indonesia dan India yang begitu ramai penduduk dan kurang kebersihannya.. tapi ini berlaku di negara sendiri bumi Malaysia yang begitu indah dan yang tidak dapat diterima akal.. ianya di bumi Semporna yang begitu famous dengan tourism nya.

Bila disoal, jawapanya mereka di sini ada yang ada dokumen, ada yang tidak ada dokumen dan ada yang imigran. yang disedihkan anak-anak yang terbiar. pada kami yang ke sana.. menitis air mata.. apa pun mereka semua "manusia" mereka semua sama makhluk macam kita. Sebab itu lah komuniti TSAZAIC (IC = Integrity Circles) diwujudkan bagi membangunkan sekumpulan pemimpin yang berintergiti dan tidak akan membebankan rakyat dengan keputusan dan tindakan yang menurut nafsu sendiri. Tindakan kita akan membawa kepada kesusahan dan kesengsaraan anak-anak bangsa.

Kami TSAZAIC G8 sempat ke Pulau Bum Bum untuk aktiviti kemasyarakatan. Walaupun kecil sumbangan kami - membersih kawasan, membersih & mengecat masjid, serta memasak untuk dijamukan kepada warga-warga tua dan miskin. Kami sempat beramah mesra dengan penduduk di sana. Walaupun kecil tapi besar di hati kami dapat menjalankan duty yang setakat yang mampu.

TSAZAIC dari Group 1 hingga Group 8 diharap dapat memberikan sumbangan kepada yang memerlukan dan yang penting akan berpegang teguh untuk mewujudkan culture yang positif dikalangan isi rumah tangga dan tempat kerja. Apa pun.. fikirlah sendiri.. ini semua untuk masa depan anak-anak kita dan anak-anak bangsa kita.... sekiranya kita tidak menegah (rasuah, salah guna kuasa, etc)... siapa lagi...

Thursday, July 16, 2009

You Always In My Mind

Setiap hari mesti tak sabar nak sampai ke rumah. Dah tau ada yang sedang menanti. Bila kereta stop je depan rumah, baru je turun dari kereta meluru Baby Anje, Abang Ajeem, Abang Jimo dan Kakak Tasha ke arah mummy dan daddy dengan memanggil-manggil "Mummy! Daddy!". Itu yang tak tahan tu. (I think mak-mak dan ayah-ayah di luar sana amat memahami.)

Sejak nak ke Semporna ni ingin pula mummy meninggalkan jejak ini buat tatapan anak-anakku yang sangat disayangi. I love you all, will miss u all always walaupun mummy di atas rumah anak-anak mummy di bawah main game.

Nur Yasmeen. Very observant, creative and inovative.
Wajah-wajah my little princess.







Abang-abang yang disayangi: Intelligent & banyak akal.

Kakak Tasha yang selalu mengalah untuk adik-adik yang disayangi.: Bijak & creative.







Love you all.
mummy

Wednesday, July 8, 2009

Choosen for Semporna

"Why me? am i so good? am i so great and talented?"

Lama sudah dak menjenguk lamanku ni.. sebuk la katakan.. tapi sedih pilu bila memikirkan pasal Semporna. Kalau ini trip honeymoon atau family vacation ke.. memang tak sabar... ini tidak..waaa.. (nangis dulu).. setiap kali tengok Yasmeen dan menyusukan Yasmeen.. mesti menitis airmataku sebagai ibu yang bakal meninggalkan anak kecil untuk 8 hari.

Terima kasih buat kawan-kawan yang memahami perasaan ini.. sama juga buat suamiku yang cuba menenangkanku.

Terima kasih juga buat rakan-rakan kerja dan bosses yang memberikan kata semangat.

Daku akan menghadiri program "Young Professional" for "Young Leader". Program yang akan menekankan berkenaan Integriti .. hmmm...

Zoeika... I'm coming to Borneo... first time in my life..

Apa pun sebagai ibu I tetap sedih dan pedih nak meninggalkan Tasha, Jimo, Ajeem dan Baby Yasmeen. Mungkin ini sebagai panduan buat diri ini jika jadi boss nanti lebih empathy kepada anak buah. "Ya Allah Ya Tuhanku jauhilah daku daripada sifat-sifat syirik, munafik dan sifat-sifat yang dibenci mu, suamiku, keluargaku dan sahabat-sahabatku."

Sebagai nasihat untuk diri ini dan anda semua yangku sayang... program TV AR-Rayyan minggu ini, ada pesanan daripada Dr. Fatma El Zahraa:
Sekiranya kita dikasihi dan disayangi oleh manusia, Allah akan menyayangi kita.

Buat anak-anakku.. mummy love u so much.. jauh di mata dekat dihati.

love