Tuesday, March 23, 2010

Cupcakes.. Yummy


Supaya tak terasa bosan menanti buka sekolah setelah cuti 9 hari Mac 2010, kasi chance anak-anak buat kek sendiri. Asyik tanya je nak makan cupcakes.. chef cupcakes kita masih dalam pantang jadi tak upaya nak order.

Dah lama anak-anak tak buat kek sendiri.. kali ni mummy ada bekas cupcakes.. saja seronok nak beli.. tapi tak pernah guna.. jadi .. seingat nasihat chef cupcakes saya katanya boleh kita masukkan dalam bekas cupcakes.. jadi apa lagi.. cuba la..

Daripada Pitsburry Moist Cakes tu.. dan kakak sulung merangkap ketua pasukan, memulakan adunan dan pastikan semua adik-adik ada chance masukkan bahan masing-masing.

Bila adunan dah masuk semua.. Jum kacau ramai-ramai. hmm.. pandai pulak mereka kacau tak tumpah selerak. Si kecik dengan penuh concerntration. hehehe..



Mai Akak rasa.. sedap.. lepas ni you all boleh cuba sendiri.. hahahaha.. yasmeen begitu teruja tengok sedap akak menghisap jari...



Sebagai chef yang setia.. yasmeen sanggup tu tunggu sampai siap.. la ni tak tahan sebab tak boleh makan waaaa... nak.. "hot! hot!"

Bila lagi .. u all pun boleh juga untuk anak-anak sebagai aktiviti sampingan selaian bermain tuju kasut..

Thursday, March 18, 2010

EveryDay SportDay

Cuti sekolah.. weekend.. masa untuk bersama anak-anak.. kena ingat masa kita sihat luangkan masa dengan anak-anak.. sama juga.. masa kita sihat dan masa mereka sihat disamping kita sebuk dengan kerjaya masing-masing.

Tempoh pembesaran mereka amat pendek dengan kita..masa ni lah untuk mereka perbagai perangai dan gaya.. bila dah mula masuk alam remaja.. detik-detik kelakar anak-anak kecil dah tiada.. Setiap detik disimpan untuk kenangan masa depan hingga ke cucu cicit..

Tiap kali kalau ke supermarket.. mesti tidak lupa untuk bergaya dengan cara tersendiri.. posing anak dara dan posing gaya "Optimus".

Paling best bila gi makan.. tempat favorite kalau tak ke Kenny Rogers mesti ke Uncle Lim.. makan share-share.. seronok.. nak rasa itu dan ini.. lepas tu dah kenyang.. puas semua.. Yasmeen pandai bawa diri dia dah tak nampak macam baby..




Kalau hujan atau waktu panas.. ini lah buah hati ulam jantung Yasmeen dan Tasha.. pandai betul Pus-pus nama diberi membawa diri. Pus-pus anak kecil kami yang paling riang. Sabar je Pus-pus bila time kena kejar, cubit oleh Yasmeen.. Pus-pus "cedaih" betul...


Mewarna bukan la favorite sangat tapi boleh lah untuk impress mummy dan daddy. Bila abang akak warna saya pun nak juga.











Kalau sebelum ni semua in-door jangan lupa out-door aktiviti. Sapa pandai main "tuju kasut". Salah satu permainan Bidadari sekeluarga masa kecil.

Kalau boleh nak mereka tau macam mana nak main benda-benda lama.. seronok bila tuju kasut sebab banyak mengajar anak-anak sabar, ikut giliran dan team spirit. (sekarang ni tengah kumpul tin susu, nak "tuju tin" pulak...tunggu...)
yang bestnya lagi ramai lagi best.


Swimming hanya sekadar untuk melepaskan gian main air.


Cuti sekolah hampir habis.. sukan tak pernah habis..

Tumbesaran Anak Dara

Tengoklah dah besar anak dara kecil Bidadari.... sekarang dah 2 tahun..
Dah pandai cakap.. dan sebuk nak ke sekolah... anak-anak perempuan Bidadari kecik-kecik lagi semangat nak ke sekolah... belum cukup umur dah nangis guling-guling nak naik bas sekolah ikut abang ke sekolah..

Cerita pasal abang... tengoklah.. pengaruh abang memang kuat... abang-abang memang manjakan Yasmeen sangat... kalau sebelum ni 2 pasang baju akan dibelikan supaya abang-abang nampak sepadan. tapi sekarang salah seorang abang perlu sacrify baju mereka untuk Yasmeen..

Tapi yang tak tahan nak gelak bila Abang Ajeem terpaksa menyorok untuk pakai underware (seluar dalam lah senang nak cakap)... sebab takut nanti Yasmeen nampak nak pakai juga "spender" Ben10. hehehehe... Abang Ajeem kata "Nanti Yasmeen nampak macam boy, Ajeem tak suka, Ajeem suka Yasmeen girl."...

Apa-apa pun tetap comel .... :)


Mummy kena lukis topeng optimus untuk Yasmeen juga.




Walaupun kadang-kadang tak"gu" tapi mesti nak sama macam abang.


Baju favorite ... Ben10.. (susah hati la juga.. harap tak berpanjangan)


Yang ni tak tahan... pi Giant pun pakai macam ni.. tengok la.. bukan takat baju abang, habis dengan canvas abang pun sapu sekali.


Orang yang paling layan... Daddy. Sanggup bawa Yasmeen ke Giant... ke supermarket dengan pakaian terkini.. boleh le.. (positif thinking) gaya hiphop. Apa lagi nak cakap.. anak sendiri kan.. layan je le.. .

Sayang Yasmeen.