Tuesday, March 23, 2010

Cupcakes.. Yummy


Supaya tak terasa bosan menanti buka sekolah setelah cuti 9 hari Mac 2010, kasi chance anak-anak buat kek sendiri. Asyik tanya je nak makan cupcakes.. chef cupcakes kita masih dalam pantang jadi tak upaya nak order.

Dah lama anak-anak tak buat kek sendiri.. kali ni mummy ada bekas cupcakes.. saja seronok nak beli.. tapi tak pernah guna.. jadi .. seingat nasihat chef cupcakes saya katanya boleh kita masukkan dalam bekas cupcakes.. jadi apa lagi.. cuba la..

Daripada Pitsburry Moist Cakes tu.. dan kakak sulung merangkap ketua pasukan, memulakan adunan dan pastikan semua adik-adik ada chance masukkan bahan masing-masing.

Bila adunan dah masuk semua.. Jum kacau ramai-ramai. hmm.. pandai pulak mereka kacau tak tumpah selerak. Si kecik dengan penuh concerntration. hehehe..



Mai Akak rasa.. sedap.. lepas ni you all boleh cuba sendiri.. hahahaha.. yasmeen begitu teruja tengok sedap akak menghisap jari...



Sebagai chef yang setia.. yasmeen sanggup tu tunggu sampai siap.. la ni tak tahan sebab tak boleh makan waaaa... nak.. "hot! hot!"

Bila lagi .. u all pun boleh juga untuk anak-anak sebagai aktiviti sampingan selaian bermain tuju kasut..

No comments:

Post a Comment