Thursday, January 31, 2013

Pesan Anje Bila Menonton

Wah-wah wah....Anje... sibuk dia memesan...

Semasa tengok cerita "Abduction" (pelakon utama Taylor Lautner) ada beberapa adengan berc*um.. Seronok tengok dengan Anje.. dia betul-betul menghayati cerita tersebut. 

Lepas dah habis cerita.. dengan yang terakhir ada pula adengan berc*um hero dan heroin. 



Anje mula berpesan " Mummy, bila ada orang bercium, kalau dia c*um kat pipi tak apa boleh tengok. Tapi bila dia berc*um kat mulut berdosa kalau tengok. Jadi kalau dia c*um kat mulut, kita kena pejam mata atau tengok tepi, tau!"

"Ye Anje, lain kali mummy pejam mat, ok."


Anje tak puas hati "Ye lah, bila ada orang berc*um kat mulut, Abang Ajeem kata berdosa kalau tengok. Habis tu Anje katalah, kita kena pergi dapur ke? (untuk elak dari menonton adengan tersebut). Abang Ajeem kata jangan tengok, pejam je mata kalau tidak tengok tepi. Sebab tu Anje tengok tepi."

Apa agaknya dalam fikiran Anje bila ada adengan tersebut. Sekarang ni tiada lagi tapisan untuk adengan tersebut di tv.

Semalam, daddy tengok sorang-sorang cerita "Aduction" yang mummy rekod. Anje pun sebuk pergi kat daddy cerita bagaimana ibubapa hero lawan dan dibunuh. Apa lgi... Sekali lagi Anje berpesan pada daddy...
hehehehe

Allahu Akhbar!

Mungkin apa yang dirasai oleh diri ini hanya secubit daripada apa yang dirasai oleh ibubapa yang kehilangan anak sebab dicolek atau melarikan diri.

Itulah rasanya jika rasa risau, ketakutan... apa jika sesuatu terjadi.. macam mana jika itu adalah anak ku.. bagaimana jika sesuatu terjadi pada dia... Oh... pertanyaan tu bermain di kepala sampai tak tahu macam mana nak tepis perasaan tu. Walaupun telah diketahui kawan baik anakku selamat sampai ke rumah dengan mengambil tindakan pulang sendirian.
http://en.wikipedia.org/wiki/Takbir

AllahuAkhbar!.. Sangat-sangat bersyukur diri ini.. rasa insaf dan banyak perlu diperbaiki diri ini bila diberi peluang untuk mendengar berita yang baik tu.
Barulah diri ni sedar, kasih ku ini bukan sahaja untuk anak-anakku tapi untuk mereka yang rapat dengan diri ini.

Rasa hari ini suatu yang baru dan kesilapan yang lalu akan dijadikan pedoman hari ini dan masa akan datang.

Saturday, January 19, 2013

Tahniah JOZAN!!!! Maharaja Lawak Mega 2012

Daripada bukan peminat.... Anak anak punya pasal... Separuh Akhir dan Akhir Maharaja Lawak Mega 2012...terpaku Bidadari menonton bersama anak-anak. Boleh tahan kelakar juga... Ajeem yg akan over nanti nak meniru bab-bab lawak. Ajeem memang pak lawak dirumah...

Sempat melihat lawak-lawak yang intelligent. Pesaingan yg senget lagi bersih dan semangat untuk melaksanakan yg terbaik.

Tahniah kepada JOZAN yg menang membawa pulang rm500k. Zizan memang perlukan Johan..Johan pun perlukan zizan untuk tampil kelakar... Rasanya jika mereka lebihkan sedikir mesti lebih hebat rasanya.

Kepada pasukan lain.. Rasanya cukup cemerlang juga... JAMBU memang sorak dlm dewan.... Membawa pulang rm250k. .not bad!... SHIRO yg pertama kali masuk telah mendpt tempat dohati peminat dengan lawak mereka yg ada kelainan....rm150k utk Shiro. .besar tu... Malah terkejut sebab BOBOI tampak kegemerlapan pd mlm ini. Memang padan mereka naik 1 anak tangga dari minggu2 yg lain asyik maintain di tangga 5 sebelum ini.... Rm50k boleh tahan tu... SAYWHO juga dpt menawan hati org Malaysia.rm15k

Semoga mutu lawak itu akan dinaikkan dengan idea baru... Nafas baru...dan intelligent dan no sinis -sinis, ok!?
Harapan pd thn akan dtg... Please tak perlu lawak nak kena berpakaian seperti perempuan untuk mencuit hati. Fatwa tetap fatwa.. Jika sudah pelawak tetap pelawak dgn keasliannya.

Piiiisssiiiooooo

Wednesday, January 16, 2013

2nd Opinion

Susah sangat ke untuk kita semua mendapatkan 2nd opinion bila diri kita atau ahli keluarga mendapat sesuatu penyakit atau tidak sihat.

Please.. please.. please.. terutamanya jika operation adalah perkara yang dicadangkan oleh doktor.

Duduk dan fikir.
Jika kita ke klinik... pergi la ke hospital untuk mendapat pandangan doktor pakar.
Jika kita ke hospital kerajaan /swasta... pergi la ke hospital kerajaan atau hospitak swasta yang lain untuk mendapat 2nd opinion.

2nd opinion membuatkan kita lebih yakin dan kita lebih bersedia.

fikir-fikirlah.



Tuesday, January 15, 2013

Lagu-Lagu Adam & Hawa

Wah Wah Wah....
Habis semua kecik besar dlm rumah tu dah hafal lagu tema Muara Hati an lagu-lagu dalam cerita Adam & Hawa.

Nak kata cerita tu the best tak lah juga kan.. tapi satu cerita yang boleh ditonton seisi keluarga.
Yang membuatkan cerita ni menarik adalah lagunya...

Jum kita layan lagu-lagu yang menjadi kegemaran di rumah.













Ni kalau jumpa video ni kat Anje, Jimo, Ajeem & Tasha... satu rumah boleh dengar mereka menyanyi...

Mummy memang suka dengar bila anak-anak mummy spend time together..

love love love

Princess Anje




Anje's Zodiac

Pisces (February 19 – March 20)

Key traits: Compassionate, intuitive, flexible and overly sensitive. A visionary like Albert Einstein and Dr. Seuss, you work best in a situation where you can actualize what you see in your imagination.

Best careers: Artist, designer, psychologist, entertainment, charitable foundations, dog walker.

Careers to avoid: Any job that has a physically or psychologically grueling schedule or deals with the harsh realities of life. 

Anje walaupun dirumah mesti pakaian tip top... tengok tu siap dengan crown. 
Tak perlu tunggu besar nak jadi Princess sebab Anje sentiasa istimewa dan Princess  di hati mummy. 

Monday, January 14, 2013

Mewarna Aktiviti Baru

Bagaimana seni boleh mendidik anak dan menambah pengetahuan mereka?
Pernah dengar Batik Painting Kit.   Set alat mewarna bercorak batik chanting yang menarik. Satu pengalaman yang bagus untuk anak-anak.

Dah lama diperhati di kedai alat tulis. harga dalam RM10 to RM15... hmmm tak berapa ingat sebab dah lama sangat beli. duk terperap ingat nak buatkan masa hujung minggu.. nampaknya hujung minggu lebih sibuk dengan agenda wayang dan lepaking. Memang dah terpikir... bagus ni beli untuk Anje dan abang-abang ...
Pengalaman baru untuk mereka membuat batik chanting.
sambil tu cara nak ajar Sains kepada abang-abang tentang campuran warna. Bagus-bagus-bagus.

Banyak juga dibeli, lain-lain corak... tapi nampaknya tak berkesempatan untuk abang mewarna lagi.. lain kali je lah... so... apa lagi.. Anje je yang dapat cuba dulu...

Bila tanya aje "Anje, Nak lukis dengan water colour?" Anje tak sabar terus "ya!"

Setnya lengkap tak perlu risau untuk tidak cukup alat mahupun warna. Setiap set ada:
a- fabrik yang dilukis corak dengan lilin
b- berus
c- bekas bancuh warna
d- 4 jenis warna (kuning, biru, merah, hitam).


Dengan sedikit  supervision  Anje dapat mewarna sendiri.

Anje belajar perkara baru hari ni bila buat campuran warna membuka mata Anje... macam magic!!
Kuning + merah = oren
Kuning + biru = hijau
Merah + biru = ungu

Anje pun rasa pelik bila sesuatu warna dilebihkan... warna baru akan terjadi... wow.!!! suka lah dia..  Sampai tak panggung kepala. 

  
Sampai tak panggung kepala sukanya dia mewarna. 


 Kakak Weena yang sebuk buat homework pun tak ada gangguan dari Anje hari ni sebab Anje sibuk!!!!


 Tengok!!! dah siap!! cantiknya !!!


Kat belakang set ada ditunjuk cara-cara untuk mewarna. 

Enjoy!!!
Bidadari.

Friday, January 11, 2013

Selamat Ke Sekolah

 Selamat ke Sekolah.

Cepatnya anak dara sorang ni dah besar. tup tup dah Tingkatan 1.
Pemalu dan rasa kekok itulah kakak bila nak orientasi sekolah SMBJ. Alhamdulillah kakak dapat masuk kelas dengan sekumpulan kawan-kawan yang rapat dan interest yang sama.

 Sesi orientasi SMBJ Tingkatan 1, 28 Dis 2012

Walaupun berpecah semasa di sekolah ni, rakan-rakan baik di sekolah rendah masih lagi kakak dapat minum bersama masa waktu rehat. Enjoy juga kakak ke sekolah. Hari-hari balik bawa balik homework ke rumah. Hari kedua kelas persekolahan 2013 dah start bawa balik homework. Semangat kakak tinggi hari-hari buat homework. Kakak kata pengajaran lama diambil, tak nak last minute buat homework. "I dont want to be under pressure." :P

Kakak dapat kelas KH Perdagangan dan muzik. Hanya kelas kakak sahaja yang ada muzik. Walaupun kakak tak pandai dalam muzik tapi dia kata nak juga.  Kakak bagus dalam senilukis, memang kakak tak pandai main alat muzik, cuba suruh nyanyi skit... semua lagu top terkini dia tahu.. semua lirik dia hafal.. Good luck my dear.


Abang jimo pun boleh tahan tak sabar nak ke sekolah.
Tahun ni turut di pilih oleh kelas sekali lagi untuk jadi Ketua Kelas. Tapi Abang jimo dapat tolak sebab dah 2 tahun jadi Ketua Kelas, tahun ni dia nak bagi kawan lain pula. Abg kata kalau jadi Ketua Kelas tanggungjawab tinggi, tahun ni dia nak relax sikit. ikut suka hati you lah.

Abang sempoi nak bergambar sebelum ke sekolah. layan.....

Abang Ajeem.. paling mummy dengan daddy risau kalau hari pertama sekali sekolah. Syarat untuk bagi Abang Ajeem happy untuk hari pertama..
1- duduk depan sekali dalam barisan semasa beratur sebelum masuk kelas.
2- duduk depan dalam kelas

Macam mana tu? apa lagi, Loceng bunyi pukul 1tengahari, tapi pukul 12:00 tengahari abang ajeem dah sampai ke dewan perhimpunan. Abang Ajeem orang ke-3 yang terawal.. rupanya ada juga budak-budak yang macam dia.. tengok tu.. depan sekali tu.. kedepan sampai nak lebih depan dari penanda nama kelas "3 Tasbih". Sabor jelah.

Nampak Kelas Ajeem nun di belakang sana.

Mummy dan daddy mula dah happy sangat sebab Abang Ajeem dapat duduk depan sekali. Selepas habis perhimpunan, perjalanan murid-murid ke kelas.. Mummy dah panik! Mana taknya...Cikgu cakap "3 Tasbih, pusing ke belakang dan jalan". 
Betulah, kelas ajeem nun dibelakang sana.. memang nampak pun. Biasanya lalu ikut koridor, kali ni cross padang. Apa jadi dengan Abang Ajeem? Abang Ajeem yang dibelakang sekali.. nak tergelak pun ada juga tapi nak buat macam mana.. 
Dalam kepala mummy, macam mana kalau abang ajeem kena duduk di belakang sekali dalam kelas.. nangis la budak ni.. Masa berjalan ke kelas tu.. boleh pulak dia duk berlenggang lenggok sembang dengan kawan. Daddy pun dah macam panik ada juga. 
Kita bukan panik pasal apa... nanti mau dia tak nak gi kelas susah lah pulak.. budak zaman sekarang ni semua orang nak duduk depan, takkan kita nak suruh anak orang pi duduk di belakang.. oh no.. i wont do that.. 
Bahagian hadapan sekali.. semua diambil oleh murid perempuan... sudah! Tuhan tu Maha Kaya... sekali bila Abg Ajeem masuk kelas... ada pulak kosong ditinggalkan untuk 3 meja serangkai di barisan ke dua.Tengok muka abang ajeem macam happy je.. insyarat bagi pun kata ok. 

Petang Abang Ajeem kata... dia dapat duduk depan. tak apa lah tak dapat duduk depan sekali... sebab murid perempuan dah duduk.. lega rasanya.

Mummy penuh pengalaman dengan abang ajeem... macam mana dengan Anje? tak tau lagi..


PBS KSSR & KSSM Semoga Memberi Kebaikan

Tiada komen yang boleh diberikan berkenaan dengan KSSR dan KSSM..Semoga anak-anak dinilai dengan saksama.

KSSR telah bermula pada tahun 2011 semasa Abang Ajeem Tahun 1.  So far so good. Cuma sebagai ibu berserah pada cikgu menilai anak saya tu. Jika dia di Band 4 atau 5 maka.. itu lah tahap anak saya.


Dalam taklimat untuk Tingkatan 1 berkenaan PBS KSSM (Kurikulum Standard Sekolah Menengah) oleh Penolong Kanan Kurikulum SMBJ cukup jelas. Cuma kita tunggu pelaksanaannya.

Sekolah SMBJ telah mulakan KSSM Jun tahun 2012 untuk pelajar Tingkatan 1. Sebagai ibubapa ikut sahaja keperluan sekolah nanti. Jika dulu, semua dinilai berdasarkan peperiksaan 100%, sekarang tak lagi. Penilaian anak-anak nanti akan berdasarkan peperiksaan dan prestasi hasil kerja mereka. Setiap tugasan dan tindakan mereka dalam menjalankan tugasan dalam kelas mahupun homework akan dinilai oleh guru untuk % yang ditetapkan untuk menentukan tahap anak.

Apa yang saya faham dari komen guru, jika anak-anak diminta oleh guru untuk membawa sesuatu keperluan untuk tugasan/projek sekolah, pelajar tersebut mesti kena bawa kalau tidak ia akan beri kesan kepada penilaian prestasi mereka. 

Nak tahu serba sedikit pasal KSSR dan KSSM  boleh rujuk di lama moe.gov.my. Bidadari ada jumpa slaid untuk para guru oleh PPD Kerian yang membantu serba sedikit. Slaid Pelaksanaan PBS.

 Maksud band yang digunakan untuk KSSR dan KSSM.


Berdoa bersama semoga anak-anak mendapat kebaikan dan menjadi anak yang berguna dunia akhirat.

Thursday, January 10, 2013

Selamat Tahun Baru 2013

Alhamdulillah... Sesungguhnya Allah Maha Penyayang lagi Maha Pemurah. Dipanjangkan rezeki yang diberikan dan dipanjangkan umur untuk menghirup udara di awal tahun 2013...
InsyaAllah akan terus dipanjangkan usia kita untuk terus beriman kepadaNya sambil menjalankan tanggungjawab kita sebagai anak bangsa, rakyat Malaysia, ibu, anak, kakak, adik, rakan, jiran dan sebagainya.

Selamat Tahun Baru Semua!!!!

Agak-agak you all semua ada ke azam tahun baru utk tahun ni..?

Azam saya tiap tiap hari ..... untuk esok saya lebih baik daripada hari ini.

******

Tahun ni dapat duduk rumah hingga 4 Januari 2013 bersama anak-anak sebelum mula kerja. Sedapnya cuti dari 19 Disember 2012 lagi...

Rasa sangat rindu untuk terus berada dengan anak-anak... Mummy lukiskan dan warnakan Naga dari character Dragon City untuk setiap anak mummy ikut pilihan favorite character masing-masing.

Love you guys..


Cool Fire Dragon - untuk Abang Ajeem.

 Dandelion Dragon - untuk Anje


Vampire Dragon - untuk Abg Jimo


 love, mummy/