KSSR telah bermula pada tahun 2011 semasa Abang Ajeem Tahun 1. So far so good. Cuma sebagai ibu berserah pada cikgu menilai anak saya tu. Jika dia di Band 4 atau 5 maka.. itu lah tahap anak saya.
Dalam taklimat untuk Tingkatan 1 berkenaan PBS KSSM (Kurikulum Standard Sekolah Menengah) oleh Penolong Kanan Kurikulum SMBJ cukup jelas. Cuma kita tunggu pelaksanaannya.
Sekolah SMBJ telah mulakan KSSM Jun tahun 2012 untuk pelajar Tingkatan 1. Sebagai ibubapa ikut sahaja keperluan sekolah nanti. Jika dulu, semua dinilai berdasarkan peperiksaan 100%, sekarang tak lagi. Penilaian anak-anak nanti akan berdasarkan peperiksaan dan prestasi hasil kerja mereka. Setiap tugasan dan tindakan mereka dalam menjalankan tugasan dalam kelas mahupun homework akan dinilai oleh guru untuk % yang ditetapkan untuk menentukan tahap anak.
Apa yang saya faham dari komen guru, jika anak-anak diminta oleh guru untuk membawa sesuatu keperluan untuk tugasan/projek sekolah, pelajar tersebut mesti kena bawa kalau tidak ia akan beri kesan kepada penilaian prestasi mereka.
Nak tahu serba sedikit pasal KSSR dan KSSM boleh rujuk di lama moe.gov.my. Bidadari ada jumpa slaid untuk para guru oleh PPD Kerian yang membantu serba sedikit. Slaid Pelaksanaan PBS.
Maksud band yang digunakan untuk KSSR dan KSSM.
Berdoa bersama semoga anak-anak mendapat kebaikan dan menjadi anak yang berguna dunia akhirat.
No comments:
Post a Comment