Cepatnya anak dara sorang ni dah besar. tup tup dah Tingkatan 1.
Pemalu dan rasa kekok itulah kakak bila nak orientasi sekolah SMBJ. Alhamdulillah kakak dapat masuk kelas dengan sekumpulan kawan-kawan yang rapat dan interest yang sama.
Sesi orientasi SMBJ Tingkatan 1, 28 Dis 2012
Walaupun berpecah semasa di sekolah ni, rakan-rakan baik di sekolah rendah masih lagi kakak dapat minum bersama masa waktu rehat. Enjoy juga kakak ke sekolah. Hari-hari balik bawa balik homework ke rumah. Hari kedua kelas persekolahan 2013 dah start bawa balik homework. Semangat kakak tinggi hari-hari buat homework. Kakak kata pengajaran lama diambil, tak nak last minute buat homework. "I dont want to be under pressure." :P
Kakak dapat kelas KH Perdagangan dan muzik. Hanya kelas kakak sahaja yang ada muzik. Walaupun kakak tak pandai dalam muzik tapi dia kata nak juga. Kakak bagus dalam senilukis, memang kakak tak pandai main alat muzik, cuba suruh nyanyi skit... semua lagu top terkini dia tahu.. semua lirik dia hafal.. Good luck my dear.
Abang jimo pun boleh tahan tak sabar nak ke sekolah.
Tahun ni turut di pilih oleh kelas sekali lagi untuk jadi Ketua Kelas. Tapi Abang jimo dapat tolak sebab dah 2 tahun jadi Ketua Kelas, tahun ni dia nak bagi kawan lain pula. Abg kata kalau jadi Ketua Kelas tanggungjawab tinggi, tahun ni dia nak relax sikit. ikut suka hati you lah.
Abang sempoi nak bergambar sebelum ke sekolah. layan.....
Abang Ajeem.. paling mummy dengan daddy risau kalau hari pertama sekali sekolah. Syarat untuk bagi Abang Ajeem happy untuk hari pertama..
1- duduk depan sekali dalam barisan semasa beratur sebelum masuk kelas.
2- duduk depan dalam kelas
Macam mana tu? apa lagi, Loceng bunyi pukul 1tengahari, tapi pukul 12:00 tengahari abang ajeem dah sampai ke dewan perhimpunan. Abang Ajeem orang ke-3 yang terawal.. rupanya ada juga budak-budak yang macam dia.. tengok tu.. depan sekali tu.. kedepan sampai nak lebih depan dari penanda nama kelas "3 Tasbih". Sabor jelah.
Nampak Kelas Ajeem nun di belakang sana.
Mummy dan daddy mula dah happy sangat sebab Abang Ajeem dapat duduk depan sekali. Selepas habis perhimpunan, perjalanan murid-murid ke kelas.. Mummy dah panik! Mana taknya...Cikgu cakap "3 Tasbih, pusing ke belakang dan jalan".
Betulah, kelas ajeem nun dibelakang sana.. memang nampak pun. Biasanya lalu ikut koridor, kali ni cross padang. Apa jadi dengan Abang Ajeem? Abang Ajeem yang dibelakang sekali.. nak tergelak pun ada juga tapi nak buat macam mana..
Dalam kepala mummy, macam mana kalau abang ajeem kena duduk di belakang sekali dalam kelas.. nangis la budak ni.. Masa berjalan ke kelas tu.. boleh pulak dia duk berlenggang lenggok sembang dengan kawan. Daddy pun dah macam panik ada juga.
Kita bukan panik pasal apa... nanti mau dia tak nak gi kelas susah lah pulak.. budak zaman sekarang ni semua orang nak duduk depan, takkan kita nak suruh anak orang pi duduk di belakang.. oh no.. i wont do that..
Bahagian hadapan sekali.. semua diambil oleh murid perempuan... sudah! Tuhan tu Maha Kaya... sekali bila Abg Ajeem masuk kelas... ada pulak kosong ditinggalkan untuk 3 meja serangkai di barisan ke dua.Tengok muka abang ajeem macam happy je.. insyarat bagi pun kata ok.
Petang Abang Ajeem kata... dia dapat duduk depan. tak apa lah tak dapat duduk depan sekali... sebab murid perempuan dah duduk.. lega rasanya.
Mummy penuh pengalaman dengan abang ajeem... macam mana dengan Anje? tak tau lagi..
No comments:
Post a Comment