Monday, January 14, 2013

Mewarna Aktiviti Baru

Bagaimana seni boleh mendidik anak dan menambah pengetahuan mereka?
Pernah dengar Batik Painting Kit.   Set alat mewarna bercorak batik chanting yang menarik. Satu pengalaman yang bagus untuk anak-anak.

Dah lama diperhati di kedai alat tulis. harga dalam RM10 to RM15... hmmm tak berapa ingat sebab dah lama sangat beli. duk terperap ingat nak buatkan masa hujung minggu.. nampaknya hujung minggu lebih sibuk dengan agenda wayang dan lepaking. Memang dah terpikir... bagus ni beli untuk Anje dan abang-abang ...
Pengalaman baru untuk mereka membuat batik chanting.
sambil tu cara nak ajar Sains kepada abang-abang tentang campuran warna. Bagus-bagus-bagus.

Banyak juga dibeli, lain-lain corak... tapi nampaknya tak berkesempatan untuk abang mewarna lagi.. lain kali je lah... so... apa lagi.. Anje je yang dapat cuba dulu...

Bila tanya aje "Anje, Nak lukis dengan water colour?" Anje tak sabar terus "ya!"

Setnya lengkap tak perlu risau untuk tidak cukup alat mahupun warna. Setiap set ada:
a- fabrik yang dilukis corak dengan lilin
b- berus
c- bekas bancuh warna
d- 4 jenis warna (kuning, biru, merah, hitam).


Dengan sedikit  supervision  Anje dapat mewarna sendiri.

Anje belajar perkara baru hari ni bila buat campuran warna membuka mata Anje... macam magic!!
Kuning + merah = oren
Kuning + biru = hijau
Merah + biru = ungu

Anje pun rasa pelik bila sesuatu warna dilebihkan... warna baru akan terjadi... wow.!!! suka lah dia..  Sampai tak panggung kepala. 

  
Sampai tak panggung kepala sukanya dia mewarna. 


 Kakak Weena yang sebuk buat homework pun tak ada gangguan dari Anje hari ni sebab Anje sibuk!!!!


 Tengok!!! dah siap!! cantiknya !!!


Kat belakang set ada ditunjuk cara-cara untuk mewarna. 

Enjoy!!!
Bidadari.

No comments:

Post a Comment