Thursday, October 29, 2009

Balik Kampung Untuk Wan

Baru je balik kampung lagi.. Wan nampaknya makin sihat secara pandangan mata kasar dan cuba tanpak segar. Biasala orang tua tak nak anak-anak susah hati dan bawa jumpa doktor. Tahu sangat la perangai Wan kalau asyik lepak di rumah dan duduk je kat bilik dia..baring. Sedih juga Bidadari sebab tak dapat banyak membantu.

Doktor galakkan Wan buat operation.. tapi tu la.. doktor tu kata utk baik 70%.. bukan saja Wan risau.. Bidadari pun risau juga.. kalau termasuk golongan 30%. Sejak Bidadari tak dapat teman sebab balik KL, Wan dah tak nak jumpa doktor lagi.. mana tidaknya ada ka doktor tu nak suruh buat operation kat Hospital M*S tu.. kemudian tunjuk gambar akibat-akibat buat operation kat hospital keraj**n. Bila Wan tengok je gambar tu... mana hospital pun tak nak pergi... Kami adik-beradik dan menantu risau sekiranya akan merebak sampai buah pinggang.

Kali ni Bidadari balik sekali lagi bawa Wan gi jumpa Dr.Kh^^ untuk second opinion. Berdasarkan lab report memang kena go for operation. hmmm... senyap lagi Wan.. may be dia tension kut.. bila doktor check BP.. terus 159/73!

Jumaat ni nak jumpa Dato'Prof.Dr.Healin. tengok lah apa katanya. Kalau ada alternatif.. tak perlu operation.. :) bagus la. tapi kalau no choice... Bidadari, menantu sorang yang caring.. dan akak-akak dah pilih Isl^^nd Hospital,Penang. Kita tunggu dan doa.

Sambil jumpa Wan... sempat pulak bawa cousin Bidadari gi merawat secara tardisional untuk breast cancer.. di Jeniang Kedah. Ada yang baik.... semuanya kuasa Allah. Sungguh tak sangka dalam masa sekejap je dia kena.. Jumaat ni 30 Okt ni nak kena operation buang sebelah kiri di Isl^^nd Hospital.. sebab IsL^^nd Hospital tu ada machine yang paling changgih.. dapat detact ada ketumbuhan kecil di sebelah kanan pulak.. suspected cancer juga. Sedih sungguh Bidadari dengar.. baru je sebelum puasa cousin Bidadari tu buang tumor dalam perut sebesar tempurung kelapa.. dia pun tak sedar benda tu wujud dan duk membesar.. Cousin Bidadari ni jenis bergaya dan slim habis.. bila perut dia boncit sikit dia ingat sebab dah berumur.. dah penghujung 40-an. Bila dah start bleeding masih ingat nak monopost bila dah kerap gi scan semua.. huh!!! so surprise... so operate dah buang.. baru je 2 bulan operation tu.. then jumpa tumor pulak kat bawah bahu kiri.. sebesar dan macam daging burger.. ishk... takut Bidadari tengok.. daripada sel-sel yang dihujung2... tumor tu la makmal dapat detect ddia dapat breast cancer. Orangnya cukup tabah.. macam biasa je..happy.. Allah tu maha kaya... memberi kekuatan kepada dia. Dia nak cuba cara traditional sebab tak nak la buang sampai 2 belah.. sedih-sedih..

Kami doakan agar cousin selamat operation Jumaat ni. Mesti yang tertanya-tanya apa jadi dengan ubatan traditional? Mungkin sebab cousin dah set mind nak go for operation... Pakcik tu dah kasi ubat untuk picit dan sembuhkan yang sebelah kanan. Selalunya 2 minggu orang akan dapat hasilnya.. ini seminggu so pakcik tu tak berani nak guarantee.. lagipun semua kuasa Allah. Pakcik tu pesan.. lepas buat operation.. nanti datang "pematikan" cancer supaya tak naik lagi, InsyaAllah. Ini dapat elak daripada buat KIMO.. itu yang cousin risaukan.. sebab KIMO ni memang sakit dan byk effect dia. Kita sama-sama doakan.

Profile Pak Sahak tu dia bukanya boleh ubatkan semua penyakit.. tapi yang mana dia boleh aje... dia very low profile.. so far dengan izin Allah baik... nanti kita sama-sama nantikan lanjutan daripada cousin.

Balik bercerita pasal perubatan traditional ubatan breast cancer ni .. 2 anak beranak sudah arwah.. dengan izin Allah mereka dapat ubatkan.. MakTeh Bidadari.. masa bidadari kecik lagi.. rasanya dalam umur 6 tahun agaknya.. (masih terbayang-bayang suasana dan keperitan MakTeh masa tu)... Makteh kena breast Cancer... keadaan dia... macam buah cempedak yang dah busuk.. air keluar dicelah-celah kulit mengalir.. sakitnya tak terkata.. hospital nak potong.. sekali rupanya ada pakcik ni.. seberang jalan rumah TokPah je (Permatang Pauh)..tapi dia bukan bomoh.. cuma dia ada kelebihan tersebut. mungkin bukan itu "profesionnya" jadi orang tak tahu. bawa la pakcik ni datang jumpa MakTeh.. dengan menggunakan air dan telur...dan izin Tuhan.. alahamdulillah.. baik.. sampai sekarang.. MakTeh sekarang di Seremban.. macam tak pernah sakit..

lebih kurang 7 tahun yang lalu.. jiran TokAni ibunya dah berumur dalam 60++an tiba-tiba doktor kata dah ada ketumbuhan dan kena buang sebelah. Tok ni dah la sakit.. takut pun ada. Masa tu pakcik di Permatang Pauh tu dah meninggal, Alhamdulillah.. ada anak lelaki dia yang boleh berubat cara yang sama. Syukur, tok tu yang lagi 1 bulan akan "dipotong" tak jadi "potong".. terus baik sampai sekarang.. Amin. TokAni cakap anak pakcik tu pun dah tiada. Jadi bila cousin kena... dengar la cerita ada Pak Sahak di Jeniang.. jadi kita cuba.. Cousin paling risau KIMO.. harapannya sebelah ketumbuhan di sebelah kanan hilang dan baik.. dan dapat "dipermatikan" dan elak KIMO..

Semuanya kuasa Ilahi.

Friday, October 23, 2009

Happy Birthday Abang Jimo

Happy Birthday daripada semua sekeluarga..

Abang Jimo tetap yang paling manja..

HAPPY BIRTDAY ABANG JIMO 7 YEARS OLD



Hadiah buat Abang Jimo.. Abang Jimo nak treatment Dr.Fish bersama Kakak dan Adik.

Baby Yasmeen pun try sekejap.. kena gigit sekali dengan Dr.Fish terus tak nak lagi.. hehehe mula-mula tu sampai nak nangis nak masukkan kaki.


Dr.Fish yang ramai menyerbu kaki Jimo.

Lirik Lagu Damai... MoVie GeNg -PenGemBarAan BerMula

Lirik Damai - Ito (OST Geng : Pengembaraan Bermula)



*
Tanam-tanam ubi
Tak perlu dibaja
Orang berbudi
Kita berbahasa

Naik kereta api
Turun padang tembak
Kalau tak hati-hati
Kita kan terjebak

Chorus
Semarakkan hari ini
Kita nyanyi ramai-ramai
Goyang badan gerak kaki
Laungkan lagu damai

Jangan ambil mudah
Jangan rasa mudah
Menang bukan kekal
Kalah jangan kesal

Hati masih muda
Tenaga pun ada
Hidup ada prinsip
Ikut tatatertib
Yeah yeah yeah yeah yeah

Carik bulu ayam
Akan bercantum jua
Lupakan hal semalam
Esok pasti ceria

Ulang Chorus

Mula langkah kanan
Senang cari makan
Hidup berdikari
Buat amal bakti

Solat jangan lupa
Tiang ugama

Ingat masa depan
Pilih kawan-kawan
Amalan yang baik
Untuk orang cerdik
Yeah yeah yeah yeah yeah

Ulang *

*************************************
Anak-anak memang suka sangat lagu ni..
Kalau ada sesiapa ada video lagu Damai - Upin Dan Ipin The Movie .mp3 atau musicnya .mp3 tolong forwardkan..

Baby Yasmeen kalau tengok bahagian ni mesti bangun berdiri menari.. Kalau nampak Bidadari dengan laptop.. mesti nak suruh buka kat YouTube untuk tengok bahagian ni je..berkali-kali..

Memang ada di YouTube.. tapi format flv.. nak convert tu yg perlu bantuan.

Thursday, October 22, 2009

Kesudahan Syawal

Sudah sebulan kita beraya.. puas sungguh orang KL kalau raya.. kalau di kampung tak ada lagi raya-raya ni..

Apapun kalau kita berseronok.. jangan lupa pada yang tiada dan yang berkurangan. Disamping mengingatkan diri.. ianya akan menjadi peringatan dan tauladan juga buat anak-anak kita...

Imbasan kembali sepanjang Syawal 2009:


Takbir Raya sorang-sorang selepas Maghrib :)


Comel baby join Takbir Raya


Raya di Rumah Tok Ani


Raya Di Rawang, makan sedap di rumah Uncle Mahadhir (Kawan Daddy)


Sempat bermesra & main dengan anak Uncle Mahadhir.

Seronoknya Raya

Thursday, October 1, 2009

Shopping Raya

Tahun meriah shopping raya sebab shopping kat Subang then sambung shopping di Seberang Jaya, Pulau Pinang dan terus ke Sungai Petani, Kedah. Sampai 3 negeri bagi memenuhi permintaan baju raya terutamanya Baju Melayu Kuning dan Biru.

Ini semasa shopping di Subang, sempat juga bersalam dan bergaya dengan Mambang Kuning. Kat Subang dapat la belikan baju raya untuk Baby Yasmeen. Kakak dan Abang cakap nak beli kat Penang. OK la..

Posing gaya bebas anak-anak yang berpuasa. Mambang Kuning pun senyum je selalu melayan kerenah anak-anak.


Sebenarnya posing nak tunjuk kasut "boria". Kalau orang Penang cakap "boria" tu serupa la.

Lepas buka puasa terus tidur awal sebab esok lepas Subuh dah nak chow ke Kedah. Naik mpv semua sorang satu bantal besar dan bantal kecil. Yasmeen free sitting. Ikut sedap je nak duduk dengan sorang-sorang, abang ke, kakak ke.. Alhamduillah kakak dan abang layan je.



Sampai je kat Seberang Jaya singgah JUSCO, Jusco sini memang Bidadari paling suka. Sebab luas dan tenang. Barang pun murah. Baju budak-budak banyak pilihan dan bila Sales.. tak tahan.. murah giloz... Masa di sini sempat la sorang 3 pasang pakaian... Tapi baju melayu Kuning dan Biru tak juga jumpa yang puas dihati.

Yasmeen dengan baju tidurnya.. tak nak ditukar. Nasib baik pagi-pagi bangun abang dan kakak mau tukar baju.
Gambar di depan Rumah Jusco.

Malam raya pun keluar lagi ..seronok juga sebab lama sudah tak pergi malam raya, dapat tawar, tak banyak pun boleh dikatakan murah sebab kualiti baju pun bagus. Bab yang paling glamour sebab kena meredah jamm yang memang power.. tengok la kelipan macam pesta!!!!!

Jamm Jam Besar Sungai Petani.

Ini lah baju yang dapat dibeli..sorang dapat dua pasang sepasang Baju Melayu Cekak Musang & sepasang Baju Melayu Johor.. Jimo warna Kuning & Ajeem biru.

Jimo, Tok Ani, Ajeem, Weena, Tasha & Akma.


Sepupu seirama, Mama Shun & Mama Niza.

Walaupun sekejap beraya di kampung tapi memori masih hangat "dipasaran".