Tuesday, September 10, 2013

Anak Suka Nangis Di Malam Hari

Sejak dua menjak ni.. dengar cerita anak-anak suka nangis waktu malam.. especially nak susu. Nangis.. Nampaknya ada ibu-ibu yang penyabar.. ada yang stress bila anak terjaga tengah malam hek-hek-hek.. waaa..waa...wa...

Ibu atau ayah kena bangun di tengah malam layan kerenah anak.. itu lah sebab kenapa anak-anak tu kena hormat ibu bapa.. bukan sahaja tuntutan agama. Jangan lupa pula bila dah besar nanti jaga ayah dan ibu.

Kami pun melalui pengalaman yang sama. cuma kakak Tasha, alhamdulillah.. Allah tu Maha Kuasa. Dia tahu tahap mana kita boleh terima. Kakak Tasha anak yang senang di jaga masa kecil.. 4 Jam tidur.. 2 jam bangun.. macam ada time clock. Cukup tidur 4 jam.. Kakak akan bangun main, makan, mandi apa apa yang sesuai.. cukup 2 jam... dia pun nak tidur.. tak kira lah gi jalan ke, rumah orang ke.. malam ke siang ke.
Bila dah makin berpengalaman.. abang-abang makin kerap bangun. Anak-anak yang merengek ni.. rasanya itu dah pe'elnya. terima je lah.. tapi bila kita terima dengan tenang dan mengatakan itulah kerenah dia untuk dia tahu waktu besar nanti.

Macam mana pun.. abang-abang cukup comel dan tak banyak sangat halnya.. ujian rasanya bila sampai ke Anje.. Anje suka hek-hek-hek-hek.. masa masih baby.. cepat-cepat dilayannya supaya dia tak berlarutan.. Kalau kakak dan abang-abang bila demam.. saya dengan daddy kena ikut turn  berjaga sebab mereka tak berbunyi.. hek pun tidak.. huk pun tidak.. lagi panas lagi senyap.. Stress sebab kesian... Bila come to Anje.. wau.. ini baru macam kita biasa dengar anak yang merengek bila sakit..hek-hek sepanjang malam.. tutup mata, tutup mulut.. kali ni stress juga.. double stress. Satu kesian sebab dia sakit .. satu lagi stress sebab merengek tu.. macam mana nak buat.. Apa nak buat? layan je lah.. doa supaya cepat sembuh.

Anje bila kecil pun bila waktu malam suka juga nak menangis minta susu.. situasi tu tak lama.. bila dah tahu perangai nya begitu.. mula je Anje nak nangis.. sebab saya memang senang terjaga bila budak mula gelisah. Terus saya bangun bagi Anje susu. Sambil tu.. agak tiap-tiap malam juga.. tak lama.. pesanan di telinga Anje.. masih ingat lagi.. dengan manjenye.."Anje, bila anje nak susu ke nak mummy ke.. Anje cakap je kat mummy.. 'mummy, mummy, nak susu.'" selalunya Anje akan hangguk.. selepas beberapa kali pesan.. alhamdulillah.. sampai sekarang Anje akan terbangun tengah malam dan kejutkan saya.

Ini adalah pengalaman sendiri yang ingin saya nak kongsi. Sebolehnya kita yang tahu terbaik dan cara untuk mendekati serta mendidik anak. Tegas dan sayang. Mereka akan menghormati jika kita kota kata-kata kita dengan tindakan segera seperti yang dipinta. Tak perlu kita banyak memikirkan anak akan over manja dan tidak dengar kata bila kita manjakan mereka asalkan mereka tidak naik kepala.

Rasa rindu pulak teringat pasal baby..

~Bidadari

Buat Yang Terbaik - Go Go UPSR 2013


Good luck Kakak Nana.. Cousin favorite Anje. Yang selalu layan Anje.. Yang manja kan Anje. 


Mulai 10 - 12 September 2013 ... bukan setakat anak yang nak ambil exam bedebar... mak ayah pun sama. Kepada semua pelajar UPSR dan Nana.. buat yang terbaik .. persediaan dah dibuat.. Kita doakan agar keputusan yang terbaik.. Apa pun keputusannya yang penting Nana dan kawan-kawan dah usaha dan tawakkal. 

Jika resah.. banyak zikir... dan bacalah Surah Al-Inshirah.

Bukan untuk yang nak ambil exam je... 

~Bidadari

Monday, September 9, 2013

Kelebihan Ayat Seribu Dinar , Jadikan Amalan


Dijadikan amalan:
  1. Baca ayat ini sesudah solat lima waktu,
  2. Baca ketika hendak tidur tiga kali,
  3. Baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.

Sedap pulak kali ni dengar cerita pasal sejarah dan kelebihan Ayat 1000 Dinar. Daddy memang pandai bercerita, naik semangat dan minat pulak nak membaca kisahnya.

Sejarah Dinamakan 1000 Dinar‎


Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khidir. ‎Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. ‎Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi ‎yang beliau alami itu adalah benar. Pedagang itu pun ‎bersedekah wang sebanyak 1000 dinar, seperti yang diperintahkan. Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut ‎bermimpi bertemu Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir pun mengajarkanlah akan pedagang ‎itu ayat 2-3 surah at-Talaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat ‎berkenaan.‎  
Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat ‎yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia ‎dilandaangin taufan yang sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu ‎hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah ‎diajarkan Nabi Khidir.
Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua ‎penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang tersebut. Apabila telah reda ‎angin, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah ‎negeri bersama barang dagangannya yang tidak rosak walau sedikitpun. Sambil menadah ‎tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah SWT, beliau sedar dan insaf akan kebesaran ayat ‎yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri ‎tersebut.‎
Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk ‎negeri, disamping terus mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Talaq, sehinggalah ‎beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). ‎Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar ayat ‎‎1000 dinar.‎

selebihnya bolehlah layari http://shafiqolbu.wordpress.com/2011/10/20/kelebihan-dan-hikmat-ayat-seribu-dinar/ Malah di Shafiqolbu, beliau berkongsi pasal pendapat ulama', amalan dan khasiat ayat ini. Wallahu'alam. 

Yang baik kita ambilkan jadi amalan dan teladan.. selebihnya hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Tidak saya disini nak komen selebihnya cuma hanya ingin berkongsi.


Boleh juga kalau nak baca surah At-Talaq secara online. Malah untuk surah-surah yang lain pun.


~Bidadari.



Saturday, September 7, 2013

Resepi: Cili Kicap Bidadari

Bila makan bihun/mee... mesti kena ada cili potong, cili padi dengan asam limau nipis..
Hmm.. kalau tak kena tu tak umpphh lah.

Satu lagi kalau nak bagi sedap kalau pekena dengan kuah cili kicap. Ini kuah cili kicap Bidadari ...

Bawang merah 1 biji
Bawang putih 1 ulas
cili padi 3 biji (atau lebih)
Cili merah 1 biji
Cili hijau 1 biji
Buah tomato (1/3) dipotong dadu
Daun ketumbar dipotong halus
Asal limau nipis 1/2 biji
Kicap

Caranya:
Dicampur semua sekali bersama kicap (tokyu) dan perahan asam limau nipis.. yum! yum!

Cuba tengok senang sangat. Kalau tak nak letak semua pun boleh..ikut selera masing-masing..



~Bidadari



Thursday, September 5, 2013

Nasi Hoover d' KB

Pernah dengar Nasi Hoover? Pertama kali saya dengar 16 tahun yang lalu.. hmm... kira nasi special untuk keluarga.

Nasi ni kira nasi sumatera tapi katanya lebih sedap dari kedai-kedai lain yang jual nasi sumatera di KB. Dinamakan Hoover sebab nama kedai tu Hoover. Jadi kalau ke town KB boleh la cari... 


Special ni.. dibungkus guna paku. Lagi besar bungkusan, lagi besar paku. Itu trademark Nasi Hoover


 
Nasi panas-panas dalam daun pisang... naik aroma. Ayam Kampung goreng Hoover memang sedap.. crunchy diluar, lembut didalam.. Nasi ni sama macam nasi kandaq, cara campuran kuah tu penting.

Tidak lupa lauk tambahan.







Jangan lupa cuba bila ke KB.

~bidadari

Tuesday, September 3, 2013

Bersama Malindo Secara Tidak Sengaja

Awal-awal pagi dah bertolak ke Meru. Kali ni Zela telah sediakan peta yang jelas sampai ke depan pintu rumah :). Terima kasih atas jemputan.. menu banyak ~ Nasi lemak, lontong, nasi impit kuah kacang, roti jala gulai daging, rendang ayam, buah, kuih raya, macam-macam lah ada.. inhouse semuanya tu yang tak boleh challenge  ni. .. tak terambil gambar.. sebab sedap menikmati makanan .. dapat pujian daripada Daddy yang menambah-nambah.

Selesai sudah Open House Sarapan Pagi di rumah Zela. Balik menikmati Masad Cafe, kopi abatusauda yang ala-ala nescafe tapi lebih baik.. hehehe mesti peminum nescafe tegar tak puas hati.

Tiba-tiba terima berita Tok Papa masuk ICU dan sekarang di Wad Hospital KB. Terus jantung ni berdebar.. rasanya pengalaman Wan kena heart attack bulan Jun lalu tak hilang lagi. Sekarang Tok Papa pulak sakit jantung.

Syukurlah ada banyak pilihan penerbang di Malaysia ni. Jadi boleh lah pilih memilih.. masa yang sesuai dan harga yang murah. Penerbangan mana yang boleh tiba sebelum pukul 4:00 pm. Waktu lawatan Hospital KB 5:00 pm hingga 7:00 pm. Jam dah 10:00 pagi. 2 penerbangan semua sebelah petang. Yang terbaik Manlindo Air.. Harga murah dan masa akan terbang dalam tempoh 2 jam lagi. Apa lagi.. inilah menjadi pengalaman pertama naik Malindo Air (www.malindoair.com).

Apa-apa pun balik berdua dulu.. risau sangat, bila bercakap melalui telefon masih boleh ketawa lagi.. tapi kadang-kadang orang-orang tua ni dia tak nak susahkan anak-anak. Siap pesan, dia ok tak payah balik. Tiket dah ambil, tak cakap kata nak balik nanti dia rasa menyusahkan .. biasalah orang tua. Itulah murni jiwa ibu dan ayah. sayang sungguh, tak sanggup nak menyusahkan anak-anak.. dari kita kecil sampai kita besar mereka masih lagi nak "berkorban".

Malindo naik di Skypark, Airport Subang. Malindo air boleh juga naik di LCCT, tengok destinasi. Tapi kalau nak ke KB memang cuma di Subang Airport je. Untuk kami dekat. Senang parking. 12 jam valet parking harga dalam RM65.

Sama je macam naik FireFlyz.. sama besar je kapal terbangnya.

Harap-harap pihak Malindo cepat-cepat lah adakan web-check in. Check-in di kaunter lagi. Malindo masih praktis manual sepenuhnya. tulis pun pakai pen lagi. Bila hidup dah senang.. bila balik kepada manual.. rasa kelam kabut juga. nak kena datang awal 1 jam awal dan risau kalau terlewat nanti kaunter dah tutup.


2 Kaunter Malindo di Skypark..


Saja ambil gambar lampu berkelip-kelip.. hmm.. macam nak buat kat rumah je. Boleh ker? 


Kami dah bersedia. Perjalanan kali ni smooth. Penerbangan on-time. 


Rasanya bila naik kapal penerbangan murah ni.. ada kelebihannya. Salah satu KPI mereka (agak je) senyum dan mesra dengan semua penumpang. Tak kiralah penumpang biasa mahupun Hot Seat. Syabas peramuguri! 

Sekurang-kurangnya boleh lah melapik perut dan membasahkan tekak.. Diedarkan oleh peramuguri yang mesra.

 Pemandangan awan... dari tingkap Malindo. Cantik...kagum ciptaan Allah. 
HTC One Camera.. opss.. tak promote. 

Pemandangan jalan raya ke Kelantan.. merentasi dan disisir Banjaran Titiwangsa. 
Terang dan jelas menggunakan HTC One. sekali lagi.. bukan nak promote.. 

Tiba di Airport KB 1:50pm. Waktu melawat tengahari dah tak sempat.. jadi ada adik ipar tersayang belanjakan Nasi Hover... Sedap... 

Bila Tok Papa tahu kata kami datang.. tak sabar-sabar dia nak jumpa.. siap tanya pukul berapa nak jumpa. Hehehe baru je pagi tadi kata tak payah susah-susah.. Kan.. orang tua kan.. mereka memang macam tu... bak kata skrip dalam Misiku Kuza "mulut cakap tak nak, hati membuak-buak nak!"

4:30 pm lagi kami dah tiba di Hospital KB. Syukur Alhamdulillah.. nampak senyuman Tok Papa menerima kehadiran kami.. keriangan dia maam selalu.. lega rasa. Baru hilang debar di dada. Ini buka "debar" yang hanya di mulut. Tapi jantung memang debar je.. ishk masih fobia kut saya ni. 

Selepas 2 jam hingga habis waktu melawat.. Semoga Tok Papa cepat sembuh. 

Kita bila ada kelapangan ... jum balik jumpa orang tua.. jenguklah semasa mereka sihat. Jangan lewatkan bila mereka tidak sihat... semoga kita masih berpeluang untuk melihat senyuman dan mendoakan kesihatan mereka.

~Bidadari