Sunday, September 30, 2012

Yang Benar Itu Pedih


Betul tak "Yang benar itu pedih"?
Itulah yang saya rasa....hmmm
Ada 2  keadaan:

1.  menerima cerita / perkata yg benar...
Pedih...sakit hati... Pilu...marah...malu...semua ada.

2. Yang menyampaikan cerita / perkara yg benar...
Pedih... Org akan nampak penyampai itu "jahat"...

Pandai-pandailah kita memilih nak yg sebenar atau tidak? Kalau kita terima yg benar PEDIH... Adakah patut kita dalam keadaan tertipu atau menipu diri sendiri sebab tidak.mahu terima kepedihan.

Ia mungkin pedih pada sesuasi situasi tetapi tidak lah "makan dalam"...mungkin sempat diperbetulkan. Jadi pilihlah yg mana yang terbaik.

Hormati mereka menyampaikan..

Kepada penyampai...
1. pilihlah keadaan yg sesuai dgn penerima... Kesediaannya
2. Penyampaian... Tidak lebih memudaratkan atau memburukkan lagi keadaan
3. Cara penyampaian...tidak menyakitkan hati... Beritahu seperti mana kita mampu untuk menerimanya..

Semoga semua ahli keluarga, sanak saudara dan kenalan dlm kebahagian dan ketenangan.

"Ya Allah berkatilah kami...rahmatilah dan berikanlah kami keselamatan dan kesabaran."

Love
Bidadari

"Outer Space" konsep KT Jimo's

Kerja Kursus Kajian Tempatan TAHUN 4
*"Ruang-Ruang Di Dalam Rumah*"
Dalam sibuk ber-5S dirumah jumpa la hasil kerja Jimo's yang lama...masih konsep Outer Space.
Suka benar dia dengan konsep Outer Space. Sebagai mummy..idea dan konsep apa pun terserah... Mummy bantu sikit sikit... Untuk memastikan hasil kerja puas hati dan bangga dapat buat bersama.
Sebagai mummy yg sibuk. ..keluar gelap balik gelap ni... Ini lah yg mampu mummy sit with anak mummy. ..dan insyaAllah ia akan menjadi kenangan sampai bila-bila.
Jika kita tak ada masa....hmmm bapa mertuaku kata katanya terngiang pulak..."Tanya diri...sempat tak ke tandas?".... Hmmm so tak ada alasan...tapi itu mungkin lebih sesuai nasihat utk bab kenapa tak sempat telefon PAPA.
Kalau utk anak-anak...saya tanya diri "Sempat tak tengok tv cerita korea/drama?"...jadi..terpaksalah diri ni sacrifice drama tv utk anak-anak.

Friday, September 28, 2012

"Outer Space" lagi untuk Profil KT Sekolah

Kerja Kursus Kajian Tempatan TAHUN 4
*"Kepentingan Kemudahan Awam Dan Cara Menjaganya"*
Dah masuk Darjah/Tahun 4...sebuklah anak-anak nak buat assignment PROFIL.
Bagus juga... Selain belajar untuk mencari maklumat....mereka belajar untuk lebih kreatif. Ini boleh meransang minda. ....sambil semangat nak buat yg terbaik.
Alhamdulillah...anak-anak di rumah..jika buat assignment memang over..mummy pun kena over... Layan jer lah mummy ye.
Pada pendapat Bidadari....kita kena bantu anak semasa mereka belajar. Bukan buatkan ye...bantu. Itulah masa dan kenangan yg akan diingat hingga bila-bila.
Kalau dulu ayah saya bantu.... Sekarang saya bantu anak. Mereka pyb sibuk nak bagi idea.
Tadi bila saya kata BANTU...bukan BUATKAN bermaksud...anak-anak yang perlu mencari maklumat....kita biarkan dia buat pilihan tajuknya sendiri (jika perlu)... Kemudian...beri tunjuk ajar jika anak-anak minta bantuan bagaimana nak cari..di mana...biar mereka cari. Then...kita bagi idea...kalau diterima...ok..kalau tak diterima pun ok. Biar mereka buat keputusan mana yg mereka selesa.
InsyaAllah nanti bila mereka ada anak-anak...mereka akan buat perkara yang sama. Akan jadi Memori indah buat kita...dan anak kita jua.
Inilah Profil Kajian Tempatan Jimo untuk Tahun 4...profil terakhir untuk tahun ni.
Good luck anak mummy...i love u. Muah!







Thursday, September 27, 2012

Hadiah dari Aunty Dy

Terima kasih Aunty Dy.... Cantik sangat....suka sangat...sampai tak larat mummy nak ambil gambar Anje asyik nak posing dengan bag sling baru....

Tasha malu-malu nak bergambar pun...sebab this the only way to say thank you...Tasha pun ambil gambar khas utk Aunty Dy. Muah muah muah.

Terima kasih pada kawan Aunty Dy yg tolong bawakan amanah ini sampai ke sesi TU.

p/s:  terima kasih buat Aunty N*jat yang tolong terima bagi pihak Bidadari yg sedang bertugas.

Love u guys



Saturday, September 22, 2012

Jadi ibu semuda 12thn

Apa dah jadi!!!! Ya Allah,  berilah keselamatan kepada diriku...anak-anak perempuanku dan saudara -saudara perempuanku di mana mereka berada. ... Mereka juga jiranku...adik/-beradikku, kawan pejabatku, kenalanku...dan anak-anak perempuan mereka jua.

Tidak perlu kita nak tuju org tu..org ni... Nampaknya byk sebab bulan salah ibubapa. ..bulan salah undang-undang...semua telah terletak...ibubapa cikgu dan undang-undang dah ada...dah dilaksanakan...tapi jika diri mengikut ckp Syaitan Yang Direjam...itulah...

Ini berlaku bila anak perempuan terlalu rapat dan dibiarkan rapat dengan kawan lelaki.. Biar kita nampak kuno...lain mahupun berbeza...apa sajalah orang nak kata apa... Jakun? Tak vogue? Tak sporting? WHATEVER!...

Kalau dah jadi bunci macam ji...hilang dara diusia muda atas nak jadi "ibubapa yg kelas dan sporting" tak berguna satu sen pun... Tak da lagi turn back. Betul tak?

Salah satu kesah yang diceritakan oleh budak 12thn...dia terjebak sebab dia dan rakan kawan lelakinya menonton prono di youtube dan nak mencuba... Hmm

Cukup cukup lah..yg sudah sudah... Sekarang kita tengok ke depan... Kadang kadang dengan sifat naif dan tiada ilmu. ..

Baru je semalam...sampai ke pagi tadi... Anak dara besarku duk pujuk nak g Sunway Lagoon dengan geng ramai-ramai... Nampaknya cubaan untuk mendapat izin sepwrti yabg dijangkakan... Sorry...awak masih di bawah umur..tiada supervision org tua.

Seperti juga dijangka..muncunglah anak daraku tu.. Tak apalah sayang...muncung sekarang...mummy daddy sayang awak. Dia mungkin malu nak bagitahu kawan-kawannya sebab dia tak dpt izin..dah beria-ia mereka merancang...nak ke Sunway Pyramid lah..
Akhirnya...hehehhe lepas dah almost 10am...muka dengan senyum datang bagitahu CANCEL sebab ramai ibubapa yang tak beri izin. ALHAMDULILLAH.

Sebelum apa yang kita buat..fikirlah masak masak utk kebaikan semua...

Sayang anakku


Thursday, September 20, 2012

Paradigm Mall

Sekarang kecoh sungguh mana-mana sahaja ada yang menyebut Paradigm Mall. Kata anak dara saya best sangat mummy... macam-macam ada.. banyak pilihan restoran dan gerai makanan dan kedai pakaian yang "kelas-kelas".

Hari Ahad pagi kami sekeluarga pun pergi lah buat lawatan sambil tu nak aim lah mana nak makan. Katanya banyak kedai makan... tempatnya besar... ha....di tepi LDP besar sungguh...

 
Photo credit to Steventeng

Sebelum ni duk lalu tak pulak perasan bangunan besar ni sedang dibangunkan... nampak sangat lama dah tak lalu. Kalau dari Shah Alam, masuk NKVE ke utara exit Tol Subang Jaya. Signboard memang tip top. Memang sampailah.. tak jauhpun dalam 1.7km jer.. senang sangat.

Apa ada dalamnya hmm... view boleh click di Steventeng boleh tengok besar sungguh. Kalau makcik pakcik tu kalau boleh hmm... anak-anak kena buat survey bahagian mana nak pergi.. kang nanti tak sampai ke destinasi yang nak dituju sebab mak/ayah dah tak larat nak jalan.

Bidadari bukannya nak buat slot iklan Paradigm Mall. Tapi memandangkan dah sampai dan mungkin ada yang nak tau serba sikit jer lah ye.. Saya bukannya ambil banyak gambar. kalau nak kena la pergi sendiri.

Sedikit review  dari saya:

Kedudukan kedai:
Merata-rata.. maksud saya kalau nak cari kedai pakaian ker makanan ker.. semua level ada. utara selatan timur barat.. jadi kalau nak survey jalan-jalan kedai mana nak makan... hmmm... memang lenguh juga lutut ni.. tapi kalau anak-anak muda dan mereka yang suka jalan mesti tak kisah.
Saya lebih suka macam Subang Parade (tempat favorite sekeluarga) sebab senang satu bahagian so pilih sahaja semua depan pandangan kedai mana nak masuk..

Jenis makanan:
Banyak makanan modern, japanese dan chinese.
Bila kata modern tu.. TGIF, Chilli's (akan dibuka), speggetti, Nando's, Cone Pizza (favorite anak-anak)
macam-macam ada.. End up kami makan Cone Pizza untuk alas perut...sambil munchy Popcon Planet ..jer.

PIZZA IN A CONE


Kedai untuk perempuan /si cilik
Chic-Chic dan Diva memang best.


Bossinni for kids pun best... Anak dara saya suka sangat Brands Outlet ..


MARKS&SPENCER
saya lebih suka di The Garderns and KLCC. sini may be minggu ni minggu warna hitam putih kut... errrgghh... surely not my colour. Kepada pihak pengurusan mereka perlu lebih peka sebab macam mana boleh di situ



TESCO
Tesco pun ada.
  

PETS WONDERLAND
Sempat juga kami singgah di Pets's Wonderland.. cuma makanan ikan yang dicara tak ada.


TANDAS
Bersih... tempat untuk ibu-ibu menyusu dan salin diaper anak-anak sangat cantik dan bersih.. harap dikekalkan kebersihan dan kecantikannya.






Tuesday, September 18, 2012

Ole-Ole Bali di Empire Subang

Kalau you all rasa tak tahu nak makan apa... go to Empire Shopping Gallery, Subang.. tempat favorite... buat lawatan sambil makan di Ole-Ole Bali (taste of Bali) makan nasi campur.. specialnya kat situ kalau orang yang tak makan banyak, untuk 4 orang dewasa .. satu set nasi campur dan Ole-Ole Trio lepas tu minta nasi putih sorang satu.




Paling syok sekali adalah Pisang Bakar.. yum yum... memang best.. sweet and sedap.. pisang dibakar + caramel + vanilla ice cream + kelapa muda parut.




Bab air pula.. Vanilla.




Go and give a try...

Resepi: Lime Chicken Fajitas

Anda semua kalau rasa nak ubah selera..cubalah Lime Chicken Fajitas... Saya dapat dari Dana-Made-It.
Resepi ni memang sah sah jadi...bahan tak banyak...makan panas-panas..memang sedap. Boleh la nak rasa mcm makan di TGIF fajitas.. Hehehe..suka sangat bila semua anak-anak makan sampai lain kali nak suruh buat lagi.

Hari ni sempat sediakan untuk suami, kakak, anak-anak bawak bekal fajitas... suka mereka. Tak lupa juga untuk kawan-kawan di ofis yang ada. TQ for the compliment.  
 
Tq to Dana... Cubalah.






Bagaimana saya buat ... inilah caranya.

Bahan-bahannya::
4 dada ayam
2 biji capaicum (merah/hijau/kuning) campur boleh atau 1 warna pun boleh.
1 biji bawang besar
1 pack cendawan
1/2 biji cili hijau
1 ikat Daun ketumbar
1 sudu kecil biji ketumbar
1 sudu kecil lada hitam
2 biji limau nipis
Garam
Secubit gula
3 sudu mkn cuka
1/3 batang Timun
1 biji tomato
Gratted cheese
Cuka 3 sudu besar
Sour cream
Daun salad.

Set A
1. 4 dada ayam (bahagian isi byk) dihiris panjang2 mcm potato fries...kemudian asingkan. Masukkan dalam 1 bag pelastik.
2. Capsicum 1 merah dan 1 hijau. Dibuang biji. Potong panjang2 mcm potato fries juga.
1 labu bawang besar, dipotong 2 dan hiris 5mm.
1 pack cendawan (option tapi kalau ada sedap).
Kemudian Masukkan Capsicum dan bawang tadi dalam 1 bag pelastik (jgn campur dgn ayam).

Set B (bahan marinade)
Bahan-bahannya::
1. Daun ketumbar (daun jer) sejemput. Kalau suka lebih bubuh lebih. Dihiris dan cincang halus.
2. 1 sudu kecil biji ketumbar ditumbuk halus
3. 1 sudu kecil lada hitam ditumbuk halus
4. Cuka 3 sudu besar. (saya guna cuka kurma)
5. Garam 1/2 sudu kecil (jgn byk. ..mcm buat makan biasa)
6. Gula secubit.
7. 1 atau 1 1/2 biji limau nipis diperah ambil airnya.
8. 1/2 cili hijau dicincang halus

Caranya::
1. Mix semua sekali SET B dlm mangkuk.
2. 1/3 dimasukkan dlm bekas capaicum, cendawan dan bawang. Digaulkan rata.
3. 2/3 dimasukkan dlm bekas ayam dan digaul rata.
Peram/marinade selama minimum 1/2 jam. Simpan je 2 bekas pelastik tu dlm peti sejuk.
Bila dah nak makan...sediakan rencah dan mula nak masak. Makan masa panas panas sedap.

SET C: Rencah dan sos.
Bahan-bahannya:: (based yg atas)
Sejemput byk daun ketumbar
1 biji Buah tomato
5cm timun
2 hiris Limau nipis
Daun salad
Sour cream
Salsa (saya tak ada so tak.masukkan)

Cara-caranya::
1. 1 biji tomato dibuang biji potong dadu kecil dan diperahkan 2 hiris limau nipis. Digaul dan Sedia untuk dihidang.
2. Potong timun dadu kecil.
3. Daun ketumbang dipotong halus.
4. Daun salad dipotong2.
5. Nanti hidangkan sour cream.
Akhir sekali nak masak ayam dan capsicum.
1. Masukkan sedikit minyak masak..(1 atau 2 sudu besar). Agak panas.... Masukkan ayam. Bila digoreng hingga agak garing ( ikut suka).
Tips: kalau rasa kurang minyak utk ayam..masukkan sedikit. Jangn tuang ayam dari bekas sebab nanti air Yam masuk sekali...kita nak goreng biar minyak sikit.
Angkat utk dihidang.
2. Sama dgn ayam utk goreng bawang, capsicum dan cendawan. Goreng biar garing agak ada hitm hitam.
Sedia untuk dihidang.
Ada cheese (grated cheese)...lagi sedap.
So semua dah ready... Boleh makan dengan roti totila.... Dimasukkan sedit sedikit bhn yg disediakan dan digulung.
Kat rumah tak cukup roti totila... So guna roti hotdog pun sedap. Pastikan panaskn dulu roti hotdog yg dah dibelah 2 mahupun tottilla.












Monday, September 17, 2012

Chlorophyll Minuman Hijau Keluarga

Dalaman memastikan diet yang baik untuk anak-anak, sayur-sayuran dan ulam - ulaman dijadikan amalan dalam pemakanan utama.
Bukan senang..tapi kalau tak banyak sikit pun ok.
Terutama anak-anak lelaki...subhanallah...melawan tidak tapi cuba mengelat. Untuk pastikan sedikit sayur hijau dimakan...satu helai daun contohnya bayam dipotong 4 semasa menyuap...jadi tak lah terasa.. Hmmm itu masa mereka 2 hingga 4 tahun.. Sekarang kalau nasi kerabu tu kira dah no problem...
Teringat masa dulu dulu...masa anak dara..boleh kata wajib ambil ulam...mesti! Time nak makan tu..mak mesti buat sambal belacan..orang Kedah kan... So keluar pergi cari pergi kutip kat pokok...
Pucuk ulam raja
Pucuk ubi kayu (dicelur)
Pucuk mengkudu (sekali biji mengkutu yang kecil-kecil)
Pegaga
Pucuk daun kari. ..u guys mesti cuba ni lemak sedap
Biasala budak perempuan bila dengar kata boleh awek muda dan kulit cantik..sanggup buat apa sahaja. ..cuma bagi Bidadari,  saya akan go for organic and natural.
Sekarang ni masih maintain, selain makan sayur dan ulam untuk tingkatkan kesihatan dan kesegaran... Bidadari dan anak-anak minum klorofil... InsyaAllah intake green mencukupi. Hehehe..itu pandangan saya sendiri. Pengambila klorofil boleh menibgkatkan oksigen dalam badan dan memberi banyak kebaikan.
Kami minum dengan memambahkan satu sukatan penutup kedalam air kosong sama ada dlm gelas atau botol mineral. Anje pulak cukup suka minum air klorofil. Rasa macam cincau tawar.
Anje pun suka kalau ditambahkan dengan sirap jadi macam sirap cincau...cuma warnanya agak hijau gelap. Kalau Ajeem pulak suka sangat minum dengan air soya Yeo's. ..rasa soya cincau...air soya berwarna hijau muda..huhooo.
Kalau nak tahu kelebihannya boleh tengok di website. .saya beli produk Cosway Chlorophyll
Harga: RM28.00 untuk ahli (RM38.00 bukan ahli)
Kedai: Cosway outlet/ Cosway Farmasi outlet
Sempena bulan posa dan raya...harga promosi RM15...Bidadari beli sampai 3 botol. 1 untuk kakak, 1 untuk mak dan 1 untuk kawanku Sooria. Hmmm sampai bila promosi...tak pasti harap sempat lagi la bulan ni kan.
Sebelum ni kami sekeluarga minum klorofil yang dibeli melalui kawan produk MLM...harga agak mahal...dan didapati sama pengeluar. Cuma produk yang dijual bawah jenama Cosway lebih murah.
Yang penting tujuannya dan kualitinya sama. Betul tak? Jum minum. Semoga kesihatan kita dan anak-anak baik dan cergas.


Sunday, September 16, 2012

Sangat Setuju Malaysia Sekat Filem Unsur Penghinaan

Bagus sekali tindakan yang bakal diambil untuk menyekat filem yang talh menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W.
Menteri Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata di Bintulu semalam "Saya telah minta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk berunding terus dengan pihak berkuasa lain supaya tidak membenarkan akses kepada paparan itu sama ada melalui Youtube atau pun saluran lain," .
Adalah terbaik jika tindakan serta merta...hingga pagi ini jam 9.50am 16 Sept 2012...masih dipaparkan dan dilayari melalui youtube.
Semoga pihak berkenaan melaksanakannya dengan serta merta.

Saturday, September 15, 2012

Snowy Dilanggar Kereta

Rasa macam nak merotan bila nampak kereta anak jiran bawa crossed over anak kucingku. Tergamam sekejap...

Kenapa dia drove over Snowy..awat! Tak nampak ker? Mana boleh tak nampak..kucing tu bukan ditengah jalan cuma atas jalan tapi disebelah kanan...awak punya kereta bergerak laluan kiri kenapa masuk laluan kanan dan lalu biar dia di bawah kereta.

Dah la tu..depan mata kita pulak tu...menangis saya ni...mana taknya bila tengok Snowy bergitu terkejut sampai lagi pun lintang pukang... Berlaga habis dinding... Lepas tu..tengok dia duduk menyorok takut naik gila. Kesian dia.. Sekali bila angkat nak peluk dia...rupanya dia takut sampai terkencing-kencing. Aduhai sedihnya..jantungnya berdenyut sampai bergegar badan tu.

Lepas 1/2jam...angkat dia...lagi la sedih...bertambah marahlah..bila darah meleleh kut dubur dia...kesiannya..kesiannya.

Esoknya bawa Snowy ke Klinik Haiwan Lynn di TTDI Jaya. Doktor kata semuanya ok. Tapi Snowy masih dalam troma. Jangan kata kucing, kalau kita sendiri pun troma dibuatnya mahu stok. Bawah perut Snowy lebam..biru. Doktor kata mungkin semasa bawah kereta badannya melambung terkena dinding bawah kereta.

Alhamdulillah nampaknya lepas 4 hari lebamnya dah hilang...bagi makan ubat yang doktor bagi dan sapu minyak gamat. Susah juga nak bagi makan ubat Snowy. Badan kecil tapi liat dan kuat...kuku pulak tajam...oooiiii susah betul. Teringat kat PusPus...walaupun garang tapi time makan ubat bila kena paksa sikit je terus diam dan makan ajer..especially bila time sakit.

Kita ni hidup berjiran..jnagnlah lupa bila buat kesalahan depan mata jiran datang la minta maaf..tanyalah khabar kucing tu. Ini memang tak berhati perut dan tidak sopan. Semoga orang itu akan insaf seumur hidup.

Bukannya saya tak pergi rumah dia...lepas kena langgar tenangkan Snowy...lalu depan rumahnya..terus tutup rapat pintu rumah..macam mana nak ding-dong...anjing penjaga rumah tu garang nak mampus...hmmm...

Semoga Snowy cepat sembuh.
Amin

Gelagat Mereka Si Anak Kucing

Kucing adalah binatang pembersih....sentiasa bersihkan diri tanpa kira masa. Keriangan dirumah bertambah bila diceriakan dengan manja dan gelagat mereka...

Itulah...Twitter, Snowy, Caramel, dan anak-anak Snowy - Explorer, Flicker & Batman.

Semoga mereka membesar dengan sihat dan cergas.




Kutukan kepada SB

Sesungguhnya umat Islam amat peka dan sayangkan agama. Perkara sensitif tidak boleh dipersendakan. Tengoklah akibatnya... Kematian, rusuhan dan ketegangan.
Itulah jadi bila ada manusia seperti Sam Bacile yang mewujudkan filem yang membangunkan kebencian warga dunia kepadanya dan yang terlibat dengannya.
Tajuk filem Innocent of Muslims mungkin untuk menarik minat orang ramai menonton tapi isinya cukup tidak logik dan tipu semata-mata. Benci sungguh bila kita tahu adanya manusia yang tidak berdaulat ni. Kita doakan ada ditimpannya balasan yang setimpal kerana menuduh Islam yang mulia dan Nabi Muhammad S.A.W.
Kerajaan Amerika perlu juga sensitif memandangkan rakyatnya berbilang kaum dan agama. Semoga ia menjadi ikhtibar kepada mereka yang mempunyai pemikiran yang tersorot.
Saya nasihatkan elak anak-anak dari tengok sedutan filem di Youtube...cukup menghina. Memang akan marah siapa sahaja yang melihat. .dengan erti kata lain..."kurang ajar" scene yang dilakonkan.
ALLAHU AKHBAR!!!
Semoga umat Islam di dunia semua terpelihara. Amin.