Saturday, September 15, 2012

Kutukan kepada SB

Sesungguhnya umat Islam amat peka dan sayangkan agama. Perkara sensitif tidak boleh dipersendakan. Tengoklah akibatnya... Kematian, rusuhan dan ketegangan.
Itulah jadi bila ada manusia seperti Sam Bacile yang mewujudkan filem yang membangunkan kebencian warga dunia kepadanya dan yang terlibat dengannya.
Tajuk filem Innocent of Muslims mungkin untuk menarik minat orang ramai menonton tapi isinya cukup tidak logik dan tipu semata-mata. Benci sungguh bila kita tahu adanya manusia yang tidak berdaulat ni. Kita doakan ada ditimpannya balasan yang setimpal kerana menuduh Islam yang mulia dan Nabi Muhammad S.A.W.
Kerajaan Amerika perlu juga sensitif memandangkan rakyatnya berbilang kaum dan agama. Semoga ia menjadi ikhtibar kepada mereka yang mempunyai pemikiran yang tersorot.
Saya nasihatkan elak anak-anak dari tengok sedutan filem di Youtube...cukup menghina. Memang akan marah siapa sahaja yang melihat. .dengan erti kata lain..."kurang ajar" scene yang dilakonkan.
ALLAHU AKHBAR!!!
Semoga umat Islam di dunia semua terpelihara. Amin.

No comments:

Post a Comment