Tuesday, April 28, 2009

Jauh Di Mata Tetap Di Hati


Cabaran ibu bekerja, turun gelap balik pun gelap. Keluar rumah, anak-anak masih tidur, balik tunggu masa nak tidur sampai tak sempat nak bertanya khabar dan dengar kesemua cerita. Terutama Ajeem yang memang tak puas-puas nak bercerita pasal setiap kawan-kawan di sekolah. Yasmeen pulak cari disemua bilik dan toilet kut-kut mummy menyorok.. waduh... sedih pulak bila anak dah mula mencari-cari.


Walaupun anak-anak mummy semua tak sempat mummy layan lama-lama sebab sebuk dengan urusan ofis, tapi kamu semua tetap dihati. Daddy, Tasha, Jimo, Ajeem dan Yameen bukan dekat di hati.. tapi sentiasa tetap dihati.


Mummy ingat...:

Bila Yameen bagi tumpah air, baby akan gi cari kain untuk lapkan air tadi, terharu sungguh siapa sangka anak sekecil 1 tahun 2 bulan 1 hari begitu bijak sekali.


Ajeem punya cerita membilang hari untuk outing trip ke McD Subang Parade dengan Teacher Hazel & friends. Yang paling mummy ingat, everytime Ajeem call, Ajeem akan mula cakap, "Mummy, Ajeem..... Ajeem.... Ajeem....." sebagai pembuka bicara... hehehehe.. dah jadi macam trademark Ajeem.


Tasha yang pandai ambik hatil mummy dan daddy dengan mengurut bila kami letih. Anugerah Allah. Kepandaian turun-temurun.


Jimo dengan games-nya. Nasihat Jimo untuk Ajeem yang nak dapat nombor satu sebab tengah impikan PSP. Jimo tak nak nombor satu......"Ajeem, dapat nombor satu dapat PSP, dapat nombor tiga le... boleh dapat PS3" sebab "PS3" to ada "three". hehehehe


Menarik bila mummy ingatkan anak-anak mummy boleh membuatkan mummy tersenyum sorang-sorang. Syukur kepada Allah atas anugerah yang diberikan. Setiap anak itu adalah rezeki dan kebahagiaan buat setiap keluarga yang mensyukuri nikmatNya.

Tuesday, April 21, 2009

Duniamu Beraneka

Setelah khusyuk bekerja mencari nafkah sebagai ibadah untuk rezeki sekeluarga, tiba waktu petang tak sabar nak balik ke rumah. Bagai di panggil-panggil untuk pulang berjumpa Si Jantung Hati. Itu lah pengubat rindu dan pengubah penat.


Nikmat sungguh pemberian Allah dan sesungguhnya kami bersyukur dengan anak-anak yang cerdas dan penyayang. Dunia anak-anak penuh dengan permainan dan beraneka bentuk dan warna. Setiap apa aktiviti yang dibuat terserlah la keceriaan dan keseronokan yang tak dapat dibeli dengan wang ringgit.


Untuk tidak menghampakan anak-anak, weekend lalu sempat bawa mereka ke padang mainan untuk berbasikal. tengok la wajah sorang-sorang tak ada risau langsung... dah sah-sah kayuh macam mana laju, langgar apa pun tak akan kena saman.




Jimo, Tasha & Weena (Cousin)



Yasmeen, kalau tidak meneroka sendiri tentu tak sah. Mesti nak "taste the real life". Si Anje mummy dan daddy membuatkan kami malas nak meninggalkannya untuk ke tempat kerja. Makin bijak makin "demanding".




"penerokaanku"




Comel bila diikat rambut.


Agaknya lambat sangat nak tunggu ke petang untuk ke padang, pagi-pagi Yasmeen akan membantu didepan rumah. Anje boleh main berjam-jam, tapi sebab risaukan hidung yang asyik meleleh je tak berhenti-henti terpaksalah stop selepas 1 1/2 jam. Cukup lama tu.



Enjoy sungguh dia.





"bestnya main air."


Keinginan Yasmeen untuk menyentuh kucing tidak pernah kesampaian. Setiap kali dekat dengan kucing saje, kucing tu dah lari. Mungkin takut kena cekek dek Yasmeen kut. Kak Tasha sungguh baik hati kasi pinjam Si Putih untuk Yasmeen. Suka sungguh dia. Kalau kita nampak kucing bunyi "meow" "meow".. menunjukkan kucing bertina. Lain pulak dengan "Auw! Auw!" hmmm pernah dengar.. cuba bunyi sendiri.. bunyi macam apa?







"Auw!..Auw!.." bunyi kucing jantan ... hm... wonder......

Sayang

mummy

Thursday, April 16, 2009

Kongsi Kebahagiaan Anugerah Ilahi

Sesungguhnya Allah itu Maha Kaya dan Maha Penyayang. Tidak pernah lupa pada setiap insan di dunia ini. Tidak ada seorang pun yang terlepas daripada limpahan rezekiNya. Hanya atas kita untuk menikmati dan bersyukur atas limpahan rezeki itu.


Kemeriahan dan kebahagiaan amat terasa dengan kehadiran si kecil. Memang perit ibu melahirkan tapi nikmat mengandung 9 bulan sungguh indah. Rasa berteman pada bila-bila masa terutama semasa baby tendang-tendang dalam perut, itu yang tak sabar nak tunggu 5 bulan. Masuk saja 6 bulan baby pun dah pandai memberi respond bila mummy dan daddy sentuh-sentuh atau bertanya.

Alhamdulillah, dengan kehadiran 2 puteri dan 2 putera sendiri menceriakan suasana rumah yang dulunya sunyi sepi seperti tidak berpenghuni.


Minggu lepas dan semalam sempat membuat lawatan untuk melawat baby Mel dan cucu Kak Bit. Terserlah kebahagiaan dan kesyukuran atas kesempurnaan bayi yang dilahirkan dan itulah antara rezeki kebahagiaan yang diberikan kepada keluarga mereka. Kebahagiaan dan kegembiraan itu tempias untuk kami yang hadir dan rakan-rakan lain.


Baby Mel, Nasree Hakimi :

Comel sungguh... tenagok tembam nak dicubit-cubit.


Ini pula.. wajah macho like father like son.


Ini pula cucu Kak Bit, Nur Irdina Sufiya:

Sweet and lovely..


Baby Irdina sedang memikirkan "apa la.. "ibu-ibu" yang hadir kecoh sangat daku nak tidur pun tak boleh".



Thursday, April 9, 2009

Peminat Cotton Collections

Seronok saya bila ada rakan-rakan yang juga peminat cotton. So boleh share the feeling of wearing cottons. Kadang-kadang seronok tengok tak semestinya membeli. Macam saya pantang tengok mesti nak juga. Itu yang bahaya. Kita kongsi-kongsi pemerhatian dan minat kita.

Jenis kain masih Indian Cotton.


1- brown and pink


2- brown full printed


3- classic white green (cut into 2 pieces)


4- white blue simple -SOLD



5- black & full colours



6- brown full printed



7- white & red



8- green....



9- White & many colours - booked

10- classic blue and red



11- white and grey


12- sweet and soft - white and green -SOLD



13- sweet white and red



14- white and blue



15- black & white -SOLD


16- white and red

17- cream and pink roses

18- white and blue flowers

Koleksi yang ada untuk tatapan dan peminat cotton.




Tuesday, April 7, 2009

Tenang Sudah Hati Ini

Setiap anak itu adalah anugerah Ilahi.. Setiap seorang daripada mereka jugalah dugaan untuk mummy dan daddy. Siapa tak sayang anugerah yang diberi walaubagaimana pun rupa, suara dan keunikan yang dijadikan untuk setiapnya.



Tahun 2008 - Ajeem 4 tahun. Mandi dengan baju favorite.



Happy birthday Ajeem 5 years old. Dengan Baju Favorite.




Cupcakes birthday Ajeem 5 years old - 10 August 2008.




First time Ajeem tukar baju selain baju belang and brown.



Jika Yasmeen permata hati, Ajeem pula si manja daddy. Body Ajeem yang gempal, wajah yang cute dan tutur kata yang lemah lembut membuatkan hati semua terpesona. Ajeem tetap pemalu dan akan hanya berada disekeliling mummy dan daddy bila di tempat awam.




2009


Kisah Ajeem menjadi bualan mulut Tok Ani, Wan dan adik beradik bila sukarnya Ajeem untuk keluar dari rumah tanpa mummy dan daddy untuk ke tadika. Teacher Lynette yang penyabar dan lembut dapat menambat hati Ajeem untuk menjadi guru di rumah. Mummy dan Daddy cuba dengan menghantar Ajeem ke tuisyen seminggu sekali (Hari Sabtu) dengan harapan terbukalah hati Ajeem untuk ke "sekolah" nanti. Cubaan telah berlalu selama 10 minggu tapi ADUHHHH!!!!! tak ada yang menambat hati Ajeem untuk terus ke "sekolah". Tiap-tiap kali mesti nangis.. Janji-janji daddy pada setiap hari Jumaat malam Sabtu hanya akan tinggal janji.




Penat belajar.



Nak tau apa janji daddy? Kalau Ajeem ke "sekolah" hari-hari, daddy akan belikan PSP. Kalau esok (Hari Sabtu) ke sekolah daddy akan belikan CD game PS2 sebanyak 2 games. Daddy akan baiki PS2 yang rosak so nanti ada 2 PS2 kat rumah... Sama juga esok pagi janji akan terus dijadikan iklan untuk menarik minat Ajeem untuk ke "sekolah". Hanya sekali agaknya yang berjaya dalam 10 minggu untuk Ajeem dengan semangat nak ke sekolah (itupun datang lewat). Daddy dan mummy frust lagi..



Tanggungjawab untuk memastikan setiap anak itu diberikan pendidikan yang sempurna, mummy dan daddy tidak putus asa untuk melabur lagi untuk Tadika buat Ajeem. Pelaburan 3 bulan dibuat untuk Ajeem yang hanya akan bersekolah pada 2 minggu terakhir daripada 3 bulan pelaburan tersebut. Ini kerana Mummy akan bercuti selama 1 bulan di bulan June 2009 dan sekolah hanya akan beroperasi pada minggu ke 3 dan ke 4 selepas cuti sekolah pertengahan tahun yang bermula 30 May hingga 14 June 2009. Kalau itu yang mampu dilaksanakan, kasihnya mummy dan daddy buat Ajeem yang comel.



Keikhlasan guru telah cuba untuk membantu membawa Ajeem ke "sekolah". Harapan yang amat tipis daripada mummy dan daddy, good luck to the teacher. Teacher Zaza sanggup datang ambil dan hantar balik Ajeem setiap hari dengan semangat dapat membawa Ajeem ke sekolah. Dengan izin Ilahi dan doa yang diperkenanNya, Ajeem dengan semangat nak ke sekolah dan tidak sabar menanti Teacher Zaza setiap hari. Itulah tarikh bersejarah "23 Mac 2009" buat Ajeem dan kami sekeluarga. Ianya memberikan senyuman dan kegembiraan buat setiap isi keluarga ini.



Mungkin mummy dan daddy tak dapat melihat Ajeem ke "sekolah" setiap hari, tapi bersama Ajeem (video) pada hari Sabtu sudah menceritakan keseluruhan suasana. Terima kasih buat guru-guru, Teacher Zaza, Teacher Hazel, Teacher Maria, Teacher Alice, etc.



Video 04 April 2009 (Saturday)

Sekarang Ajeem masih anak murid istimewa yang tidak lagi berbaju uniform ke "sekolah". Harapan yang baru... Ajeem ke "sekolah" dengan uniform yang lengkap.

Alhamdulillah.

Friday, April 3, 2009

Yasmeen Permata Hati

Istimewanya dianugerahkan Allah menjadi bidadari/wanita. Dapat rasanya nikmat kasih sayang dan melahirkan putera puteri yang menjadi penawar sebarang keperitan.
Kelahiran Baby Nur Yasmeen sentiasa menjadi permata hati mummy dan daddy. Buah hati abang Jimo, abang Ajeem dan Kakak Tasha.
"Nur Yasmeen" nama pilihan mummy dan daddy, khususnya daddy. Sebutan "Nur Yasmeen" yang halus dan lembut akan menjadi wanita yang lemah lembut. Tapi akhirnya daddy asyik buat panggilan dengan nama "Yameen".

Baby Nur Yasmeen

Baby Yameen suka main masak-masak

Itu roti plastik ..kalau makan baby yameen akan bunyi "mum.mum.mum.mum."
Cute sangat!

Ini favorite Baby Yameen, tangap ikan gappi selain tengok kucing kat belakang rumah.
Ikan-ikan tu mesti berenang bertempiaran bila dengar celupan tangan Yameen.

27 Februari 2009
Happy birthday to Baby Yameen yang Pertama (1st Birthday) pada 27 Februari 2009.
Cuppies designed by Mummy, baked by Aunty Asnida.