Tuesday, April 26, 2011

Teruja dgn microsoft shatedpoint pula...

Dgn kawan kawan ofis.. Missed my daughter si kecik.
Published with Blogger-droid v1.6.8

Rancangan Ronda-Ronda, Bila ni?

Weekend baru ni asyik dengar kawan-kawan baikku ronda-ronda sampai ke Universal Studio Singapore... Jealous!!!! (Jealous dengan niat baik... terasa nak join...)

Sure mereka enjoy sakan.. so apa lagi.. rakan-rakan yang asyik ke Bandung tukar la haluan ke U.S Singapore pulak... pergh!!!! mari la kita sama-sama merancang...

Bila duk dapat update melalui FB oleh kawan-kawan tu semua live dari Universal Studio Singapore.. semangat membuak-buak nak bawa kenit-kenit ke sana. Lepas ni nak start buat interview kepada Mayang, A.Supermen dan R@Alias.. dah set soalan dalam kepala ni.. hehehe pengalaman.. budget.. apa yang best .. mana nak start dulu.. masa spending... berapa kepuk (copy perkataan Dy) bakal nak hamliaw... berapa baju nak kena spare (nampak ada tempat basah tu).

huh tak sabar-tak sabar... bukan tak sabar nak pegi tapi tak sabar nak tunggu duit berkepuk (copy perkataan Dy)...

Selamat pulang dengan selamat kawan-kawan... Alhamdulillah... syok follow geng yang buldus ni.

Monday, April 25, 2011

SCAM Caller Ringtone 22990, AWAS!

Saya ni memang sukaaaa la sangat lagu-lagu dendangan Anuar Zain.. Jadi bila ada Caller Ringtone Anuar Zain "Sedetik Lebih" gatal lah tangan ni membeli caller ringtone utk RM1.50. Ingat setakat tu je.. lepas seminggu tup tup message masuk:

RM0>Langganan mgguan lagu anda bjaya diperbaharui, RM1.50 tlh dicaj ke akaun anda. Ttakluk T&S.

Tak puas hati la pulak. Bila pulak saya agree dengan bayaran RM1.50 sebulan. Banyak tu. kalau buat call lagi untung kpd kenit-kenit di rumah.

Puas saya cuba untuk unsubscribe. Tak pandai la pulak. Nasib baik bila search ada jumpa sahabat net yang juga sudah terkena dan dengan baik hati bagi tahu macam mana nak unsubscribe perkhidmatan ni. Terima kasih byk-byk.

Berikut adalah langkah-langkah untuk berhenti melanggan dari Celcom Caller Ringtone CMT 22990 :-
1. taip *118# pada telefon bimbit anda dan tekan hantar/send.
2. Balas mesej yang diterima dengan pilihan 2. Channel X
3. Balas mesej yang diterima dengan pilihan 4. CMT
4. Balas mesej yang diterima dengan pilihan 7. Unsubscribe.
Bila sistem balas kata betul ke nak unsubscribe jawab "Yes"...
Tunggu sampai 22990 hantar message: RM0>Langganan CMT anda telah ditamatkan.
Jadi sama-sama kita berkongsi. kalau you all semua nak continue dengan perkhidmatan ni dan nak pilih lagu-lagu lain teruskan je.
Yang rasa tak puas hati tu.. masa kita first time request tak ada pulak dia cakap akan ada automatik deduction akaun kita. huh!!!!!!
Walla....

Sunday, April 10, 2011

Dugaan Allah...

Sesungguhnya dugaan Allah itu utk hambanya yg terpilih.... dan sesuatu dugaan itu diberikan setakat mana hambanya mampu menghadapinya. Itulah kayanya Dia.

Alhamdulillah bila dpt berita melalui fb Iqbal anak perempuannya, adik ira dah sedar dan selamat dlm pengambilan sumsum utk diberikan pd abg kesayangannya. Abg pun nampak dah boleh senyum.... syukur...

Saya masa dgr berita tu... meleh air mata... berdiri bulu roma... tak tau mcm mana nak menggambarkan kepedihan yg dilalui oleh dua beradik tu...dan iqbal serta isteri. Masa saya cerita pd suami dan anak2 ...disamping mengatakan besarnya pengorbanan adik buat abg...menangis dibuatnya....

Bila mengenangkan adik ira sama umur dgn yasmeen dan abg sama umur dgn hazeem. Mereka begitu berani...tuhan maha kuasa... menjalankan pemindahan sumsum tulang pada masa kecil...

Sama-sama kita doakan kesihatan anak-anak iqbal...Ya Allah... Kau berilah kesihatan yg sempurna dan panjangkan lah umur anak2 ini... berilah mereka kasih sayang dan kebahagiaan... Amin.
Published with Blogger-droid v1.6.8

Friday, April 8, 2011

Happy Birthday My Fren


Published with Blogger-droid v1.6.8


Selamat ulang tahun Mayang Kelapa (8 Apr)... semoga panjang umur dan murah rezeki.. sihat sejahtera selalu.....ceria ceria selalu.

Inilah yang dapat bidadari surprisekan u.. walaupun tak surprise but at least feel good can do something for my good fren here.

Friday, April 1, 2011

Mummy @home vs @office

Sudah 10 hari mummy ke ofis.. kepiluan tinggalkan Anje, kakak dan abang masih terasa. Anje dah makin independent pandai ambil hati tok ani. Kecohnya dia... mulut yg manis membuatkan tok ani tak rasa kosong.

Tapi yg tak tahan mummy bila Anje telefon nangis minta mummy balik..... sedihnya.... "mummy, balik ler... aye rindu mummy..." sambil nangis teresak-esak.

Sebagai pekerja.. mummy kena laksanakan tugasan ofis yg terbaik. Setiap isnin pagi mesti rasa sayu nak tinggalkan Anje lepas 2 hari berdakap.

8 bulan mummy dgn Anje tak berenggang... ini lah dugaan bila masuk ofis. Bila hari jumaat ni... tak sabar nak tunggu ptg nak balik duduk dgn Anje, kak tasha, abg ajeem dan abg jimo.
Published with Blogger-droid v1.6.8