Sunday, June 28, 2009

Balik Kampung Lagi

Tasha, Jimo, Ajeem dan Yasmeen makin suka balik kampung dan suka pada tok dan wan.
Semalam baru sampai dari kampung, Ajeem terus cakap "kenapa Tok Ani balik, Ajeem suka Tok Ani ada. Ajeem suka balik kampung!" mesti suka Tok dan Wan dengar.

Ajeem dan Jimo rindu nasi goreng Tok Ani baru sampai Shah Alam.. dan sebut pasal nasi goreng Tok Ani. Mesti licin kalau Tok Ani goreng nasi dengan daun kari. yummy..yummy.

Kali ni balik kampung hari-hari pergi pantai.. Pantai Merdeka.. jernih juga airnya.. tapi air pasang tak terasa sebab ombak tak kuat.. jadi kena duk perhatikan bebudak yang mandi di tepian. Tapi banyak kulit kerang dan pasir berbatu... sakit juga kaki. Boleh la untuk lepaskan gian mandi pantai setakat 1 hingga 2 jam.

Pergi pun tanpa perancangan.. sambil ronda-ronda tup-tup Daddy kata "Sapa nak gi pantai?" apa lagi "nak! nak!". Ajak nak ke pantai je.. tiba-tiba bila sampai sana.. dengan tak ada baju mandi, tuala.. gedebush!!... sekali dengan Yasmeen.. sempat la mandi 1 1/2 jam. Kalau tengok Yasmeen waduh! "jelaga" la dia...

Kenangan semasa di Pantai Merdeka... Baby Yasmeen(1), Ajeem (5), Jimo (7), Tasha (9), Akma (9) dan Tok Ani (67).

Pantai Merdeka Siri 1.

Ada padang mainan untuk warm-up.


Gembiranye...


Tiru gaya abang-abang.

Pantai Merdeka Siri 2.


Sexy!


Berani sungguh anak dara kecik ni!


Tok ani .. duduk di atas sesorang setia menanti dan jadi pemerhati keselematan.


Best main di pantai..



Jom la kita p lagi...

Sunday, June 14, 2009

Balik Kampung Jumpa Tok & Wan




Dah lama tak balik kampung. Dah lama tak jumpa Wan sambil-sambil berubah angin. Budak pun bosan juga asyik duduk dalam rumah ja. Nak main di padang, cuaca tak bagus, jerubu. Yasmeen pun tak la sihat sangat.


Kali ni balik kampung "lama juga".. lepas geram.. nasib baik ada cuti ganti Agong's Birthday jadi "lama juga" Daddy boleh cuti. Kali ni juga paling best balik sebab empat-empat beradik dapat banyak pengalaman baru. Nak tau?

















Balik kampung dapat main bebas di padang... jumpa kawan-kawan baru.. so seronok la main "Ice-Water" dan "Pepsi-Cola".. satu permainan baru untuk budak-budak di situ... suka pula mereka semua.. Happy betul... pandaikan budak-budak .. senang betul mereka buat kawan. Tengok Ajeem.. ketawa penuh perasaaan.







Pengalaman kali ni memang something new. Dapat pergi ke ladang ternakan kambing sambil-sambil Daddy nak belikan susu kambing segar... Memang segar betul.. Ajeem, Jimo dan Tasha mana pernah tengok kambing dengan dekat, lagi-lagi kasi makan kambing.. Baik betul budak yang jaga kambing tu, kasi anak-anak naik dah "feel" macam mana rupa dan rasa hidup dalam kandang...hahaha




Mereka juga dapat merasa berjumpa dan bertanya khabar Pak dan Abang Moo...



Dan lihat sendiri pokok padi. Bila tengok cara ambik gambar tu nampak sangat macam pelancong.. wakakaka... mesti geng-geng budak kampung tu kata budak "perak" mana tu agaknya...


Suasana kampung memang best, walaupun tok dan wan tinggal di pinggir kampung, tapi rakan-rakan tok dan wan dah macam keluarga jadi bila ke rumah mereka dah macam rumah keluarga sendiri jadi boleh la merasa kampung juga.





Itu bukan saja pengalaman geng ni. Yang paling mereka tak sabar nak balik ke kampung semula ialah.... Ke Batu Feringgi.... main air laut.. Tak pernah seumur hidup Ajeem dan Jimo rasa basahan air laut.. sampai mereka tertanya-tanya siapa letakkan garam.. hehehe...



Nasihat untuk ibubapa, pastikan jaga anak-anak semasa mereka bermain air. "Karen" atau tarikan air laut tu memang kuat. Masa Ajeem terjatuh ke dalam air (agak sedalam bawah lutut), saya tarik ajeem sebelah tangan boleh rasa tarikkan air sedang "menarik" Ajeem sebelum ombak tolak Ajeem ke pantai semula..


Ramai juga anak-anak yang sedang mandi.. pedepuih!pedepuih! ...mungkin mereka dah biasa.. apa pun kena lebih berhati-hati dan berjaga-jaga.


Lastly sebelum balik sempat juga kami singgah di Gurney Drive.. tempat yang glamour sekali di Penang. Tapi kalau bab bahagian makan-makan ni.. ianya lebih kepada "indah dengar daripada rupa".. kalau nak bawa jalan-jalan tepi Gurney Drive sahaja ok le...



Sebagai penutup.. untuk kepada peminat "NASI KANDAR".. boleh cuba di Bertam, Kepala Batas. Sebelah Public Bank, Bertam. Memang Kaw!.. Memang Best....Memang tak jumpa yang asli dan rasa sedap macam tu kat KL ni.. Malas la nak sebut restaurant mamak yang macam cendawan tumbuh di KL dan Selangor ni.. So kalau nak rasa.. pi sendiri.. rasa sendiri.. Paling best makan di situ.. bungkus-bungkus tak main le... sebab by the time nak makan semua dah sejuk gedi.


Ok.. itu la serba sedikit setelah lama tak sempat nak bersuara...rindu juga pada kawan-kawan ofis..

Friday, June 5, 2009

Pengalaman Bermakna

Inilah pengalaman yang amat berharga bagi seorang wanita berkerjaya sepenuh masa apabila "dianugerahkan" cuti lama untuk mengalami suatu pengalaman menjadi ibu dan isteri sepenuh masa. Bukan main-main lagi ni. memang betul-betul fulltime.

"Kerjaya" sebagai ibu dan isteri sepenuh masa memang tidak dapat dinilai dan digambarkan sekiranya hanya menjadi ibu dan isteri sepenuh masa weekend. Dengan tiada pembantu.. kerja clock-in dari terbitnya matahari hinggalah terbit semula matahari esoknya. Mengapa begitu agaknya ye? you guys wonders? Siang hari... sediakan makan pagi.. basuh baju, sidai baju, siram pokok, kasi mandi sorang-sorang, pakaikan baju...(kecuali kakak, very independent).., suap sarapan, kemas rumah dan tirukan Yasmeen. Then start semula masak untuk makan tengahari, basuh baju, sidai baju, angkat baju yang dah kering. Itu pun sambil-sambil... macam biasa Yasmeen macam anak kangaroo kalau dah bangun. Kasi mandi tengahari sorang-sorang, suap makan tengahari.. dah petang. Sempat lipat baju sikit.... dah nak sediakan makan petang dan malam. Selalunya pizza la yang paling cepat dan ringkas. .. then dah petang.. suap makan petang then tidurkan Yasmeen. Elok je petang keluar ambil Daddy sambil-sambil ambik angin. Memandangkan cuaca tak elok dan berjerubu so naik kereta dan duduk je dalam kereta. Sampai rumah je, semua makan malam. Kemudian mandikan ....itu pun belum cukup untuk masa dikatakan "masa rehat"... Malam menyusu lagi... sediakan susu utk abang-abang dan kakak. Malam macam biasa je.. waktu tidur mesti kena ada time untuk bangun buat susu dan menyusu juga sampai la ke siang...

Memang penuh masanya ... first week yang paing challenging.. bila Yasmeen sakit sampai seminggu tak makan dan tak minum susu botol. Badan Yasmeen sampai kurus sangat... cengkung je, mata pun lebam, orang sakit.

Alhamdulillah ada Kakak Tasha. Banyak juga membantu, boleh la tolong sapu sampah, mop serba sikit. Susun dan kemas. Thanks also to Daddy. Banyak bantu terutamanya jaga baby kesayangan yang manja dengan Daddy tu sambil layan Jimo dan Ajeem.

Kalau nak tulis dalam SKT rasanya tebal la juga tugas-tugas hakiki dan sampingan. Mungkin pada yang ibu yang kerjaya tak pernah duduk rumah jaga sepenuh masa tak dapat rasakan. Tup tup anak dah besar. Bila dapat suap nasi dan jaga sendiri anak... dengan air tangan sendiri dapat rasa kepuasan walaupun penat. Tapi bagi ibu yang memang sepenuh masa dan tak pernah bekerja mungkin dah jadi routine, jadi mungkin kurang rasanya. Sekali sekala macam ni memberi satu keinsafan dengan nikmat Tuhan.

Apa pun kerja ofis memang tak sempat nak tengok. Sekarang tulis pun sebab Yasmeen tidur. Member tu tidur pulak bukannya tidur terus mesti mau checking-checking... hehehehe yang ada anak tu paham je le... Ni dah berapa kali save dan sambung.. keh keh keh...