Friday, June 5, 2009

Pengalaman Bermakna

Inilah pengalaman yang amat berharga bagi seorang wanita berkerjaya sepenuh masa apabila "dianugerahkan" cuti lama untuk mengalami suatu pengalaman menjadi ibu dan isteri sepenuh masa. Bukan main-main lagi ni. memang betul-betul fulltime.

"Kerjaya" sebagai ibu dan isteri sepenuh masa memang tidak dapat dinilai dan digambarkan sekiranya hanya menjadi ibu dan isteri sepenuh masa weekend. Dengan tiada pembantu.. kerja clock-in dari terbitnya matahari hinggalah terbit semula matahari esoknya. Mengapa begitu agaknya ye? you guys wonders? Siang hari... sediakan makan pagi.. basuh baju, sidai baju, siram pokok, kasi mandi sorang-sorang, pakaikan baju...(kecuali kakak, very independent).., suap sarapan, kemas rumah dan tirukan Yasmeen. Then start semula masak untuk makan tengahari, basuh baju, sidai baju, angkat baju yang dah kering. Itu pun sambil-sambil... macam biasa Yasmeen macam anak kangaroo kalau dah bangun. Kasi mandi tengahari sorang-sorang, suap makan tengahari.. dah petang. Sempat lipat baju sikit.... dah nak sediakan makan petang dan malam. Selalunya pizza la yang paling cepat dan ringkas. .. then dah petang.. suap makan petang then tidurkan Yasmeen. Elok je petang keluar ambil Daddy sambil-sambil ambik angin. Memandangkan cuaca tak elok dan berjerubu so naik kereta dan duduk je dalam kereta. Sampai rumah je, semua makan malam. Kemudian mandikan ....itu pun belum cukup untuk masa dikatakan "masa rehat"... Malam menyusu lagi... sediakan susu utk abang-abang dan kakak. Malam macam biasa je.. waktu tidur mesti kena ada time untuk bangun buat susu dan menyusu juga sampai la ke siang...

Memang penuh masanya ... first week yang paing challenging.. bila Yasmeen sakit sampai seminggu tak makan dan tak minum susu botol. Badan Yasmeen sampai kurus sangat... cengkung je, mata pun lebam, orang sakit.

Alhamdulillah ada Kakak Tasha. Banyak juga membantu, boleh la tolong sapu sampah, mop serba sikit. Susun dan kemas. Thanks also to Daddy. Banyak bantu terutamanya jaga baby kesayangan yang manja dengan Daddy tu sambil layan Jimo dan Ajeem.

Kalau nak tulis dalam SKT rasanya tebal la juga tugas-tugas hakiki dan sampingan. Mungkin pada yang ibu yang kerjaya tak pernah duduk rumah jaga sepenuh masa tak dapat rasakan. Tup tup anak dah besar. Bila dapat suap nasi dan jaga sendiri anak... dengan air tangan sendiri dapat rasa kepuasan walaupun penat. Tapi bagi ibu yang memang sepenuh masa dan tak pernah bekerja mungkin dah jadi routine, jadi mungkin kurang rasanya. Sekali sekala macam ni memberi satu keinsafan dengan nikmat Tuhan.

Apa pun kerja ofis memang tak sempat nak tengok. Sekarang tulis pun sebab Yasmeen tidur. Member tu tidur pulak bukannya tidur terus mesti mau checking-checking... hehehehe yang ada anak tu paham je le... Ni dah berapa kali save dan sambung.. keh keh keh...

No comments:

Post a Comment