Sunday, June 14, 2009

Balik Kampung Jumpa Tok & Wan




Dah lama tak balik kampung. Dah lama tak jumpa Wan sambil-sambil berubah angin. Budak pun bosan juga asyik duduk dalam rumah ja. Nak main di padang, cuaca tak bagus, jerubu. Yasmeen pun tak la sihat sangat.


Kali ni balik kampung "lama juga".. lepas geram.. nasib baik ada cuti ganti Agong's Birthday jadi "lama juga" Daddy boleh cuti. Kali ni juga paling best balik sebab empat-empat beradik dapat banyak pengalaman baru. Nak tau?

















Balik kampung dapat main bebas di padang... jumpa kawan-kawan baru.. so seronok la main "Ice-Water" dan "Pepsi-Cola".. satu permainan baru untuk budak-budak di situ... suka pula mereka semua.. Happy betul... pandaikan budak-budak .. senang betul mereka buat kawan. Tengok Ajeem.. ketawa penuh perasaaan.







Pengalaman kali ni memang something new. Dapat pergi ke ladang ternakan kambing sambil-sambil Daddy nak belikan susu kambing segar... Memang segar betul.. Ajeem, Jimo dan Tasha mana pernah tengok kambing dengan dekat, lagi-lagi kasi makan kambing.. Baik betul budak yang jaga kambing tu, kasi anak-anak naik dah "feel" macam mana rupa dan rasa hidup dalam kandang...hahaha




Mereka juga dapat merasa berjumpa dan bertanya khabar Pak dan Abang Moo...



Dan lihat sendiri pokok padi. Bila tengok cara ambik gambar tu nampak sangat macam pelancong.. wakakaka... mesti geng-geng budak kampung tu kata budak "perak" mana tu agaknya...


Suasana kampung memang best, walaupun tok dan wan tinggal di pinggir kampung, tapi rakan-rakan tok dan wan dah macam keluarga jadi bila ke rumah mereka dah macam rumah keluarga sendiri jadi boleh la merasa kampung juga.





Itu bukan saja pengalaman geng ni. Yang paling mereka tak sabar nak balik ke kampung semula ialah.... Ke Batu Feringgi.... main air laut.. Tak pernah seumur hidup Ajeem dan Jimo rasa basahan air laut.. sampai mereka tertanya-tanya siapa letakkan garam.. hehehe...



Nasihat untuk ibubapa, pastikan jaga anak-anak semasa mereka bermain air. "Karen" atau tarikan air laut tu memang kuat. Masa Ajeem terjatuh ke dalam air (agak sedalam bawah lutut), saya tarik ajeem sebelah tangan boleh rasa tarikkan air sedang "menarik" Ajeem sebelum ombak tolak Ajeem ke pantai semula..


Ramai juga anak-anak yang sedang mandi.. pedepuih!pedepuih! ...mungkin mereka dah biasa.. apa pun kena lebih berhati-hati dan berjaga-jaga.


Lastly sebelum balik sempat juga kami singgah di Gurney Drive.. tempat yang glamour sekali di Penang. Tapi kalau bab bahagian makan-makan ni.. ianya lebih kepada "indah dengar daripada rupa".. kalau nak bawa jalan-jalan tepi Gurney Drive sahaja ok le...



Sebagai penutup.. untuk kepada peminat "NASI KANDAR".. boleh cuba di Bertam, Kepala Batas. Sebelah Public Bank, Bertam. Memang Kaw!.. Memang Best....Memang tak jumpa yang asli dan rasa sedap macam tu kat KL ni.. Malas la nak sebut restaurant mamak yang macam cendawan tumbuh di KL dan Selangor ni.. So kalau nak rasa.. pi sendiri.. rasa sendiri.. Paling best makan di situ.. bungkus-bungkus tak main le... sebab by the time nak makan semua dah sejuk gedi.


Ok.. itu la serba sedikit setelah lama tak sempat nak bersuara...rindu juga pada kawan-kawan ofis..

4 comments:

  1. wahhh seronoknyer dieorg balik kpg ..cantik la gambar kat bendang tu has ..the one with all d kids buat pose tu hehe..d lil yasmeen pun dah steady on her feet

    ReplyDelete
  2. tq.. come along to myhometown before u left to America.

    ReplyDelete
  3. seronoknya dorang.....
    errr mummynya... jgn lupa balik opis...keje yer..heheh

    ReplyDelete
  4. alamak... rasanya tak kesunyian.. ada juga yang bakal menanti di opis.

    ReplyDelete