Monday, September 28, 2009

Raya Dulu Raya Sekarang

Alhamdulillah Bidadari dan keluarga dapat behari raya dengan Tok Ani dan Wan serta kaum kerabat Bidadari semua. Dah bertahun-tahun la juga adik-beradik Bidadari tak berkumpul raya sekali seperti kali ini. Suka benar Tok Ani dan Wan sampai setiap jam je perjalanan pulang kami mesti akan dapat panggilan telefon untuk bertanya kami dah sampai di mana. Budak-budak pun makin gelisah di dalam kereta tak sabar nak sampai ke rumah Tok dan Wan.

Balik Sabtu pagi-pagi jamm juga.. mungkin semua org pun pikir sama macam kita. Tapi tak la teruk sangat... biasa sampai dalam 4 jam setengah.. kali dalam 6 jam.. anyway jemu la juga.


Jamm di Jelapang, Perak

Tapi bila diingatkan kembali raya Bidadari dulu semasa sebaya anak Bidadari dan raya anak-anak Bidadari sekarang banyak sungguh perbezaannya. Sambutan dulu lebih meriah, lebih terpancar suasana wajah raya dimuka masing-masing. Hari-hari mesti akan mencuba baju raya yang bakal dipakai di pagi raya. Pagi raya pula akan siap-siap lepas sembahyang raya akan buka pagar rumah pintu rumah seluas-luasnya. Anak-anak kecil yang datang pun tak sabar-sabar nak beraya dengan cikgu mereka. Sebagai anak Bidadari amat berbangga, cikgu amat dipandang sebagai orang yang penuh bakti. Ayah akan order air "gas" F&N (masa tu paling glamour) jamu anak-anak muridnya air "gas" botol kaca sorang satu.. anak-anak murid yang datang naik bas siap diberinya duit raya dan duit tambang bas berasingan. hehehe ceria muka mereka ... "terima kasih, cikgu." Sama lah juga dengan anak-anak murid mak.


Suasana itu dah berlainan dengan sekarang. Anak-anak Bidadari melalui generasi raya yang memang berlainan. Sambutan hari raya banyak dihabiskan di rumah, lepak dan main dengan cousins. Tak pandai nak merayap beraya sendiri ke rumah jiran-jiran tok, apatah lagi di Shah Alam sendiri. Kalau tak ada yang ajak atau bawa kan lepak aje di rumah. Bidadari pula "segan" nak berkunjung rumah orang melainkan rumah saudara terdekat sahaja.

Generasi muda, Cucu Tok Ani & Wan

Anak-anak yang datang berkunjung pun tak nak masuk makan kuih, ketupat dan rendang. Mereka siap cakap " kami tak nak makan, kami nak duit raya." Jadi hidangan untuk anak-anak dah tak ada. Tok Ani dan Wan akan sediakan pot duit raya dekat dengan pintu lepas tu kalau ada anak-anak datang berkunjung, Tasha dan Weena (cousin-nya) akan bagi la duit raya setiap orang.

Bab malam raya, dulu pulun tengok orang main mercun, tapi tidak kali ini, anak-anak Bidadari hanya dibenarkan main bunga api. Itu pun bunga api yang dibeli secara "rahsia".

Bila pun kita beraya dan di mana pun kita beraya, yang penting kebahagian yang dikecapi oleh setiap ahli keluarga. Dalam kita berhari raya banyak yang perlu kita merancang dan beringat-ingat. Jangan terlalu suka hingga berita duka yang menyelubungi semua. Rancang perjalanan untuk beraya bukan hanya sekadar untuk malam raya tetapi bila kita hendak membuat perjalanan untuk berkunjung raya ke rumah sanak saudara dan rakan taulan.

Musim raya ni sebuk dengan open house.. jadi kepada yang buat rumah terbuka.. jangan lupa SMS..

Monday, September 14, 2009

Selamat Hari Raya dari Kami


Kad Selamat Hari Raya untuk tahun 2009 buat Tok Papa, Wan, Tok Ani dan Tok Ma.
Kad ini sebagai pengganti diri bagi pihak Daddy, Mummy dan cucu-cucu yang sentiasa menyayangi dan mengingati Tok Papa, Tok Ma, Wan dan Tok Ani.

Love

Friday, September 11, 2009

Future Petronas CEO



Daddy cakap gaya dah ada... kena pulak dengan baju shirt putih macam corporate t-shirt Petronas.

Kelas Wesley


Bangga Mummy dan Daddy tengok Ajeem bersama member kelas Kelas Wesley, best friend Iqbal (4 dari kiri), Teacher Zaza dan Principal Mariani.

Senget itu memberikan 1000 cerita di sebaliknya. paham, paham, paham.

Cerita Anak-Anak

Geng Upin&Ipin

Dah 2 hari Jimo , Ajeem dan Tasha duk mengadap Geng Upin& Ipin the movie. Kalau yang berminat sudah ada dipasaran, macam yang dinyatakan dalam portal www.worldofgeng.com DVD ni akan keluar September 2009. So memang betul, jumpa je terus Bidadari belikan sebab teringat kat Ajeem "mummy, Ajeem nak tengok cerita upin ipin.Agh!!! Agh!!!" (dengan mulut luas.


Hari ni baru nampak Baby Yasmeen tengok dan ikut sama style jerit kat dalam movie tu. Suka benar dia. mula-mula tu mungkin tak paham. Dah puas abang pasang siang malam.. dia pun join sekali lama lama abang ajeem dan abang jimo duk cerita.. paham la tu.. so now baby pun naik sekali. Time takut (ular raksaksa) abang dan kakak ambik selimut tudung muka.. dia pun join sekali.. hahahaha.. kelakar la si cilik sorang ni.


Ambil Air Sembahyang

Betul cakap orang tua, kalau kita buat anak akan ikut. Daddy selalu layan anak-anak bila waktu sembahyang. Abang Jimo akan ajar Ajeem untuk ambil sir sembahyang dengan betul.. lepas tu Baby akan sebuk nak ambil juga. Ini susah kebiasaan. Kadang-kadang kakak atau abang Jimo atau abang Ajeem akan ajar Baby ambil air sembahyang... Kalau abang Ajeem ajar tu entah le rasanya ok la tu.

Tiba-tiba semalam daddy panggil mummy.. tengok Baby, dia masuk sorang-sorang toilet.. daddy ikut.. sekali tengok dia ambil air sembahyang... wah.. teruja mummy dan daddy.. pandainya Baby ambil air sembahyang.. Baru 1 tahun 6 bulan.. basuh tangan.. basuh kaki.. basuh muka..
basuh telinga dan basuh kepala.. susunan tu tak la betul... tapi semua 3 kali.. hehehehe.. Alhamdulillah..

Geng Puasa

Ini lah muka-muka selepas berbuka...
ceria..



tq. Subang Parade untuk penajaan tempat bergambar warisan melayu.

Monday, September 7, 2009

TSAZAIC G8 [1]-Lawatan ke Siraman Kasih

Alhamdulillah, akhirnya TSAZAIC G8 berjaya melaksanakan aktiviti di Siraman Kasih. Rumah Siraman Kasih telah menggamit 14 buah kereta dan sebuah van yang dimuatkan dengan keperluan harian, keperluan sekolah dan sedikit cokelat untuk munchy anak-anak selepas berbuka.

Kehadiran kami disambut dengan senyuman dan kesyukuran oleh semua. Kami ke rumah anak-anak lelaki dan kemudian menjemput anak-anak perempuan daripada Rumah Siraman Kasih satu lagi yang tidak jauh dari situ. Sebaik sahaja kami melangkah masuk ke rumah tersebut, anak-anak berusia 8 hingga 11 tahun telah bersedia untuk mempersembahkan lagu nasyid dan tarian silat sebagai persembahan selamat datang. Berlenangan air mata kami semua yang pergi bila memerhatikan keadaan mereka yang masih muda terpaksa berpisah dengan ibubapa dan keluarga. Malah ada yang anak yatim dan yatim piatu. Anak-anak ini juga berbakat menyanyi dan pandai bermain alat muzik. Sedap je suara mereka. Suara gelak ketawa tetamu memenuhi ruang apabila anak-anak membuat lawak selamber. Tak dapat dibayangkan keadaan mereka yang serba kekurangan dan begitu tabah menghadapi dugaan. Mereka amat istimewa.





En. Hasan Hanafi wakil TSAZAIC telah memula bicara memaklumkan tujuan kehadiran dan memperkenalkan semua ahli-ahli TSAZAIC G8 serta pegawai -pegawai IIM. Ustaz yang menjadi penjaga anak-anak ini mewakili isteri dan 3 penjaga yang lain mengucapkan terima kasih dan memberikan sedikit tazkirah berkenaan keberkatan dan bagaimana asuhan anak-anak ini diberi dalam menyediakan ilmu dunia dan ilmu akhirat.

Anak-anak Rumah Siraman Kasih lelaki dan perempuan datang dari pelbagai latar belakang. Tidak semuanya anak-anak yatim mahupun yatim piatu. Mereka dijemput ke Rumah ini bagi memastikan keperluan pelajaran dan kehidupan mereka lebih terjaga. Ada yang datang dari keluarga yang cukup besar, 10 hingga 11 adik beradik, ibubapa yang sakit, anak yang tidak diendahkan, miskin tegar.... berada di sini makan-m inum pelajaran lebih terjaga. Ibubapa dan keluarga mereka ada yang mendapat bantuan Kebajikan Masyarakat dan Zakat tetapi itu hanya untuk menampung sedikit sahaja keperluan keluarga. Bagaimana pula pelajaran mereka dan didikan yang lebih sempurna.

Anak-anak ini rezekinya murah, untuk masuk sekolah mereka telah mempunyai sponsor yang cukup jadi tidak ada masalah untuk tidak menerima ilmu. Ustaz dan Ustazah yang menjaga mereka memberikan didikan seperti anak-anak mereka sendiri. Setiap anak itu diberikan peluang untuk membuat apa yang mereka suka, kepada yang suka memasak mereka boleh memasak membantu Ustazah. Suka berkebun tanah sekangkang kera disediakan untuk mereka bercucuk tanam dan yang suka menyapu dan menanam pokok bunga pun ada.



Mereka memang pandai berbicara...celoteh sungguh membuatkan kita tidak kekok dengan mereka. Tak kira perempuan mahupun lelaki dipenuhi dengan tertiba dan malu yang sudah makin tipis dikalangan anak-anak di bandar. Tasha, Jimo dan Ajim juga tidak terasa asing berada di sana.


Tasha, Jimo dan Ajim siap pesan, "Mummy, esok nak bangun awal nak sahur. Nak ikut pergi rumah anak-anak yatim." Pagi-pagi dikejut terus bangun mandi sahur dan sedia nak pergi. Sebuk pula Bidadari dengan Nur Yasmeen yang mula buat perangai nak menyusu dan temankan dia tengok tv. Tau-tau je dia akan ditinggalkan. Kami sampai di Tol Rawang banyak sudah kereta menanti, hanya tunggu lagi 2 buah kereta sebelum bergerak ke Country Homes.

Aktiviti bermula dengan kumpulan lelaki TSAZAIC G8, IIM dan suami yang hadir mengecat bahagian atas rumah dengan cat berwarna "Gadis Cantik". Gadis Cantik berwarga peach terang [!!!!!!] seakan orange. Pandai Hasan pilih. Mula dari pukul 11 pagi, 1:30 tengahari baru siap mengecat semua bahagian atas hingga ke tangga. Cantik... ceria dan lembut.

Pasa masa yang sama warga wanita menjalankan aktiviti ice breaking dan pertandingan melukis dengan anak-anak. Memandangkan anak-anak yang akan ambil UPSR tak ada jadi pasukan dipecahkan kepada 8 kumpulan. Setiap kumpulan 4 anak-anak dan seorang Fasi. Kumpulan Bidadari paling ramai, 7 anak perempuan termasuk Tasha, Jimo dan Ajeem. Mungkin Jimo dan Ajeem hanya tolong tengok tapi membuatkan mereka lebih mesra dengan Bidadari.

Tasha yang agak kekok mungkin sebab kawan-kawan disekolah dan yang biasa dia jumpa lebih mesra dan huha-huha.. tapi kali ini amat tertib sehingga Tasha tidak tahu macam mana nak adjust herself. Kemesraan anak-anak yang turut ingin bermanja dengan Bidadari membuatkan Tasha dapat menyesuaikan diri. Walaupun anak-anak ini kekok kalau ada budak lelaki tetapi mereka memandang Jimo dan Ajeem macam adik sendiri jadi pasukan Bidadari agak meriah.
Kumpulan kami diberi nama : Kumpulan Mawar terdiri daripada:
(nama, umur, warna kegemaran)
1- Adik Anisah - 8 [dark blue]
2- Adik Nazihah - 11 [light blue]
3- Adik Barirah - 10 [pink]
4- Adik Layyinah - 10 [pink]
5- Adik Ema - 10 [light blue]
6- Adik Syuhada - 9 [green]


Adik Nazirah sebagai ketua kumpulan. Adik Anisah dan Adik Ema paling petah berkata-kata dan manja sangat.

Mungkin ini baru perjumpaan pertama maka tidak lah sangat mengenali latar belakang mereka mungkin ianya agak sensitif untuk mereka kepada orang baru seperti Bidadari. InsyaAllah lawatan seterusnya akan membuatkan kami lebih rapat kerana TSAZAIC dan IIM mencadangkan untuk menjadikan Rumah ini sebagai rumah angkat kami.

Kami sempat Zohor sama-sama..ini yang paling indah. Tasha mengambil air sembahyang dan Zohor bersama-sama kumpulan anak-anak perempuan. Mereka sudah nampak kemesraannya. Ajeem siap cakap lain kali nak datang lagi.. dia suka sembahyang ramai-ramai.

Paling Bidadari ingat dan tidak lupa bila Bidadari duduk dan mereka semua datang sekeliling untuk bermesra dan sambil mengenal Nur Yasmeen.



Bila tengok gambar Nur Yasmeen melalui HP Bidadari yang tidak seberapa itu, mereka semua ceria. Masa yang berlalu cukup singkat tup tup dah 2:30 petang. Hadiah keperluan sekolah dan duit raya telah diedarkan kepada setiap anak-anak. Bergambar beramai-ramai pun dah ambil. Tampak sayu di muka semua kami dan anak-anak bila dapat tahu kami perlu beredar.



Sedih meninggalkan Rumah Siraman Kasih. InsyaAllah kami akan datang lagi mungkin kita akan lebih mesra dan tidak lagi jadi terasing. Selepas peninggalan kami, 2 mesin basuh baju seberat 7Kg setiap satu untuk 2 rumah itu pun tiba. Tak sempatlah kami lihat mesin tersebut di pasang. Patutnya kedai tersebut perlu hantar jam 1tengahari sekali tak datang-datang. Tak apa la.. yang penting dapat bantu anak-anak tu membasuh. Kalau sebelum ini mereka ada jadual siapa basuh baju.. ishk tak boleh nak fikir kalau Tasha dan Jimo basuh baju sendiri, rasanya by the time habis basuh baju sorang sepasang, habis sabuh 1/4 bag.

Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk anak-anak ini. Bidadari akan terus membawa anak-anak Bidadari supaya mereka juga akan mendapat kebaikan daripadanya.

Wednesday, September 2, 2009

Ramadhan Bersama

Ramadhan kali ni sangat meriah.. meriah dengan sambutan bersama anak-anak yang makin membesar. Tak disangka tup tup dah pandai nak berpuasa.

Puasa Dolu-Dolu

Dulu kalau berpuasa 2 orang je, berbuka pun berdua.. tidak lah sedih cuma meriah nya kurang. Anak-anak ada kala sahaja nak berbuka sama-sama, kalau dah makan malam awal dalam 7:00 malam tak ada la nak berbuka sama-sama. Lauk pulak cukup saja 1 'mata' lauk, sayur dan kuih sorang satu. Kalau bersahur pun sama ja.

Puasa Sekarang

Sekarang best! penuh meja makan. Tambah pulak ada tetamu yang setia memeriahkan lagi suasana meja makan dan lauk pauk yang ada. Kalau diikutkan penuh meja makan. Itu tak termasuk keropok sorang satu bungkus untuk ganti kempunan mengidam sepanjang hari.
Kalau dikira tu tak boleh la kalau nak numpang meja makan, memang kena tunggu turn la "next round" hehehe. Baby Yasmeen pun join makan sekali ... dia paling best makan bukan setakat mulut je yang makan, habis rambut, baju, lutut, kerusi baby sampai la ke lantai.


Bacaan doa berbuka beramai-ramai macam Upin & Ipin, itu yang kasi rumah riuh bila waktu berbuka. Ada hikmah berbuka sekeluarga. Jadi kepada yang suka berbuka asing-asing di tempat kerja ke.. dengan kawan-kawan ke.. ingat-ingat la meja makan kat rumah yang tak ada sapa nak penuhkan.

Upin&Ipin

Bila tersebutnya kisah Upin&Ipin ni... teringat la satu awek ayu di rumah yang memang dah jadi peminat setia.. siap buat gaya jerit macam Cikgu Jasmin bila Mistaman si labah-labah bergayut turun daripada tudung kepalanya... gaya sakit perut Upin & Ipin bila malas nak dengar Opah bertazkirah pasal Malam Lailatul Qadar.


Ini yang paling diminati. Banyak kasi kebaikan, anak bidadari dah pandai niat puasa, niat berbuka, kenapa perlu puasa.

Inilah koleksi anak-anak Bidadari.

Itu la cerita kami siang malam pagi dan petang. Maaf ye Astro, tak laku dah Ahh... Abang-abang dan kakak pun dah mula bercakap gunakan skrip, Upin & Fizi = Jimo, Ipin & Ehsan= Ajeem, Opah & Kak Ros = Tasha. Mungkin sebab Baby Yasmeen tak boleh cakap dia cuma boleh dengar je..sebab tu kalau duduk dalam kereta mesti nak duduk dengan abang-abang dan kakak yang sebok berlakun.

Kuat betul pengaruh Upin&Ipin ni.. sampaikan baju raya tahun ni pun nak macam Upin& Ipin. "Jimo nak baju raya warna biru macam Upin", "Ajeem nak baju kuning macam Ipin". Watak-watak di rumah Bidadari.



Bidadari amat menyokong siri Upin&Ipin ini kerana banyak yang dapat dipelajari oleh anak-anak kita. Penyampaiannya senang difahami..

"seronok, seronok, seronok." (gaya Ipin)..