Friday, February 22, 2013

Phone Directory Anje

Nampaknya Anje frust dua-tiga hari ni sebab tak ingat semua number yang tertulis di peti sejuk... especially nak kenal yang mana satu nombor telefon mummy.
Anje petah tapi belum tahap pandai membaca. ..

Jadi mummy nak surprise Anje dengan direktori telefon bergambar...

Tarraa......



~agak-agak ok lah kan... ada ke rupa mummy... biasa mummy bukan artis boleh lukis cantik.. apa pun gambar mummy mesti kena paling lawa.. kihkihkih (ops..).
Sekali tengok nak tergelak ada juga.. macam ni rupanya lukisan tangan sendiri...




Jadi Anje boleh kenal dari segi imej dan warna.  Mummy "Purple" warna kegemaran Anje, kakak Tasha "Pink" warna kegemaran kakak Tasha.

Mummy menggunakan approach "photographic memory" keupayaan mengingati/menghafal dengan tepat menggunakan gambar/imej dll. Apa lagi ini sebab teringat pada Mike Ross, SUITS.... yang bijak tu..

Lepas ni.. tunggu la.. jenuh la korang semua nanti terima call dari Anje. Yang pasti Anje tak telefon mummy lagi ke handphone yang mana satu nombor telefon ofis mummy bila Anje tengok senarai direktori telefon kat peti sejuk tu.


Boleh ke dia telefon handphone mummy dulu (guna phone memory button) untuk tanya nombor telefon ofis mummy sebab nak call  mummy nak cakap dengan mummy... Apasalahnya cakap terus.. budak kecik-budak kecik. layan jer lah. Nanti dah besar tak ada lagi gelagat macam tu. Perkara yang boleh diceritakan..


p/s:  The Power of Visual Communication juga bagus untuk bacaan.

~love Bidadari

Saturday, February 16, 2013

Anje Sayang

Anje selalu kata .."Anje sayang kawan Anje"

 Main bubbles memang favorite Anje. Sampai terlompat-lompat mereka. 


 Jum Madina main magic wand  :) 
Exercise bersama Aisyah dan Alia.



~Bidadari

Friday, February 15, 2013

Resepi Pumpkin Soup

Bidadari dan Kak Bit memang puas mencari Pumpkin Soup yang sedap... Mana saja kami pergi ... kami akan cuba pumpkin soup  dari menu.. tapi nampaknya tidak memenuhi citarasa.. chewah!!!

Niat di hati memang nak mencuba sendiri.. sekali jumpa resepi yang mendapat 5 Bintang! Wow! Mesti cuba ... Alhamdulillah seperti dalam komen-komen oleh pelawat laman web BestRecepies.com memang sedap.. creamy dan senang disediakan.


Bidadari dah cuba 2 kali.. untuk dijamu kepada Kak Bit dan kawan-kawan. Anak-anak memang suka habis. Walaupun mereka tidak suka makan labu tapi pumpkin soup tak ditolak. Pertama kali buat, tetamu datang ke rumah, mereka pun sangat suka.. Senyum lebar lah chefnya.

Jum cuba. Resepi di Pumpkin Soup Recipe. Thank you BestRecipes.com

Image from wiffens.com

Saya memang menggunakan Labu Jap.. rasanya lemak dan berkrim. Lagi oren warna isi labu tu, warna pumpkin soup akan lebih pekat orennya.


Saya guna Organic Chicken Stock 1.5 cup + water 1.5 cup
 Bawang Besar + Labu + kentang berdadu dimasak hingga lembut sangat. Senang untuk blend.

Blend sikit-sikit. Jika guna blender biasa, berhenti sekejap dan kacau, jika pekat sangat, masukkan sedikit air biar smooth.

Masa pertama kali buat saya guna thickened cream. Kali kedua, saya guna cooking whipping cream (200gm) . Rasa dan hasil sama.
Pastikan selepas blend semua, masak dahulu sekejap, biar mendidih sekejap. Pelahankan api, masukkan thickened cream dan kacau pelahan-lahan (1 minit) . Tutup api dan teruskan kacau sampai sebati dan smooth. Lepas masukkan cream baru rasa pumpkin soup yang kita nak tu. 

Ingat, makan masa panas-panas baru sedap. Makan dengan garlic bread lagi sedap. 


p/s: lepas ni boleh buat sendiri, okey!
~bidadari

Thursday, February 14, 2013

Anak Itu Dari Syurga

Assalamualaikum...
Sedap dengar siaran ulangan Episod 8 Selami Jiwa Fadzilah Kamsah bersama Anne dan Prof Muhaya.

Nasihat Prof Muhaya " Bertaubat! Bila kita marah anak. Anak itu dari syurga."
Anak itu anugerah daripadaNya untuk ibubapa. Kita yang mendidiknya. Benar macam Prof Muhaya berkata, anak baik sebab ibubapa yang baik ... betul tu sebab didikan yang baik. 

Mungkin dalam membesarkan 4 orang anak banyak kesilapan dan kelemahan diri Bidadari.Tapi dari membesarnya anak pertama, banyak yang dipelajari daripada kesalahan sendiri dan nasihat daripada kawan serta keluarga. Sesungguhnya bersyukur sebab Allah membuka hati ini untuk menerima nasihat dan merasa kesilapan dalam memastikan anak-anak yang dibesarkan penuh kasih sayang dan tidak lupa disiplin yang berbatas.

Kepada ibubapa tak kira bangsa/agama jagalah anak kita. Didiklah mereka dengan kasih dan sayang. Mereka yang akan menyayangi kita nanti.. yang akan bersama kita nanti. Jangan biar mereka rasa cemburu melihat anak-anak kecil lain mahupun kawan-kawan disayangi dan dicium.. tetapi mereka tidak merasa itu semua sedangkan mereka ada ibu dan ayah bersama.



Bidadari rasa sedih bila melihat kejadian di depan mata, seorang ibu memarahi anak beliau sebab bermain dan berlari-lari serta terjatuh. Sebab bapa sebuk dengan baca iklan di smartboard klinik. Si ibu pula sibuk dengan smartphone. Anak kecil berusia dalam 1 1/2 tahun bermain seorang diri di kaki ibu. Lari-lari terjatuh. Sekali, budak tu terjatuh. Menangis lah. Menangis manja pun. Si ibu terkejut terus memandang-mandang mata yang melihat anaknya menangis. Terus dia marah anak itu.
Geram tak kita tengok.. apahal yang kamu nak marah si kecil tu apa dosa dia...

Baru-baru ni kejadian di bilik darjah Ajeem. Ajeem balik bercerita. Kawan sekelas Ajeem semput (asma) tak boleh nafas. Katanya susah nak nafas. Cikgu tolong dia dan cakap nak telefon ayah dia. Dia nangis cakap tak perlu, dia ok. Budak tu cakap dekat Ajeem, kalau ayah dia datang nanti ayah dia akan marah. Ajeem masih tak faham dia duk tanya kenapa mummy? Kenapa ayah dia nak marah sedangkan dia sakit. Sesungguhnya kasihan pada budak tu masih kecil tapi rasa takut yang amat sangat dengan bapanya.

Kenapa kita kena bertindak sedemikian kepada anak kita? Pernahkah kita letakkan diri kita di tempat mereka sejenak untuk rasa apa yang mereka harapakan belaian dan kasih sayang tu?

Tanyalah diri sendiri. Anak itu anugerahNya. Anak itu Dari Syurga.
Masih belum terlewat untuk kita berubah. Ingat, bila ank kita bangga dan sayang kita, itulah perasaan dan hadiah paling besar tak dapat dibeli dengan wang ringgit. Believe!

~Bidadari



Tuesday, February 12, 2013

Cuti Bersama Anak-Anak

Cuti kali ni semua sepakat nak buat aktiviti bersama, tak nak balik kampung. Tak nak ke mana-mana.. untuk Mummy dan Daddy dah puas dengan kesesakan highway tiap-tiap hari...
Apa lagi.. aktiviti --> Makan +  bola sepak + buaian + swimming + bowling + makan + shopping + makan + makan..

Bila hari kerja itu yang dirindui.. habiskan masa dengan anak-anak.. so kali ni all out di area sendiri. 

Oh kami jumpa HARDWARE CAFE di Space U8 di Tingkat 3 sebelah Bowling Area.... makanan sedap... just nice portion.. puas hati.. harga pun ok. Jum tengok bebudak di cafe tu.



Macam biasa Si Sempoi Jimo dan Ajeem macam belangkas. Ajeem kalau tak ada Abang Jimo dia akan boring.. Sangat rapat.


 Standard kalau tak share memang tak boleh.. Berebut tu yg sedap. Kakak Tasha kata "Mushroom soup ..hmmm so smooth.."


 Banana + Ice Cream Vanila untuk Abang Ajeem dan Oreo + Ice Cream untuk Abng Jimo.
Sedap air abang. Anje.. macam biasa nak cuba dulu..


 Dah lama tak merasa nasi paprik yang pedas.. sedap lah.. Abang Ajeem siap bagi rating 5*. Biasa lah bila org yang menumpang.


Nasi stim ayam honnie ni pun sedap. Sempoi. Daddy suka.. cuma semua segan nak menumpang nasi daddy.


 Last sekali datang menu pesanan abang Ajeem.. oh No! puas tu... Wow.. sedap.. biasa.. berebut ramai-ramai.. itulah anak-anakku.

~~Walla~~~

 Akhir sekali.. dinner di Makbul Nasi Kandar, TTDI Jaya. Nasi Kuah Campur + Ayam Kicap + sayur kobes + sotong itu standard menu.



Anje tak akan melepaskan peluang.

Boleh bagi tahu kat mana nasi kandaq yang sedap di Shah Alam.. dulu kami suka gi ke Pelita, Massalam. Tapi rasanya sini lagi best .. tambahan tak boleh lawan Ayam Kicap. Kaw!

Selamat bercuti untuk semua..  semasa kita berpeluang.. mereka masih bersama kita.. rasanya biar ianya menjadi kenangan sehingga masa kita tiada.
Kerja-kerja juga.. jangan anak diabaikan.. jangan kita hanya kaburkan mereka dengan wang ringgit.. "masa" kita bersama mereka itu lebih berharga dan tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Bolehkah anda membeli "senyum ketawa" untuk memeriahkan isi rumah? 
Lets Start Never Late!

~Bidadari

Sunday, February 10, 2013

GONG XI FA CAI

Selamat tahun baru kepada semua kawan-kawan berbangsa Cina dan semua yang menyambutnya bersama.

Bidadari masih ingat... masa zaman kecik-kecik di kampung... komuniti di sana.. ada pelbagai bangsa.. bila masa sambutan Tahun Baru Cina ada sahaja yang akan dibawa balik oleh mak dan ayah.. oren mandarin, kuih bakul, kuih kepit, kuih-kuih.. dan macam-macam.. itulah ingatan cikgu-cikgu, tokey kedai dan kawan-kawan mak dan ayah. Suasana sambutan pun sangat meriah walaupun tak ada gantung-gantung lampu dijalanan. Keharmonian terserlah dan semangat kejiranan pun makin erat.

Bila nak sambut Gong Xi Fa Cai, mesti ada baju baru untuk kami juga, sebab masa ni kami akan melawat rumah kawan-kawan mak dan ayah di Alor Setar dan Butterworth. Ingatan tu masih terpanpang dalam ingatan. Semoga satu Malaysia kita terus hormat menghormati hidup aman damai.

Untuk kawan baikku ... exSMI, AI Peng dan Peng San... Happy New Year.  InsyaAllah kalau ada chance kita berjumpa...

Saya tujukan iklan Petronas Happy Chinese New Year buat semua..
Look back on a great life
Look forward to an even a greater one.

GONG XI FA CAI


Love you guys

~Bidadari

Friday, February 8, 2013

How To Add Favorite Contacts To Home Screen


Bila kita tertinggal HP... hamba Allah yang jumpa hanya boleh bantu untuk telefon orang yang terdekat dengan kita. Tapi kalau mereka kenal suami dan anak-anak.. boleh juga untuk cari nama dalam senarai "contacts". Macam mana kalau tak ada clue?  mungkin letak MyLuv atau nickname yang manja-manja untuk anak-anak.. susahkan ..

Betul tu nasihat Pn. N... kita kena letakkan dalam ICE "In Case of Emergency" atau contact yang bermula dengan "AA" supaya sentiasa berada dalam senarai teratas di dalam Contacts kita. Cadangan yang bagus "Husband-ICE" atau "AAHome".

Pn.J pun bagi satu idea yang bagus.. letakkan nombor telefon "favorite" atau ICE di HP Home Screen. Itu yang dibuatnya dan mudah untuk :
1- kita sendiri nak buat panggilan kepada favorite contacts
2- jika ada kecemasan, hamba Allah yang nak membantu.. contohnya telefon kita tertinggal atau kita sendiri dalam keadaan kecemasan, beliau boleh buat panggilan kepada orang terdekat kita dengan mudah.

Terima kasih pada Pn.N dan Pn.J atas nasihat dan cadangan yang diberikan. Pengalaman banyak mengajar kita .. dan mereka tidak pernah lokek untuk berkongsi dengan rakan-rakan.


How to Add Favorite Contacts To Home Screen.

 Lets us utilize the functions in our smartphone.  For our own benefits.

0-  Make a space in your Home Screen.
1-  Click and hold (as you want to add widgets). Once the Menu "Add to Home" appear as shown in screen (1), then choose "Shortcut".
2-  Select "Direct Dial" as in screen (2). Then choose your favorite contact from the Contacts list.
3-  It will appear as in screen (3).

Easy right?!  With one touch you it will call direct to the person. 
Remember! you have to repeat to add next contacts.

p/s: tq Pn.J.

~Bidadari

Adab Bersembang - Jom! Mulakan Sekarang

Semasa  bersembang tu sebenarnya kita ada terasa sama ada diri ini lebih tahu, kemudian nak cakap lebih-lebih... dan kadang-kadang ter-over ke.. sebelum bercakap mesti nak kena fikir sejenak ... macma orang tua-tua kata "terlepas sampan boleh berpatah balik, terlepas kata .." merana la jawabnya. "kerana mulut badan binasa".


Bila terima dari rakan edaran oleh Badan Islam M**C  bertajuk "Adab Bersembang" rasa kecil sungguh diri ni.. Jom kita sama-sama mulakan sekarang. Sesuatu yang baik tu tak akan terlambat sebelum hari saat terakhir kita. Amin.


 Terima kasih kepada hamba Allah yang mengongsikan maklumat ini. Semoga beliau sentiasa dimuliakan. 

Assalamualaikum wbth.


Sesungguhnya Islam agama yang indah. Setiap perkara mempunyai adab dan aturannya yang tersendiri. Semuanya diajarkan Nabi SAW sehinggalah sekecil-kecil perkara seperti masuk dan keluar tandas.

Pernah terjadi beberapa orang Musyrikin mengejek Salman al-Farisyi r.a., kata mereka,

"Nabi kamu mengajarkan semua benda sehingga perkara berkaitan istinjak. Kata Salman, "Memang benar! Nabi kami menegah daripada membuang air besar atau kecil dalam keadaan menghadap kiblat, beristinjak menggunakan tangan kanan, beristinjak kurang daripada tiga biji batu." (Hadis Riwayat Muslim)

Antara adab yang selalu dipandang ringan oleh umat Islam adalah adab bersembang. Apakah perbualan atau cara kita bersembang setiap hari menepati tuntutan Islam?

1. Suara yang rendah dan lembut.

Menurut Syeikh Abdul Fatah Abu Ghuddah, meninggikan suara terhadap seseorang itu menunjukkan kurangnya hormat kita kepada mereka. Seeloknya kita bercakap dengan kadar yang sederhana, sebagaimana yang kita inginkan apabila mendengar daripada seseorang.

Adab ini perlu diamalkan sama ada ketika bersama sahabat mahupun musuh, orang yang dikenali mahupun tidak, orang kecil mahupun dewasa. Lebih- lebih lagi ketika bersama kedua-dua orang tua dan orang yang setaraf dengan mereka.

Menurut Abdullah bin Zubair r.a., selepas turunnya ayat ke-2 surah al-Hujurat iaitu "Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu meninggikan suara kamu melebihi suara Nabi".  Sayidina Umar r.a. terus berubah sikapnya. Sekiranya bercakap dengan Nabi, dia akan bercakap seperti orang berbisik-bisik sehingga terpaksa disuruh ulang beberapa kali kerana tidak dapat difahami .


Imam Zahabi menyebut, "Jikalau orang tidak mengenali siapa Muhammad bin Sirin (ulama Tabi'in), mereka akan menyangka dia seorang yang sakit kerana terlalu rendah suaranya apabila bercakap dengan ibunya." Lihatlah, betapa beradabnya golongan salaf dalam berkata-kata.

2. Tidak menunjuk pandai.

Antara adab bersembang juga, kita tidak memalukan sahabat kita dengan menzahirkan kepada mereka apa yang kita ketahui sedangkan mereka tidak memahaminya. Sabda nabi SAW,

"Berbicaralah kepada manusia menurut kadar kemampuan akal mereka."
(Hadis Riwayat Muslim)



Contohnya jikalau kita seorang pakar ekonomi dan berhadapan dengan seorang petani kampung, elakkan bercakap tentang kerja kita yang jauh di luar bidang mereka serta sukar difahami dengan mudah. Sebaik-baiknya, tunjukkanlah perhatian kepada mereka dan lebihkan mendengar daripada berkata-kata.


Seorang Tabi'in yang terkenal iaitu Imam Ata' bin Abi Rabah berkata, "Seorang pemuda menceritakan kepadaku sebuah kisah. Aku mendengarnya dengan teliti seolah-olah aku tidak pernah mendengarnya sebelum ini. Sebenarnya aku telah mendengar kisahnya itu sebelum dia dilahirkan lagi."


Khalid bin Safwan berkata, "Jikalau seseorang bercerita dan aku telah mendengarnya sebelum ini, atau perkara itu telah kuketahui, aku tidak akan menyampuknya. Aku bimbang dia akan menyedari yang aku telah mengetahuinya."


Begitulah cara ulama-ulama menjaga pergaulan mereka. Mereka tidak meringan-ringankan kata-kata seseorang walaupun perkara tersebut sudah diketahui.


3. Biarkan mereka menghabiskan ucapan.


Sekiranya kita musykil tentang sesuatu yang diperkatakan, hendaklah bersabar sehingga seseorang menghabiskan ucapannya. Kemudian, soallah dengan adab dan berhemah. Jangan memotong di tengah-tengah percakapan. Ia akan menghilangkan adab serta menimbulkan rasa tidak senang orang yang sedang bercakap. Melainkan ketika dalam kelas pengajian, kita boleh bertanya dan berbincang sekiranya guru mengizinkan.


Menurut Ibrahim bin al-Junaid, "Belajarlah cara mendengar yang baik sepertimana kamu belajar cara bercakap yang baik. Antara ciri pendengar yang baik juga adalah membiarkan seseorang menghabiskan kata-katanya, bercakap menghadap tubuhnya dan bertentangan wajahnya serta tidak menyampuk sekiranya dia membicarakan sesuatu yang sudah kamu ketahui."


Nabi SAW apabila diseru seseorang, Baginda tidak sekadar memalingkan muka bahkan menghadapkan seluruh tubuhnya kepada orang tersebut. Inilah bukti keindahan pekerti Rasulullah SAW.


Sama-samalah kita mengamalkan adab yang indah ini. Walaupun nampak ringan dan kecil, pasti ada kelebihan pada setiap amalan yang dianjurkan ulama-ulama Islam. Kata pepatah Arab, "Jangan kamu memandang ringan benda yang kecil, sesungguhnya gunung itu terhasil daripada debu-debu yang halus."


Rujukan: Kitab Min Adabil Islam, Syeikh Abdul Fatah Abu Ghuddah

Amin.
~Bidadari

Sunday, February 3, 2013

Resepi Nasi Goreng Kampung Daging + Ayam

Tiap kali tanya... Abang Jimo nak makan apa? Nasi Goreng Kampung. Biasa lah buat tak pandai ... yang pandai order. So restauran kat rumah tu dah jadi tempat untuk order nasi kegemaran Abang Jimo. Sebenarnya semua anak-anak dalam rumah ni suka sangat makan nasi goreng kampung.. kalau kena sengatnya.

Tiba-tiba bangun pagi ni... terasa sangat nak buat. so apa lagi... kalau tak jadi... Bidadari tahu.. naka-anak makan juga cuma tak lah nak menambah.. tapi kali ni.. Yahoooo... menjadi.. rasa pun.. (itu lidah saya ye). Bila anak kata "sedap mummy.. sedap..." puas rasa di hati. Untuk anak-anak tentulah rasa cili padinya cuma kata mereka pedas sedikit sahaja... Kalau tak rasa cilinya tak sedap jadi nasi goreng cina lah pulak kan...

Abang Jimo dan Abang Ajeem belasah sorang 2 pinggan.

Rasa nak cuba. inilah resepinya. Biasanya nasi goreng kampung dimasukkan ayam, sotong dan udang. Tapi kali ni Bidadari cuba dengan ayam campur daging... :)


NASI GORENG KAMPUNG AYAM + DAGING


Bahan untuk ditumbuk lumat:
 2 ulas  Bawang Putih
2 ulas Bawang Merah (1 ulas sebesar ibu jari)
1 biji  Cili Merah (dibuang biji)
3 biji  Cili Padi (dibuang sedikit biji)
1 genggam Ikan Bilis

Bahan-bahan:
3 senduk besar Nasi Putih
1 genggam Kangkung
2 biji  telur (dimasukkan dalam mangkuk & dipukul sedikit)
1 genggam Isi Ayam dihiris keping-keping
1 genggam  Daging dihiris keping-keping
2 sudu minyak masak
1/2 cawan air
1 sudu kecil Garam

p/s: sengenggam tu  maksudnya lebih kurang segenggam kitalah.. kalau suka lebih .. masukkan lebih sedikit. kalau kurang suka.. kurangkan sedikit. Ikut citarasa anak-anak.

Cara-caranya:
 1.  Panaskan kuali dan masukkan 2 sudu minyak masak.
2. Agak panas sedikit masukkan bahan ditumbuk lumat tadi. dan kacau biar masak dan pecah minyak. Rajin-rajin kacau supaya tak hangit.
3. Masukkan daging dan kacau lagi. Kacau selama 2 - 3 minit. 
4. Masukkan air. Air tu untuk pastikan daging masak. Kacau lagi. 
5- Bila agak kering (tinggal sedikit air) masukkan ayam. Kacau lagi. Biar daging dan ayam masak.
6. Masukkan Kangkung dan kacau hingga sedikit layu (jangan layu sangat).
7. Masukkan telur dan dibiarkan lama sedikit, jangan dikacau lagi. Bila telur sudah sedikit keras baru dikacau. 
8. Masukkan nasi putih dan garam (secukup rasa). Kacau lagi.
9. Kacau selama 3 minit. Bila dah mesra ..rasa sedap. tutup api dan sedia untuk dimakan.



Cuba lah.
~Bidadari

Menyesal Dahulu Pendapatan

Itulah pesan orang tua-tua dahulu... "Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya".
Kata-kata ni memberi banyak pedoman untuk diri Bidadari. Membuatkan diri ini lebih peka dan fikir dahulu dan tidak tergesa-gesa dalam membuat keputusan mahupun memberi instruction kepada anak-anak.

Diri ni tak mau lagi jadi berdebar-debar, rasa bersalah, kesal, resah ... sambil terngiang-ngiang dalam kepala ni "I Should" "If" " What If something happen"  oh tidak.. rasa macam nak luruh hati bila rasa tak dapat lagi mengawal keadaan atas sesuatu perkara yang telah berlaku.

Dari pengalaman yang berlaku pada 30 Januari 2013 memberi banyak panduan dan memberi pedoman pada diri ni sebagai ibu untuk memperbaiki diri dalam mendidik anak-anak dan dalam mengambil sebarang tindakan atau menyatakan sesuatu.

Sama juga bila sesuatu itu berlaku ianya merupakan Lesson Learned. jangan kita pandang remeh malah perlu beringat-ingat. Jika sesuatu itu tidak berlaku... kadang-kadang kita ambil mudah atau tidak terfikir langsung "what if"...malah that things for granted. Sesungguhnya sesuatu yang berlaku itu jika ianya masih tidak memudaratkan, masih boleh buat ada rasa lega dan ada ukiran senyum itu ...itulah kasih Allah kepada kita atas doa kita kepadaNya.

Please parents... jika anak-anak ada perjumpaan dengan rakan-rakan... tak kiralah anak kita lelaki atau perempuan (terutamanya bawah umur) ambil lah sedikit masa kita untuk hantar anak kita hingga ke tempat perjumpaan itu dan bertemu dengan rakan-rakan serta ibubapa mereka jika ada. Jika sesuatu event  tersebut belum bermula adalah sebaiknya kita tunggu atau berada di sekitar tempat tersebut hingga ianya bermula. Jika kita was-was ambil lah tindakan yang sewajarnya bagi memastikan anak kita selamat..

Selepas tindakan sebegitu Bidadari lakukan untuk pastikan keselamatan anak dara sulong selamat dan diri ini tidak akan ada lagi berkataan "I should"..diri ini rasa puas hati sangat. Perjumpaan yang sepatutnya bermula jam 2:00 petang di satu restauran ... sebagai ibubapa kami menghantar hingga ke tempat tersebut. Opss... Tengok-tengok tiada yang sampai lagi. huh... pertama nasib baik kami jemput dulu kawan baiknya... dan nasib baik tak hantar kat luar kompleks sahaja. Kami tunggu dulu sampai acara bermula. Perancangan awal nak hantar dah settle nak pergi buat grocery lepas tu datang ambil semula selepas 2 jam. Bila tengok acara tidak begitu mengikut rancangan mereka, maka kami berada di kawasan sekitar. Walaupun hati  rasa ishh patutnya boleh buat grocery dan perut ni dah kembung makan laksa, rasa meehoon sup suami ... pekena salad Subway... tapi demi anak yang disayangi dan tidak puas hati dengan event  tersebut maka kami tunggu sampai habis. Seperti yang dijanjikan, 4:30 petang, Time's Up!
Biasalah ... anak-anak bila jumpa kawan-kawan.. nak minta extension of time. malah nak sambung dengan satu lagi acara tengok wayang. Oh No!!  Rasa agak tegas... tapi anak-anak mesti kena tahu disiplin dan pegang pada janji.

Semuanya selamat sampai di rumah. Petang kena layang si anak kecil bawa ke padang... itulah masanya untuk bersama si kecil.. kalau boleh tak nak langsung terlepas dalam melihat dia membesar. Grocery ? kena ditangguh dan dibuat malam hari lepas maghrib.

Malam ni... dapat tidur dengan lena..
Jangan lupa, zikir mudah sebelum tidur (ikut amalan sendiri)
1- Isgtifar
2- Selawat atas Nabi s.a.w
3- Al-Fatihah
4- Ayat Qursi
5- Al Ikhlas x 3
6- 3-Qul
7- pesan Rasullullah - Subhanallah x33 + Alhamdulillah x33 + Allahu Akhbar x33
8- Bismillah x21

~Bidadari