Sunday, February 10, 2013

GONG XI FA CAI

Selamat tahun baru kepada semua kawan-kawan berbangsa Cina dan semua yang menyambutnya bersama.

Bidadari masih ingat... masa zaman kecik-kecik di kampung... komuniti di sana.. ada pelbagai bangsa.. bila masa sambutan Tahun Baru Cina ada sahaja yang akan dibawa balik oleh mak dan ayah.. oren mandarin, kuih bakul, kuih kepit, kuih-kuih.. dan macam-macam.. itulah ingatan cikgu-cikgu, tokey kedai dan kawan-kawan mak dan ayah. Suasana sambutan pun sangat meriah walaupun tak ada gantung-gantung lampu dijalanan. Keharmonian terserlah dan semangat kejiranan pun makin erat.

Bila nak sambut Gong Xi Fa Cai, mesti ada baju baru untuk kami juga, sebab masa ni kami akan melawat rumah kawan-kawan mak dan ayah di Alor Setar dan Butterworth. Ingatan tu masih terpanpang dalam ingatan. Semoga satu Malaysia kita terus hormat menghormati hidup aman damai.

Untuk kawan baikku ... exSMI, AI Peng dan Peng San... Happy New Year.  InsyaAllah kalau ada chance kita berjumpa...

Saya tujukan iklan Petronas Happy Chinese New Year buat semua..
Look back on a great life
Look forward to an even a greater one.

GONG XI FA CAI


Love you guys

~Bidadari

No comments:

Post a Comment