Niat di hati memang nak mencuba sendiri.. sekali jumpa resepi yang mendapat 5 Bintang! Wow! Mesti cuba ... Alhamdulillah seperti dalam komen-komen oleh pelawat laman web BestRecepies.com memang sedap.. creamy dan senang disediakan.
Jum cuba. Resepi di Pumpkin Soup Recipe. Thank you BestRecipes.com
Image from wiffens.com
Saya memang menggunakan Labu Jap.. rasanya lemak dan berkrim. Lagi oren warna isi labu tu, warna pumpkin soup akan lebih pekat orennya.
Saya guna Organic Chicken Stock 1.5 cup + water 1.5 cup
Bawang Besar + Labu + kentang berdadu dimasak hingga lembut sangat. Senang untuk blend.
Blend sikit-sikit. Jika guna blender biasa, berhenti sekejap dan kacau, jika pekat sangat, masukkan sedikit air biar smooth.
Masa pertama kali buat saya guna thickened cream. Kali kedua, saya guna cooking whipping cream (200gm) . Rasa dan hasil sama.
Pastikan selepas blend semua, masak dahulu sekejap, biar mendidih sekejap. Pelahankan api, masukkan thickened cream dan kacau pelahan-lahan (1 minit) . Tutup api dan teruskan kacau sampai sebati dan smooth. Lepas masukkan cream baru rasa pumpkin soup yang kita nak tu.
Ingat, makan masa panas-panas baru sedap. Makan dengan garlic bread lagi sedap.
p/s: lepas ni boleh buat sendiri, okey!
~bidadari
No comments:
Post a Comment