Tiba-tiba bangun pagi ni... terasa sangat nak buat. so apa lagi... kalau tak jadi... Bidadari tahu.. naka-anak makan juga cuma tak lah nak menambah.. tapi kali ni.. Yahoooo... menjadi.. rasa pun.. (itu lidah saya ye). Bila anak kata "sedap mummy.. sedap..." puas rasa di hati. Untuk anak-anak tentulah rasa cili padinya cuma kata mereka pedas sedikit sahaja... Kalau tak rasa cilinya tak sedap jadi nasi goreng cina lah pulak kan...
Abang Jimo dan Abang Ajeem belasah sorang 2 pinggan.
Rasa nak cuba. inilah resepinya. Biasanya nasi goreng kampung dimasukkan ayam, sotong dan udang. Tapi kali ni Bidadari cuba dengan ayam campur daging... :)
NASI GORENG KAMPUNG AYAM + DAGING
Bahan untuk ditumbuk lumat:
2 ulas Bawang Putih
2 ulas Bawang Merah (1 ulas sebesar ibu jari)
1 biji Cili Merah (dibuang biji)
3 biji Cili Padi (dibuang sedikit biji)
1 genggam Ikan Bilis
Bahan-bahan:
3 senduk besar Nasi Putih
1 genggam Kangkung
2 biji telur (dimasukkan dalam mangkuk & dipukul sedikit)
1 genggam Isi Ayam dihiris keping-keping
1 genggam Daging dihiris keping-keping
2 sudu minyak masak
1/2 cawan air
1 sudu kecil Garam
p/s: sengenggam tu maksudnya lebih kurang segenggam kitalah.. kalau suka lebih .. masukkan lebih sedikit. kalau kurang suka.. kurangkan sedikit. Ikut citarasa anak-anak.
Cara-caranya:
1. Panaskan kuali dan masukkan 2 sudu minyak masak.
2. Agak panas sedikit masukkan bahan ditumbuk lumat tadi. dan kacau biar masak dan pecah minyak. Rajin-rajin kacau supaya tak hangit.
3. Masukkan daging dan kacau lagi. Kacau selama 2 - 3 minit.
4. Masukkan air. Air tu untuk pastikan daging masak. Kacau lagi.
5- Bila agak kering (tinggal sedikit air) masukkan ayam. Kacau lagi. Biar daging dan ayam masak.
6. Masukkan Kangkung dan kacau hingga sedikit layu (jangan layu sangat).
7. Masukkan telur dan dibiarkan lama sedikit, jangan dikacau lagi. Bila telur sudah sedikit keras baru dikacau.
8. Masukkan nasi putih dan garam (secukup rasa). Kacau lagi.
9. Kacau selama 3 minit. Bila dah mesra ..rasa sedap. tutup api dan sedia untuk dimakan.
Cuba lah.
~Bidadari
special nampak nasi goreng kampung nih...
ReplyDeleteSpecial memang special sebab jarang nasi goreng kampung guna daging... cubalah senang sangat. insyaAllah jadi.
Delete