Wednesday, May 31, 2017

daisyontherun - accessories

Dah nak raya ni, mana nak cari accessories ?
Jom kita tengok di istagram daisyontherun
Harga pun berpatutan. 



follow ig: daisyontherun




~bidadari

Satu Resepi Untuk Semua

Di bulan puasa ni sebagai seorang isteri dan ibu cuba sedaya upaya nak memenuhi selera suami dan anak-anak. Semasa waktu berbuka, semangat dan keletihan semua hilang bila lihat mereka makan dengan penuh selera. 

Balik kerja dah kelam kabut nak masak. Sampai je terus solat dan terus ke dapur. Apa sahaja bahan yang ada kita cuba buat yang terbaik, betul tak? 

Jadi sini, saya nak kongsi satu resepi untuk semua. Kami di rumah, anak-anak suka makan ketam, kebetulan ada ketam. Saya lebih suka ayam sebab ketam nanti naik gatal-gatal, resedung. Ikan pula pilihan si dia. Jadi "menu bakar" terbaik. Lagi pun sebelum ni dah masak masak cabai/cili dan gulai. Kali ni kita menu diet. hehehehe 
Ingat ikan/ayam/ketam bakar ni mesti kena dengan air asam utara. yummy.. terliur terus. 

 Satu Resepi Untuk Semua

Paste Ikan Bakar

 Bahan-bahan A:
Ketam
Ayam
Ikan

Bahan-bahan B (Kisar):
2 senduk cili kisar
6 ulas bawang merah (kecil)
2 batang serai
1 inci halia
1 sudu kunyit serbuk
1/2 sudu gula
1/2 sudu garam (secukup rasa)
Sedikit air (4 sudu) - untuk kisar

Bahan C: 
1 sudu kecil minyak masak - gaul dengan bahan kisar
1 sudu kecil minyak masak/planta - untuk bakar
1 sudu minyak sapi (gee)/planta - optional utk baunya
Daun Pisang - optional

Cara- caranya:

1- Kisar semua bahan-bahan B bersekali
Tips: potong kecil-kecil /hiris dahulu mudah kisar
Tak ada pengisar, tumbuk lagi cun

2- Gaulkan bahan kisar dengan minyak dan gee 
Tips: supaya bahan masa bakar tidak kering

3- Sapukan pada ketam , ayam dan ikan untuk marinade.
Tips: asingkan bekas ketam, ayam dan ikan
Marinade minimum 10min.

4- Panaskan pan , alaskan daun pisang, tuangkan sedikit minyak/planta, dan aturkan ketam.
Tips: saya guna tudung periuk , tutup sekejap untuk pastikan ketam masak. dlm 5minit kemudian bakar terbalikkan seperti biasa. 

5- Terbalik-terbalikkan sekali sekala. 

6- Repeat (4) untuk ayam dan ikan. 


Ketam Bakar


Ikan Bakar dan Ayam Bakar 


Air Asam Utara



Bahan-bahan:

Bahan-bahan A (Kisar):

2 biji cili merah
4 biji cili padi (ikut pedas)
1/2 biji bawang besar
1/2 biji buah tomato
1/2 inci belacan
1 sudu kecil kerisik (ini yang bagi umph!!)
1 sudu gula
1/2 sudu garam (secukup rasa)
sedikit air asam jawa - untuk kisar

Bahan - Bahan B:

1 biji cili merah - dibelah 2 dan hiris
 2 biji cili padi - dihiris
1/2 biji bawang besar - dihiris
 1 1/2 biji buah tomato - dihiris
1/2 cawan air asam jawa (ikut kepekatan)
1/2 sudu air limau nipis 

Tips cara membuat air asam jawa: 
Cara 1 : 1 sudu kecil paste asam jawa adabi  + air 
Cara 2: 2 ibu jari asam jawa ketul + air

Cara-caranya:
1- Gaulkan Bahan A dan B, lenyek-lenyek/tekan-tekan sedikit agar mesra. 


Selamat mencuba. Kepada yang di oversea boleh kongsi pendapat ye lepas mencuba. Ada tambah-tolak untuk lebih sedap?


~Bidadari

Tuesday, May 30, 2017

Amalan Surah Al-Kautsar Di Bulan Ramadhan

Di bulan Ramadhan yang mulia ini, ingin saya kongsikan amalan yang diamalkan bersama anak-anak. 

Semasa sahur, setelah habis menjamah makanan dan minuman, sebelum minum air yang terakhir (kami minum air kosong) bacalah surah Al-Kautsar. 

InsyaAllah dapat kurang rasa dahaga di siang hari waktu berpuasa. Anak-anak di rumah memang amalkan , insyaAllah izin Illahi tidak rasa haus atau dahaga. 


Surah Al-Kautsar


Ertinya:
 (1)
Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).
(2)
Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
(3)
Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).


selamat berpuasa

~Bidadari

Wednesday, May 24, 2017

All About Internet

Tahukah kita sekarang bila dilihat ramai benar penggangguran. Zaman telah berubah. bila dibualkan "All About Internet". Sekarang permintaan untuk pekerjaan atau business kebanyakkannya berkaitan ICT /Programming/Internet.

Kebanyakkan business makin berjaya sebab wujudnya Internet dan ICT . Semuanya menjadi "borderless". Artis pun menjadi famous dan kaya sebab Internet di hujung jari.

Diruang mencari pekerjaan, pelajar ICT/progammer/system analyst/analyst programmer/software engineer mempunyai peluang yang luas.


Sekolah pun telah membuka peluang kepada setiap pelajar belajar ICT di sekolah. Kerana Kerajaan telah tahu masa hadapan IT/Internet merupakan peluang untuk pekerjaan masa depan.

Anak-anak sekarang makin bijak, insyaAllah mereka akan cepat mempelajarinya.

Sebagai ibu/bapa/penjaga marilah kita memberi peluang untuk mereka mempelajarinya.

jom kongsi , apa kata anda.

~Bidadari

Selamat Berpuasa Semua

Alhamdulillah. Syukur pada Illahi telah diberikan kesihatan, nafas dan akal untuk kita menyambut Ramdhan yang bakal tiba bermula 27 May 2017.

Dengan kesempatan ni saya memohon maaf kepada semua. 

Dalam kita beribadah, kita juga jaga kesihatan agar sentiasa cergas dan sihat.


#kementeriankesihatanmalaysia #jomminumair