Wednesday, July 31, 2013

Nizoral Ubat Gatal Kepala

Alhamdulillah.... terima kasih kepada Pn.N atas nasihat dan introduced Nizoral. Saya pun nak recommend untuk semua ... memang puas hati.
Dah dekat 1 minggu lebih duk garu kepala... kalau kat luar tu cover line la sikit.. duk garu juga atas tudung... dalam meeting pun duk cuba garu sana sini. mungkin orang perasan.. mesti mereka kata Bidadari tu ada kutu kut.. Uisshh.. kalau kat rumah dah boleh kira dua-dua tangan tu atas kepala duk menggaru. Bila suruh anak dan suami check, tak ada apa-apa katanya, "clear". tapi kenapa gatal.
Dah ke Farmasi.. pharmacist kata may be sebab pakai tudung... hmm dah lama dah pakai tudung.. awat la jadi begini gatal sungguh.
Bila disarankan untuk guna produk ni.. terus gi beli, kalau nak beli kena gi kedai yang ada pharmacist sebab dia under control. Guna baru sekali.. terus perasan tangan tak ada rasa nak garu kepala lagi.. Alhamdulillah. Imagine, Bidadari ni trainer.. sekali student tengok duk menggaru kepala .. macam ada kutu tak ke haru tu.
Produk: Nizoral
Harga: RM40/botol
Size:
Cara mengguna: shampoo kepala macam kita duk shampoo kepala.. tapi tak perlu banyak. biarkan selama 3 - 5 minit kemudian basuh kepala.
Nasihat: guna 2 kali seminggu (selang 3 hari) dan gunanya selama 4 minggu cukup.
Itu untuk diri sendiri berjaya.  Si Caramel (anak kucing 2 bulan) di rumah. Baby lagi, orang buang dekat dengan rumah, so tak ada ibu, naik gatal-gatal Fungus.. Aduh.. habis la .. bawa pergi Vet tinggal di klinik (boarding) 2 hari untuk doktor tengokkan masalah dia. Doktor kata, baby kucing mereka tidak tahu bersihkan diri, selalunya ibu kucing yang jilat dan bersihkan mereka, jadi sebab tu fungus senang lekat dan membiak. Masalah fungus ni akan berjangkit dengan kita.
Bawa balik lepas tu kena la duk cuci dan sapu ubat untuk bagi hilang fungus .. nampaknya degil sungguh fungus tu.. makin banyak. dah 4 hari cuba.. makin hari makin merebak jer.. risau nanti berjangkit pulak Si Twitter dan Si Snowy.. lagi parah.
Bidadari tidak lagi guna ubat doktor.. now shampoo Si Caramel dengan Nizoral, jangan guna banyak, sikit aje... terus bila bulu dia kering, bahagian fungus yg ada bintik-bintik hitam.. jadi bersih "clear". sekali buat tak la terus fungus tu hilang terus.. selelpas beberapa hari... nampaknya bintik-bintik hitam ada balik pada bahagian-bahagian tertentu. kesian pulak nak bagi mandi si kecil ni. jadi Bidadari sebelah malam "kelebek" la Si Caramel. bancuhkan 2 titik Nizoral dalam sedikit air (1/5 gelas air).. ambil kapas rendam dan perahkan airnya kemudian cucikan bahagian jangkitan fungus, cuci pelahan-pelahan, bersih!!!!. seronoknya. Pastikan jangan kena bahagian mata, mulut atau dalam telinga sebab Nizoral tu beracun. sapu pelan-pelan sebab nanti gosok bahagian yang naik fungus tu akan pedih kerana bulu-bulu akan tercabut disebabkan oleh fungus tersebut.
 Itulah testimonials Bidadari untuk produk ini yang boleh Bidadari share. Terima kasih sekali lagi kepada Pn.N. Beliau pun cakap bahawa dah ramai org dia introduced and mereka berpuas hati. Tapi ingat pakai kena dengan cara yang betul dan mengikut nasihat pakar.

Monday, July 29, 2013

Anak-Anak Semasa Ramadhan

Tinggal lagi 10 hari lagi dah nak Raya!!!! Dah pasang pelita ker? Kami dah pasang.. yuhooo....semangat!
Pelita kena pasang.. itu simbolik... kenangan lampau... dan memberi aura ...
(ingat, berhati-hati bila pasang pelita minyak gas...)



Bila cerita pasal puasa... Anje paling semangat berpuasa... wah.. betul-betul tekat... untuk si anak kecil kami ni dapat berpuasa penuh walaupun ada hari dibukanya... sudah boleh membuahkan senyuman dan kebanggaan dihati.  Kakak dan abang semua.. mula puasa penuh bila dah bersekolah.. kalau tidak sahur mesti pukul 7 pagi atau 11 pagi... Semasa mereka kecil tiada paksaan, lagi pun tidak wajib bagi mereka.. Alhamdulillah bila dah sekolah dengan sendirinya mereka puasa penuh sepenuhnya.. itu pun selepas masuk Tahun 3. Setiap ibubapa dan keluarga ada rahsia dan cara tersendiri...

Tengok Anje.. rupa tak macam orang puasa.. kuat semangat betul.. petang-petang sibuk tunggu mummy balik kerja, habis masak lauk berbuka, ajak main solek-solek..
Cantik tak mummy solekkan..



ops... bila anje solek mummy.. tak boleh masuk blog.. hahahaha belang-belang mata mummy  eye shadow habis semua warna Anje letak... boleh imagine lah muka mummy bila tengok anje solekkan mainan patung dia tu.. :)




~bidadari

Saturday, July 20, 2013

Resepi Cream of Mushroom Soup

Seronok bila dapat buat cream of mushroom sendiri.. kalau sebelum ni anak-anak nak makan mushroom soup kena lah bawa ke Dave Deli atau Nandos'. Puas sudah mencari resepi yang "reasonable".. akhirnya jumpa jua... 

bila nak cari resepi ni.. kenalah cari resepi yang dapat comment yang bagus-bagus.. tahulah wanita-wanita western.. mereka kalau komen.. sedap tu betul sedap.. kalau tak sedap mereka selamber je cakap. 

Salah satu resepi yang saya jumpa dan berjaya sediakan ialah resepi daripada SimplyRecipes. Sedap.. and can feel like makan di hotel.. 


Cream of Mushroom Soup

Resepi Asal: Bahan-bahan dan cara untuk memasakkan boleh dapatkan di SimplyRecipes http://www.simplyrecipes.com/recipes/cream_of_mushroom_soup/
Siap dengan gambar senang untuk diikut. 

Tips: di sini yang dapat saya kongsi:
1. jika kita cincang cendawan butang halus atau mesin bagi halus mushroom soup kita akan jadi putih
2. jika kita blend cendawan dengan air guna blender basah, mushroom soup kita akan warna kelabu (grey).
3.  pastikan cincang ada yang kasar dan ada yang sangat halus.. 
4. Jangan terlebih butter, first time buat terlebih dia naik oily macam gambar di bawah.
5. Cukup untuk 4 mangkuk shj. Nak lebih kena masak lebih.. 


My cream of mushroom soup... sedap.... yang penting menjadi!.


Bahan-bahan yang saya gunakan :


 saya tambah sedikit shitake (sebelah kanan) untuk rasa wild!


 Cendawan dicincang halus.... rasanya tak cukup halus.. 

cubalah... mesti jadilah.

terima kasih pada orang lama Elise Bauer founder of http://www.simplyrecipes.com/


Saya suka memasak bersama anak-anak perempuan dan lelaki saya.. jadi saya akan cari resepi di mana mereka dapat membantu.. yang tidak mercik dan senang dibuat. Inilah moments kami bersama yang akan menjadi kenangan sampai mereka tua.. 

~bidadari~

Friday, July 19, 2013

Resepi Pasta Tuna

Nampaknya puasa kali semangat 2 beradik perempuan duduk depan tv duk tengok Hungry Girl TV Show. Siap rekod lagi resepi tu.. Anje dah pesan esok nak berbuka dengan Tuna Noodle macam resepi Hungry Girl.. Resepi memang senang.. tengok menyelerakan...

tapi risau pulak lah...betul ke anak-anak ku ni suka makan pasta tuna ni... tapi tak apalah.. bulan Ramadan ni layan je lah.. kang nanti terdehak pulak...

Semangat semalam ke Aeon BIG lunch time pergi cari bahan.. balik semangat Anje tunggu kakak balik sekolah masakkan Tuna Noodle.. bahan-bahan dan resepi sangat lah sempoi..

Opss... sedap ker? sedap sangat ker? Sedap!! bukan untuk berbuka je malah untuk sahur pun makan pasta tuna ni... itulah Anje, Tasha dan Jimo.

Jum tengok resepi.. resepi ditambah tolak sikit.. sebabnyeeee.... pertama sebab tak ada garlic powder.. kedua nak rasa lebih mushroom.. Biasanya digunakan pasta Futtuccine. Tapi saya nak pasta yang lebar lebar skit.. belek punya belek.. terjumpa Tagliatelle.. Jum tengok macam mana kakak masak. 

Resepi Pasta Tuna
(Tuna Noodle)

creamy...yummy....


Bahan-bahan:


6 Gulung Tagliatelle (Boleh dpt satu mangkuk/bowl) - Rebus sampai masak dan toast.
1 tin Cream of Mushroom (ada 2 saiz tin, yang besar sedikit.. ikut how creamy u like)
1 tin Tuna in Water - dibuangkan airnya. 
2 genggam Cendawan Butang - dicincang cube
2 ulas Bawang Putih - dicincang halus
Black Papper (Serbuk)
Secubit Garam -  (option )- sebab cream mushroom agak masin
3 sudu air - jika cream of mushroom terlalu pekat
1 sudu besar - minyak masak




Cara-caranya:

1. Tumiskan bawang putih dan minyak..
2. Masukkan cendawan butang yang dicincang... kacau sampai masak (agak lembut jangan sampai lembek)
3. Tuangkan Cream mushroom 1 tin.. dan sedikit air (3 sudu air).. 
4. Kacau biar sebati dengan cendawan dan air, sekejap jer 
5. Bila cream dah panas, masukkan pasta.. gaul sekejap (2-3 kali gaul)
6. Masukkan tuna, secubit garam dan black pepper. Terus kacau rata.
7. Angkat untuk dihidang.


Makan masa panas-panas sedap sangat.. 

 Tq tu Lisa Lillien, Hungry Girl

~Bidadari~

Friday, July 12, 2013

Fobia Anje Fobia

Nampaknya... semua kena redha.. Anje tidak ke sekolah pada tahun ni..

Relax la Tok Ani.. kecoh juga Wan dan Tok Ani bila cucu manje sorang tu tak nak gi sekolah.. biasalah atok dan opah cikgu.. dulu marah kan.. kalau anak murid tak nak gi sekolah.. ponteng sekolah.. hmm sekarang ni.. baru tau rasanya ye bila cucu tak nak gi sekolah.. Wan dan Tok Ani dah give up.. terima kenyataan hahahaha... bila Anje tak nak ke sekolah.

Rasanya fobia sekolah telah melanda Anje. Kalau ikutkan hati.. dari dulu Anje yang sebuk sengat nak gi sekolah. Bukan sesiapa pun paksa. Lagi pun Anje kecil lagi.. tak apa lah.. jangan nak ikut sangat cakap orang.. kita kena dengar rasa hati.. dan anak kita ... betul tak?

Kakak Tasha, Abang Jimo dan Ajeem pun dah sebok.. kenapa Anje tak gi sekolah? Adik kawan kami semua dah gi sekolah. Jangan kecoh-kecoh kak ..bang..stress Anje dengar abang mengomel.. :)

Kalau dengar kiri-kanan.. memang sakit jiwa.. Adush! anakku tak ke sekolah. Anak orang 1 tahun dah ke Gimboree.. 2 tahun dah masuk playhouse class.. 3 tahun dah tadika.. oh no...

Ada juga suara-suara yang senang didengar.. "budak tu belum bersedia, nanti dah bersedia pergi lah dia ke sekolah". "Masih awal lagi.. tahun depan 6 tahun, dia akan pergi lah tu..."

Terima kasih atas nasihat dan panduan..

Sebagai ibu dan ayah mesti nak yang terbaik, tapi buat kali ni kami rasa yang terbaik adalah menurut kata Anje dulu.. biar dia berada di rumah yang dianggapnya "rumahku syurgaku". Anje tak nak lepaskan Adventure Times dan main barbie dia.. Bagi pendapat Bidadari.. kadang-kadang kita boleh dengar komen ikhlas yang diberikan.. tapi kita buatlah pilihan terbaik untuk anak kita. Tak nak lah nanti tension pulak budak tu.. ingatlah.. once budak dah start bagun awal pergi sekolah.. ianya akan berterusan sampai ketua... Jadi biarlah dia nak enjoy sleeping and resting at home.

Memang bagus anak ke sekolah dapat formal education..
Tapi tidak bermakna bila dia di rumah tidak belajar langsung...
Macam-macam aktiviti boleh membentuk minda selain belajar menulis, membaca.

Antara aktiviti membentu minda... melukis, mewarna menggunakan pensil warna, warna air.. dan menjalankan aktiviti creative arts. Pendedahan ikut kreativiti .. sebagai ibu masa yang terluang walaupun baru balik dari kerja... digunakan untuk bersama sebentar dengan Anje membuat aktiviti yang boleh.



Ada seorang guru tadika memberi tahu salah satu sesi creative arts mereka adalah anak-anak akan menggunting mengikut bentuk yang dilukis dan anak-anak diberikan blok-blok untuk disusun dan disambungkan, amcam lego dan cube block..  bagus idea tu kan? :).. perkongsian yang bagus...

Fobia Anje memberikan kenangan manis untuk Anje bila besar nanti. :)

~bidadari

Salam Ramadhan ... Selamat Berpuasa

Allahuakbar!

Syukur sungguh diberikan kesempatan untuk melalui Ramadhan kali ni.. untuk berpuasa dengan anak-anak .. semoga terus dipanjangkan umur.

Tahun-tahun yang lepas abang-abang masih kecil .. Anje pun masih kecil.. teringat cerita mereka pe'el mereka sepanjang seharian berpuasa.

yang tak dilupakan pesanan Tok Ani pada cucu-cucu semua.. bacalah  Surah Al-Kawthar semasa berbuka dan sebelum bersahur.

Abang Ajeem, Jimo dah semangat nak puasa penuh.. walaupun mummy tak ada pun janji apa-apa.. bagus lahkan.. ikhlas.

Anje pun sibuk berpuasa.. walaupun mulanya sehari sebelum Ramadhan... Anje dah siap-siap buat annoucement "Anje kecik lagi mana boleh puasa" ... tengok semua abang dan kakak puasa dia pun kalut sama. bagus tu.. sayang Anje.

Bing pun puasa juga.. Bing cakap dia pun nak belajar berpuasa.. Alhamdulillah... semoga beliau akan diberikan hidayah.. sesungguhnya Hidayah itu hanya dariNya.

Kesempatan ini Bidadari ingin mengucapkan selamat berpuasa dan jika ada tersalah bahasa mohon dimaafkan..