Friday, July 12, 2013

Fobia Anje Fobia

Nampaknya... semua kena redha.. Anje tidak ke sekolah pada tahun ni..

Relax la Tok Ani.. kecoh juga Wan dan Tok Ani bila cucu manje sorang tu tak nak gi sekolah.. biasalah atok dan opah cikgu.. dulu marah kan.. kalau anak murid tak nak gi sekolah.. ponteng sekolah.. hmm sekarang ni.. baru tau rasanya ye bila cucu tak nak gi sekolah.. Wan dan Tok Ani dah give up.. terima kenyataan hahahaha... bila Anje tak nak ke sekolah.

Rasanya fobia sekolah telah melanda Anje. Kalau ikutkan hati.. dari dulu Anje yang sebuk sengat nak gi sekolah. Bukan sesiapa pun paksa. Lagi pun Anje kecil lagi.. tak apa lah.. jangan nak ikut sangat cakap orang.. kita kena dengar rasa hati.. dan anak kita ... betul tak?

Kakak Tasha, Abang Jimo dan Ajeem pun dah sebok.. kenapa Anje tak gi sekolah? Adik kawan kami semua dah gi sekolah. Jangan kecoh-kecoh kak ..bang..stress Anje dengar abang mengomel.. :)

Kalau dengar kiri-kanan.. memang sakit jiwa.. Adush! anakku tak ke sekolah. Anak orang 1 tahun dah ke Gimboree.. 2 tahun dah masuk playhouse class.. 3 tahun dah tadika.. oh no...

Ada juga suara-suara yang senang didengar.. "budak tu belum bersedia, nanti dah bersedia pergi lah dia ke sekolah". "Masih awal lagi.. tahun depan 6 tahun, dia akan pergi lah tu..."

Terima kasih atas nasihat dan panduan..

Sebagai ibu dan ayah mesti nak yang terbaik, tapi buat kali ni kami rasa yang terbaik adalah menurut kata Anje dulu.. biar dia berada di rumah yang dianggapnya "rumahku syurgaku". Anje tak nak lepaskan Adventure Times dan main barbie dia.. Bagi pendapat Bidadari.. kadang-kadang kita boleh dengar komen ikhlas yang diberikan.. tapi kita buatlah pilihan terbaik untuk anak kita. Tak nak lah nanti tension pulak budak tu.. ingatlah.. once budak dah start bagun awal pergi sekolah.. ianya akan berterusan sampai ketua... Jadi biarlah dia nak enjoy sleeping and resting at home.

Memang bagus anak ke sekolah dapat formal education..
Tapi tidak bermakna bila dia di rumah tidak belajar langsung...
Macam-macam aktiviti boleh membentuk minda selain belajar menulis, membaca.

Antara aktiviti membentu minda... melukis, mewarna menggunakan pensil warna, warna air.. dan menjalankan aktiviti creative arts. Pendedahan ikut kreativiti .. sebagai ibu masa yang terluang walaupun baru balik dari kerja... digunakan untuk bersama sebentar dengan Anje membuat aktiviti yang boleh.



Ada seorang guru tadika memberi tahu salah satu sesi creative arts mereka adalah anak-anak akan menggunting mengikut bentuk yang dilukis dan anak-anak diberikan blok-blok untuk disusun dan disambungkan, amcam lego dan cube block..  bagus idea tu kan? :).. perkongsian yang bagus...

Fobia Anje memberikan kenangan manis untuk Anje bila besar nanti. :)

~bidadari

No comments:

Post a Comment