Wednesday, July 31, 2013

Nizoral Ubat Gatal Kepala

Alhamdulillah.... terima kasih kepada Pn.N atas nasihat dan introduced Nizoral. Saya pun nak recommend untuk semua ... memang puas hati.
Dah dekat 1 minggu lebih duk garu kepala... kalau kat luar tu cover line la sikit.. duk garu juga atas tudung... dalam meeting pun duk cuba garu sana sini. mungkin orang perasan.. mesti mereka kata Bidadari tu ada kutu kut.. Uisshh.. kalau kat rumah dah boleh kira dua-dua tangan tu atas kepala duk menggaru. Bila suruh anak dan suami check, tak ada apa-apa katanya, "clear". tapi kenapa gatal.
Dah ke Farmasi.. pharmacist kata may be sebab pakai tudung... hmm dah lama dah pakai tudung.. awat la jadi begini gatal sungguh.
Bila disarankan untuk guna produk ni.. terus gi beli, kalau nak beli kena gi kedai yang ada pharmacist sebab dia under control. Guna baru sekali.. terus perasan tangan tak ada rasa nak garu kepala lagi.. Alhamdulillah. Imagine, Bidadari ni trainer.. sekali student tengok duk menggaru kepala .. macam ada kutu tak ke haru tu.
Produk: Nizoral
Harga: RM40/botol
Size:
Cara mengguna: shampoo kepala macam kita duk shampoo kepala.. tapi tak perlu banyak. biarkan selama 3 - 5 minit kemudian basuh kepala.
Nasihat: guna 2 kali seminggu (selang 3 hari) dan gunanya selama 4 minggu cukup.
Itu untuk diri sendiri berjaya.  Si Caramel (anak kucing 2 bulan) di rumah. Baby lagi, orang buang dekat dengan rumah, so tak ada ibu, naik gatal-gatal Fungus.. Aduh.. habis la .. bawa pergi Vet tinggal di klinik (boarding) 2 hari untuk doktor tengokkan masalah dia. Doktor kata, baby kucing mereka tidak tahu bersihkan diri, selalunya ibu kucing yang jilat dan bersihkan mereka, jadi sebab tu fungus senang lekat dan membiak. Masalah fungus ni akan berjangkit dengan kita.
Bawa balik lepas tu kena la duk cuci dan sapu ubat untuk bagi hilang fungus .. nampaknya degil sungguh fungus tu.. makin banyak. dah 4 hari cuba.. makin hari makin merebak jer.. risau nanti berjangkit pulak Si Twitter dan Si Snowy.. lagi parah.
Bidadari tidak lagi guna ubat doktor.. now shampoo Si Caramel dengan Nizoral, jangan guna banyak, sikit aje... terus bila bulu dia kering, bahagian fungus yg ada bintik-bintik hitam.. jadi bersih "clear". sekali buat tak la terus fungus tu hilang terus.. selelpas beberapa hari... nampaknya bintik-bintik hitam ada balik pada bahagian-bahagian tertentu. kesian pulak nak bagi mandi si kecil ni. jadi Bidadari sebelah malam "kelebek" la Si Caramel. bancuhkan 2 titik Nizoral dalam sedikit air (1/5 gelas air).. ambil kapas rendam dan perahkan airnya kemudian cucikan bahagian jangkitan fungus, cuci pelahan-pelahan, bersih!!!!. seronoknya. Pastikan jangan kena bahagian mata, mulut atau dalam telinga sebab Nizoral tu beracun. sapu pelan-pelan sebab nanti gosok bahagian yang naik fungus tu akan pedih kerana bulu-bulu akan tercabut disebabkan oleh fungus tersebut.
 Itulah testimonials Bidadari untuk produk ini yang boleh Bidadari share. Terima kasih sekali lagi kepada Pn.N. Beliau pun cakap bahawa dah ramai org dia introduced and mereka berpuas hati. Tapi ingat pakai kena dengan cara yang betul dan mengikut nasihat pakar.

No comments:

Post a Comment