Saturday, May 30, 2009

Virus Rubella?? & Nasihat Doktor

Rupanya selama duk sakit on off on off selama 4 minggu... baru tau Yasmeen sebenarnya kena virus rubella.. kesian dia.. asyik sakit aje.. normal GP tak pula dapat detect selama duk bawa. Mummy pulak busy dengan PTK (tak patut dijadikan alasan). Anyway, selamam good Pediatrician detected, ini demam rubella. hmm.. Doktor cakap, kesan-kesan yang ada, bengkak kelenjar sampai ke kepala.. Doktor cakap kalau kena rubella ni memang demam dia lama.. tak high fever...

You guys tau kan Rubella.. dulu kita semua malu kalau sebut Rubella.. ingat utk perempuan aje.. sebenarnya tak, lelaki pun kena ambik juga injection MMR, "R" = Rubella. Virus ni memang bahaya, kalau ibu mengandung yang kandungan kurang 3 bulan, amat bahaya, bayi boleh cacat.

Yasmeen dah ambik injection MMR. 7 hari baru antibodi MMR tu terbentuk dalam badan. Doktor suspected, Yasmeen dijangkiti virus Rubella mungkin dalam tempoh 7 hari tu. Sebab Dr.A juga yang injected Yasmeen.

Itu kisah Yasmeen. Sekarang kisah Ajeem pulak. Ajeem ni asyik bengkak tonsil. Dr.A berpesan, budak-budak yang suka makan makanan manis senang sakit, jadi kurangkan manisan. Contohnya, ice-cream, gula-gula, kek.. dll.

You all perasan tak, orang tua antibodi dah kuat, jarang sekali bengkak tonsil cuma ada merah je la.. tapi budak-budak, kalau sakit atau demam, tonsil mereka akan merah dan bengkak sedikit. Sebab tu doktor akan suruh buka mulut dia nak tengok tonsil. Tau kenapa tonsil tu bengkak dan merah?? Ha... sebab untuk budak-budak, antibodi mereka tak la kuat sangat untuk lawan penyakit. Jadi bila ada virus hinggap, (Allah Yang Maha Kaya) tonsil akan detect dulu dan infected. Jadi senang nak detect. Balik kepada makanan manis, dalam mulut kita especially ada bakteria mulut. Bakteria ni memang suka sangat benda manis, jadi bila budak-budak makan manis dia akan aktif, so senang sakit.

Sekarang ni banyak makanan dah letak label "sugar-free". sebab kajian dah dibuat punca budak sakit. so buat ibubapa, jaga la kesihatan dan pemakanan anak-anak kita.

Teringat mummy masa natasha, makanan bila dia masuk 5 bulan, mesti tok masak moi sedap-sedap, mummy siap boleh tumpang sekaki. Then tasha start sakit.hmm.. dah ke pediatrician, tapi tak baik juga. So bawa pergi jumpa Dr. Kader. Dr.Kader adalah pediatrician yang mengamalkan perubatan secara herbs. Dia tak guna ubat yang mengandungi "dadah". Lepas bawa tasha jumpa Dr. Kader, terus alhamdulillah baik. Dia suruh buang semua antibiotik, ubat-ubat lain. Dia gantikan dengan special spirulina, manuka honey dan ibu garlic. Ikut cara pemakanan yang Dr.Kader pesan untuk ambik suppliment yang diberi.

Dr. Kader juga pesan, budak yang kurang 2 tahun, makanan jangan dimasukkan gula atau garam. Budak tu akan sihat insyaAllah. Betul! Kami amalkan untuk Jimo dan Ajeem, memang bagus, mereka sihat segar sampai besar. setakat sakit sikit-sikit demam tu ada la. Cuma tak praktis sangat untuk Yasmeen, abang makan apa, diberinya pada adik. So macam-macam makanan yang bukan makanan dia, dia belasah.

Dr.Kader memang bagus, dia pediatrician di London 10-20 tahun rasanya, di sana lagi dia dah start study Al-Quran. Pemakanan secara Islam dan perubatan secara islam dari segi pemakanan Nabi Muhammad S.A.W. Dia balik Malaysia dan buka klinik pakar kanak-kanak tapi lebih kepada herbs dan Islam. Kalau jumpa dia pun akan dia cerita apa yg ada dalam Al-Quran pasal pemakanan yang sihat.

Dalam 6 tahun dulu tengok dia dah kembangkan kliniknya kepada klinik untuk warga tua dan untuk yang nak treatment yang pakai infra-red dan sauna.Saya memang recommand habis habisan. Mahal sedikit tapi berbaloi. Ramai yang pergi expetraits. Lagi satu pasal Dr.Kader, dia cuma buka dari pukul 9:00 pagi sampai 5:30 petang. Dia cakap kalau sayang anak, ambik cuti bawa anak ke klinik dan take care anak tu. Betul juga tu...

Kliniknya di Phelio Damansara I. Baru-baru ni saya pergi cari balik dah tak jumpa. Tak tau la dah tukar ke. Nanti saya akan cari lagi, kalau jumpa, I will let you guys know. Kadang-kadang, bila kita dah cuba perubatan yang biasa tak boleh, kita kena ada alternatif.

Jaga la kesihatan dan sayangi keluarga anda.

Friday, May 22, 2009

Pengorbanan Bidadari...ibu dan kerjaya



Lega rasanya bila dah habis Exam. Lega rasanya boleh concerntrate balik pada anak-anak dan keluarga. Tidak la tertinggal terus cuma siksaan buat anak kecilku yang memang memerlukan perhatian yang penuh. Sepanjang 10 hari lalu... Yasmeen asyik sakit saja.

Walaupun setiap pagi sedih nak tinggalkan Yasmeen dalam keadaan tidak sihat tapi kewajipan sebagai ibu bekerja dengan kelas PTK yang wajib dihadiri tak dapat mummy elakkan. Kadang-kadang bila teringat pada Yasmeen yang tak sihat dan mummy tak boleh cuti, sedih sendirian.

PTK ini adalah satu cabaran.. cabaran untuk meneruskan setiap waktu yang berlalu. Keluar dari rumah dunia masih gelap, balik pun dah gelap. Jadual yang penuh memang tak beri peluang untuk rehat yang munasabah. Balik pun sampai dah malam, pulang lewat tempuhi jemm lagi. Malam tidur-tidur ayam jaga Yasmeen yang asyik demam, suhu pun up & down.

Terima kasih buat daddy dan anak-anak yang sungguh supportive. Sanggup layan diri sendiri, daddy banyak tolong jaga Yasmeen. Keperluan persediaan untuk tugasan individu dan kumpulan banyak memakan masa juga selain persediaan untuk exam. Tiap hari mummy berdoa agar sempat study untuk exam. Sempat juga study 3 jam study di ofis dengan ditemani daddy selama 2 hari (Isnin dan Selasa). Balik dah kena concerntrate pada Yasmeen. Di sini mummy nak terima kasih banyak-banyak pada Sid dan Shu yang kedua-dua "S" yang sangat supportive dan cooperative. Banyak bagi semangat dan ambil tahu walaupun hanya dapat menjadi pendengar yang setia. Dengan adanya study group kita buat tu betul-betul membantu. Sayang korang.

Lepas habis study group, 5 pm chow terus balik Kena la pastikan Yasmeen ok, esok mummy exam dan daddy dah nak berlepas ke airport 10:45 malam tu juga dan terbang ke Shanghai 1:45 paginya.

Risau pada Yasmeen, 3 minggu straight sakit. Hari Selasa masa bawa Yasmeen ke Klinik Doktor kasi sampai Jumaat, 22 Mei 2009, kalau masih tak sihat juga nak refer to hospital ambik darah.
Alhamdulillah, measle keluar sepenuhnya hari Rabu. Penuh satu badan, memang la kesian tapi at least kita tau yang selama ni yang terpendam dalam badan Yasmeen tu measle yang tak keluar sebab tu asyik sakit je selama ni. Lepas keluar terus demam pun dah tak ada lagi.

Pagi-pagi dah sampai ke ofis, tak sabar nak ambik exam.. tak sabar nak pass through the whole things. Rasa macam nak nangis pun ada, feel the pressure. 8:15 pagi dah masuk Dewan. Tengok semua masih sebuk study.. aduh!!!! lagi stress... keluar masuk keluar masuk. Dah nak mula... dalam hati.. "macam mana agaknya kalau tak tau nak tulis apa.. nak jawab apa?". "Am I prepared enough to for the exam?" macam-macam lagi la ... Motivasikan diri sendiri... "Now just think, you should able to answer the questions.that's it!" Alhamdulillah.. boleh jawab soalan.. kita tunggu sahaja keputusannya.

Mummy harap pengorbanan ini berbalui... apa pun doa dapat lepas PTK ni, mummy hanya bertawakal pada Ilahi untuk yang terbaik. Sesungguhnya hanya Dia tahu apa yang terbaik buat mummy.

Besar sungguh cabaran sebagai "bidadari"... saya doakan buat semua Bidadari yang bergelar ibu, isteri dan pekerja... dapat buat yang terbaik dalam PTK anda nanti. Tiada yang mengerti tekanan yang dilalui, tidak dapat dibayangkan dengan kata-kata.. sepertimana wanita bersalin.. tidak dapat diucap atau diceritakan dengan kata-kata dan intonasi suara. Good luck, sayang semua.

p/s: mummy love daddy, Tasha, Jimo, Ajeem & Yasmeen.

Monday, May 11, 2009

Mummy, Mom, Mama, Ibu, Umi...

To all the mothers.. and mothers to be... Happy Mother's day.



Kepada ibu-ibu, tahniah atas "hadiah" yang diberikan, tidak kiralah anda adalah ibu kandung, ibu susuan, ibu angkat atau sebagainya. Bila adanya perkataan "ibu" hanya anda yang mempunyai perasaan kasih sayang "ibu" itu. Bertapa kayanya Allah, kita tidak dapat melihat dengan mata , merasa dengan lidah dan menyentuhnya dengan tangan "perasaan ibu" itu.

Kepada anak-anak, hormatilah ibu, jangan lupa jaga mereka, keperitan mereka melahirkan kita tak kira apa sahaja cerita disebaliknya.. jangan lupa, sekiranya ibu kita tiada ... tiada lah pengganti akan ibu itu... tidak samalah ia kasih sayang yang diberikan oleh seorang suami, seorang rakan karib, dan sebagainya.. Jangan anda juga lupa, hanya Allah sahaja mengetahui akan ajal maut "ibu". Jangan kita tunggu hingga menjadi kaya ...berduit.. baru nak menjengah ibu... jangan kita tunggu hingga ibu sakit.. baru nak melawat ibu... masa dia sihat ini masa yang terbaik. Bila "ibu" sudah tiada.. ianya hanya kenangan dan mungkin akan menjadi kelewatan untuk kita memberikannya apa yang kita tunggu-tunggu.

Sebagai seorang ibu, beliau tidak mengharapkan kekayaanmu.. ibu hanya mengharapkan kebahagiaanmu dan kejayaan buat dirimu serta keluarga. Tapi buat dirinya, ibu hanya mengharapkan kasih sayangmu yang tidak perlu dibeli dengan wang ringgit..

Saturday, May 9, 2009

Mother's Day Cuppies

First, just thought to bring the cupcakes for my friend, YY, bride to be. Then, think the kids also love it, so manage to order from As for 2 set of 16. Thank you to Aunty As for a lovely design cuppies. It's really colourful and cheerish! Tasha, Jimo Ajeem dan Yasmeen are so excited coz everyone have it with all the names including mummy and daddy.

Again, The family set is wonderful.. full colours and nice design.. good choosen combination. It becomes mummy's day.. Look at the design. Mummy, daddy and kiddos vote for this.




To Tasha.. "mummy, wrongly spelled my name... tapi tak apa.. cantik!". Thank you Aunty.

Don't forget to look at the kiddos.. he he he .. the expression of Ajeem and Yameen.. lovely.. lovely. My little lovely daughter, Abang Jimo give her's and how much she love it..




Yummy..Yummy...




I look beautiful with a "pinky-lip-colour"




Abg Ajeem can't express much... Ajeem loves icing... by 10 mins.. only left the cake.

So, you guys why wait? order lee.....

Friday, May 8, 2009

My First Word

Yasmeen's first word.. "Deddey!"... Finally she said a word. Tepat jam 9:39PM 8 Mei 2009. Ingat tu.. mana taknya.. anak bongsu la katakan. (bongsu buat masa ni.. hehehe..)

Selama ini masa baby.. mestila nangis.. tapi yasmeen banyak senyap.. then bila time baby lain mula keluarkan perkataan pertama.. Yameen masih "Ahh..Ahh.. Ahh...".. itu standard sound Yameen. Tiba-tiba malam ni bila daddy tinggal Yameen dengan mummy dalam kereta singgah 7-11 terus Yameen jerit "Deddey!"... tergiang-giang lagi sebutan tu.. itu la yang pertama dah terakhir.. jadi jangan katakan korang.. daddy sendiri pun tak ada chance nak dengar. Yang sempat perasan juga Kakak Tasha dalam kereta. Abang-abang yang sibuk main harus.. jangan harap nak perasan...Apa pun mummy happy sangat.

Kenapa mummy happy sangat? Apa yang nak diterujakan?
Mesti la happy dan teruja.. kalau dibuka buku sejarah anak-anak... Tasha's first word bukan lagi first tadi two words "mummy susu". Siapa tak kenal Tasha, advance, mula cakap umur 11 bulan, mula tatih 9 bulan lagi. Ajeem.. sebut "mummy".. rasanya masa umur standard 1 tahun. Tapi yang membuatkan mummy tertunggu-tunggu Yameen's first word sebab Jimo la. Jimo cuma tau panggil mummy. Sampai umur 4 tahun 4 bulan sapa pun tak paham sebutan .. mummy gunakan naluri ibu yang dianugerah Illahi untuk paham apa yang Jimo nak/cakap. Itu la sebab happy-nya mummy.

Kepada yang dapat cucu baru, baby baru... tahniah.. bersyukurlah kita pada rezeki yang diberikan. setiap anak yang dianugerahi membawa rezeki dan kebahagiaan dalam rumahtangga.

Happy Mother's Day



Jimo dan Ajeem tahun ni semangat bawa balik hadiah "surprise" untuk mummy sempena Mother's Day. Mummy Love u. Tak sangka sungguh mummy. Hadiah part of it, yang paling tak tahan sekali bila anak-anak mummy nak teruja nak share the surprise.

Jimo very romantik, belikan mummy rose. Thank you darling.


Flower card from Ajeem



Ajeem warnakan disebelah kanan.

Thank you dear. mummy never forget all these.

Gendongku Pinky

He..he..he.. kelakor juga bila tengok diri sendiri gendong Yameen. Macam kaku pun ada.. asyik nak perbetulkan aja.. Apapun Yameen suka. cuma nampak macam dia kurang selesa sebab mummy masih dalam sesi membiasakan diri dan mengambil posisi yang selesa dan sesuai.




"Macam mana agaknya yang betul?" itu la yang selalu bermain di kepala bila tiap kali kendong Yameen. Lama-lama nanti ok le kut.. Apa u all rasa ok tak?





Beli minggu lepas, Saturday, sanggup tu lepas hantar Tasha tuisyen, terus cari kedai yang jual LittleTods. So far kendong ni saja yang dikirakan sesuai sebab kecik (ikut ukuran badan). Sebelum ni cuba-cuba Dy punya, hmm... mak aii... daddy cakap macam bibik aje.. tak sesuai .. saiz pun besar macam guni hehehehe... tu le.. terus daddy cakap dengan berlapik.. "sesuai tapi untuk duduk rumah ok le"... lepas tengok mummy cuba LittleTods, daddy kata hmm.. ok. Daddy pilihkan warna pink sebab cerah dan sesuai dengan Yameen.

Lepas ni kalau kawan-kawan jumpa mummy dengan kendong pinky, jangan lupa tegur.

"Family Come First"



Gambar tidak dpt menunjukkan keperitan Yameen. Belakang Yameen dah makin calar-calar and digarunya sampai berdarah. Kesian, sedih untuk mummy dan daddy yang tak dapat banyak membantu. Yameen tak ada menangis sebab gatal ke.. pedih ke.. kami saja yang tak tahan nak lihat keadaan kulit yang makin merah dan berdarah. Darah dah lekat kat baju.

Pagi tadi terus, mummy dan daddy bawa Yameen jumpa Pediatrician Adek walaupun mummy tau ada mesyuarat penting di ofis. "Family come frist!" Macam mana nak concerntrate dengan kerja kalau anak di rumah tak selesa dan tak sihat. Lagi pun boleh dikatakan 95% persediaan untuk mesyuarat telah mummy sediakan, Alhamdulillah ada Aunty As yang sedia mengambil peranan utama. Thank you, As.

Dengan ubat yang baru, mummy dan daddy doakan Yameen akan cepat... sembuh. Selalunya anak-anak mummy serasi dengan Pediatrician Adek. Amin, amin.

Sunday, May 3, 2009

ECZEMA???

It's not just about a trip.. it's not about distance.. and it's not about destination.. it's all about family and be together. This is the trip on Saturday, 2nd May 2009.

2 Mei 2009, Yasmeen gembira dapat keluar rumah ronda-ronda dengan kekecohan di belakang riuh rendah kakak dan abang-abang.

Sebuk tengok "stereng"....



Penuh expressi...



Focus....



Perhati jalan, sekarang "co-pilot", lain kali jadi pilot.

ECZEMA????

Itu hari semalam,.. lain pula ceritanya hari ini. Kesian Yasmeen, muka jadi bengkak-bengkak, kepala dan belakang gatal-gatal. Waduh, sebagai mummy tension tengok baby seumur 1 tahun 2 bulan tergaru-garu dan stress dengan eczemanya.

So, mummy dan daddy rush bawa Yasmeen ke klinik, semua tutup, may be one thing sebab Ahad dan banyak tutup cuti Buruh. So cuba lagi dengan ke rumah doktor tu... very unlucky doktor dah keluar.
Terima la akal untuk cuba dengan mandian garam batu..., Alhamdulillah... Yasmeen dah getting better, baru la nampak dia boleh tidur.. lega mummy dan daddy. Tengok tu muka pun dah surut, batang hidung pun dah nampak, kalau tidak tak ada batang hidung langsung sebab bengkak.
Tengok tu, sedap tengok yasmeen tidur dan surut dah bengkak kat batang hidung dia. Serang Eczema kali ni di batang hidung, kulit kepala dan belakang.


Tidur lena.

Belakang Yasmeen dah makin surut, cuma kulitnya jadi tak cantik.

Rupa-rupanya Yasmeen bukan saja ellegic kepada seafood, ikan-ikan tertentu.. tapi telur. Petang tadi bila makan cucur jagung ada la mummy punya resepi masukkan telur sebiji. Yasmeen makan sikit cucur jagung... tak perasan lagi sebab gatal-gatal tak keluar, lepas 1 jam.. waduh.. tengok hidung di merah gatal-gatal.. dan dia dah start garu kepala.. ala.. siannya...
So kasi Yasmeen mandi petang sekali dengan air garam batu, harap-harap ok.. doa mummy dan daddy buat Yasmeen supaya dapat sembuh, apa pun insyaAllah esok, kalau masih merah lagi dah gatal-gatal kena la bawa ke speciallist.. Tak tahan di mata mummy melihat Yasmeen macam tu...
Yasmeen tergaru-garu kepala... gatal sangat. tengok la hidung yang bengkak ( itu baru bengkak sikit)


Ala.. sian anak mummy dengan muka yang dah bengkak-bengkak...
Apa pun we will take care of you darling.




Berjumpa Kembali

Itulah istimewanya bidadari, anugerah yang diberikan oleh Illahi.. penuh dengan senyuman bila dapat berkumpul dan berjumpa teman setia dan lama.. tengok la muka sorang-sorang di gambar tu, penuh keceriaan dan kegembiraan.


Lunch @ OU...Boleh le....

Walau pun dalam hati kepedihan jiwa yang ada.. keresahan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, tapi teman-teman lah buah segala happiness. Perjumpaan dan sesi lunch ini bukannya dalam calendar tapi ia tetap terpahat dimemori.

Kepada rakan yang naik pangkat dah jauh diofis lain, harap tetapkan kami diingatan.