Friday, May 22, 2009

Pengorbanan Bidadari...ibu dan kerjaya



Lega rasanya bila dah habis Exam. Lega rasanya boleh concerntrate balik pada anak-anak dan keluarga. Tidak la tertinggal terus cuma siksaan buat anak kecilku yang memang memerlukan perhatian yang penuh. Sepanjang 10 hari lalu... Yasmeen asyik sakit saja.

Walaupun setiap pagi sedih nak tinggalkan Yasmeen dalam keadaan tidak sihat tapi kewajipan sebagai ibu bekerja dengan kelas PTK yang wajib dihadiri tak dapat mummy elakkan. Kadang-kadang bila teringat pada Yasmeen yang tak sihat dan mummy tak boleh cuti, sedih sendirian.

PTK ini adalah satu cabaran.. cabaran untuk meneruskan setiap waktu yang berlalu. Keluar dari rumah dunia masih gelap, balik pun dah gelap. Jadual yang penuh memang tak beri peluang untuk rehat yang munasabah. Balik pun sampai dah malam, pulang lewat tempuhi jemm lagi. Malam tidur-tidur ayam jaga Yasmeen yang asyik demam, suhu pun up & down.

Terima kasih buat daddy dan anak-anak yang sungguh supportive. Sanggup layan diri sendiri, daddy banyak tolong jaga Yasmeen. Keperluan persediaan untuk tugasan individu dan kumpulan banyak memakan masa juga selain persediaan untuk exam. Tiap hari mummy berdoa agar sempat study untuk exam. Sempat juga study 3 jam study di ofis dengan ditemani daddy selama 2 hari (Isnin dan Selasa). Balik dah kena concerntrate pada Yasmeen. Di sini mummy nak terima kasih banyak-banyak pada Sid dan Shu yang kedua-dua "S" yang sangat supportive dan cooperative. Banyak bagi semangat dan ambil tahu walaupun hanya dapat menjadi pendengar yang setia. Dengan adanya study group kita buat tu betul-betul membantu. Sayang korang.

Lepas habis study group, 5 pm chow terus balik Kena la pastikan Yasmeen ok, esok mummy exam dan daddy dah nak berlepas ke airport 10:45 malam tu juga dan terbang ke Shanghai 1:45 paginya.

Risau pada Yasmeen, 3 minggu straight sakit. Hari Selasa masa bawa Yasmeen ke Klinik Doktor kasi sampai Jumaat, 22 Mei 2009, kalau masih tak sihat juga nak refer to hospital ambik darah.
Alhamdulillah, measle keluar sepenuhnya hari Rabu. Penuh satu badan, memang la kesian tapi at least kita tau yang selama ni yang terpendam dalam badan Yasmeen tu measle yang tak keluar sebab tu asyik sakit je selama ni. Lepas keluar terus demam pun dah tak ada lagi.

Pagi-pagi dah sampai ke ofis, tak sabar nak ambik exam.. tak sabar nak pass through the whole things. Rasa macam nak nangis pun ada, feel the pressure. 8:15 pagi dah masuk Dewan. Tengok semua masih sebuk study.. aduh!!!! lagi stress... keluar masuk keluar masuk. Dah nak mula... dalam hati.. "macam mana agaknya kalau tak tau nak tulis apa.. nak jawab apa?". "Am I prepared enough to for the exam?" macam-macam lagi la ... Motivasikan diri sendiri... "Now just think, you should able to answer the questions.that's it!" Alhamdulillah.. boleh jawab soalan.. kita tunggu sahaja keputusannya.

Mummy harap pengorbanan ini berbalui... apa pun doa dapat lepas PTK ni, mummy hanya bertawakal pada Ilahi untuk yang terbaik. Sesungguhnya hanya Dia tahu apa yang terbaik buat mummy.

Besar sungguh cabaran sebagai "bidadari"... saya doakan buat semua Bidadari yang bergelar ibu, isteri dan pekerja... dapat buat yang terbaik dalam PTK anda nanti. Tiada yang mengerti tekanan yang dilalui, tidak dapat dibayangkan dengan kata-kata.. sepertimana wanita bersalin.. tidak dapat diucap atau diceritakan dengan kata-kata dan intonasi suara. Good luck, sayang semua.

p/s: mummy love daddy, Tasha, Jimo, Ajeem & Yasmeen.

2 comments:

  1. congrats ..let's celebrate! ..dah la org tu nak cuti pjg..bestnyerrr ..hv fun and rest at home!

    ReplyDelete
  2. I'm starting my hols.. but need full energy to take care the baby. pergh! she is really demanding.. may be she knows that she is the youngest.

    ReplyDelete