Monday, June 13, 2016

Resepi Nasi Tomato Noxxa

Setelah lebih dari 6 bulan saya beli periuk Pressure Cooker (PC) Noxxa. Beli sebab nak menggantikan pressure cooker yang dah rosak. Sambil tu lepas survey semua insyaAllah ini pilihan terbaik.

Lepas beli, biasalah bukan selalukan kita nak masak guna pressure cooker ni, kalau tak kerana masak resepo daging atau tulang memang berkepuk lah dia dalam almari. Tapi periuk PC Noxxa ni kita boleh buat lebih dari tu. Wah!!! cakap macam terror. Tapi sebenarkan kecut perut nak guna sebab tak pandai. Beli pun minta adik belikan, masa dia mula nak tunjuk tu kita pulak tak sempat nak tengok sebab menu dah masak. Masak dengan PC Noxxa ni memang cepat betul. hmm macam tak percaya Nasi Tomato yang first time kita buat semalam siap dalam tempoh 10 min... percaya tak ?
Alhamdulillah sedap. Yang penting anak-anak suka habis.. ingat masak lebih untuk makan sampai sahur... :)

Biasa lah ibu yang duk bekerja dengan keadaan sekarang temporary maid tak ada ni sementara nak tunggu yang baru datang (dah landing dah..tengah tunggu agent hantar insyaAllah Khamis ni).

Jom saya nak share cara guna yang mudah dan resepi Nasi Tomato.

Resepi Nasi Tomato


Bahan-bahan:

A. Bahan Tumis
6 ulas bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
2 inci halia - dihiris
2 helai daun pandan
2 batang serai
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
3 kelopak bunga lawang
2 inci kulit kayu manis

2 sudu besar minyak sapi (optional)
2 sudu besar minyak masak

B. Bahan Masak
1/2 pot susu cair
2 sudu besar tomato puree
2 biji tomato buah / 6 biji tomato cherries - dicincang
4 pot air
garam secukup rasa
1 genggam kismis
3 pot beras - dibasuh bersih


Cara-caranya (rujuk pada gambar):

1- Sediakan bahan tumis (A). 

2- Sediakan bahan masak (B).

1st Masak Menggunakan Menu STIR FRY.
a. Lepas ON plug. 
b. Tekan menu Stir Fry dan tekan ON (butang merah)
c. Masukkan Minyak Sapi dan Minyak Masak.
3. Bila minyak dah agak panas (minyak sapi cair), masukkan semua sekali bahan tumis A.
4. Sekali sekala kacau sehingga naik bau dan bawang menjadi agak kekuningan.
5. Masukkan Susu Cair, tomato puree dan tomato buah.
f. kacau sekali dua, masukkan garam dan kacau (jangan masin, agak rasa garam)
5. Masukkan kismis dan air. 
h. Bila mendidih terus tekan OFF (butang merah).


2nd Masak Menggunakan Menu High Pressure.
6. Masukkan beras dan kacau.
7. Tutup periuk PC Noxxa dan pusingkan tombol ke Titik Pressure.
8. Tekan menu High Pressure sebanyak 7 kali untuk 7 minit. 
(saya cuba 7 minit, tapi saya nak sarahkan supaya cuba 8 minit)
9. dan tekan ON (butang merah)
Bila nasi dah masak, akan dengar bunyi. Jangan terus buka tudung periuk.
Bahaya. Kan dalam keadaan Pressure! 
Ikut Langkah 10.


Tips: JANGAN BUKA TUDUNG PERIUK. 

10. Pusingkan tombol ke Titik Steam
Tips: JAGA-JAGA NANTI WAP akan TERUS KELUAR, KUAT. 
Jangan dekatkan muka.
dont worry, ini hanya sebagai panduan terutamanya yang first time guna. 
Nanti habis muka jadi merah macam udang bakar hehehehe

Bila dah habis semua wap air keluar, baru buka penutup periuk.

11. Macam tulah rupa bila buka. 
12. Kacaukan nasi dan tutup sekejap untuk lebih mesra.
Lampu pada periuk PC Noxxa akan menyalakan menu Reheat. 

Sedia untuk dihidang. :) 

Selamat mencuba. Makan pula dengan Ayam Masak Merah, perghh sedap.


~bidadari~



5 comments:

  1. Resipi ni untuk berapa orang makan sis?

    ReplyDelete
  2. Trm ksh. First time msak nsi tomato guna Noxxa.. Alhamdulillah.. Molek elok nasinya.. ��

    ReplyDelete
  3. memang senang, anak balik dari asrama, terus boleh masak nasi tomato... ayam masak merah memang cepat siap. 8 minit cantik je keadaannya, asalkan cukup air dengan beras

    ReplyDelete
  4. sukatan air tu 4 pot.. beras 3 pot... x lembik ke nasi.. susu cair dh 1/2 pot...

    ReplyDelete
  5. Knp bila masa nasi atau daging ada kerak perlu ke kita stop kacau selepas tu masak balik

    ReplyDelete