Tuesday, June 7, 2016

Naskah Al-Quran Al-Karim & Penerangan Hukum Tajwid AL-MUJAWWAD

Salam semua.
Selamat menyambut bulan yang mulia Ramdhan Al Kareem.
Saya menadah tangan memohon maaf kepada semua pembaca dan kenalan sekiranya ada salah dan silap.
Semoga semua kesalahan kita diampun oleh Allah dan rakan-rakan sekelian. Sesungguhnya kita tahu bahawa kesalahan sesama manusia hanya manusia yang berkenaan sahaja yang layak memaafkan.
Amin.

Di sini saya nak berkongsi sebuah naskah Al-Quran yang baru saya beli.
Biasa la saya suka kongsi dengan apa yang saya ada, saya amal dan bukan semata-mata hanya mendengar cerita. Dengan tujuan agar kita sama-sama beroleh kebaikan.

Semalam ada Majlis Alya Ramadhan di ofis. Rasa sungguh beruntung sebab dapat mendengar dengan terus-menerus alunan ayat suci Al-Quran oleh Ustaz Tarmizi Ali iaitu Johan Tilawah AlQuran Peringkat Antarabangsa. Memang bacaan beliau terbaik semua yang hadir tidak berganjak langsung.
Kami juga dapat perkongsian ilmu bersama YBhg Datuk Dr. Zahazan Mohamed berkenaan TAQWA. Banyak yang ditimba dan kesedaran buat diri saya ni. Tak sangka Datuk pandai mecuit hati para hadirin untuk terus leka mendengar.

Selepas majlis saya dapat membeli AlQuran yang turut disarankan oleh Datuk kerana ia dapat membantu kita dalam bacaaan. InsyaAllah.

Al-Quran Al-Karim & Penerangan Hukum Tajwid AL-MUJAWWAD


 Rupanya depan dan belakang.


 Dari segi saiz cukup besar 2 batang pensil (baru)


Tulisan pun cukup besar. Yang paling menarik untuk saya adalah tanda bacaan BIRU, MERAH dan HIJAU dimana ianya menunjukkan tempat berhenti (jika tak cukup nafas). 
Jika berhenti di akhir perkataan Biru, boleh teruskan sambungan bacaan pada perkataan selepasnya. Ini bermaksud sampai lah maksud jika kita berhenti ditempat tersebut. 
Jika berhenti di akhir perkataan Merah/Hijau, mulakan semula bacaan di awal perkataan Merah/Hijau. Ini dikuatiri hilang maksud ayat jika terus berhenti di penghujung Merah/Hijau dan sambung baca selepas perkataan tersebut. 
Bestkan :)

 Diberi juga panduan kepada kita 

Ini pun ada panduan waqaf (Tanda Berhenti). 

Terima kasih kepada idea dan konsep oleh Tan Sri Dato' Hj Hassan bin Hj Azhari serta Prof Madya Dr Hj Abd Rauf bin Tan Sri Hj Hassan.

Kepada yang berminat boleh layari www.telagabiru.com.my 
atau hubungi En Muhammad Khairul Hafizan di 012 2376804

No comments:

Post a Comment