Monday, February 13, 2012

Sambutan Hari Kekasih Salah Di Sisi Islam

Perkongsian sebuah artikel yang dihantar oleh sebuah badan Islam sebuah organisasi yang memanjangkan artikel berkenaan Hari Valentine yang dipetik daripada Majalah Cahaya (JAKIM)


Sambutan Hari Kekasih Salah Di Sisi Islam

Oleh Mohd Hariri Bin Haji Mohamad Daud, (Panel Penulis Luar Jakim),

Tarikh 14 Februari setiap tahun menjadi tarikh yang ditunggu-tunggu oleh pasangan bercinta sebagai hari untuk memperingati dan meluahkan cinta sejati kononnya kepada pasangan masing-masing. Amalan songsang seperti ini sudah menjadi taqwim tahunan remaja dan semestinya penganut agama Kristian. Lantas, remaja Islam di Malaysia diseru agar tidak terpengaruh dan meraikan sambutan Hari Kekasih (Valentine Day) yang disambut pada 14 Februari ini. Sudah jelas bahawa sambutan Hari Kekasih ini salah di sisi agama Islam dan bercanggah dengan aqidah Islam itu sendiri.

Perbuatan untuk meraikan sambutan Hari Kekasih amat bercanggah dengan syara’ kerana ianya mempunyai unsur kepercayaan agama kristian dan menjurus kepada kebobrokkan akhlak. Selain itu, sambutan yang tidak berfaedah ini dirai dengan penuh adegan maksiat seperti berdua-duaan, berpeleseran hatta membawa kepada perbuatan seks bebas. Hari yang dianggap “hari berbulan madu” bagi remaja sehingga mereka sanggup menggadaikan maruah demi membuktikan cinta mereka kepada kekasih masing-masing. Sesungguhnya budaya meniru budaya barat yang terpesong dan mencampurkan perkara aqidah mengikut kepercayaan agama lain adalah salah di sisi Islam.

Dalam erti lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agama Islam dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud “Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Surah Al-Kafirun: 1-6 )

Nabi SAW dengan tegas telah melarang kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dalam hadis yang bermaksud, “Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.

Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah menyatakan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2006 pada 21 Februari 2006 telah memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam”.

Para mufti di Malaysia juga telah bersepakat untuk memutuskan bahawa amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam seperti yang dibincangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 yang lalu.

Melalui sejarah Valentine, jelas ianya dapat disabitkan dengan budaya Kristian yang menyatakan Valentine’s Day bermula dari kematian tragis seorang Paderi yang bernama St. Valentine yang dibunuh oleh seorang Raja Romawi yang bernama Raja Claudius pada II (268-270M ).

Bermula dari kisah ini mereka telah mengabdikan St. Valentine sebagai seorang tokoh yang hebat dalam mempertahankan cinta dan dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup. Maka, 14 Februari dijadikan sebagai hari perlambangan dalam memperingati kematian St.Valentine dan dianggap sebagai upacara keagamaan masyarakat Kristian.

Justeru, Islam menyeru seluruh umat Islam khususnya remaja-remaja Islam agar tidak meraikan sambutan Hari Kekasih dan menghindari perkara-perkara yang boleh membawa kepada sikap untuk meraikannya. Berikut adalah sikap-sikap yang perlu dihindari oleh remaja Islam pada Hari Kekasih :

1- Sikap untuk keluar berfoya-foya sesama kekasih dan mengadakan majlis untuk menyambut hari tersebut dengan mengadakan parti atau majlis seumpamanya.

2- Menghantar kad-kad ucapan yang tertera kata-kata Valentine Day dan pada kad-kad tersebut terdapat gambar pari-pari yang mempunyai dua sayap yang menjadi simbol kepercayaan agama kristian.

3- Menulis ucapan kata-kata cinta di dalam kad yang diutuskan dengan menyatakan keinginan cinta kepada kekasih kerana ianya juga sikap mempamerkan rasa gembira dan percaya akan hari tersebut.

4- Kebanyakan negara-negara Barat, parti-parti diadakan sempena hari tersebut disambut dengan pesta seks dan tari-menari. Kebanyakan mereka menghantar hadiah-hadiah seperti bunga ros dan sekotak coklat kepada sesiapa yang mereka cintai.

5- Menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada kekasih untuk meluahkan rasa sayang bersempena dengan Hari memperingati kekasih (Valentine Day) sebagai tanda percaya akan “keajaiban” hari tersebut.

Namun, segelintir pihak sanggup menaja majlis sambutan Hari Kekasih dan menjual barang-barang cenderahati untuk mempengaruhi remaja memperingati hari tersebut sehingga mengheret ke lembah makisat. Ironinya, remaja menganggap sambutan ini sebagai simbol kecintaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada pasangan. Islam melarang umatnya berlebih-lebihan dalam bercinta sehinggakan sanggup menyerahkan maruah kepada pasangan yang dicintainya.

Sesungguhnya perbuatan ini juga bercanggah dengan syara’ kerana ianya juga menyumbang berlakunya perkara maksiat dan zina. Firman-Nya:“ Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang membawa kepada kerosakan.” (Surah Al-Isra’;32)

Ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting untuk mengawasi anak-anak mereka agar tidak meraikan hari tersebut dan melalukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat. Selain itu, pihak pentadbiran sekolah dan institusi pengajian tinggi juga agar lebih proaktif untuk memastikan tidak wujud program sambutan kepada hari tersebut serta aktiviti bertukar-tukar bunga ros, kad-kad ucapan dan sebagainya.

Secara kesimpulannya, Islam memberi garis panduan yang jelas dan membenarkan hubungan kasih sayang sesama manusia dalam kerangka syariat. Hubungan kasih sayang kepada ibu bapa, sahabat dan sesama masyarakat boleh dilakukan setiap hari dan tujuh golongan manusia yang akan mendapat lindungan `Arasy ialah salah satunya mereka yang berkasih sayang ( bertemu dan berpisah ) kerana Allah SWT.

Firman Allah SWT : 'Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal.' (Surah al-Ghaafir: 39)

Wednesday, November 30, 2011

"Pompuan Kena Pakai Subang"

Bila Anje dah keluarkan statement "Pompuan kena pakai subang... kita pompuan kena la pakai subang."...

Bila daddy di rumah direhatkan oleh doktor sebab bp yang tidak stabil... bertambah tidak stabil bila anak manja daddy minta nak tindik telinga...

Anje: Daddy, Anje nak pakai subang.
Daddy: Betul ke? nanti kena tebuk, sakit.. tunggu Anje besar sikit, ok?
Anje: Anje dah bechar! Pompuan kena pakai subang. kita pompuan kena la pakai subang.

Daddy dah panic.. telefon mummy di pejabat pujuk Anje tunggu dulu .. nanti Anje sakit... Daddy suggest mummy belikan "subang lekat"...

Kepala mummy pusing.. pusing ..pikir mana nak cari "subang lekat".. hmm "NANDE'.."

Mummy: Anje betul ke nak pakai subang..
Anje: Anje pompuan kena pakai subang...

Daddy.. arghh... bp makin up & down.. stress.. stress...

Dah tuan badan nak juga.. bawa je la.. sepanjang jalan tanya lagi dan lagi dan lagi.. nampaknya Anje dah nekat... Rasanya kalau ambik rekod bp daddy... sure kena masuk hospital daddy..

Sampai je kat kedai , terus dia duduk sambil mummy duk tanya pasal subang. Macam biasa Anje pilih warna PINK.

Abang pun agak "perak" juga.. sebuk nak tengok.. Teknik yang digunakan agak berkesan. Mereka letak spirit (ubat kebas/sejuk) banyak depan belakang.. dan dua pekerja bersedia untuk tindik dua belah sekali gus..

Tengok.... dah ada subang.. merah pink juga la telinga Anje.. yahoo... berjaya... Anje memang steady!

Sepanjang jalan duk tersenyum.. happy betul. Lengkap sudah rasa dirinya pompuan.


Anje: Mummy, Anje sampai bergegar (terkejut) bila tindik. Mula air mata Anje keluar dalam mata aje, lepas tu dia masuk balik...
[anje so proud dia tak nangis]

Alhamdulillah selamat semuanya. 27 Nov 2011 bersubang.


Cuti Sekolah: Pengalaman Nasi Daun Pisang

Pengalaman yang baru untuk mereka bila dapat makan nasi beralaskan daun pisang. Selama ni makan pakai pinggan. Seronok...
Ajeem makan sampai licin.. tengok la dia.. tersandar nak menghabiskan makanan..
Puas hati.. mereka suka dan nak pergi lagi....


Tuesday, November 29, 2011

Aktiviti Cuti Sekolah

Bila cuti sekolah bermula.. mula la semua sebuk nak merancang:
Nak buat apa?
Nak gi mana?
Bajet cukup tak?

Untuk mengelak anak-anak bosan.. dengan kesepitan cuti mummy dan daddy kena la juga melayan anak-anak.. yang penting kita buat bersama .. betul tak?

Cabaran membesarkan anak di kota ni.. yang paling besar bagi diri Bidadari bila anak nak macam kawan-kawan mereka.. gi travel ke oversea... having fun dengan belanja besar.. huiwwhhh... poning -poning.

Alhamdulillah anak-anak Bidadari terima seadanya dan yang penting bagi mereka juga kita bersama dan pastikan semua happy.

Aktiviti pertama bermula dengan "dinner with cousins" dan "santai dessert".. dah lama sangat tak keluar bersama..

Dinner

Ice-cream time.. BK Vanila Cone

Sekali sekala keluar seronok juga.

Cepatnya Masa Berlalu

Tup tup.. lama juga saya tak update.. ketup ketap ketup ketap sebuk dengan kerja, isu semasa, raya, anak-anak.. macam macam..

tengok-tengok dah dipenghujung tahun.. kalau dalam sehari tu rasa macam tak cukup 24 jam.. ni macam tak cukup 365 hari. Itu lah kesebukan menjadi ibu, isteri, rakan dan pekerja .. tak mampu untuk cemerlang kesemuanya tapi cukup dihati dapat melihat senyuman dari sesetengah insan.

Tahun baru telah bermula (Hijrah) .. nak upgrade semangat untuk perbaiki diri .. mari kita sama-sama ye..


Tuesday, September 6, 2011

Resepi Nasi Kerabu Bidadari

Saya bukan pandai sangat memasak, cuma apa yang boleh dibuat insyaAllah buat dan secukup untuk enak anak tekak suami dan anak-anak. Ini lah resepi yang dijanjikan untuk rakan sekerja macam mana nak masak nasi kerabu. Ini nasi kerabu saya lebih kurang resepi nasi kerabu Kelantan yang diikut dari Buku Masakan Rasa Malaysia. Lain kali saya update sedikit pasal Buku Masakan Rasa Malaysia..

Nasi Kerabu Bidadari

Menu utama
1- Tumis
2- Kelapa
3- Kerabu sayur

Sampingan
4- Ikan gorengtepung
5- ayam goreng
6- telur masin
7- solok lada (tak ada dlm gambar, lain kali ye kawanku)








1- Tumis

Bahan-bahan [Tumis]:
1- 1 cawan Santan (paket) + 3 cawan air
2- 1/2 sudu besar cili mesin (ikut kepedasan)
3- 4 ulas bawang kecil ditumbuk halus
4- 1 batang serai diketuk
5- 1 keping asam keping
6- 2 sudu besar gula putih
7- 1 sudu kecil garam halus (ikut rasa)










Caranya [Tumis]:
1- Masukkan semua sekali dalam kuali dan masak atas api sederhana.

Tips:
~ kacau sekali sekala dan selalu... sampai agak pekat.
~ bila dah lama sikit kecilkan api untuk pecah minyak dan masak!
~Sambil masak tumis, jum kita sediakan kelapa.










2- Kelapa
Bahan-bahan [Kelapa]:
Bahan A
3 sudu besar Kelapa parut

Tips:
~ Kalau suka kelapa lebih boleh tambah kelapa.
~The best is kelapa parut fresh asli
~Saya guna kelapa parut dalam tin, bau & rasa sama .. hmm naik bau kelapa bakar, sedap..., sesuai untuk kita di kota yang susah nak dapat kelapa parut fresh.









Bahan B

1- 2 ekor ikan kembung bakar, diambil isi sahaja (dibuang tulang)
2- 4 ulas bawang merah
3- 1/2 inci halia
4- 1 sudu kecil lada sulah
5- 1 sudu besar gula putih
6- 1 sudu kecil garam

Caranya: Bahan A [Kelapa]
1- panaskan kelapa parut atas api sederhana
2- goreng kering kelapa parut, kacau selalu.

Tips:
~ kacau selalu jangan tinggal nanti hangit.
~ kelapa tin dah sememangnya kering jadi cepat masak.
~kacau hingga agak-agak kuning terus angkat, jangan tunggu sampai all gold sebab nanti hangus. bila kita angkat ia akan heat dalam bekas dan akan jadi golden.

~ Memandangkan anak dara ada, jadi sambil saya tumbuk Bahan B, dia akan goreng kelapa. (Bagi yang ringan, ringan aje).





Caranya: Bahan B [Kelapa]
1- Tumbuk bawang merah dan halia hingga lumat
2- Masukkan isi ikan bakar dan tumbuk "lembut-lembut" sambil gaul dengan bahan tumbuk (1).
3- Masukkan lada sulah, garam dan gula dan tumbuk "lembut-lembut" sambil gaul.

Bahan A + Bahan B

4- Masukkan kelapa goreng, "lembut-lembut" sambil gau.
5- Ceduk masuk dalam bekas.








3- Kerabu Sayur
(Maaf gambar tak ada)

Bahan -Bahan [Kerabu Sayur]

Bahan Mesti ada baru best:
1- 1 batang serai - dihiris nipis bulat-bulat
2- 1/2 kuntum bunga kantan - dihiris halus
3- sejemput daun kesum (daun shj) - dihiris halus
4- segenggam tauge
5- timun dihiris jejari halus
+
Bahan yang menambahkan kemesraan kerabu
6- daun selom (yang selalunya dibuat kerabu mentah)
7- kobis
8- "apa apa daun yang suka"

Caranya [Kerabu Sayur]
1- masukkan semua sekali dan gaulkan rata.

Tips:
~ 1- daun-daun dipotong bila nak makan, kalau tak agak kurang fresh.
~2- lebih halus lebih sedap senang nak makan.
~3- jenis daun yang nak ditambah ikut suka hati.

4- Ikan GorengTepung
(Maaf gambar tak ada)

Bahan-Bahan [Ikan GorengTepung]:
1- 3 ekor ikan kembong - dikelar di bahagian perut
2- 2 sudu besar tepung beras
3- 1/2 sudu kecil kunyit
4- 1 sudu kecil garam
5- sedikit air
6- Minyak masak - secukupnya

Caranya [Ikan GorengTepung]:
1- Masukkan dalam bekas tepung beras, kunyit, garam dan sedikit air.
2- kacaukan bahan tadi hingga agak pekat.
3- celupkan ikan dalam bancuhan tepung dan goreng.

Tips:
~ dikalis/diterbalik-terbalikkan ikan yang digoreng agar masak masa rasa dan cantik.

Selamat mencuba.

kepada anak-anak mummy yang rajin membantu, tq and love u guys..
Tasha - masak dan potong sayur
Ajeem - tumbuk bawang dan ikan
Yasmeen - basuh timun dan bekas yg digunakan
Jimo - tolong makan.

Sunday, August 7, 2011

Koran By Heart - Good Movie

Saya nak sangat kongsikan berita ini dan movie ini dengan anak-anak mummy terutamanya dan pelawat yang menjenguk ke laman IstimewanyaBidadari. SubhanallALLAH...... Bila baca dan tengok movie ni .. terasa kecil ni kita dan besarnya Allah Taala... anak-anak kecil itu merupakan insan terpilih dan rasa sangat bangga dengan adanya mereka. Begitu juga dengan anak-anak yang sedang belajar tahfiz seluruh Malaysia dan di mana sahaja mereka di dunia ini. Ya Allah kau berkati dan rahmatilah mereka ini dan murahkan rezeki mereka. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa.

Terima kasih buat Pn. Nurzaini yang berkongsi berita ini dan kepada UnpluggedMatrixV3 yang muatkan melalui youtube.


***************************************

HBO Film Follows Muslim Children In Quran Memorization Contest

By Jack Jenkins
c. 2011 Religion News Service

(RNS) A new documentary follows three Muslim children as they travel to Egypt to compete in a tournament that requires young contestants to recite whole passages of the Quran, Islam's 600-page holy book, from memory.

Each year during Ramadan -- a Muslim holy month when believers fast, pray and read from the Quran -- 100 students from more than 70 countries flock to Cairo for the International Holy Quran Competition.

Greg Barker, a former war correspondent and creator of films such as "Ghosts of Rwanda," captured the contest in his new documentary "Koran by Heart," which is set to premiere on HBO on August 1, the first night of Ramadan.

Barker's film tells the story of three 10-year-olds -- two boys and one girl -- as they travel to the competition.

All three dedicated most of their early years to memorizing every word of the Quran -- even though they do not speak or understand Arabic, the language in which the holy book is written.

"(The contest) is a window into the world that most non-Muslims or Westerners don't see. It ... puts a human face on the religion," Barker said.

Quran recitations are a regular practice throughout the Muslim world, although they are especially auspicious during Ramadan. Muslims believe it to be the month when the Quran was first revealed to the Prophet Muhammad.

Much of the film focuses on the relationships between the young contestants and their families, offering a glimpse into the daily life of the broader Muslim world.

"These kids are young, not really aware of the politics surrounding Islam, Barker said, "but we see through their families the larger issues that they're grappling with."

Rifdha, for example, is from the Maldives and is one of only 10 girls in the competition. Although both parents want her to be educated, Rifdha's father insists that she grow up to be a housewife; her mother encourages her to work toward a career.

Nabiollah, from Tajikistan, receives widespread acclaim at home and abroad for his masterful recitation skills, but is virtually illiterate in his native language.

Djamil, from Senegal, is asked to represent all of Africa at the competition, but must travel to Egypt alone without any family or friends to guide him.

Source : http://www.huffingtonpost.com/2011/07/27/koran-by-heart_n_911454.html

Movie YouTube: Koran By Heart by Greg Barker (1/6)



Boleh terus menonton untuk sambungan di Koran by Heart (2/6), (3/6), (4/6), (5/6), (6/6)

AllahuAkhbar.