Friday, August 30, 2013

Resepi: Garlic Oil / Minyak Bawang Putih Penambah Selera

Paling orang tak selera bila dengar perkataan "Minyak Bawang Putih" atau pun "Garlic Oil".
Golongan Chinese mereka memang terkenal makan bersama bawang goreng ni. Tau kenapa.. sebab kalau tahu dan dah pernah makan.. memang sedap.. naik selera. 
Kalau makan dengan bihun goreng.. tambah pulak kalau makan dengan Bihun Singapore! Pergh!!! memang syok! 

Selain tu, kita semua tau khasiat bawang putih ni kan. Bagus sangat untuk kurangkan darah tinggi, kolestrol.. sebab dia boleh mencairkan darah.

Tapi ingat pada pesakit jantung yang mengamalkan ubat cair darah daripada hospital/klinik tidak digalakkan ye. Nanti ter-over cair lah pulak. 

Cerita pasal bawang putih punya khasiat ni...ishk.. habis lah cerita pasal Minyak Bawang Putih Penambah Selera...Ok cup sekejap.. nak cerita pasal cerita terkini..

Kawan kami sekeluarga (Chinese Friend) beliau berkahwin dengan warga Switzerland dan tinggal di sana. Sekali terkejut kami semua bila dia update di FB dia sakit tak boleh bangun sebab darah tinggi terlalu tinggi. Alhamdulillah sekarang dia dah pulih...dia cerita, dia amalkan satu ulas bawang putih setiap hari.. tengok powerkan? pemakanan merupakan salah satu cara perubatan... 

Jadi kita pun boleh cuba amal .. tapi kalau boleh minta nasihat pakar dulu ye. 

Ok berbalik kepada cerita ...resepi kita.

 Minyak Bawang Putih Penambah Selera



Bahan:
Bawang putih 8 ulas. 
Minyak masak kelapa sawit 1/2 cawan (agak-agak bawang tu tenggelam)

Caranya:
1. potong dadu kecil bawang putih seperti di Gambar 1.

2. panaskan kuali, masukkan minyak masak, jangan biarkan minyak panas sangat. Agak-agak panas sikit terus masukkan bawang tadi. Gambar 2.
(Nota: Ini sebab kalau minyak terlalu panas, bawang putih akan hangit). 

3. kacau perlahan-lahan.. 

4. bila dah agak kuning sedikit brown macam Gambar 3. Tutup api dan terus pindahkan ke dalam bekas. 
(Nota: ini sebab minyak yang panas tu akan masakkan bawang putih itu selebihnya. Jadi ianya akan cantik macam Gambar 4. Kalau lambat angkat nanti bawang goreng tadi akan hangit berwarna dark brown. Minyak masih boleh guna, tidak membazir cuma, bawangnya tak sedap dimakan sebab rasa pahit.)

Terima kasih pada Chef Radzi.

Resepi ni saya dapat daripada Chef Radzi (www.facebook.com/chefradzi). Masa tu saya datang ke rumah Chef dengan tujuan nak menjemput Najmie, anak kepada Chef kum kawan baik Abang Jimo. 

Masa ke rumah Chef saya memang tak sihat, dah ala-ala ashma pun. Sebab kahak (flame) banyak sangat dan batuk. Dah dijemput dan Chef serta Anisah, isteri Chef sediakan menu yang special... tak dapat lah kami yang datang menjemput ni tolak.. Chef yang perkenalkan minyak bawang putih dimakan bersama bihun singapore beliau yang sangat sedap. Memang syok sungguh bila makan tu... disebabkan oleh minyak bawang putih.. dan bawang putih tu pulak ranggup... sedap sungguh.. siap tambah-tambah. 

Sebab syok sangat makan bersama minyak bawang putih dan duk krup-krup bawang goreng rangup tu tak sedar.. dada yang tadi ketat sebab banyak kahak.. rasa agak lega.. ( ini kira lama juga la kami sembang-sembang dan makan).. rupanya bawang putih ni memang bagus mencairkan kahak.

Lepas tu bila budak-budak batuk berkahak je.. saya pun buat lah bihun dan minyak bawang putih ni.. anak-anak semua memang suka lah.. malah mereka kadang-kadang makan letak dalam nasi pun. 

Mee Goreng bersama Minyak Bawang Putih

Lagi satu kalau terlebih buat pun tak apa.. minyak ni boleh digunakan untuk goreng sayur.. masak apa-apa, jadi tak perlu lagi nak letak bawang putih. 

Cuba lah... 

~Bidadari


Thursday, August 29, 2013

Jom Renang

 Hampir tiap-tiap hujung minggu wuiihh... sebuknya dengan jamuan Rumah Terbuka.. terbuka sana.. terbuka sini.. murah sungguh lah rezeki dari Ilahi..

Tengahari Rumah Terbuka.. petang kita bakar lemak di Jom Renang.

Cerita pasal bakar lemak.. wah wah wah.. abang Ajeem lepas aje bulan Ramadhan semangat untuk mengempiskan perut.. Alhamdulillah.. sebab nak sendiri menjadi.. sekarang ni pandai dah jaga makan, makan nasi di sekolah.. balik rumah malam control tak makan. Kadang-kadang je itu pun kalau menu ikan siakap. Tak percaya? tengok lah sendiri. Mak ina jangan harap nak kipochi pasal abang Ajeem-nye perut lagi ok!

D'Jom Renang

 Dah macam keluarga Mermaid pun.. asal weekend tak balik kampung mesti nak berendam.


 Ini gaya Abang Jimo

Ni pulak gaya Abang Ajeem.. macam yang digambarkan.. kecepuishhh abang Ajeem tu kan seketul comel. 


Nampaknya Anje dah berani untuk buka pelampung Nemo...

 Abang Jimo abang sejati.... Ajar Anje berenang pakai board.


 Wah!!! terpegun abang.. sekali ajar...cuba, terus boleh berenang dengan bangganya.


 
Jom berenang bersama.


~Bidadari

Wednesday, August 28, 2013

Anje In-Love w Misiku Kuza


Dalam rumah ni ada peminat tegar drama siri di Maya HD.. MISIKU KUZA.

Hari-hari tengok.. sekarang ni dah habis dah siri ni.. tapi kami simpan  rekod 1 episod akhir (episod 13) je. Risau kalau tidak nanti habis semua siri nak kena tengok dlm satu malam.. hahahaha

Hari-hari balik kerja je.. mesti kena teman Anje tengok Misiku Kuza.. Kalau tidak sebelum tidur dia akan sebuk ajak tengok. Suka sangat sampai bila slot yang dia suka tu.. sampai 3 hingga 4 kali dia rewind ulang-rewind ulang.

Suka bebenor lah kat si Kuza (Arin Malek) tu. Siap cakap nak kulit putih macam Misi Kuza. Cukup berkenan kat Airiel (Hairul )... tambah pulak kalau slot Airiel cakap "Pisss yoooo". lagi tak puas.. rewind ulang-rewind ulang.

"Pisss yoooo"

Misiku Kuza: "Pissyooo!"...."Apa pis-pis"


Cerita ni memang best.. kelakar .. the krip selamber.. pelakon yang melakonkan watak dengan skrip tu memang syok. Sebab asyik duk gelak je bila tengok cerita ni.. tu yang Anje jadi syok tengok tu..
Nak tau cerita dan al kesah boleh tengok gi tengok kat Astro-On-The-Go, rasanya 31 Ogos ni habis di online. Sinopsis cerita di http://www.astrogempak.com.my/misikukuza.aspx

Awal-awal semua orang teman je lah.. layan je lah... lepas tu abang-abang dah tak kuasa.. Mai si kakak.. bengkek je.. yang kena menanti sapa lagi.. ibunda ni lah. Semoga Anje ingat lah jasa mummy kena layan Anje tengok cerita berulang kali sampai puas.

Nak tau sampai tahap mana dia punya "hantu".. Anje ni kan tak suka membaca perkataan BM. Bila sampai je bab nak belajar baca Bahasa Malaysia memang ngelat.

Tapi mummy yang creative ni.. menggunakan kuasa "Misiku Kuza" untuk belajar membaca... Menjadi juga..
Nak lah dia membaca..

Mummy tulis dan lukis.. di warna oleh Anje sendiri.


Jari bercincin tu lukisan Anje sebab dia kata Airiel bagi cincin kat Kuza.
Bagus juga imagination dia.


 Airiel rambut pacak.. tengok warnakan pacak yang blondy  macam kat tv juga.


 Selitkan sikit phoenix dengan Caramel


 Beca tak ada dalam Misiku Kuza.. tambahan semata-mata


 Marsha dan si lelaki pegawai HR (nama tu tipu je) dalam Misiku Kuza


 Ini Sister Nani, supervisor Misi Kuza


Airiel naik motor macam dlm slot akhir episod Misiku Kuza. 


Habis punya bagus.. buku banyak kat rumah.. yang mummy punya juga yang dia nak baca.

Inilah pembelajaran belajar suku kata menggunakan topik yang disukai oleh si kecil. Ayat? ayat-ayat adalah diberikan oleh Anje.

Tengok je ye .. jangan ketawa.. mummy tak pandai lukis.

So apa cerita anak you all suka.. haa.. cubalah dengan teknik ini. :)

~Bidadari

Buka Puasa Dengan Rendang Minang

Rendang Minang


Alhamdulillah.. rezeki ... itulah bila dah rezeki tu tak ke mana...

Semalam fikir buka puasa dengan oats je.. malas ingat nak makan bila the other half tak ada ...
Time buka puasa pun tak hengat... sebab sebuk melayan Anje tengok Misiku Kuza episod 13.
Sekali bila ke meja terhidang Rendang Minang.. memang favorite.. terus naik syeh! nak makan nasi..
Sedap.. terkejut.. Bing yang masak.. terror..

Pedas-pedas sikit.. best.. Semua anak-anak suka ..lepas ni, raya haji ni Bing je buat rendang.. hehehehe Rendang Minang Philippines.

Itulah kelebihan bila suka membantu.. (Bing tolong kakak Bidadari hari Ahad lepas buat Rendang Minang untuk bawa ke ofis.)

Thank you Bing. Lain kali boleh buat lagi.



~Bidadari

Tuesday, August 20, 2013

Dengan MOod Raya

OpenHouse

Amboiiii semua orang sebuk sungguh dengan raya tahun ni.. tak habis lagi mood raya.. kalau zaman dulu-dulu tak ada open house. sekarang ni.. dah jadi trend. tapi ada baiknya tu sebab masa time ni lah nak jumpa orang jauh! orang lama! orang lama tak jumpa! jiran sebelah! kawan Uni! Kawan sekolah!

Ada yang buat di rumah.. ada di dewan.. ada di restaurant. Tak kira di mana asal tempat dapat jumpa.. tapi yang penting THE SPONSOR!!!!.. terima kasih lah pada yang bermurah hati.. kalau tak ada open house ni tak ada la chance nak berjumpa sangat. Biasa lah bila balik raya kena pulak raya di rumah belah mertua mana nak jumpa kengkawannye.. mesti la masa tu salam perkenalan sanak saudara sebelah mertua.. apa pun yang penting CERIA RAYA.. .maintain!!!

Mood raya semangat raya tak kira yang tua mahupun yang muda..
Bila jumpa kengkawan Uni semua sebuk nak perkenalkan pasangan tersayang.. malah kalau ada "askar-askar" ini lah masanya nak kenalkan the "production" hahahaha..

Kalau jumpa kawan sekolah.. waduh!! dulu semua nya tegang-tegang (kulit muka lah) sekarang hehehehehe... menengangkan pelbagai cara.. riuh rendah sebolehnya sebab semua orang nak cerita. Kalau cerita pasal orang Penang dengan Kedah.. Pendengar dengan si pencerita jumlah sama banyak.. boleh ada 2 - 3 orang cerita serentak dengan penonton/pendengar yang sama nak dengar ke 3-3 cerita tu... power kan!
Yang bagus pulak.. mereka si pendengar ni boleh respond pada ke 3-3 cerita tu.. keh keh keh.

Mula dari minggu balik raya jemputan rumah terbuka tak habis lagi.. ni pun ada lagi yang dah buat invitation.. dengan zaman Media Social ni.. panggilan sempoi penggunaan FB secara menyeluruh memang bagus.. respond pantas senang nak bajet berapa byk F&B nak disediakan.

Tapi macam i.. habis sudah baju raya untuk setiap rumah.. tahun lepas tak ada gi open house sangat jadi tak la nak ambil pot nak beli baju raya lebih tahun ni.. waduh!!! Is it worth it to buy new baju raya for open house?? oh no.. tidak! rasanya pakai je lah apa yang ada kan.. hmm.. ini pun satu lagi delema wanita.

Dalam sebuk beraya sempat lagi ke majlis Aqiqah... terima kasih Pn Nor'ibah atas jemputan.. Yang menarik siap ada Candy Corner. Anje malu-malu.. puas puan pujuk ambil lebih.. :) terima kasih puan layan Princess kecik saya.

Anje nampak banyak candies.. mana satu ni.. yang Aunty pegang pun best juga!


CeritaRaya

Dalam suasana gini teringat juga lah suasana raya yang lalu. Tahun ni dapat beraya ramai-ramai semua sekali adik-beradik..

Jum kita layan gambar sepanjang raya.

Keriangan di pagi raya.. bersama kami adik-beradik dan semua anak-cucu Arwah Chaq&Ba


Dibulan yang mulia lagi ceria.. kita maafkan juruphoto ni... Selamat Hari Raya


Berjalan kaki mencari keberkatan menuju masjid untuk solat raya. Oppss.. mummy terlupa bawa balik sampin.. 


Tidak lupa Tok Din seperti ayah angkat kami sekeluarga.. Tok akan tunggu setiap kali raya.


 Commercial Break!!! Anje and BelovedCuzs..


 Teringin adik? Seronok layan baby, cukup lah dapat rasa manje dengan warga baru (dua-pupu).


Birthday Ajeem 

Dalam sebuk beraya tidak lupa the birthday boy... Happy Birthday Abang Ajeem .. mummy dan daddy rasa Abang Ajeem masih kecil lagi.. tup tup dah 9 tahun. 10 Ogos 2013


Semoga kita semua dapat berjumpa lagi Ramadhan dan Syawal tahun hadapan ... Amin.

Selamat Hari Raya Semua... :) luv u all. 

~bidadari

Tuesday, August 6, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin



Sempena Hari Raya yang dah dekat ini, Bidadari ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri... dan ingin memohon maaf jika ada sebarang kesalahan terkata, terngumpat... tertulis.. yang ada mengguris hati anda semua.. 

Mesti dah ada yang seronok di kampung dan sampai awal untuk merasa nikmat puasa dan berbuka dikampung. 

Kepada yang merancang untuk pulang beraya, beringat-ingat jangan terlupa pula barang yang nak dibawa balik. buat checklist (diri, suami, anak-anak, kuih/hadiah/sampul duit raya/duit raya).. Sama-sama lah kita membawa kereta secara berhemah.. agar semua yang nak pulang muka ceria sebab tak ada sebab nak marah. Lagi pun kita dah tahu raya 8 August 2013..yeeah!

Pesan saya buat semua bila dah hampir sampai ke destinasi jangan ditambah kelajuan mahu pun berlumba sebab nak cepat sampai. Dalam keadaan teruja, kita mungkin hilang fokus dan kawalan.

..Selamat Hari Raya... 

~bidadari~

Amalan Keluarga Minyak Kelapa Dara

Hari ni nak kongsi pasal minyak kelapa dara yang mengjadi amalan kami sekeluarga.



Bila kakak dan Abang Ajeem naik gatal-gatal.. katanya banyak toksik dalam badan.. jadi.. macam-macam ubat dah cuba.. kalau boleh nak elak daripada ubat doktor.. cuba nak amalkan organik medication untuk mereka. Ubat gatal dah! ubat gamat dah!.. tapi tak hilang..kurang .. tapi slow sangat... bila kakak dan Abang Ajeem amalkan makan dan sapu minyak kelapa dara pada tempat yang gatal... alhamdulillah.. makin kering.

Minyak kelapa dara yang antikulat, antibakteria sangat berkesan.. Boleh lihat... makin kering. tentulah satu badan ke badan yang lain reaction-nya berbeza.. tapi yang penting ianya kering... Abang Ajeem sebelum tidur mesti ingatkan untuk sapu pada betisnya..rasa selesa lah tu. Entah kenapa sensitif sangat kulit dia. tapi dah makin kering. Tapi bersyukur ada orang lain mungkin lebih teruk dari tu.

Memang rasanya sama sebijik macam minyak masak kelapa. You all pernah tak dulu-dulu kalau orang tak sihat atau beranak, tok-tok mesti akan masak santan dan buat minyak. Tahi minyak pun orang makan.. hehehe Macam mana anak-anak makan? hmm..Kalau kakak Tasha.. kecantikan kulit punyal hal.. sanggup telah pagi dan malam satu camca (sudu makan). Abang Ajeem.. hmm.. sure tak lalu nak makan macam tu.. jadi dimasukkan dalam sup atau nasi ala-ala dia makan nasi dengan ghee.

Kadang-kadang nak masak nasi lemak pun dimasukkan minyak kelapa dara untuk digantikan santan. Masukkan dalam 2 - 3 sudu makan.

Kita dah dihujung-hujung 30an ni... kenalah jaga kulit.. agar lembab dan tidak kering.. jadi ambil juga.. pagi dan malam. bila dah dihujung-hujung ni mana nak dapat makanan yang mempunyai khasiat macam susu ibu.. tapi Minyak Kelapa Dara memang dah disahkan.. over the world.. makanan yang mengandungi Asid Laurik (Lauric Acid) yang tinggi. 

Minyak kelapa dara pun dapat meningkatkan motabolisme .. jadi dapatlah kurangkan berat badan...

Anda boleh membeli mana-mana minyak kelapa dara sahaja. Kami sekeluarga mengamalkan Minyak Kelapa Dara keluaran KETARA. Bidadari sekeluarga mengamalkan minyak kelapa dara ni sebab ianya diperkenalkan oleh rakan baik suami yang memang turut membuat kajian dan membantu dalam penghasilan produk ni. Boleh google pun  kalau nak tahu lebih.. Minyak kelapa dara yang terbaik adalah dihasilkan tanpa proses pemanasan.. Ianya baik untuk semua.. cara amalannya sahaja berbeza ikut umur. Ibu mengandung pun boleh. 


Tapi ingat... jangan disimpan dalam peti sejuk. Jika diletakkan di tempat yang sejuk suasananya seperti di ofis bidadari yang sejuk tu... ianya akan bertukar warna putih.. membeku..hehehehe... lepas tu bawalah ke tempat yang suhu bilik.. ianya akan cair. Warna sebenar minyak kelapa dara adalah jernih.




Minyak Kelapa Dara (Virgin Coconut Oil) 


(klik untuk imej besar)

Minyak kelapa dara dipercayai mempunyai khasiat kesihatan yang sangat bagus.

Ianya dihasilkan daripada proses cold pressed  tanpa menerima rawatan kimia atau herba dan tidak melalui proses pemanasan (heating process) bagi mengekalkan kandungan nutriennya selepas diproses. Minyak kelapa dara asli adalah jernih. 


Kebaikan Minyak Kelapa Dara:


Minyak kelapa dara mengandungi Asid Laurik (Lauric Acid) yang tinggi yang diketahui seperti ditemui dalam susu ibu. Monolaurik dan Asid Laurik yang terbentuk akan bertindak sebagai bahan antibakteria, antivirus, antikulat dan antiprotozne. Ia juga mempunyai ciri-ciri  antioksidan.


Minyak kelapa dara memiliki banyak manfaat kesihatan seperti rawatan kulit, rawatan rambut (kelemumur dan proriasis), resdung, mengawal kolestrol, menurunkan berat badan, mencegah masalah buah pinggang, penyakit jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis/diabetes, HIV, kanser dan memingkat kansistem kekebalan tubuh, pencernaan serta metabolisma. Ia juga dapat melembap dan menggebukan kulit serta anti-penuaan.

Usahawan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Terengganu Utara (KETARA)
Keluaran yang dipercayai. 

BEST FOR OBESITY - latest breakthrough way to lose weight


Keluaran:

Usahawan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Terengganu Utara (KETARA)

Kandungan: 100% minyak kelapa dara


Berat: 150ml


Cadangan Pemakanan dan Pengambilan:

  1. Dewasa:  1 sudu besar 2 kali sehari (selepas makan)
  2. Kanak-kanak: 1 sudu kecil 1 kali sehari (selepas makan)
  3. Untuk kegunaan luar: sapu pada kulit, rambut dan sebagainya. 

Jika berminat boleh emel ke mjhasni@yahoo.com

~Bidadari

Thursday, August 1, 2013

Penerbangan yang ku rasa pelik

Sebelum ni memang dah biasa bila naik di lapangan terbang, untuk security check mesti kena keluarkan semua barangan termasuk handphone, wallet duit shilling dll ke dalam bakul untuk melalui scanner..

Tapi bila semalam pertama kali pengalaman nak naik A*A**.. semua urusan ... perjalanan.. semua sama je lah... dengan F*F*lz dan M*S.. tapi bezanya... waduh... bila kena buka tali pinggang!!!

Bila dengar pegawai polis laungkan sepaya semua penumpang keluarkan semua barangan dalam poket dan buka tali pinggang... naik terkejut.. Hah!!! buka tali pinggang... depan semua orang.. tak pernah dibuatku.

dah lah anak-anak teruna dibelakang ramai.. nak angkat baju buka tali pinggang.. mau tak mau kena juga la.. tergelak kat situ.. hahahaaha... ada juga macam tu.. ini lah "pelik tapi benar".

Mungkin biasa untuk sesetengah orang.. tapi tak pernah lagi selak baju buka tali pinggang depan orang ramai.. malu ler.. nasib baik jeans yang dipakai tu tak longgar.. kalau tak mau gedebeh ke bawah seluar tu..

Anje yang ikut sekali pun gelak juga.. hehehehe

Bersedialah minda ye bila kena buat benda yang tak biasa sebelum ni depan orang ramai...

hehehehe.. duk tersenyum lagi ni.. lain kali kena lebih beringat...