Wednesday, August 28, 2013

Anje In-Love w Misiku Kuza


Dalam rumah ni ada peminat tegar drama siri di Maya HD.. MISIKU KUZA.

Hari-hari tengok.. sekarang ni dah habis dah siri ni.. tapi kami simpan  rekod 1 episod akhir (episod 13) je. Risau kalau tidak nanti habis semua siri nak kena tengok dlm satu malam.. hahahaha

Hari-hari balik kerja je.. mesti kena teman Anje tengok Misiku Kuza.. Kalau tidak sebelum tidur dia akan sebuk ajak tengok. Suka sangat sampai bila slot yang dia suka tu.. sampai 3 hingga 4 kali dia rewind ulang-rewind ulang.

Suka bebenor lah kat si Kuza (Arin Malek) tu. Siap cakap nak kulit putih macam Misi Kuza. Cukup berkenan kat Airiel (Hairul )... tambah pulak kalau slot Airiel cakap "Pisss yoooo". lagi tak puas.. rewind ulang-rewind ulang.

"Pisss yoooo"

Misiku Kuza: "Pissyooo!"...."Apa pis-pis"


Cerita ni memang best.. kelakar .. the krip selamber.. pelakon yang melakonkan watak dengan skrip tu memang syok. Sebab asyik duk gelak je bila tengok cerita ni.. tu yang Anje jadi syok tengok tu..
Nak tau cerita dan al kesah boleh tengok gi tengok kat Astro-On-The-Go, rasanya 31 Ogos ni habis di online. Sinopsis cerita di http://www.astrogempak.com.my/misikukuza.aspx

Awal-awal semua orang teman je lah.. layan je lah... lepas tu abang-abang dah tak kuasa.. Mai si kakak.. bengkek je.. yang kena menanti sapa lagi.. ibunda ni lah. Semoga Anje ingat lah jasa mummy kena layan Anje tengok cerita berulang kali sampai puas.

Nak tau sampai tahap mana dia punya "hantu".. Anje ni kan tak suka membaca perkataan BM. Bila sampai je bab nak belajar baca Bahasa Malaysia memang ngelat.

Tapi mummy yang creative ni.. menggunakan kuasa "Misiku Kuza" untuk belajar membaca... Menjadi juga..
Nak lah dia membaca..

Mummy tulis dan lukis.. di warna oleh Anje sendiri.


Jari bercincin tu lukisan Anje sebab dia kata Airiel bagi cincin kat Kuza.
Bagus juga imagination dia.


 Airiel rambut pacak.. tengok warnakan pacak yang blondy  macam kat tv juga.


 Selitkan sikit phoenix dengan Caramel


 Beca tak ada dalam Misiku Kuza.. tambahan semata-mata


 Marsha dan si lelaki pegawai HR (nama tu tipu je) dalam Misiku Kuza


 Ini Sister Nani, supervisor Misi Kuza


Airiel naik motor macam dlm slot akhir episod Misiku Kuza. 


Habis punya bagus.. buku banyak kat rumah.. yang mummy punya juga yang dia nak baca.

Inilah pembelajaran belajar suku kata menggunakan topik yang disukai oleh si kecil. Ayat? ayat-ayat adalah diberikan oleh Anje.

Tengok je ye .. jangan ketawa.. mummy tak pandai lukis.

So apa cerita anak you all suka.. haa.. cubalah dengan teknik ini. :)

~Bidadari

No comments:

Post a Comment