Tuesday, August 20, 2013

Dengan MOod Raya

OpenHouse

Amboiiii semua orang sebuk sungguh dengan raya tahun ni.. tak habis lagi mood raya.. kalau zaman dulu-dulu tak ada open house. sekarang ni.. dah jadi trend. tapi ada baiknya tu sebab masa time ni lah nak jumpa orang jauh! orang lama! orang lama tak jumpa! jiran sebelah! kawan Uni! Kawan sekolah!

Ada yang buat di rumah.. ada di dewan.. ada di restaurant. Tak kira di mana asal tempat dapat jumpa.. tapi yang penting THE SPONSOR!!!!.. terima kasih lah pada yang bermurah hati.. kalau tak ada open house ni tak ada la chance nak berjumpa sangat. Biasa lah bila balik raya kena pulak raya di rumah belah mertua mana nak jumpa kengkawannye.. mesti la masa tu salam perkenalan sanak saudara sebelah mertua.. apa pun yang penting CERIA RAYA.. .maintain!!!

Mood raya semangat raya tak kira yang tua mahupun yang muda..
Bila jumpa kengkawan Uni semua sebuk nak perkenalkan pasangan tersayang.. malah kalau ada "askar-askar" ini lah masanya nak kenalkan the "production" hahahaha..

Kalau jumpa kawan sekolah.. waduh!! dulu semua nya tegang-tegang (kulit muka lah) sekarang hehehehehe... menengangkan pelbagai cara.. riuh rendah sebolehnya sebab semua orang nak cerita. Kalau cerita pasal orang Penang dengan Kedah.. Pendengar dengan si pencerita jumlah sama banyak.. boleh ada 2 - 3 orang cerita serentak dengan penonton/pendengar yang sama nak dengar ke 3-3 cerita tu... power kan!
Yang bagus pulak.. mereka si pendengar ni boleh respond pada ke 3-3 cerita tu.. keh keh keh.

Mula dari minggu balik raya jemputan rumah terbuka tak habis lagi.. ni pun ada lagi yang dah buat invitation.. dengan zaman Media Social ni.. panggilan sempoi penggunaan FB secara menyeluruh memang bagus.. respond pantas senang nak bajet berapa byk F&B nak disediakan.

Tapi macam i.. habis sudah baju raya untuk setiap rumah.. tahun lepas tak ada gi open house sangat jadi tak la nak ambil pot nak beli baju raya lebih tahun ni.. waduh!!! Is it worth it to buy new baju raya for open house?? oh no.. tidak! rasanya pakai je lah apa yang ada kan.. hmm.. ini pun satu lagi delema wanita.

Dalam sebuk beraya sempat lagi ke majlis Aqiqah... terima kasih Pn Nor'ibah atas jemputan.. Yang menarik siap ada Candy Corner. Anje malu-malu.. puas puan pujuk ambil lebih.. :) terima kasih puan layan Princess kecik saya.

Anje nampak banyak candies.. mana satu ni.. yang Aunty pegang pun best juga!


CeritaRaya

Dalam suasana gini teringat juga lah suasana raya yang lalu. Tahun ni dapat beraya ramai-ramai semua sekali adik-beradik..

Jum kita layan gambar sepanjang raya.

Keriangan di pagi raya.. bersama kami adik-beradik dan semua anak-cucu Arwah Chaq&Ba


Dibulan yang mulia lagi ceria.. kita maafkan juruphoto ni... Selamat Hari Raya


Berjalan kaki mencari keberkatan menuju masjid untuk solat raya. Oppss.. mummy terlupa bawa balik sampin.. 


Tidak lupa Tok Din seperti ayah angkat kami sekeluarga.. Tok akan tunggu setiap kali raya.


 Commercial Break!!! Anje and BelovedCuzs..


 Teringin adik? Seronok layan baby, cukup lah dapat rasa manje dengan warga baru (dua-pupu).


Birthday Ajeem 

Dalam sebuk beraya tidak lupa the birthday boy... Happy Birthday Abang Ajeem .. mummy dan daddy rasa Abang Ajeem masih kecil lagi.. tup tup dah 9 tahun. 10 Ogos 2013


Semoga kita semua dapat berjumpa lagi Ramadhan dan Syawal tahun hadapan ... Amin.

Selamat Hari Raya Semua... :) luv u all. 

~bidadari

No comments:

Post a Comment