Tuesday, August 6, 2013

Amalan Keluarga Minyak Kelapa Dara

Hari ni nak kongsi pasal minyak kelapa dara yang mengjadi amalan kami sekeluarga.



Bila kakak dan Abang Ajeem naik gatal-gatal.. katanya banyak toksik dalam badan.. jadi.. macam-macam ubat dah cuba.. kalau boleh nak elak daripada ubat doktor.. cuba nak amalkan organik medication untuk mereka. Ubat gatal dah! ubat gamat dah!.. tapi tak hilang..kurang .. tapi slow sangat... bila kakak dan Abang Ajeem amalkan makan dan sapu minyak kelapa dara pada tempat yang gatal... alhamdulillah.. makin kering.

Minyak kelapa dara yang antikulat, antibakteria sangat berkesan.. Boleh lihat... makin kering. tentulah satu badan ke badan yang lain reaction-nya berbeza.. tapi yang penting ianya kering... Abang Ajeem sebelum tidur mesti ingatkan untuk sapu pada betisnya..rasa selesa lah tu. Entah kenapa sensitif sangat kulit dia. tapi dah makin kering. Tapi bersyukur ada orang lain mungkin lebih teruk dari tu.

Memang rasanya sama sebijik macam minyak masak kelapa. You all pernah tak dulu-dulu kalau orang tak sihat atau beranak, tok-tok mesti akan masak santan dan buat minyak. Tahi minyak pun orang makan.. hehehe Macam mana anak-anak makan? hmm..Kalau kakak Tasha.. kecantikan kulit punyal hal.. sanggup telah pagi dan malam satu camca (sudu makan). Abang Ajeem.. hmm.. sure tak lalu nak makan macam tu.. jadi dimasukkan dalam sup atau nasi ala-ala dia makan nasi dengan ghee.

Kadang-kadang nak masak nasi lemak pun dimasukkan minyak kelapa dara untuk digantikan santan. Masukkan dalam 2 - 3 sudu makan.

Kita dah dihujung-hujung 30an ni... kenalah jaga kulit.. agar lembab dan tidak kering.. jadi ambil juga.. pagi dan malam. bila dah dihujung-hujung ni mana nak dapat makanan yang mempunyai khasiat macam susu ibu.. tapi Minyak Kelapa Dara memang dah disahkan.. over the world.. makanan yang mengandungi Asid Laurik (Lauric Acid) yang tinggi. 

Minyak kelapa dara pun dapat meningkatkan motabolisme .. jadi dapatlah kurangkan berat badan...

Anda boleh membeli mana-mana minyak kelapa dara sahaja. Kami sekeluarga mengamalkan Minyak Kelapa Dara keluaran KETARA. Bidadari sekeluarga mengamalkan minyak kelapa dara ni sebab ianya diperkenalkan oleh rakan baik suami yang memang turut membuat kajian dan membantu dalam penghasilan produk ni. Boleh google pun  kalau nak tahu lebih.. Minyak kelapa dara yang terbaik adalah dihasilkan tanpa proses pemanasan.. Ianya baik untuk semua.. cara amalannya sahaja berbeza ikut umur. Ibu mengandung pun boleh. 


Tapi ingat... jangan disimpan dalam peti sejuk. Jika diletakkan di tempat yang sejuk suasananya seperti di ofis bidadari yang sejuk tu... ianya akan bertukar warna putih.. membeku..hehehehe... lepas tu bawalah ke tempat yang suhu bilik.. ianya akan cair. Warna sebenar minyak kelapa dara adalah jernih.




Minyak Kelapa Dara (Virgin Coconut Oil) 


(klik untuk imej besar)

Minyak kelapa dara dipercayai mempunyai khasiat kesihatan yang sangat bagus.

Ianya dihasilkan daripada proses cold pressed  tanpa menerima rawatan kimia atau herba dan tidak melalui proses pemanasan (heating process) bagi mengekalkan kandungan nutriennya selepas diproses. Minyak kelapa dara asli adalah jernih. 


Kebaikan Minyak Kelapa Dara:


Minyak kelapa dara mengandungi Asid Laurik (Lauric Acid) yang tinggi yang diketahui seperti ditemui dalam susu ibu. Monolaurik dan Asid Laurik yang terbentuk akan bertindak sebagai bahan antibakteria, antivirus, antikulat dan antiprotozne. Ia juga mempunyai ciri-ciri  antioksidan.


Minyak kelapa dara memiliki banyak manfaat kesihatan seperti rawatan kulit, rawatan rambut (kelemumur dan proriasis), resdung, mengawal kolestrol, menurunkan berat badan, mencegah masalah buah pinggang, penyakit jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis/diabetes, HIV, kanser dan memingkat kansistem kekebalan tubuh, pencernaan serta metabolisma. Ia juga dapat melembap dan menggebukan kulit serta anti-penuaan.

Usahawan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Terengganu Utara (KETARA)
Keluaran yang dipercayai. 

BEST FOR OBESITY - latest breakthrough way to lose weight


Keluaran:

Usahawan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Terengganu Utara (KETARA)

Kandungan: 100% minyak kelapa dara


Berat: 150ml


Cadangan Pemakanan dan Pengambilan:

  1. Dewasa:  1 sudu besar 2 kali sehari (selepas makan)
  2. Kanak-kanak: 1 sudu kecil 1 kali sehari (selepas makan)
  3. Untuk kegunaan luar: sapu pada kulit, rambut dan sebagainya. 

Jika berminat boleh emel ke mjhasni@yahoo.com

~Bidadari

No comments:

Post a Comment