Tuesday, August 6, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin



Sempena Hari Raya yang dah dekat ini, Bidadari ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri... dan ingin memohon maaf jika ada sebarang kesalahan terkata, terngumpat... tertulis.. yang ada mengguris hati anda semua.. 

Mesti dah ada yang seronok di kampung dan sampai awal untuk merasa nikmat puasa dan berbuka dikampung. 

Kepada yang merancang untuk pulang beraya, beringat-ingat jangan terlupa pula barang yang nak dibawa balik. buat checklist (diri, suami, anak-anak, kuih/hadiah/sampul duit raya/duit raya).. Sama-sama lah kita membawa kereta secara berhemah.. agar semua yang nak pulang muka ceria sebab tak ada sebab nak marah. Lagi pun kita dah tahu raya 8 August 2013..yeeah!

Pesan saya buat semua bila dah hampir sampai ke destinasi jangan ditambah kelajuan mahu pun berlumba sebab nak cepat sampai. Dalam keadaan teruja, kita mungkin hilang fokus dan kawalan.

..Selamat Hari Raya... 

~bidadari~

No comments:

Post a Comment