Tuesday, May 14, 2013

Aduhai Anje

Anak bongsu .. tetap anak bongsu.. aduhai.. tak nak gi sekolah lah pulak...

Betul lah bila dikatakan setiap anak tu berbeza perangai.. Mummy tengah pening ni..

Ingatkan anak lelaki je manja.. dulu masa abang boleh le.. Daddy kerja flexi hours.. Daddy sanggup tunggu abang-abang dulu. Sebelum ke sekolah siap bawa gi kedai dulu. Kalau Abang Jimo pelawat tegar Space U8. Abang Ajeem pelawat tegar 7E. Tunggu 1 jam, 1 jam setiap hari selama sebulan. Sampai tak nangis dah ler...

Ni, Daddy dah tegar kena ada kat ofis 8:30 nun Jalan Tun Razak.. Tak flexi lagi. Mummy ni memang sah-sah no choice masuk ofis 8:00 .. nak balik 5:00pm sharp.

Mummy offer nak hantar pun tak nak. Nak suruh tunggu  dan ambil.. waaa.....
Dah lah dengan suara manja.. lemah gemalai.. "Anje nak mummy hantar. Mummy tunggu lah...Anje nak Mummy hantar Anje sampai rumah."

Daddy, biasa.. anak jangan dipaksa.. biar je.. nanti dia nak lah pergi sekolah.

Agak-agaknya, bila tu dia akan nak gi sekolah?

Aduhai.. tunggulah macam mana pulak esok agaknya..


~Bidadari

Sunday, May 12, 2013

Anje Pilih Q-Dees

Hari yang dinanti-nantikan akhirnya... Anje masuk sekolah... wah.. sukanya dia.. Bidadari pulak yang berdebar-debar. Anje? Happy sangat.. teruja nak pergi sekolah. 



Bersedia ke sekolah

Dalam kepala ni.. "Macam mana lah dia ni.. boleh ke Anje gi sekolah ditinggalkan... naik transport sendiri... nangis macam abang-abang ke?" 

Zaman abang-abang dulu.. aduhai.. cabaran, dua-dua nangis ....hari-hari nangis.. satu bulan.. Daddy yang tak sanggup tengok anak ditinggalkan menangis di sekolah, Daddy lah tunggu hari-hari sampai anak diam baru pergi kerja, tunggu samapi 1 jam setengah baru beredar ke ofis. Dulu daddy kerja flexi-hours ok lah. Daddy tunggu abang Jimo 1 bulan setengah. Abang Ajeem 1 bulan. 

Satu malam tak berapa nyenyak tidur..Anje bangun pagi-pagi lagi.. 6:30 pagi mandi bersiap nak ke sekolah.
Seorang lagi yang teruja adalah Abang Ajeem. dia pun bangun awal nak hantar adik ke sekolah. Sayangnya abang, nak pastikan Anje ok ke sekolah. Walau pun mereka berdua selalu bergaduh, tapi tetap caring.

Untuk hari pertama, mestilah Bidadari yang hantar. huhu... Anje yang pilih sekolah Q-Dees TTDI Jaya. Katanya sekolah ni ada swimming pool. Bidadari memang prefer Q-Dees sebab dia ada set pembelajaran yang lengkap sendiri untuk English, BM, agama Islam dan Mandarin. Proper set for reading and writing.
Yang penting dia suka nak gi sekolah ... 


Anje dah masuk kelas. Masih blur lagi, mana nak duduk. 

Dalam kelas, budak, biasa! Kecoh dan bising. Anak-anak kalau tak bukan lah kanak-kanak. happening betul sekolah tu.. Walau pun cikgu tinggikan suara, tapi mereka boleh je buat derk! Hehehehe mereka kah dah 5 bulan di sekolah, dah jadi TAIKO pun. terima je lah..yang penting... sekali lagi Anje suka nak ke sekolah.


Lepas hantar, tunggu lah selama 1 jam. hmm ok je dia. happy sunggu siap dapat kawan baru. mesra pulak tu. Ok! Mummy boleh balik dulu, nanti datang balik. 

 Sarapan bersama Abang Ajeem

Abang Ajeem mana boleh tahan tak sarapan. Tak jadi balik rumah, terus ke kedai Asam Pedas untuk sarapan. Sedap lauknya. ramai juga pelanggan. Rupa-rupanya ramai yang kerja sendiri dan tak pergi kerja lagi. 

Abang Ajeem punya komen "Cikgu sekolah Ajeem lembut-lembut. Tak tegas." Rupa-rupanya Abang Ajeem sangat risaukan Anje. Risau Anje nangis. Hmm... nasihat untuk Abang Ajeem dan diri sendiri " Alah! biasalah Anje baru masuk. Mereka tu semua dah biasa dah.. dah taiko di situ. tak pa. Kalau apa-apa cikgu mesti telefon mummy."




 Anje memang tough!. tengok masa pergi ambil Anje balik sekolah. Wah seronoknya dia. happy sungguh duk sembang-sembang dengan dua beradik tu. Syukur.

Di Q-Dees, Anje ambil kelas Arts dan Mandarin. balik tak lewat pun. lagi pun dia duduk rumah sesorang bosan juga. Hari biasa 12:30pm. Hari Jumaat sebab ada kelas Arts balik pukul 1pm. Dia suka di sekolah tu sebab pelajar tak duduk dalam satu kelas sahaja. Bila waktu agama islam dan mandarin, mereka akan tukar kelas dan berkumpul dengan pelajar-pelajar dari kelas lain yang ambil subjek yang sama. Jadi ramai lah kawan dia.

Memandangkan kali ni Daddy tak dapat hantar Anje, jadi Daddy hanya terima update melalui whatsapp.. gambar dan status terkini. Pilu juga hati Daddy bila Bidadari cakap " First time you tak hantar anak ke sekolah" opss.. rasa guilty ke, saje je nak kasi rasa guilty (wink!)

Tok Ani, Wan, Mama-mama semua sebuk dengan updates Anje ke sekolah. Anje bukan sahaja anak bongsu tetapi cucu bongsu yang paling kecil. Menjadi perhatian semua.



Ini kasut sekolah baru dari Daddy. Suka lah dia dapat kasut baru. Kasut Princess indaman hati. Jangan tanya harga, tak berbaloi untuk ke sekolah :P.





Inilah layanan Daddy buat anak-anak dia. Buat Anje yang seronok ke sekolah dan Abang-Abang yang penyokong Anje. Abang Ajeem dengan Anje memang ngam dua orang tu. Mesti bodek Daddy ke Shushi King sebab nak duduk kat meja yang makanan dia bergerak. Tengok tu... seronoknya dia ambil lepas satu, satu. Makan, habis! By the time masuk kereta terlena terus Anje sebab kekenyangan. Seronok makan, sebab seronok nak ambil makanan yang bergerak tu.


Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Pengalaman baru dalam hidup Anje.

~Bidadari

Friday, May 10, 2013

Resepi MyPasta

MyPasta


Bila kita cakap pasal menjaga pemakanan... seeloknya ianya bukan berseorangan.. daripada pengalaman, sokongan dan pemilihan untuk menukar cara pemakanan yang berjaya adalah bila the whole family terlibat. 
Alhamdulillah.. memang berjaya.. anak-anak pun tak kisah kalau kurangkang masin dan manis. Banyakkan makanan bakar/stim dan sayur-sayuran. Cubalah. mesti boleh buat. 
Sejak dua menjak ni memang makan asyik cheesy dan manis-manis.. jadi dinner  kali ni kita buat pasta yang lebih healthy.  

Resepi MyPasta


Bahan A:
1/2 pack pasta (spaghetti/fettuccine)
1/2 biji Broccoli - dipotong ikut saiz yang disukai


Caranya:  
1- Panaskan air , masukkan garam.
2- Kemudian masukkan pasta.
3- Bila pasta agak nak masak, masukkan broccoli
4- Broccoli dah masak, angkat dan sejatkan air (biarkan sedikit air agar pasta tidak kering)
Bahan B:
4 ulas bawang putih
1/2 sudu lada hitam 
1/2 sudu (ikut rasa) garam 
1/2 biji Capsicum merah - dipotong besar
1/2 biji Capsicum kuning - dipotong besar
2 biji buah tomato - dipotong besar

2 sudu besar minyak zaitun 
1 batang daun bawang - dipotong halus (5mm)


Caranya:
1- Tumbuk bawang putih, lada hitam dan garam sampai lumat.
2- Gaulkan (1) dengan capsicum merah, capsicum kuning, buah tomato dan minyak zaitun dalam bekas untuk dimasak. 
3- Panaskan bekas dan biar ia masak. Sekali sekala dikacau. 
4- Bila buah tomato sudah masak dan lembek sedikit masukkan pasta bersama broccoli tadi. 
5- Kacau rasa dan tambah minyak zaitun jika suka, kacau lagi.
6- Dah mesra boleh tutup api dan dihidangkan. 


 Anak-anak suka sebab tak pedas.

~Bidadari