Sunday, May 12, 2013

Anje Pilih Q-Dees

Hari yang dinanti-nantikan akhirnya... Anje masuk sekolah... wah.. sukanya dia.. Bidadari pulak yang berdebar-debar. Anje? Happy sangat.. teruja nak pergi sekolah. 



Bersedia ke sekolah

Dalam kepala ni.. "Macam mana lah dia ni.. boleh ke Anje gi sekolah ditinggalkan... naik transport sendiri... nangis macam abang-abang ke?" 

Zaman abang-abang dulu.. aduhai.. cabaran, dua-dua nangis ....hari-hari nangis.. satu bulan.. Daddy yang tak sanggup tengok anak ditinggalkan menangis di sekolah, Daddy lah tunggu hari-hari sampai anak diam baru pergi kerja, tunggu samapi 1 jam setengah baru beredar ke ofis. Dulu daddy kerja flexi-hours ok lah. Daddy tunggu abang Jimo 1 bulan setengah. Abang Ajeem 1 bulan. 

Satu malam tak berapa nyenyak tidur..Anje bangun pagi-pagi lagi.. 6:30 pagi mandi bersiap nak ke sekolah.
Seorang lagi yang teruja adalah Abang Ajeem. dia pun bangun awal nak hantar adik ke sekolah. Sayangnya abang, nak pastikan Anje ok ke sekolah. Walau pun mereka berdua selalu bergaduh, tapi tetap caring.

Untuk hari pertama, mestilah Bidadari yang hantar. huhu... Anje yang pilih sekolah Q-Dees TTDI Jaya. Katanya sekolah ni ada swimming pool. Bidadari memang prefer Q-Dees sebab dia ada set pembelajaran yang lengkap sendiri untuk English, BM, agama Islam dan Mandarin. Proper set for reading and writing.
Yang penting dia suka nak gi sekolah ... 


Anje dah masuk kelas. Masih blur lagi, mana nak duduk. 

Dalam kelas, budak, biasa! Kecoh dan bising. Anak-anak kalau tak bukan lah kanak-kanak. happening betul sekolah tu.. Walau pun cikgu tinggikan suara, tapi mereka boleh je buat derk! Hehehehe mereka kah dah 5 bulan di sekolah, dah jadi TAIKO pun. terima je lah..yang penting... sekali lagi Anje suka nak ke sekolah.


Lepas hantar, tunggu lah selama 1 jam. hmm ok je dia. happy sunggu siap dapat kawan baru. mesra pulak tu. Ok! Mummy boleh balik dulu, nanti datang balik. 

 Sarapan bersama Abang Ajeem

Abang Ajeem mana boleh tahan tak sarapan. Tak jadi balik rumah, terus ke kedai Asam Pedas untuk sarapan. Sedap lauknya. ramai juga pelanggan. Rupa-rupanya ramai yang kerja sendiri dan tak pergi kerja lagi. 

Abang Ajeem punya komen "Cikgu sekolah Ajeem lembut-lembut. Tak tegas." Rupa-rupanya Abang Ajeem sangat risaukan Anje. Risau Anje nangis. Hmm... nasihat untuk Abang Ajeem dan diri sendiri " Alah! biasalah Anje baru masuk. Mereka tu semua dah biasa dah.. dah taiko di situ. tak pa. Kalau apa-apa cikgu mesti telefon mummy."




 Anje memang tough!. tengok masa pergi ambil Anje balik sekolah. Wah seronoknya dia. happy sungguh duk sembang-sembang dengan dua beradik tu. Syukur.

Di Q-Dees, Anje ambil kelas Arts dan Mandarin. balik tak lewat pun. lagi pun dia duduk rumah sesorang bosan juga. Hari biasa 12:30pm. Hari Jumaat sebab ada kelas Arts balik pukul 1pm. Dia suka di sekolah tu sebab pelajar tak duduk dalam satu kelas sahaja. Bila waktu agama islam dan mandarin, mereka akan tukar kelas dan berkumpul dengan pelajar-pelajar dari kelas lain yang ambil subjek yang sama. Jadi ramai lah kawan dia.

Memandangkan kali ni Daddy tak dapat hantar Anje, jadi Daddy hanya terima update melalui whatsapp.. gambar dan status terkini. Pilu juga hati Daddy bila Bidadari cakap " First time you tak hantar anak ke sekolah" opss.. rasa guilty ke, saje je nak kasi rasa guilty (wink!)

Tok Ani, Wan, Mama-mama semua sebuk dengan updates Anje ke sekolah. Anje bukan sahaja anak bongsu tetapi cucu bongsu yang paling kecil. Menjadi perhatian semua.



Ini kasut sekolah baru dari Daddy. Suka lah dia dapat kasut baru. Kasut Princess indaman hati. Jangan tanya harga, tak berbaloi untuk ke sekolah :P.





Inilah layanan Daddy buat anak-anak dia. Buat Anje yang seronok ke sekolah dan Abang-Abang yang penyokong Anje. Abang Ajeem dengan Anje memang ngam dua orang tu. Mesti bodek Daddy ke Shushi King sebab nak duduk kat meja yang makanan dia bergerak. Tengok tu... seronoknya dia ambil lepas satu, satu. Makan, habis! By the time masuk kereta terlena terus Anje sebab kekenyangan. Seronok makan, sebab seronok nak ambil makanan yang bergerak tu.


Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Pengalaman baru dalam hidup Anje.

~Bidadari

2 comments:

  1. Asalammualaikum,
    Hai....saya Lynn....just ingin bertanya....hows your beautiful girl at q dees pre school.
    U rasa ok tak di sana.....I baru hantar anak I disana....saje nak tau dari yg berpengalaman hantar anak disana :) thanks ya....please reply kat lynn ya.....appreciate sangat. my facebook:- https://www.facebook.com/lynn.masterchef

    ReplyDelete
  2. Maaf ye sebab lately saya sangat sibuk sampai tak sempat nak tengok blog. Ini baru ada sedikit kelapangan untuk menjengah blog sendiri. So kawan-kawan kalau saya tak dapat memantau update you all so sorry.

    So Lynn, macam mana anak sekarang, harap everything good.

    Anak saya tu manja sangat. So dia pergi sekejap jer..
    Dia nak saya tunggu... saya tak sambung dia di situ, sempat sekejap jer.
    Anak Lynn di Q-Dees mana. Boleh share.

    kepada yang lain, jangan ambil apa tindakan saya stop Anje sebagai menggerunkan.
    Ini sebab saya bekerja tak boleh nak hantar dia ke sekolah dan teman dia hari-hari.

    ReplyDelete