Friday, August 5, 2011

Nasihat Untuk Kawan-Plumbing


Buat kawan-kawan tak kira di mana jua... berhati-hati bila memilih plumber. Tak kisah la kita ni wanita ke lelaki ke.. sudah banyak kes Bidadari dengar terutamanya di kawasan Bidadari.

Kalau boleh tak perlu lah simply ambil card yang diselitkan di pagar rumah untuk panggil repair electrical wiring, plumbing etc. Banyak yang terkena mereka akan datang dan repaired lepas tu the cost exorbitantly .. really unexpected.

Perkara ini berlaku pada jiran dan kawan yang tinggal di kawasan kami. Nak repair paip sink tersumbat je. Segan (malas +malu) nak bertanya called dari namecard yang terselit kat pagar. Kerja dah siap, sempoi je la.. habis cikai pun dalam RM80, 1 sink je pun. Sekali bila tanya berapa dia kata "RM4000". Imagine! boleh ke kos RM4000 untuk bayar sink tersumbat. Semalam Bidadari panggil plumber repaired lubang toilet tersumbat termasuk 2 sink pun baru RM150. Huh!!! charged ini berlaku pada 2 orang berbeza tapi amount yang sama.

Nego punya nego, plumber tu dah la katanya macam gangster, siap bawa geng buat ancaman lagi, takut nanti diapa-apakan pada keluarga, gengster ni bersetuju sorang tu dia bayar RM2000 dan sorang lagi RM3000.

Sebagai peringatan untuk semua termasuk diri ini, berhati-hati dan kita ingat pesan ini "Malu bertanya sesat jalan". Kalau kita baru di kawasan itu apa salahnya kita tanya dengan jiran tetangga yang kita kenali (sambil kenal mengenal) sesiapa /syarikat yang mereka biasa , kerja bagus, bersih dan boleh trusted untuk bantu.

Sama-sama kita berkongsi.

Skandal Ais Lemon Tea


Bila tengok air ni.. memang terliur, especially bila dah masuk dalam pukul 5 petang.. fuh mencabar jangan kata anak-anak, mak anak pun tergoda.

Sedapkan.. itu la buat anakku Ajeem duk kepingin sangat. Jadi, pi sekolah sampai-sampai ja tengahari tu pergi beli kat kantin awal-awal simpan dalam meja kelas.





Kat sekolah biasanya jual yang botol dan tin. Ajeem tak main la yang dalam tin, kecik! Beli yang botol , 1 botol. Member ni apa lagi semangat la balik nanti nak berbuka dengan air lemon tea.. tak sabar, tak sabar.

Yang nak dijadikan skandal ni... waktu rehat jam 3:10 petang kat sekolah semua kena turun, ada yang baru nak "bersahur", Ajeem kata kawan-kawan dia bawa air dan makan kat kantin sebab lepas tengahari (lepas waktu rehat) mereka berpuasa. Alhamdulillah anakku ni walaupun sahur jam 11:30 pagi ada la juga ertinya tak boleh makan dan minum lepas tu.

Yang nak dijadikan skandal ni..(ok, ok dah sampai bab skandal) lepas waktu rehat dan member naik kelas tengok-tengok air ice lemon tea dia dah tinggal botol kosong. Ada member kelas dah bedal!.. Aduh.. nangis dalam hati la.. sedih, pilu, kejam dengan tindakan kawan yang sanggup minum sampai habis, tinggalkan botol kosong pulak tu.Sampai hati.

Bila balik rumah, mengadu la kat mummy, dia dahaga la mummy, dia puasa tak minum apa-apa pun. "Air Ice Lemon Tea Ajeem beli tadi ada orang minum sampai habis." Sedih juga mummy dengar terdahak anakku, dah la lembek berpuasa. Mungkin budak tu aim dah masa masuk kelas awal-awal hmmm sedap.. sejuk ... walauapa pun tak kisah la bab nak minum.. teringin hak orang, standard nature of anak-anak, tapi kenapa la minum sampai habis tak tinggal sikit untuk tuan empunya.

Memandangkan mummy dah belikan air "Blue Lemon" dan "Air Bandung" dekat pasar ramdhan tadi, kita minum dulu air yang ada. Jangan membazir, Alhamdulillah Ajeem boleh tunggu esok untuk mummy belikan untuk berbuka nanti. Nampaknya Ajeem dah serik nak beli kat sekolah...

Gitu la skandal bulan puasa tidak dapat tahan nafsu keinginan Ice Lemon Tea.

Thursday, August 4, 2011

Jahitan manik jubah


Inilah hasil untuk meng-3D menggunakan manik.. 1 hari menenungnya, tak nampak?

Kat tengkuk dan deretan ke bwh ikut bunga dan ranting... Utk kepuasan diri.. kalau tak kosong sangat.. ada la tambah skit kat tangan, lupa pulak nak ambik gambar.

Kepada kawan-kawan yg bersemangat menjahit manik. Go Go.. u can do it.. Go Go Power Rangers!

Perasaan Rindu Nikmat Tak Terperi



Rindunya bila ke ofis teringat kat Anje.. tambahan pulak tengok gambar ni... Gerammmm...

Mummy rindu kat abg dan kakak juga.. yg kasi meriahkan suasana rumah... Muah muah muah..

Begitulah perasaan ibu yg bekerja.. kepada yg bujang dan anak dlm peyut tu satu hari akan dpt merasai perasaan ini... Nikmat Allah bagi yg tak boleh dibeli dgn wang belian.

Wednesday, August 3, 2011

Semangat Merdeka: Lagu 1 Malaysia

Sekarang ni hari-hari balik nyanyi lagu 1 Malaysia.. sampai kan siap buka youtube kat rumah nak hafal supaya kena dengan music.. chewah!!! yang best.. Anje pun dah pandai nyanyi ada la tune tu kena juga.. semangat..

Untuk meriahkan lagi suasana Merdeka .. untuk cintai tanah air ku.. maka tidak ketinggalan Bendera Malaysia dinaikan depan rumah... dah lama naik dari 15 Julai lagi.. Kalau kita tak sayang negara kita.. sapa lagi..

Jum kita hayati lagu 1 Malaysia.. Tahniah buat warga LimKokWing University yang berjaya menyemarakan suasana dengan lagu ini.

Juadah Berbuka Puasa

Wah wah wah!!!!!!! nampaknya kawan-kawan semua bukan saja pakat sembang kosong pasal juadah berbuka..malah menu menjadi kenyataan.. kalau tengok diblog kawan-kawan dan FB semua pakat duk posted pasal menu makan yang telah disediakan..

Memandangkan anak-anak Bidadari dan Suami jenis yang sempoi...apa lagi.. maknya kena fikir sempoi je.. So kalau rasa nak jenguk menu rumah Bidadari tak yah ler.. Walaubagaimana pun anak-anak kata "sedap, mummy." itu udah bagus.

So apa lagi? Masak apa kengkawan? Boleh la share idea ni...

Tuesday, August 2, 2011

Jadual Waktu Berbuka Puasa

Agak-agak nak tahu waktu berbuka puasa di tempat sendiri dan pukul berapa ye mak ayah berbuka di kampung boleh semak di Waktu Berbuka Puasa & Imsak Negeri Seluruh Malaysia


Persoalan berkenaan puasa agak menarik boleh dibuat bacaan sempena melangut di waktu yang melangut tu... Carian Jakim. Nak cari pasal lain pun ada. menarik juga.

Selamat berbuka puasa.

Surah Al-Kawthar





Nak baca AlQuran online.. boleh baca anytime...
Terima kasih kepada Portal Quran.

Berbuka, Terawih & Sahur Bersama Anak-Anak

Kali ni berpuasa nampaknya lebih menarik sebab kakak dah besar dan dah wajib atas dia...Semangat kakak nak "puasa penuh" dan menjadi insani yang lebih baik, insyaAllah mummy doakan bersama semoga berjaya.

Jimo..? Alhamdulillah... berjaya.. lepas berbuka dengar abang jerit " Yahoo.. puasa penuh hari ni!".. seronok betul bila puasa penuh dengan kerelaan hati.. suka mummy juga. Pagi kejut abang sahur tak la susah cuma mummy kena suap makan.. dapat makan dalam 6 suap pun dah kira ok. Biasa la kalau awal-awal nak adjust diri nak makan pagi-pagi buta.. hmm memang la slow..


***Pesanan Penaja*********************************
Oh ye pesanan mak (insyaAllah kita doakan yang terbaik) baca Surah Al-Kawthar sebelum kita nak makan dan minum lepas berbuka dan waktu sahur.. insyaAllah kurang rasa dahaga dan lapar. Ini pesanan mak bidadari (Tok Ani) buat anak-anak, menantu dan cucu.. setiap cucu-cucu-nya Tok Ani akan telefon dan pesan. Naluri keibuan dan tanggungjawab masih dipegang utuh oleh Tok Ani.

Surah Al-Kawthar ini Bidadari linked dari Portal Al Quran. Terima kasih kepada hamba Allah yang membangunkan Portal tersebut.
***************************************************

Anje pulak.. suka sangat bila puasa. Siap cakap dengan Bing (my philipino maid) " I puasa"... hehehe tapi masih Anje makan dan minum susu waktu makan dan nak tidur.. ok la.. untuk budak 3 tahun dah tahu puasa tu tak boleh makan dan minum kira excellent. lagi 2 jam nak berbuka Anje dah tak makan dan minum.. hmmm bertahan juga dia bila tengok Keropok "Contos" berbling-bling hehehehe.. Anje kata " Tak boleh makan, nanti masuk neraka". Pandai -pandai... Tengok la rupa Anje bangun Sahur pagi tadi 5:00 pagi, .. terkejut mummy tup tup Anje dah tercongot kat meja makan dengan muka yang bergitu happy dan bangga sekali.. tapi bila nak ambik gambar hantar kat Tok Ani.. terus berlakon muka letih...

Anje Sahur Nasi & Udang


Ajeem pulak macam mana ye.. Ajeem ni sahur lewat skit.. dalam masa belajar puasa ni mummy masih bangga dengan semangat berpuasa di sekolah walaupun pukul 11:30 pagi dah minta makan nasi sebab lapor.. Ajeem balik sekolah dah kendur lutut mengalahkan abang yang puasa penuh.. "mummy, dahaga... dahaga la.. tadi kena berdiri tengah panas sebab dalam dewan dah penuh.."... "inshhh... lagi 1 1/2 jam je lagi.. sabar la..."... "tak boleh la mummy... rasa macam nak pengsan dah..tadi kat sekolah kawan Ajeem bawa air, mereka kata mereka puasa lepas tengahari.." hehehe boleh ke gitu.. ok la mummy kasi credit kat Ajeem. "Boleh minum, tapi sikit je tau.. air kosong." "Ok, tq mummy."
Itu lah gaya Ajeem... sahur memang tak nak bangun awal.. dia dah pesan dia sahur lewat.. Kasi chance ler...

Terawih kami di rumah ramai-ramai.. Daddy baca ayat "mukhaddam" jadi seronok.

Selamat Berpuasa: Niat Puasa

Selamat berpuasa untuk semua... kawan-kawan.. akak-akak, adik-adik dan anak-anak. Umat Islam seluruh dunia dah mula berpuasa pada 1 Ramadhan bersamaan 1 Ogos 2011 .. berbukanya semalam dengan makanan yang lazat-lazat memberi kita kesyukuran kerana ada anak-anak kecil dan orang di luar sana yang tak mampu untuk berbuka dengan sempurna.. InsyaAllah puasa mereka akan cukup sempurna. Kita doakan sama-sama buat semua umat Islam.

Bidadari ada berpesan kepada anak-anak, kita harap puasa kita kali ini lebih baik dari tahun sebelumnya dan puasa hari ini lebih baik dari puasa kelmarin/semalam. Sama-sama kita ingatkan.. berpuasa itu adalah rukun islam yang ke -3 "Berpuasa pada bulan Ramadhan". InsyaAllah dengan lebihkan ibadah dan keikhlasan kita .. dosa-dosa kita akan diampunkan dan kita doa kita di bulan ini dimakburkan.

Lafaz Niat Puasa dan Doa Berbuka Puasa

Lafaz niat puasa fardhu Ramadan
Niat puasa Ramadan
Ertinya: Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
Doa Ketika Berbuka Puasa
Doa berbuka puasa
Ertinya: Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani.
********************************************************************
Bidadari sharekan terima kasih kepada Kulanzsalleh.

Bidadari ingin mengucapkan selamat berpuasa dan ingin memohon maaf kepada semua yang mengenali diri ini.

Bidadari