Tuesday, August 2, 2011

Selamat Berpuasa: Niat Puasa

Selamat berpuasa untuk semua... kawan-kawan.. akak-akak, adik-adik dan anak-anak. Umat Islam seluruh dunia dah mula berpuasa pada 1 Ramadhan bersamaan 1 Ogos 2011 .. berbukanya semalam dengan makanan yang lazat-lazat memberi kita kesyukuran kerana ada anak-anak kecil dan orang di luar sana yang tak mampu untuk berbuka dengan sempurna.. InsyaAllah puasa mereka akan cukup sempurna. Kita doakan sama-sama buat semua umat Islam.

Bidadari ada berpesan kepada anak-anak, kita harap puasa kita kali ini lebih baik dari tahun sebelumnya dan puasa hari ini lebih baik dari puasa kelmarin/semalam. Sama-sama kita ingatkan.. berpuasa itu adalah rukun islam yang ke -3 "Berpuasa pada bulan Ramadhan". InsyaAllah dengan lebihkan ibadah dan keikhlasan kita .. dosa-dosa kita akan diampunkan dan kita doa kita di bulan ini dimakburkan.

Lafaz Niat Puasa dan Doa Berbuka Puasa

Lafaz niat puasa fardhu Ramadan
Niat puasa Ramadan
Ertinya: Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
Doa Ketika Berbuka Puasa
Doa berbuka puasa
Ertinya: Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani.
********************************************************************
Bidadari sharekan terima kasih kepada Kulanzsalleh.

Bidadari ingin mengucapkan selamat berpuasa dan ingin memohon maaf kepada semua yang mengenali diri ini.

Bidadari

No comments:

Post a Comment