Saturday, July 23, 2011

Amalan 5S Sentiasa

Sekarang ni.. bila datang je hari Jumaat .. itulah hari operasi 5S.. semua warga di ofis akan tukar pakaian yang bersesuaian untuk memula operasi. Terima kasih pada AJK yang bertungkus lumus buatkan jadual.. buat publisiti dan terutamanya roommate-ku yang menjadi Auditor 5S yang paling berdedikasi.

Selama ni memang tak berkesempatan nak ber5S selama bulan 6 dan 7 kerana komitmen kerja. Sorry ye kawan-kawan. Semalam dengan kerjasama MsJ dan MrZiri dapatlah kami menyisih dan menyusun. Itu pun rasanya dah tahap tenaga sifar.. paham-paham jer ye dengan kadar umur dan kurangnya aktiviti bersenam.. Oh ye tak lupa thank you MrLai yang turut serta untuk membantu kami mempercepatkan proses menyisih.. apa lagi.. bila boss kata ni tak perlu.. terus bedebush!! masuk dalam kotak untuk shred, shredder dan bersedia untuk beroperasi.

Amalan 5S : Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke merupakan perkataan Jepun yang membawa maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Praktik.

Rupa-rupanya amalan di rumah pun turut dilaksana oleh pembantu rumah ku yang baru.. hehehe memang cleorrrr (clear) habis almari dan stor. ok la.. so far tak berguna pun duk asyik menyimpan sebab sayang nak buang.. bila org lain buang biar je la.. sebab bukan tangan ni yang buang.

Kita rasa u all semua pun boleh buat.. ikut macam saya.. hehehe mulakan dengan almari baju. Sisihkan baju yang pakai, tak pakai (tak muat dah .. dah makan diri baju tu..) dan baju yang ada nostalgia. Hubby kita biar je kita buat sendirian.. bila dah sampai siap bahagian susun dah.. "Arghh!!! mana dia baju "pagoda"" member (hubby) dah kecoh dah... hehehehe tadi dia nampak kita masukkan baju pagoda dia kat dalam bahagian yang nak let go. "Kenapa baju putih i tinggal skit?"...hmm takkan la diri ni nak buang baju elok.. sebenarnya sikit le.. yang buang tu yang dan lama, makan diri pun (lubang kecik-kecik) dan kuning sebab lama tak pakai.. lepas tu .. bila dia perhati.. kita asingkan yang round-neck dengan yang ada butang. hehehehe.... rasa seronok pula nak buka almari bila tengok pakaian kemas dan senang nak pilih..

kalau buat skit-skit mesti boleh punya betul tak? nak mula kan tu je kena semangat kental skit.

lepas ni nak ajak anak-anak buat Sisih dan Susun untuk almari mereka pulak..Amalkan yang baik..

No comments:

Post a Comment