Monday, July 29, 2013

Anak-Anak Semasa Ramadhan

Tinggal lagi 10 hari lagi dah nak Raya!!!! Dah pasang pelita ker? Kami dah pasang.. yuhooo....semangat!
Pelita kena pasang.. itu simbolik... kenangan lampau... dan memberi aura ...
(ingat, berhati-hati bila pasang pelita minyak gas...)



Bila cerita pasal puasa... Anje paling semangat berpuasa... wah.. betul-betul tekat... untuk si anak kecil kami ni dapat berpuasa penuh walaupun ada hari dibukanya... sudah boleh membuahkan senyuman dan kebanggaan dihati.  Kakak dan abang semua.. mula puasa penuh bila dah bersekolah.. kalau tidak sahur mesti pukul 7 pagi atau 11 pagi... Semasa mereka kecil tiada paksaan, lagi pun tidak wajib bagi mereka.. Alhamdulillah bila dah sekolah dengan sendirinya mereka puasa penuh sepenuhnya.. itu pun selepas masuk Tahun 3. Setiap ibubapa dan keluarga ada rahsia dan cara tersendiri...

Tengok Anje.. rupa tak macam orang puasa.. kuat semangat betul.. petang-petang sibuk tunggu mummy balik kerja, habis masak lauk berbuka, ajak main solek-solek..
Cantik tak mummy solekkan..



ops... bila anje solek mummy.. tak boleh masuk blog.. hahahaha belang-belang mata mummy  eye shadow habis semua warna Anje letak... boleh imagine lah muka mummy bila tengok anje solekkan mainan patung dia tu.. :)




~bidadari

No comments:

Post a Comment