Monday, September 28, 2009

Raya Dulu Raya Sekarang

Alhamdulillah Bidadari dan keluarga dapat behari raya dengan Tok Ani dan Wan serta kaum kerabat Bidadari semua. Dah bertahun-tahun la juga adik-beradik Bidadari tak berkumpul raya sekali seperti kali ini. Suka benar Tok Ani dan Wan sampai setiap jam je perjalanan pulang kami mesti akan dapat panggilan telefon untuk bertanya kami dah sampai di mana. Budak-budak pun makin gelisah di dalam kereta tak sabar nak sampai ke rumah Tok dan Wan.

Balik Sabtu pagi-pagi jamm juga.. mungkin semua org pun pikir sama macam kita. Tapi tak la teruk sangat... biasa sampai dalam 4 jam setengah.. kali dalam 6 jam.. anyway jemu la juga.


Jamm di Jelapang, Perak

Tapi bila diingatkan kembali raya Bidadari dulu semasa sebaya anak Bidadari dan raya anak-anak Bidadari sekarang banyak sungguh perbezaannya. Sambutan dulu lebih meriah, lebih terpancar suasana wajah raya dimuka masing-masing. Hari-hari mesti akan mencuba baju raya yang bakal dipakai di pagi raya. Pagi raya pula akan siap-siap lepas sembahyang raya akan buka pagar rumah pintu rumah seluas-luasnya. Anak-anak kecil yang datang pun tak sabar-sabar nak beraya dengan cikgu mereka. Sebagai anak Bidadari amat berbangga, cikgu amat dipandang sebagai orang yang penuh bakti. Ayah akan order air "gas" F&N (masa tu paling glamour) jamu anak-anak muridnya air "gas" botol kaca sorang satu.. anak-anak murid yang datang naik bas siap diberinya duit raya dan duit tambang bas berasingan. hehehe ceria muka mereka ... "terima kasih, cikgu." Sama lah juga dengan anak-anak murid mak.


Suasana itu dah berlainan dengan sekarang. Anak-anak Bidadari melalui generasi raya yang memang berlainan. Sambutan hari raya banyak dihabiskan di rumah, lepak dan main dengan cousins. Tak pandai nak merayap beraya sendiri ke rumah jiran-jiran tok, apatah lagi di Shah Alam sendiri. Kalau tak ada yang ajak atau bawa kan lepak aje di rumah. Bidadari pula "segan" nak berkunjung rumah orang melainkan rumah saudara terdekat sahaja.

Generasi muda, Cucu Tok Ani & Wan

Anak-anak yang datang berkunjung pun tak nak masuk makan kuih, ketupat dan rendang. Mereka siap cakap " kami tak nak makan, kami nak duit raya." Jadi hidangan untuk anak-anak dah tak ada. Tok Ani dan Wan akan sediakan pot duit raya dekat dengan pintu lepas tu kalau ada anak-anak datang berkunjung, Tasha dan Weena (cousin-nya) akan bagi la duit raya setiap orang.

Bab malam raya, dulu pulun tengok orang main mercun, tapi tidak kali ini, anak-anak Bidadari hanya dibenarkan main bunga api. Itu pun bunga api yang dibeli secara "rahsia".

Bila pun kita beraya dan di mana pun kita beraya, yang penting kebahagian yang dikecapi oleh setiap ahli keluarga. Dalam kita berhari raya banyak yang perlu kita merancang dan beringat-ingat. Jangan terlalu suka hingga berita duka yang menyelubungi semua. Rancang perjalanan untuk beraya bukan hanya sekadar untuk malam raya tetapi bila kita hendak membuat perjalanan untuk berkunjung raya ke rumah sanak saudara dan rakan taulan.

Musim raya ni sebuk dengan open house.. jadi kepada yang buat rumah terbuka.. jangan lupa SMS..

No comments:

Post a Comment