Monday, September 7, 2009

TSAZAIC G8 [1]-Lawatan ke Siraman Kasih

Alhamdulillah, akhirnya TSAZAIC G8 berjaya melaksanakan aktiviti di Siraman Kasih. Rumah Siraman Kasih telah menggamit 14 buah kereta dan sebuah van yang dimuatkan dengan keperluan harian, keperluan sekolah dan sedikit cokelat untuk munchy anak-anak selepas berbuka.

Kehadiran kami disambut dengan senyuman dan kesyukuran oleh semua. Kami ke rumah anak-anak lelaki dan kemudian menjemput anak-anak perempuan daripada Rumah Siraman Kasih satu lagi yang tidak jauh dari situ. Sebaik sahaja kami melangkah masuk ke rumah tersebut, anak-anak berusia 8 hingga 11 tahun telah bersedia untuk mempersembahkan lagu nasyid dan tarian silat sebagai persembahan selamat datang. Berlenangan air mata kami semua yang pergi bila memerhatikan keadaan mereka yang masih muda terpaksa berpisah dengan ibubapa dan keluarga. Malah ada yang anak yatim dan yatim piatu. Anak-anak ini juga berbakat menyanyi dan pandai bermain alat muzik. Sedap je suara mereka. Suara gelak ketawa tetamu memenuhi ruang apabila anak-anak membuat lawak selamber. Tak dapat dibayangkan keadaan mereka yang serba kekurangan dan begitu tabah menghadapi dugaan. Mereka amat istimewa.





En. Hasan Hanafi wakil TSAZAIC telah memula bicara memaklumkan tujuan kehadiran dan memperkenalkan semua ahli-ahli TSAZAIC G8 serta pegawai -pegawai IIM. Ustaz yang menjadi penjaga anak-anak ini mewakili isteri dan 3 penjaga yang lain mengucapkan terima kasih dan memberikan sedikit tazkirah berkenaan keberkatan dan bagaimana asuhan anak-anak ini diberi dalam menyediakan ilmu dunia dan ilmu akhirat.

Anak-anak Rumah Siraman Kasih lelaki dan perempuan datang dari pelbagai latar belakang. Tidak semuanya anak-anak yatim mahupun yatim piatu. Mereka dijemput ke Rumah ini bagi memastikan keperluan pelajaran dan kehidupan mereka lebih terjaga. Ada yang datang dari keluarga yang cukup besar, 10 hingga 11 adik beradik, ibubapa yang sakit, anak yang tidak diendahkan, miskin tegar.... berada di sini makan-m inum pelajaran lebih terjaga. Ibubapa dan keluarga mereka ada yang mendapat bantuan Kebajikan Masyarakat dan Zakat tetapi itu hanya untuk menampung sedikit sahaja keperluan keluarga. Bagaimana pula pelajaran mereka dan didikan yang lebih sempurna.

Anak-anak ini rezekinya murah, untuk masuk sekolah mereka telah mempunyai sponsor yang cukup jadi tidak ada masalah untuk tidak menerima ilmu. Ustaz dan Ustazah yang menjaga mereka memberikan didikan seperti anak-anak mereka sendiri. Setiap anak itu diberikan peluang untuk membuat apa yang mereka suka, kepada yang suka memasak mereka boleh memasak membantu Ustazah. Suka berkebun tanah sekangkang kera disediakan untuk mereka bercucuk tanam dan yang suka menyapu dan menanam pokok bunga pun ada.



Mereka memang pandai berbicara...celoteh sungguh membuatkan kita tidak kekok dengan mereka. Tak kira perempuan mahupun lelaki dipenuhi dengan tertiba dan malu yang sudah makin tipis dikalangan anak-anak di bandar. Tasha, Jimo dan Ajim juga tidak terasa asing berada di sana.


Tasha, Jimo dan Ajim siap pesan, "Mummy, esok nak bangun awal nak sahur. Nak ikut pergi rumah anak-anak yatim." Pagi-pagi dikejut terus bangun mandi sahur dan sedia nak pergi. Sebuk pula Bidadari dengan Nur Yasmeen yang mula buat perangai nak menyusu dan temankan dia tengok tv. Tau-tau je dia akan ditinggalkan. Kami sampai di Tol Rawang banyak sudah kereta menanti, hanya tunggu lagi 2 buah kereta sebelum bergerak ke Country Homes.

Aktiviti bermula dengan kumpulan lelaki TSAZAIC G8, IIM dan suami yang hadir mengecat bahagian atas rumah dengan cat berwarna "Gadis Cantik". Gadis Cantik berwarga peach terang [!!!!!!] seakan orange. Pandai Hasan pilih. Mula dari pukul 11 pagi, 1:30 tengahari baru siap mengecat semua bahagian atas hingga ke tangga. Cantik... ceria dan lembut.

Pasa masa yang sama warga wanita menjalankan aktiviti ice breaking dan pertandingan melukis dengan anak-anak. Memandangkan anak-anak yang akan ambil UPSR tak ada jadi pasukan dipecahkan kepada 8 kumpulan. Setiap kumpulan 4 anak-anak dan seorang Fasi. Kumpulan Bidadari paling ramai, 7 anak perempuan termasuk Tasha, Jimo dan Ajeem. Mungkin Jimo dan Ajeem hanya tolong tengok tapi membuatkan mereka lebih mesra dengan Bidadari.

Tasha yang agak kekok mungkin sebab kawan-kawan disekolah dan yang biasa dia jumpa lebih mesra dan huha-huha.. tapi kali ini amat tertib sehingga Tasha tidak tahu macam mana nak adjust herself. Kemesraan anak-anak yang turut ingin bermanja dengan Bidadari membuatkan Tasha dapat menyesuaikan diri. Walaupun anak-anak ini kekok kalau ada budak lelaki tetapi mereka memandang Jimo dan Ajeem macam adik sendiri jadi pasukan Bidadari agak meriah.
Kumpulan kami diberi nama : Kumpulan Mawar terdiri daripada:
(nama, umur, warna kegemaran)
1- Adik Anisah - 8 [dark blue]
2- Adik Nazihah - 11 [light blue]
3- Adik Barirah - 10 [pink]
4- Adik Layyinah - 10 [pink]
5- Adik Ema - 10 [light blue]
6- Adik Syuhada - 9 [green]


Adik Nazirah sebagai ketua kumpulan. Adik Anisah dan Adik Ema paling petah berkata-kata dan manja sangat.

Mungkin ini baru perjumpaan pertama maka tidak lah sangat mengenali latar belakang mereka mungkin ianya agak sensitif untuk mereka kepada orang baru seperti Bidadari. InsyaAllah lawatan seterusnya akan membuatkan kami lebih rapat kerana TSAZAIC dan IIM mencadangkan untuk menjadikan Rumah ini sebagai rumah angkat kami.

Kami sempat Zohor sama-sama..ini yang paling indah. Tasha mengambil air sembahyang dan Zohor bersama-sama kumpulan anak-anak perempuan. Mereka sudah nampak kemesraannya. Ajeem siap cakap lain kali nak datang lagi.. dia suka sembahyang ramai-ramai.

Paling Bidadari ingat dan tidak lupa bila Bidadari duduk dan mereka semua datang sekeliling untuk bermesra dan sambil mengenal Nur Yasmeen.



Bila tengok gambar Nur Yasmeen melalui HP Bidadari yang tidak seberapa itu, mereka semua ceria. Masa yang berlalu cukup singkat tup tup dah 2:30 petang. Hadiah keperluan sekolah dan duit raya telah diedarkan kepada setiap anak-anak. Bergambar beramai-ramai pun dah ambil. Tampak sayu di muka semua kami dan anak-anak bila dapat tahu kami perlu beredar.



Sedih meninggalkan Rumah Siraman Kasih. InsyaAllah kami akan datang lagi mungkin kita akan lebih mesra dan tidak lagi jadi terasing. Selepas peninggalan kami, 2 mesin basuh baju seberat 7Kg setiap satu untuk 2 rumah itu pun tiba. Tak sempatlah kami lihat mesin tersebut di pasang. Patutnya kedai tersebut perlu hantar jam 1tengahari sekali tak datang-datang. Tak apa la.. yang penting dapat bantu anak-anak tu membasuh. Kalau sebelum ini mereka ada jadual siapa basuh baju.. ishk tak boleh nak fikir kalau Tasha dan Jimo basuh baju sendiri, rasanya by the time habis basuh baju sorang sepasang, habis sabuh 1/4 bag.

Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk anak-anak ini. Bidadari akan terus membawa anak-anak Bidadari supaya mereka juga akan mendapat kebaikan daripadanya.

No comments:

Post a Comment