Tuesday, April 21, 2009

Duniamu Beraneka

Setelah khusyuk bekerja mencari nafkah sebagai ibadah untuk rezeki sekeluarga, tiba waktu petang tak sabar nak balik ke rumah. Bagai di panggil-panggil untuk pulang berjumpa Si Jantung Hati. Itu lah pengubat rindu dan pengubah penat.


Nikmat sungguh pemberian Allah dan sesungguhnya kami bersyukur dengan anak-anak yang cerdas dan penyayang. Dunia anak-anak penuh dengan permainan dan beraneka bentuk dan warna. Setiap apa aktiviti yang dibuat terserlah la keceriaan dan keseronokan yang tak dapat dibeli dengan wang ringgit.


Untuk tidak menghampakan anak-anak, weekend lalu sempat bawa mereka ke padang mainan untuk berbasikal. tengok la wajah sorang-sorang tak ada risau langsung... dah sah-sah kayuh macam mana laju, langgar apa pun tak akan kena saman.




Jimo, Tasha & Weena (Cousin)



Yasmeen, kalau tidak meneroka sendiri tentu tak sah. Mesti nak "taste the real life". Si Anje mummy dan daddy membuatkan kami malas nak meninggalkannya untuk ke tempat kerja. Makin bijak makin "demanding".




"penerokaanku"




Comel bila diikat rambut.


Agaknya lambat sangat nak tunggu ke petang untuk ke padang, pagi-pagi Yasmeen akan membantu didepan rumah. Anje boleh main berjam-jam, tapi sebab risaukan hidung yang asyik meleleh je tak berhenti-henti terpaksalah stop selepas 1 1/2 jam. Cukup lama tu.



Enjoy sungguh dia.





"bestnya main air."


Keinginan Yasmeen untuk menyentuh kucing tidak pernah kesampaian. Setiap kali dekat dengan kucing saje, kucing tu dah lari. Mungkin takut kena cekek dek Yasmeen kut. Kak Tasha sungguh baik hati kasi pinjam Si Putih untuk Yasmeen. Suka sungguh dia. Kalau kita nampak kucing bunyi "meow" "meow".. menunjukkan kucing bertina. Lain pulak dengan "Auw! Auw!" hmmm pernah dengar.. cuba bunyi sendiri.. bunyi macam apa?







"Auw!..Auw!.." bunyi kucing jantan ... hm... wonder......

Sayang

mummy

3 comments:

  1. Very nice blog~ ^^
    do you know Seoul, Korea?
    if not, visit my blog~~
    Thanks a lot~
    have a great day~ ^^

    ReplyDelete
  2. oo...kat sini nyorok blog awak yer..hehe..

    ReplyDelete
  3. hehehe... macam mana boleh jumpa.. paparazzi ke..

    ReplyDelete