Thursday, April 16, 2009

Kongsi Kebahagiaan Anugerah Ilahi

Sesungguhnya Allah itu Maha Kaya dan Maha Penyayang. Tidak pernah lupa pada setiap insan di dunia ini. Tidak ada seorang pun yang terlepas daripada limpahan rezekiNya. Hanya atas kita untuk menikmati dan bersyukur atas limpahan rezeki itu.


Kemeriahan dan kebahagiaan amat terasa dengan kehadiran si kecil. Memang perit ibu melahirkan tapi nikmat mengandung 9 bulan sungguh indah. Rasa berteman pada bila-bila masa terutama semasa baby tendang-tendang dalam perut, itu yang tak sabar nak tunggu 5 bulan. Masuk saja 6 bulan baby pun dah pandai memberi respond bila mummy dan daddy sentuh-sentuh atau bertanya.

Alhamdulillah, dengan kehadiran 2 puteri dan 2 putera sendiri menceriakan suasana rumah yang dulunya sunyi sepi seperti tidak berpenghuni.


Minggu lepas dan semalam sempat membuat lawatan untuk melawat baby Mel dan cucu Kak Bit. Terserlah kebahagiaan dan kesyukuran atas kesempurnaan bayi yang dilahirkan dan itulah antara rezeki kebahagiaan yang diberikan kepada keluarga mereka. Kebahagiaan dan kegembiraan itu tempias untuk kami yang hadir dan rakan-rakan lain.


Baby Mel, Nasree Hakimi :

Comel sungguh... tenagok tembam nak dicubit-cubit.


Ini pula.. wajah macho like father like son.


Ini pula cucu Kak Bit, Nur Irdina Sufiya:

Sweet and lovely..


Baby Irdina sedang memikirkan "apa la.. "ibu-ibu" yang hadir kecoh sangat daku nak tidur pun tak boleh".



No comments:

Post a Comment