Saturday, September 15, 2012

Snowy Dilanggar Kereta

Rasa macam nak merotan bila nampak kereta anak jiran bawa crossed over anak kucingku. Tergamam sekejap...

Kenapa dia drove over Snowy..awat! Tak nampak ker? Mana boleh tak nampak..kucing tu bukan ditengah jalan cuma atas jalan tapi disebelah kanan...awak punya kereta bergerak laluan kiri kenapa masuk laluan kanan dan lalu biar dia di bawah kereta.

Dah la tu..depan mata kita pulak tu...menangis saya ni...mana taknya bila tengok Snowy bergitu terkejut sampai lagi pun lintang pukang... Berlaga habis dinding... Lepas tu..tengok dia duduk menyorok takut naik gila. Kesian dia.. Sekali bila angkat nak peluk dia...rupanya dia takut sampai terkencing-kencing. Aduhai sedihnya..jantungnya berdenyut sampai bergegar badan tu.

Lepas 1/2jam...angkat dia...lagi la sedih...bertambah marahlah..bila darah meleleh kut dubur dia...kesiannya..kesiannya.

Esoknya bawa Snowy ke Klinik Haiwan Lynn di TTDI Jaya. Doktor kata semuanya ok. Tapi Snowy masih dalam troma. Jangan kata kucing, kalau kita sendiri pun troma dibuatnya mahu stok. Bawah perut Snowy lebam..biru. Doktor kata mungkin semasa bawah kereta badannya melambung terkena dinding bawah kereta.

Alhamdulillah nampaknya lepas 4 hari lebamnya dah hilang...bagi makan ubat yang doktor bagi dan sapu minyak gamat. Susah juga nak bagi makan ubat Snowy. Badan kecil tapi liat dan kuat...kuku pulak tajam...oooiiii susah betul. Teringat kat PusPus...walaupun garang tapi time makan ubat bila kena paksa sikit je terus diam dan makan ajer..especially bila time sakit.

Kita ni hidup berjiran..jnagnlah lupa bila buat kesalahan depan mata jiran datang la minta maaf..tanyalah khabar kucing tu. Ini memang tak berhati perut dan tidak sopan. Semoga orang itu akan insaf seumur hidup.

Bukannya saya tak pergi rumah dia...lepas kena langgar tenangkan Snowy...lalu depan rumahnya..terus tutup rapat pintu rumah..macam mana nak ding-dong...anjing penjaga rumah tu garang nak mampus...hmmm...

Semoga Snowy cepat sembuh.
Amin

No comments:

Post a Comment